This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

PAS TERENGGANU PERLU BERSTRATEGI UNTUK MENANG PRU 13

Monday, December 27, 2010

Terengganu Darul Iman bukan kubu UMNO mahupun Pas,tetapi kekuatan kedua-dua belah pihak sebenarnya berimbang,di mana Pas menguasai kawasan bandar manakala UMNO dilihat mengumpul kekuatannya di kawasan luar bandar.Persoalannya,jika benar kekuatan tersebut berimbang,mengapa UMNO masih menguasai Terengganu?Di sinilah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.

Kunci utama kemenangan oleh mana-mana pihak terletak kepada sokongan sejumlah besar pengundi atas pagar yang bersikap non-partisan.Untuk menang,sokongan atas pagar ini perlu ditarik dan semestinya untuk menarik itu, di sana perlu ada faktor-faktor penarik yang perlu digunakan selain mengelakkan seberapa banyak faktor penolak pengundi terhadap Pas.Sekadar untuk mengimbas kembali,berikut disenaraikan kedudukan kerusi Umno dan Pas semenjak Pilihanraya Umum 1959-2008:


Jika dilihat kepada kedudukan kerusi-kerusi Pas dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu tersebut,kerusi Pas Terengganu pada masa sekarang adalah hampir serupa dengan jumlah kerusi Pas pada tahun 1995, sepenggal sebelum Pas berjaya menguasai Terengganu.Persoalannya,adakah kejayaan Pas di Terengganu pada tahun 1999 itu bakal berulang ataupun Pas sekadar berpuas hati dengan kedudukan lapan buah kerusi ataupun mungkin Pas akan kembali hilang lebih banyak kerusi selepas ini?Semuanya memerlukan strategi.

Persoalannya,apakah strategi yang perlu dilakukan untuk menang?

Pertamanya,Pas Terengganu perlu menawarkan seorang calon Menteri Besar yang mampu diterima oleh rakyat.Sebolehnya,seorang pemimpin yang berkaliber dan dikenali oleh semua orang.Secara peribadinya, penulis merasakan bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang mungkin tidak perlu diangkat kembali sebagai Menteri Besar Terengganu.Katakanlah Pakatan Rakyat berjaya menguasai Parlimen dan membentuk kerajaan Persekutuan,tempat Presiden Pas itu mestilah di peringkat Persekutuan,bukan lagi di peringkat negeri.Oleh itu,strategi Pas yang pertama adalah mengangkat seorang calon Menteri Besar bagi menggantikan Datuk Ahmad bin Said yang kurang berkepimpinan dalam mentadbir negeri.

Malah,di pihak Umno Terengganu sendiri,terdapat usaha untuk mengangkat Nasir Ibrahim Fikri sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru selain nama Adun Seberang Takir,Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai calon di kerusi tersebut.Jika Umno dijangka memberi yang terbaik buat parti mereka dalam Pilihanraya Umum ke 13,bagaimana pula dengan Pas?Siapakah yang bakal diangkat menjadi calon Menteri Besar Terengganu daripada Pas?Di sini Pas Terengganu perlu bijak memilih beberapa nama pemimpin Pas Terengganu terutamanya mereka yang telahpun menjadi Adun dalam Dewan Negeri Terengganu. Secara peribadi,penulis melihat empat orang Adun Pas yang sesuai untuk diangkat menjadi Menteri Besar Pas Terengganu adalah Ustaz Harun bin Taib(Manir),Haji Abdul Wahid bin Endut(Wakaf Mempelam),Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi(Batu Buruk) dan Tengku Hassan bin Tengku Omar (Ladang).


Di sini,penulis merasakan bahawa calon terbaik bagi Pas negeri Terengganu bagi diangkat untuk menjadi Menteri Besar adalah Haji Abdul Wahid bin Endut,memandang kebolehan dan kepimpinan beliau yang baik sebagai Yang Dipertua Pas bagi kawasan Kuala Terengganu.Haji Abdul Wahid juga adalah seorang pemimpin yang dianggap sebagai giant-killer setelah berjaya merampas semula Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.Ketika itu,penulis sempat memerhatikan bahawa Abdul Wahid menjadi satu figur penting dalam arus gelombang rakyat Terengganu menolak Umno dalam PRK Kuala Terengganu.Oleh itu,jika beliau diangkat sebagai calon Menteri Besar,beliau mungkin boleh menjadi Nizar versi Terengganu memandangkan beliau sendiri dikenali sebagai pemimpin yang mudah mesra dan berjiwa rakyat.

Maka tidak hairanlah jika beliau berjaya kekal menjadi Adun dalam Dewan Undangan Negeri selama hampir lima penggal semenjak tahun 1990 di kawasan Dun Wakaf Mempelam.Selain itu,kepimpinan Abdul Wahid di Kuala Terengganu dianggap baik sehingga Pas mampu mempertahankan kerusi Pas di Kuala Terengganu dalam tahun 2004 dan merampas kembali Dun Ladang dan Parlimen Kuala Terengganu pada masa ini.

Selain Abdul Wahid,Pesuruhjaya Pas Terengganu Ustaz Harun Taib sebenarnya dilihat sebagai calon Menteri Besar di Terengganu memandangkan kekananannya dalam Pas negeri selain menjadi Ketua Dewan Ulama Pas Pusat dan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Terengganu.Ustaz Harun Taib,68 juga memiliki ijazah dalam politik Islam dan menyiapkan PhD dalam bidang politik antarabangsa.Ketika Pas memerintah Terengganu selama sepenggal pada tahun 1999,Ustaz Harun adalah exco kanan negeri yang bertanggungjawab memegang portfolio Pendidikan,Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Negeri, antara orang yang bertanggungjawab dalam menggubal Enakmen Fasal IIIA Terengganu yang meletakkan Al-quran, Al-Sunnah,Ijmak dan Qias sebagai rujukan tertinggi negeri.Walaubagaimanapun,enakmen ini yang telah diwartakan dipinggirkan oleh kerajaan Umno Terengganu dengan mewujudkan pula konsep Islam Hadhari.
Justeru,jika Ustaz Datuk Harun bin Taib diangkat menjadi Menteri Besar,maka usaha melihat undang-undang Islam di Terengganu akan berlaku.

Selain Ustaz Harun,Syed Azman juga adalah calon yang sesuai untuk jawatan Menteri Besar Terengganu ataupun setidak-tidaknya seorang exco negeri memandangkan kebolehan beliau dalam bidang politik. Syed Azman mempunyai Ijazah Sains Politik daripada Amerika Syarikat dan seringkali mewakili Pas di peringkat antarabangsa.Walaubagaimanapun,belum diketahui sama ada beliau akan kekal di kerusi Dun ataupun dibawa semula untuk bertanding bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu memandangkan beliau adalah seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang layak untuk diangkat menjadi Menteri Luar dan setaraf dengannya.

Seterusnya,Adun Ladang Tengku Hassan Tengku Omar adalah bekas Pegawai Kewangan Negeri Terengganu dan kebolehannya itu mungkin boleh dimanfaatkan bagi mengisi portfolio ekonomi di negeri Terengganu.Sesungguhnya,Pas Terengganu mampu memberi yang terbaik kepada rakyat di negeri ini memandangkan ramai sekali pemimpin Pas mempunyai kelayakan akademik dalam bidang sains politik, ekonomi,pengajian Islam dan profesional yang lain.

Persoalannya,mengapa penulis membangkitkan soal nama mereka yang layak menjadi Menteri Besar? Penulis rasakan akan ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa Pas Terengganu terlalu bercita-cita tinggi dan belum menang sudah fikirkan jawatan.Bagi penulis,ini semua berkaitan dengan strategi.Penduduk Terengganu perlu didedahkan dengan kemampuan dan kelayakan akademik calon-calon Pas memandangkan selama ini terdapat usaha mewujudkan perspektif bahawa Pas itu tidak mampu mentadbir negeri dengan mengatakan bahawa pemimpin Pas lebih sesuai menjadi ustaz-ustaz di masjid dan pondok.

Perlu diingatkan ini semua adalah satu strategi.Jika Pas mengumumkan kelayakan calon-calon mereka, maka tidak mustahil Umno akan terikut-ikut rentak yang sama dan mengumumkan kelayakan calon mereka.Dan ketika itulah kita mungkin boleh tahu apakah kelayakan akademik Datuk Seri Ahmad bin Said Menteri Besar sekarang.Adakah beliau ini lulusan agama,ekonomi atau sains politik?Ini juga perlu diketahui untuk melihat siapakah yang lebih layak mentadbir negeri berdasarkan ilmu siasahnya.

Ng Chai Hin  2 dari kiri di
majlis penamaan calon Pas Galas
Strategi lain yang mungkin relevan dengan Pas pada masa kini adalah dengan meletakkan seorang calon bukan Islam mewakili Pas di Dun Bandar.Perlu diingatkan bahawa Dun Bandar adalah satu-satunya kerusi Barisan Nasional dalam Parlimen Kuala Terengganu.Oleh itu,Pas Terengganu perlu berstrategi dengan meletakkan calon non-muslim terutamanya calon berbangsa Cina di Dun Bandar sekaligus mampu menarik undi kaum tersebut di kawasan tersebut.Calon yang sesuai untuk mewakili Pas tersebut salah seorangnya adalah Ng Chai Hin yang pernah mewakili DAP di kerusi Dun Bandar pada tahun 1990.Ng yang merupakan seorang aktivis politik Cina di Terengganu adalah seorang yang dekat dengan kepimpinan Pas Negeri.

Strategi meletakkan Ng ataupun calon bukan Islam lain adalah strategi serampang dua mata - pertama menarik undi kaum Cina dan kedua merealisasikan impian Pas meletakkan calon non-muslim sebagai calon yang mewakili Pas.

SEMINAR PAS GANTI UMNO

Pada 24 Disember yang lalu,Pas Terengganu telah menganjurkan "Seminar Pas Ganti Umno" di Markaz Tarbiah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai.




Kehadiran beribu pemimpin dan penyokong Pas di seluruh Terengganu menunjukkan isyarat bahawa mereka telah bersedia dengan momentum merampas kembali Terengganu yang sudah dua penggal menguasai Terengganu.Rentetan daripada seminar ini,satu himpunan besar-besaran akan diadakan pada 15 Januari ini di Chukai Kemaman.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu,Ustaz Abu Bakar Chik meminta para bloggers menulis artikel-artikel mengenai Pas Ganti Umno untuk menguasai Terengganu.Penulis telah lama menulis pasal Terengganu dan memberi pelbagai saranan kepada penambahbaikan kepada Pas Terengganu.Malah hampir kesemua tulisan penulis mengenai Pas di negeri penulis ini disiarkan di Tranungkite.net. Penulis pasti ada antara pemimpin Pas sendiri membaca tulisan-tulisan tersebut,tetapi persoalannya adakah kita telah bertindak?

Di bawah ini penulis tampalkan kembali entri-entri penulis bagi negeri Terengganu untuk bacaan bersama:


Ada 12 artikel penulis mengenai Terengganu dan ini yang ke 13.Semoga ia mampu dimanfaatkan untuk Pas menggantikan Umno di Terengganu.



8 ulasan:

Anonymous,  December 26, 2010 at 4:34:00 PM PST  

salam tuan.
saya adalah pengundi di tganu. saya rasa wahid atau syed azman adalah yg paling layak selain tg hassan. masalahnya, selagi org2 lama spt hj hadi, harun taib, bakar chik masih ada dlm teraju kepimpinan pas negeri, mrk akan alah, malu mata. belajarlah dr DAP. yg senior2 jadi penasihat doh ah.
wan paka.

kamisokongpas | O | December 26, 2010 at 5:50:00 PM PST  

Salam Wan Paka.Saya juga orang Paka.tapi dah tinggal di KL.Saya memerhati politik Terengganu dari jauh sahaja.

Itulah masalahnya.Senioriti dalam Pas masih menebal.Ataupun mungkin kerana Kepimpinan Ulama. Sebab itulah Tuan Guru lepas kepada Harun Taib. Tapi masanya akan tiba juga untuk golongan2 pelapis ini menerajui Terengganu.

Anonymous,  December 26, 2010 at 7:57:00 PM PST  

As Salam...

saya seorg pengundi tegar DUN Bandar (Parlimen KT)...

kami amat mengharapkan org seperti YB Syed Azman sbg MB PAS PRU 13 Insyaallah...

org seperti YB Dr adalah yg sememangnya layak utk mempimpin dan mentadbir Trg yg semakin jahanam sekiranya diperintah oleh Beend-UMNGOK...

YB Dr seorg tokoh politikus muda yg prolifik...

stk

kamisokongpas | O | December 26, 2010 at 8:24:00 PM PST  

Begitulah...kadangkala pemimpin Pas yang datang dari latarbelakang profesional agak terkebelakang...
tapi apabila diberi peluang sebenarnya mereka mampu menyerlah...contohnya Ir.Nizar

masa Syed Azman juga akan sampai kalau Allah nak...

Anonymous,  December 27, 2010 at 2:34:00 AM PST  

Stretegi? Kuda-kuda tua pimpinan PAS Trengganu mana tahu dan kenal stretegi.Kalau depa tahu dan faham stretegi dan yang paling penting mahu dengar "bisikan" dan "desas-desus" kemahuan pengundi,sudah lama PAS berkuasa dan terus berkuasa diTrengganu.Kuda-kuda tua tu masih hendakkan jawatan dan nak berkuasa,inilah masaalah besarnya.Kalau tak percaya ketepikan semua kuda-kuda tua tu dan InsyaAllah PAS akan kembali memerintah Trengganu.

FZT December 28, 2010 at 4:03:00 PM PST  

jangan cakap hal pas kalau tak tahu, nanti timbulkan fitnah, saudara anonymous ada bukti ke mengatakan kuda tua pas masih kehendak jawatan, saudara pernah dengar mereka cakap atau hanya mendengar khabar angin dari mulut atau media massa dan juga blogger yg tak senang dengan pas terengganu. kalau mrk nk jwatan tak payah berjuang dalam pas, stopa ali pernah jd menteri semasa pas bergabung dgn umno, tapi kenapa mereka lari juga walaupun tahu betapa susahnya hidup bersama dengan pas, jangan menuduh tanpa bukti, berjuang mereka tanpa penat putus asa untuk mencari keredhaan allah, ada kita pernah duduk dalam sel tahanan isa, ada pernah ambik tahu anak anak kuda tua makan ke tak kalau mereka terperap dlm sel tahanan isa. politik memerlukan kesabaran lebih lagi dalam politik islam, kita menulis mengutuk mencerca kuda kuda tua dalam pas, tapi dalam tak sedar kita sendiri yang tak mahu pas berkuasa, ada ke orang umno kutuk pemimpin dia sendiri tak ada bukan kecuali orang pas sahaja.ada ke org atas pagar kutuk umno juga tak ada.

Anonymous,  January 1, 2011 at 4:07:00 AM PST  

ambe sokong....ambe ni pengundi tegar Ktrg....kenal blake dgn 3 pemimpin mude tu....mmg jauh beza sgt.........nk kate cakna rakyat.....mmg x pernah nmpok r.....baik kekalkn kude2 tua

Anonymous,  January 1, 2011 at 4:12:00 AM PST  

betul doh tu......baik wan mutalib lg dari DR Syed tu......Pengundi Batu Buruk

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP