This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

WARKAH BUAT YB:MENJAWAB TULISAN ZUL NORDIN DAN AWANG SELAMAT

Wednesday, December 22, 2010


Anak Rusa Nani,
propartiislammalaysia.blogspot
Daerah Tanpa Sempadan
99999 Tanpa Negara.

                                                                                                                 

YB Zulkifli bin Nordin,                                                  22 Disember 2010
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu,
zul4kulim.blogspot
Daerah Tanpa Sempadan
99999 Tanpa Negara.

Encik Awang Selamat,
Penulis di Mingguan Malaysia,
Tanpa Alamat.

Tuan,

SURAT TERBUKA SAYA MENGENAI NASIB MELAYU DI MALAYSIA


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t


Saya mulakan warkah ini dengan memperkenalkan diri saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang tidak berkepentingan.Saya bukan pemimpin mana-mana politik,mahupun wakil kepada mana-mana pemimpin.Apa yang saya ingin tuliskan di sini pada hari ini adalah pandangan saya,sebagai seorang umat Islam dan orang Melayu sendiri khususnya.


Buat tuan yang dimuliakan,


2.    Sebelum saya menyampaikan pandangan saya ini,eloklah kiranya saya lampirkan bersama di sini tulisan tuan berdua untuk tatapan kita bersama.


Berikut adalah tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia baru-baru ini:



DAP, rasis, Kuan Yew dan Anwar — Awang Selamat

December 19, 2010
19 DIS — Beberapa pemimpin DAP melenting apabila Awang menyifatkan DAP adalah parti paling rasis di dunia dalam satu tulisan menerusi ruangan ini awal November lalu.
Mereka marah dan ada yang mencabar Awang agar tampil berdebat tetapi untuk apa dilayan.
Yang penting Awang tidak berganjak daripada pandangan itu. Tidak boleh disangkal lagi, DAP memang parti rasis walaupun cuba berselindung atas slogan demokrasi.
Hakikatnya, DAP lebih menumpukan perjuangan untuk kaum tertentu sahaja. Itulah agenda besar parti tersebut yang matlamat akhirnya untuk membawa Malaysia menuju negara republik. Laungan kononnya parti itu mengutamakan rakyat Malaysia dahulu, kaum kemudian - hanyalah sandiwara.
Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum walaupun mendakwa parti itu dianggotai pelbagai kaum.
Pemimpin-pemimpin kaum India dalam DAP misalnya tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan. Kegagalan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mempertahankan jawatannya baru-baru ini menjadi bukti. Beliau adalah mangsa muslihat politik kaum dalam DAP yang sebenarnya cukup tebal.
Terbaru, pelantikan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang mencetuskan persoalan. Sepatutnya Jagdeep Singh dilantik kerana mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan anggota jawatankuasa negeri.
Begitu juga kedudukan Timbalan Ketua Menteri, Prof Dr P. Ramasamy, yang dilihat sekadar kosmetik. Ternyata, pemimpin India dalam DAP dipinggirkan secara sistematik. Lalu Awang ingin bertanya buat kesekian kalinya kepada Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, siapa yang sebenarnya rasis?
Itu belum menyentuh tentang nasib segelintir Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Mereka hanya menjadi boneka untuk dipergunakan sebagaimana dilakukan pemimpin utama PAP Singapura, Lee Kuan Yew menjinakkan Melayu suatu masa dahulu. Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.
Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya — sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu.
Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan.
Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi.
Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.
Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini — tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.
Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur.
Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi.
Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa. Mursyidul Am PAS, Nik Aziz pula tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP.
Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu. — Mingguan Malaysia
Tulisan YB Zulkifli Nordin pula boleh dilihat di http://zul4kulim.blogspot.com/2010/12/hilangnya-sejarah-hang-nadim.html . Saya tidak berniat untuk memetik tulisan tuan yang saya anggap panjang dan akan menggangu pembacaan kita di sini sahaja.

3.    Pertamanya tuan,saya melihat tuan-tuan pada hari ini cukup takut akan DAP,malah menganggap DAP sebagai satu golongan yang anti-Islam dan anti golongan Melayu.Malah,Yang Berhormat Kulim sendiri telah menganggap para pimpinan Pas dan PKR yang beragama Islam sebagai golongan yang menjual agama, satu dakwaan yang saya tidak boleh diterima sama sekali.Alasan mudah yang berhormat mengatakan bahawa Pas itu sanggup menjual agama adalah kerana Pas berpendirian membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada non-muslim,dan terbaru mengenai pendedahan anak kepada Nor Azman Beginda yang dikatakan YB telah membawa sosej babi ke sekolah.

4.    Dalam surat ini,saya menghormati pandangan Yang Berhormat dalam isu kalimah Allah,tetapi jangan mudah berhukum mengatakan orang itu dan orang ini menjual agama apabila mereka membenarkan penggunaan nama Allah.Dalam hal ini,seolah-olah Yang Berhormat sahaja betul dan dengan mudahnya Yang Berhormat mengatakan yang lain sebagai penjual agama dan Pak Jangoat.Soalan pertama saya,adakah ilmu agama YB terlampau tinggi sehingga mampu mendalami hukum Islam dengan menyeluruh sehinggakan Yang Berhormat sahaja betul dan orang lain sebagai menjual agama?Saya telah meneliti latarbelakang akademik yang berhormat,dan saya dapati yang  berhormat mendapat pendidikan kebangsaan sepenuhnya,bermula dari Sekolah Rendah Inggeris Ashby Road,Sekolah Menengah Anderson Ipoh,Sekolah Menengah King Edward VII Taiping,Maktab Tentera Diraja (MTD) dan kemudiannya mendapat Ijazah Undang-undang di Victoria University of Wellington di New Zealand.Berdasarkan kelayakan akademik yang tidak berada dalam aliran Islam (walaupun yang berhormat seorang peguam yang mengendalikan kes syariah dan Islam),saya rasa yang berhormat tidak boleh merasakan pendapat yang berhormat sahaja betul,sedangkan ulama-ulama di dalam Pas,mereka kebanyakannya memang pakar dan mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi. Oleh itu,di sini saya ingin menasihatkan yang berhormat agar cerminkan diri dan ilmu agama yang berhormat, tanya pada diri,adakah aku rasa aku sangat betul dalam hal-hal berkaitan agama sehingga mampu mengatakan orang lain sebagai Pak Jangoat dan menjual agama?Tepuk dada,tanya ilmu,tanya iman.

5.    Terus terang saya katakan,rentak dan gaya yang berhormat kini kelihatannya semakin lain dengan lebih meletakkan kepentingan hujah tuan(dengan merasakan tuan sahaja yang benar),seolah-olah seperti cuba untuk menidakkan kekurangan Umno.Saya hairan,mengapa YB lebih suka untuk menghentam Pas dan PKR, sedangkan Umno sendiri juga dilihat tidak melaksanakan dasar dan syariat dalam pemerintahannya.Atau Yang Berhormat ada kepentingan lainkah dengan Umno sehingga langsung tidak diusik?

6.    Saya juga sedih,apabila jika dahulu Yang Berhormat berjuang di Parlimen untuk memperjuangkan hak rakyat,kini tidak lagi. Perjuangan Yang Berhormat semenjak akhir-akhir ini bukan lebih kepada untuk berkhidmat kepada rakyat Kulim khususnya,tetapi lebih kepada untuk memperjuangkan agenda Yang Berhormat menghentam PKR,Pas dan DAP.Malah,jika diteliti ucapan Yang Berhormat di Parlimen,Yang Berhormat lebih gemar untuk menggunakan provokasi dan bahasa yang kurang enak termasuklah menghalau MP Kuala Selangor dengan perkataan "blahlah....blahlah....agama pun jual",yang saya anggap sebagai sesuatu yang  unparliamentary buat seorang wakil kepada rakyat seperti Yang Berhormat.Jika dahulu Yang Berhormat sanggup berbasikal ke Parlimen bagi menentang kenaikan harga minyak,di mana suara Yang Berhormat untuk kenaikan harga barangan kali ini?Itu soalan saya yang kedua.Malah,jika dilihat entri-entri terakhir yang berhormat di dalam blog Yang Berhormat sendiri,hampir kesemuanya membalun dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat kecuali satu mengenai usaha merobohkan Surau An-Nur.Yang Berhormat,kembalilah bermaruah sebagai Wakil Kepada Rakyat,bukan Wakil untuk menghentam di sana-sini.

7.    Soalan ketiga saya pula adalah,adakah benar Yang Berhormat tidak membayar wang yang dipinjam yang berhormat seperti yang didakwa Saudara Hishamuddin Rais?Malah,beliau sendiri telah mencabar yang berhormat menyamannya jika tidak benar.Oh,jika yang berhormat belum tahu,di sini saya kepilkan tulisan dan cabaran Tuan Tukar Tiub itu di alamat http://tukartiub.blogspot.com/2010/12/mat-bisul-kata-lee-kuan-yew-pau-mat.html .Saya yakin,seorang pejuang Islam tidak akan lupa membayar hutang,melainkan yang berhormat tidak pernah berhutang dan Tuan Tukar Tiub itu telah memfitnah ataupun yang berhormat bukan lagi pejuang Islam sekarang?Wallahualam.

8.    Dalam menyentuh entri terbaru blog tuan dan tulisan Awang Selamat yang mengatakan bahawa Melayu Malaysia akan senasib dengan orang Melayu di Singapura adalah kurang dipersetujui oleh saya secara umumnya.Saya ada membuat sedikit kajian melalui pembacaan dan beberapa dapatan kajian dan saya mengakui memang benar orang-orang Melayu di Singapura ditindas,di mana mereka kini menjadi minoriti kepada komposisi penduduk Singapura.

9.    Berikut saya sertakan jumlah penduduk mengikut kaum di Singapura berdasarkan laporan kerajaan mereka bagi tahun 2009:


Menurut statistik kerajaan, jumlah penduduk Singapura pada tahun 2009 adalah 4.99 juta, yang mana 3.2 juta adalahwarganegara Singapura yang sebetulnya.Majoriti penduduk Singapura terdiri daripada kaum Cina iaitu 74.2% jumlah penduduk, diikuti Melayu 13.4%, India 9.2%, dan Serani, Arab dan lain-lain 3.2%.

Dari segi kepercayaan agama pula,penganut agama Budha di Singapura membentuk majoriti dengan 42.5%, Islam sebanyak 14.9%,Atheis (Tiada Agama) sebanyak 14.8%,Kristian 14.6%,Taoisme 8.5%,Hindu 4% dan lain-lain agama sebanyak 0.6%.

Ini adalah perangkaan penduduk berdasarkan kaum dan agama yang telah dikeluarkan oleh Singapura bagi tahun 2009.Persoalannya,bagaimana pula dengan Malaysia?

Penduduk Melayu di Malaysia adalah seramai 50.4%,manakala penduduk Bumiputera bukan Melayu pula membentuk sebanyak 11% daripada jumlah penduduk.Kaum Cina membentuk 23.7%,India 7.1% dan sejumlah hampir 10% pendatang asing!Saya tidak mahu menyatakan dapatan ini benar atau tidak memandangkan saya memetik sumber ini daripada Wikipedia,namun berdasarkan dapatan yang dinyatakan, peratusan kepatan tersebut adalah hampir.

Bagi status kependudukan mengikut agama di Malaysia pula,seramai 60.4% rakyat Malaysia adalah beragama Islam,19.2% Budha,9.1% Kristian,6.3% Hindu,2.6% Toisme dan agama tradisional China,1.5% Sikhisme dan Anisme manakala 0.9% pula dilaporkan tidak beragama.Dapatan ini adalah berdasarkan Laporan Banci Perumahan dan Penduduk yang dibuat pada tahun 2000.Untuk rekod,bancian terbaru dibuat tahun ini.

10.    Tuan Yang Berhormat Kulim,saya juga telah membuat sedikit kajian perbandingan komposisi kependudukan bagi dua buah negara berjiran ini dan berikut adalah dapatan kajian saya:

Perbandingan Mengikut Kaum Malaysia-Singapura
*Lain-lain di Malaysia adalah termasuk Bumiputera Bukan Melayu


Perbandingan Mengikut Agama Malaysia-Singapura

11.   Persoalannya sekarang,mengapa saya membuat perbandingan ini?Hal ini kerana apabila yang berhormat dan yang selamat (Awang Selamat) cuba menyamakan situasi Singapura dan Malaysia jika DAP berkuasa, maka wajib saya bawakan data ini untuk renungan kita bersama.Adakah benar apa yang berlaku di Singapura akan berlaku di Malaysia selepas ini?

12.   Dalam usaha menjadi negara maju,Singapura telah mengamalkan dasar meritokrasi,di mana tiada kaum akan diberi apa-apa bantuan khusus untuk mengubah nasib mereka.Dan jika ini yang merisaukan penyokong Umno dan Barisan Nasional,mereka seolah-olah tidak tahu akan kenyataan semasa.Tahukah anda bahawa meritokrasi telah mula diserap di bawah pentadbiran negara sedikit demi sedikit.Kadang-kala ada pihak yang bertempik terlolong menyebut Satu Malaysia,namun adakah mereka tahu apakah asas pembinaan konsep itu?Ianya tidak lain dan tidak bukan adalah satu perkara yang bersangkut paut dengan meritokrasi.Sebagai contoh Biasiswa Satu Malaysia tidak diberikan mengikut kaum tetapi kepada para pelajar cemerlang peringkat nasional tanpa mengira kaum.Malah,sistem merit mula digunakan dalam kaedah pembahagian biasiswa JPA.Adakah penyokong tegar Umno mahu menutup dalam soal ini dengan cuba memburuk-burukkan DAP pula?
13.    Berbalik kepada konteks asal mengenai Melayu Singapura,memang diakui bahawa berlaku diskriminasi secara jelas terhadap orang Melayu dan Islam.Isu azan contohnya,hanya Masjid Sultan dibenar melaungkan azan melalui pembesar suara manakala masjid lain adalah tidak dibenarkan.Selain itu,kawasan kepadatan penduduk Melayu dinafikan dengan mewujudkan Akta Perumahan yang menyatakan jumlah penduduk Melayu tidak boleh melebihi 20 peratus daripada penduduk di sesebuah kawasan yang akhirnya menafikan kuasa politik orang Melayu dalam memilih pemimpin.Di sini penulis ingin bertanya pada Awang Selamat, apakah tindakan Lee Kuan Yew ini sebenarnya sama sahaja seperti tindakan Mahathir yang telah mengkucar-kacirkan kerusi majoriti Melayu di Malaysia.Diharap Awang Selamat tidak lagi menulis retorik-retorik makan tuan sahaja selepas ini.

14.    Ternyata kuasa politik orang Melayu cukup lemah.Pertama mungkin disebabkan "persempadanan" melalui akta seperti yang ditulis di atas.Untuk rekod,sistem pengundian di Singapura adalah berbeza dengan Malaysia di mana ahli dewan Parlimen dipilih melalui undi terbanyak.Kedua,kuasa itu juga mungkin kurang memandangkan Melayu hanya menjadi minoriti di Singapura yang membentuk hanya 13.4%.Malah,hanya terdapat dua orang menteri Melayu di Singapura yang menjaga hal ehwal agama Islam.

15.     Perlu diketahui,dasar British yang menjadikan Singapura seperti Hong Kong membawa terlalu ramai imigran Cina ke Singapura bagi tujuan mengendalikan pelabuhan.Malah,jika kita meneliti semula sejarah negara,sekiranya Tanah Melayu hanya bergabung dengan Singapura tanpa Sabah dan Sarawak,dikhuatiri jumlah penduduk Cina di Malaysia akan melebihi penduduk Melayu itu sendiri.Ini bermakna,kaum Cina memang telah menjadi dominan di Singapura,oleh itu kuasa politik terletak di tangan mereka.Melalaui diskriminasi terhadap Melayu Singapura,ianya juga berkait rapat dengan soal politik,di mana majoriti selalu dilihat lebih menekan minoriti dan ini bukan hanya berlaku di Singapura,malah di hampir seluruh dunia termasuk di China,Russia dan kebanyakan negara Eropah.Malah,di Malaysia sendiri,cakap-cakap minoriti itu ada,kalau tidak masakan Hindraf membuat petisyen rasmi kepada Britain.Ini yang perlu diakui.

Oleh itu,untuk keluar daripada diskriminasi tersebut,bukan sahaja di Malaysia atau Singapura tetapi di mana sahaja,prinsip keadilan bersama itu dianjur dan di Malaysia sendiri pada hari ini prinsip keadilan itu ditawarkan oleh Pakatan Rakyat,sedangkan Barisan Nasional masih kekal dengan politik perkauman mereka. Justeru,maka tidak hairanlah jika isu perkauman sebegini diratib oleh ruang pojok Awang Selamat setiap minggu.Dan soalan saya,adakah YB Kulim setuju dengan politik perkauman sebegini?

15.    MERAMAL KUASA POLITIK MELAYU DI BAWAH PAKATAN RAKYAT

Kita boleh menakutkan kanak-kanak pada hantu,tetapi tidak pada orang dewasa.Kita bolehkan takutkan sesetengah orang dengan perkauman,tetapi INGAT!Tidak semua orang mampu ditakutkan dan dibodohkan. Mereka yang membaca dan berfikir akan sedar betapa politik perkauman cetek yang menakutkan dengan situasi di negara lain adalah mengarut dan tidak masuk akal.

Yang berhormat,kita majoriti di negara ini.Kalaupun benar orang Cina DAP mahu melakukan perkara sama yang dibuat PETIR dan PAP,adakah Yang Berhormat fikir mereka akan mampu mengekalkan sokongan rakyat terhadap mereka?Dan jika ada usaha meminda perlembagaan sekalipun oleh Cina DAP,adakah yang berhormat fikir dengan 45 buah kerusi mereka mampu mengubah perlembagaan?Dan adakah yang berhormat fikir Yang Berhormat sahaja EST-Encik Serba Tahu dan ahli parlimen Pas cuma pak turut di Parlimen? Sila fikir logik yang berhormat,jika ahli parlimen Pas atau PKR yang melayu Islam berani meminda kuasa orang Melayu,pilihanraya akan datang pastinya mereka semua akan lingkup.Adakah YB@Encik EST fikir kami orang Pas ini tidak tahu untung rugi politik?

16.     Untuk pengetahuan yang berhormat Cina India PKR dan DAP tidak akan mampu mengubah apa-apa perlembagaan mahupun menggugat kuasa Melayu,tetapi UMNO boleh.Sebab itulah mereka meminda kuasa raja dan meminda kuasa politik melayu.Di sini saya perturunkan sedikit fakta:

Dalam tulisan ini,saya lebih suka untuk menggunakan angka kerana angka jarang menipu.Sekiranya benar kuasa bakal hilang sekiranya Pakatan Rakyat memerintah,mari kita lihat kembali situasi Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

CALON PAKATAN RAKYAT


Calon Melayu
Calon Cina
Calon India
Calon Bumiputera  Sabah/Sarawak
PKR
70
20
5
9
PAS
67
-
-
-
DAP
1
37
9
1
Jumlah
138
57
14
10

KEDUDUKAN AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MENGIKUT KAUM SEHINGGA SEPT 2010


Wakil Rakyat Melayu
Wakil Rakyat Cina
Wakil Rakyat India
PKR
16
6
4
PAS
23
-
-
DAP
-
22
7
Jumlah
39
28
11


Oleh itu,berdasarkan dua buah carta di atas,telah terbukti betapa orang Melayu TIDAK akan hilang kuasa dan suara sekiranya Malaysia diperintah oleh Pakatan Rakyat.Penulis yakin komposisi calon ini akan terus dikekalkan oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.Katakanlah kesemua calon Cina dan India menang dalam pru 13,mereka cuma akan mempunyai 39 buah kerusi Parlimen.Dan kerusi Melayu masih lagi kekal menjadi kerusi majoriti.Untuk rekod,majoriti mudah bagi membentuk kerajaan di Parlimen adalah sebanyak 114 buah kerusi.Oleh itu,untuk membentuk kerajaan,Pakatan Rakyat akan tetap memerlukan baki 75 wakil rakyat Melayu.Oleh itu,Melayu masih memegang sekitar 65 peratus kerusi untuk sesebuah kerajaan.
Hal ini akan serupa dengan kedudukan kerajaan Malaysia sekarang di mana kerusi wakil Melayu dalam BN (UMNO dan PBB) adalah sekitar 66 peratus!Atau dalam bahasa mudahnya,kerusi Melayu ini tidak akan lari.Samaada ke tangan BN atau PR,ianya tetap memerlukan 65 peratus kerusi Melayu untuk menguasai parlimen.Maka,dakyah UMNO dan Mahathir yang mengatakan Melayu hilang kuasa jika di bawah Pakatan adalah dakyah bodoh setaraf budak tadika.

Untuk perhatian juga,kerusi Melayu Pakatan Rakyat sekarang adalah seimbang sebanyak 50 peratus.Inilah perkara yang mungkin cuba dikelirukan oleh UMNO.Untuk makluman,kedudukan seimbang ini hanyalah ketika PR menjadi pembangkang.Akan tetapi,sekiranya PR memerintah adalah MUSTAHIL SAMA SEKALI untuk wakil rakyat CINA atau INDIA menjadi PERDANA MENTERI,malah mereka ini paling kuat hanya akan membentuk 35 peratus ahli.Malah,kalau ditakdirkan DAP/MCA/Gerakan dan MIC bergabung sekalipun mereka tidak boleh lepas lebih 40 peratus kerusi pun kerana kedudukannya adalah samada DAP menang atau MCA menang.Kalau tidak DAP,MCA.Makanya kerusi mereka itu sebanyak itulah sahaja.



     Akhir kata daripada saya buat Yang Berhormat Zulkifli Nordin,janganlah bersikap hanya anda sahaja yang betul dan orang lain pengkhianat bangsa dan agama.Buat Awang Selamat,jadilah sebenar awang yang jantan. Mengapa takut untuk berdebat?

Apapun,ingatlah kuasa politik akan kekal di tangan Melayu dan Mahathirlah pemimpin yang pernah mengucar-kacirkan kuasa tersebut.

Yang benar,
Anak Rusa Nani.
pagi 22 Disember 2010.









6 ulasan:

al-brangi Online December 21, 2010 at 7:54:00 PM PST  

salam ukhwah,
saya dah linkkan blog tuan ke dalam blog list saya. harap tuan pun tolong linkkan blog saya.

terima kasih.

tungkaran hati.blogspot December 21, 2010 at 10:04:00 PM PST  

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

kamisokongpas | O | December 21, 2010 at 10:11:00 PM PST  

TERIMA KASIH AL-BRANGI....BOLEH,SAMA2 TRANUNG,NO PROBLEM....

KEPADA TUNGKARAN HATI,SAYA ADALAH PENYOKONG PAS YANG BERADA DI JALUR TENGAH,TIDAK PRO PAKATAN DAN TIDAK PULA PRO BARISAN....SAYA JUGA SEBENARNYA MENYOKONG PAS SEBAGAI SEBUAH PARTI YANG BERDIRI SENDIRI,NAMUN DALAM POLITIK,DALAM PAS ITU SENDIRI,WUJUD BERIBU2 PENDAPAT MASING2....OLEH ITU,SAYA MENGAMBIL KONSEP MERAIKAN PENDAPAT ORANG LAIN KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK BUAT MEREKA YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM.

Pak Oncu December 22, 2010 at 8:18:00 AM PST  

hebat fakta n3 ini,, tahniah!!!!!!!!!

Anonymous,  January 3, 2011 at 8:52:00 AM PST  

Pelik ambo dengan luahan "tungkaran hati.blogspot"
tentang PAS. Itu yang anda nak, yang orang lain nak tak semestinya sama. Semoga tiada perbalahan atau pandangan serong terhadap pimpinan kita. Strategi perjuangan tetap diteruskan. Jangan risau, kita punya pimpinan yang bijak laksana. Tunggu dan lihat, sesungguhnya berkat kita dibawah pimpinan mereka2 yng beriman..

Anonymous,  February 1, 2011 at 8:01:00 PM PST  

awang selamat nih dah memng terkenal dgn agenda mengampu..jd tak heranlah sape dia..si zul nih dah gila kuasa..angan angan nak dicalonkn jd menteri..justeru snggup pengetahuan agama yg tuhan beri dia letakkan kat ponggong..dulu bukn main lg lantang pasal kes murtad..skrg dia yg `murtad` oleh kepentingan duniawi semata mata..jgnlah menempa nama di neraka sebaliknya bercita citalah untuk ke shurga akhirat..

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP