This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

MACAM-MACAM PELIK DI MALAYSIA : KISAH LAWAK POLITIK MINGGUAN

Saturday, December 11, 2010



SIRI DUA
(siri satu pecah panggung sila klik sini)


KISAH SATU
Kisah Pelik Adun Pulau Betong
Tempat kejadian : Pulau Betong,Pulau Pinang
Jangka waktu: 24/11-10/12


Alkisah maka tersebutlah kisah,di negeri Pulau Pinang adanya.Cerita mahu dimulakan dengan kisah seorang Adun pembangkang di negeri tersebut mengugut mahu menyaman surat khabar Harakah,lidah rasmi Harakah atas satu isu berbangkit.Berikut berita dipetik:


ADUN Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada BN memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan PAS, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang didakwa tidak benar mengaitkan beliau.

Katanya, jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

Menurut Bernama, Muhamad Farid mendakwa, akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu.

"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin Umno adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang malam semalam.

Harakah dalam laporannya 15 November lalu mendakwa Muhamad Farid mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," beliau dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Harakah juga melaporkan bahawa Muhamad Farid mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.



Malaysiakini,tarikh 24-11-2010


Namun begitu,apa yang memelikkan Tok Lipur sebentar tadi adalah mengenai berita di bawah:


ADUN BN maafkan Harakah
ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad, daripada BN tidak akan meneruskan hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar terbitan PAS, Harakah, berhubung laporan yang didakwa tidak benar mengaitkan beliau.

Katanya, walaupun beliau memaafkan wartawan dan penerbit akhbar berkenaan, tindakannya itu tidak bermakna beliau mengakui laporan itu benar.

"Lebih baik saya beri perhatian kepada agenda pembangunanMelayu Pulau Pinang daripada memikirkan apa yang orang lain kata," katanya kepada Bernama di Georgetown hari ini.

Pada 23 November lalu, Muhamad Farid dilaporkan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Harakah jikaakhbar berkenaan gagal memohon maaf dalam tempoh 14 hari.

Muhamad Farid mendakwa Harakah telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk "Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang" pada 10 November lalu.

Harakah dalam laporannya 15 November lalu mendakwa Muhamad Farid mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," beliau dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Harakah juga melaporkan bahawa Muhamad Farid mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.



ADAKAH ANAK-ANAK TAHU APAKAH YANG PELIK-MELIKNYA MENGENAI ADUN INI?
1.Dia gesa Harakah mohon maaf
2.Harakah enggan memohon maaf dan mempertahankan berita yang dilaporkan
3.Tiba-tiba dia memaafkan


Faktanya: orang yang disuruh minta maaf tidak mahu mengaku salah,tiba-tiba si Adun ini mahu memaafkan....Apa ke peliknya Adun ini?Lu fikirlah sendiri




KISAH DUA
Raja Tempe Bisnes Penyapu Didakwa SPRM


Tempat kejadian : Shah Alam,Selangor
Tarikh: 6 Disember 2010


Maka adapun sepanjang minggu ini hebohlah bahawa bekas Kepala Kerajaan Negeri di tengah-tengah Semenanjung itu didakwa oleh Laksamana Negara merangkap Peguam Negara atas tuduhan tuduhan rasuah khabarnya.


Seperti yang dilaporkan akhbar,maka Tok Lipur memetiknya kembali seperti adanya di bawah ini:


Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.


Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.


ADUN Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


ANAK-ANAK,APA YANG PELIK MENGENAI BERITA INI?


Perlu diketahui bahawa isu membeli tanah pada harga yang murah berbanding harga semasa adalah bukan isunya.Kelak dibimbangi dengan pendakwaan yang longgar seperti ini seperti memberi jalan mudah kepada si pesalah membela diri dengan membawa keraguan dalam pendakwaan kes.


Isu yang lebih BESAR dan perlu DIPERTIKAIKAN adalah,bagaimana seorang bekas doktor gigi dan seorang Menteri Besar mampu mempunyai wang sehingga 3.5 juta?Berapa batang gigikah yang dicabut beliau dan adakah selama menjadi menteri besar itu langsung tidak disentuh wang gajinya itu?Itu yang perlu ditanya dan dijawab di mahkamah.


Keduanya anak-anak,berita ini sebenarnya memberi satu petunjuk yang jelas buat kita.Pilihanraya umum itu hanya tinggal beberapa bulan daripada sekarang.Tak percaya?Tunggu....




KISAH TIGA
Ada Orang meniaga air jadi kaya,ada juga tidak kaya-kaya


Tempat : Shah Alam,Selangor
Tarikh : sebermulanya tarikh penswastaan air Selangor


Adapun ramai yang menjadi jutawan kerana meniaga judi,memiliki syarikat penyiaran dan telekomunikasi,ada menjadi jutawan selepas mendapat hak monopoli gula malah ada juga yang kaya dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan.Tapi tahukah anak-anak,bahawa ada sa-orang orang yang asalnya dari Hulu Selangor menjadi jutawan yang kaya-raya hanya dengan berniaga air?


Itulah orang yang bernama,Rozali Ismai,CEO Syabas merangkap Bendahari UMNO Selangor khabarnya.Adakah anak-anak tahu berapa gaji si orang kaya ini?


Gajinya setiap bulan hampir-hampir 425 000 ringgit Malaysia,dengan purata pendapatan tahunannya adalah sebanyak 5.1 juta setahun.Dua tahun,tiga tahun,lima tahun?Anak-anak boleh fikir sebanyak mana sudah kekayaan yang ada pada si Rozali ini.


Atau dalam perkiraan mudah:


Setahun – RM5.1juta 
Sebulan – RM425,000
Sehari (8jam) – RM14,166
Sejam – RM1,770
Seminit – RM29.51B



Mak aih,banyaknya gaji engkau....


Tapi jangan ingat semua orang meniaga air ini kaya-raya,ada juga orang yang berniaga air ini tidak untung sampai ke sudah.Siapakah itu?


Tok Lipur ada menulis dalam artikel Tok sebelum ini dengan tajuknya "Isu Air:Naik di Kedah,Bising di Selangor,Senyap Sunyi di Johor."


Anak-anak boleh membaca bagaimana cerdiknya kerajaan Johor meniaga air di situ.


Jual 3sen,beli balik 50 sen.Siapa untung,siapa rugi?Tidak takutkah Johor kalau-kalau air yang dijual itu air Newater Singapura?


Siri Dua ini diceritakan oleh Tok Lipur,si penglipurlara.


-TAMMAT-

3 ulasan:

1Crony December 11, 2010 at 6:23:00 AM PST  

Salam Tuan. Kalau Pak Cik dan Mak cik Felda, saluran 1 dan 2 dan penyokong tegar UMNO mendengar perkhabaran ini pun mereka tak akan percaya juga. Macam mana nak bagi percaya? Tunggu Malaikalmaut memanggil mereka pergi dan generasi selepas mereka tentu akan percaya. Kerana setiap sesuatu tidak akan kekal, tambahan pula organisasi tersebut (UMNO) mengamalkan pengkhianatan dan penginiayaan terhadap jutaan umat Islam di negara ini. Akhirnya kehancuran pasti menjelma. Insyaallah

puteri December 13, 2010 at 3:52:00 AM PST  

isu yang sama.. perkara yang sama.. tapi kalau berlaku pada pihak yang berbeza (BN v PR), respon yang diterima juga berbeza. yang diorang wat ok je belaka...

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP