This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

HIMPUNAN LAWAK POLITIK MINGGU INI DAN PENDEDAHAN ADUN PAS BERZINA

Friday, December 3, 2010



LAWAK SATU - KISAH SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI
(PENDEDAHAN ADUN PAS BERZINA)

tarikh      : bermula awal minggu hingga hari ini
pelawak :  Waris AMP,Papa Gomo,Azmy Awang dan yang seangkatan dengannya
seting      : kisah ini berlaku di alam maya iaitu di negara Facebook,adapun diceritakan penglipurlara di alam     
                Blogger

Fitnah di Facebook

Inilah fitnah yang maha hebat untuk menjatuhkan maruah seorang Adun Pas di Kelantan iaitu Adun Selising, Pasir Puteh.Untuk rekod,Drs.Saipul masih berada di Makkah untuk menunaikan haji.Untuk memberi keadilan dalam bermaklumat,maka di sini Tok Lipur ingin menunjukkan cucu-cucu mengenai fitnah melampau ini:

lembaran satu

Lembaran Dua
Dua lembaran fitnah ini diperoleh daripada laman facebook yang beralamatkan Waris AMP.Untuk makluman, bukan Si Waris Anak Muda Pemfitnah (AMP) ini sahaja yang berkokok-kokok dalam isu ini tetapi ramai lagi.Walaubagaimanapun,Si Waris ini bercerita tanpa detail yang lengkap oleh itu fitnahnya dianggap sebagai peluru kapur semata-mata.

Tapi,ada seorang penyokong tegar UMNO di Pasir Puteh telah memberikan maklumat panjang lebar mengenai perkara ini dalam satu kumpulan di facebook (Group Pakatan Vs Pencacai Umngok).Berikut adalah dakwaan Aminuddin Muhammad:

klik untuk besarkan




Penulis mengikuti kisah ini secara dekat.Sudah hampir seminggu penulis cuba memerhati peluru-peluru kapur yang ditabur oleh pejuang-pejuang maya UMNO di Facebook.Mereka bercakap dengan yakin seolah-olah ada bukti yang kukuh.Untuk mendapat kepastian,penulis telah meminta bantuan sahabat maya,Encik Google untuk mengkaji lebih lanjut isu zina ini,manalah tahu ianya benar.


dan berikut adalah jumpaan carian yang telah dilakukan Encik Google:


Apapun,penulis tertarik untuk menekan laman Mesra.net Forum untuk melihat apa yang tertulis.
Berikut adalah jumpaan forum tersebut.Cukup hebat juga fitnahnya:

Tidak payah besarkan.Penulis paste semula ayatnya....

biggrin.gif mula-mula sekali ...feeeewwiiiitttttttt!!!!

Berikut adalah senarai pemimpin2 Pas yang beristeri melebihi daripada satu:

1. Menteri Besar Terengganu, Hadi Awang. Beliau ada tiga isteri. Isteri kedua dan ketiga adalah anak dara (18 tahun) yang terpedaya dengan `kewarakannya'.

2. Mohamad Sabu ada dua isteri. Isteri keduanya dirampas daripada rakan karib sendiri melalui kaedah berkhalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu.

3. Hassan Abdullah ada empat isteri. Isteri pertama yang tinggal di Kampung Dangar Pasir Mas telah diceraikan kerana berusia lebih 50 tahun. Untuk mencukupkan kuota, beliau mencari ganti di kalangan anak dara, kini beliau sedang dalam proses untuk menceraikan isteri keduanya yang sudah mencecah usia lewat 40-an untuk digantikan dengan anak dara juga.

4. Takiyuddin Hassan ada dua isteri. Bakal isteri ketiga dalam proses. Khabarnya dari Negeri Sembilan dan bekerja di Kelantan.

5. Buniyamin Yaakob ada tiga isteri. Isteri kedua dan ketiga dikahwininya selepas membuntingkannya terlebih dahulu. Seorang anaknya adalah anak luar nikah.

6. Wakil Rakyat Pas DUN Selising, Pasir Puteh ada dua isteri. Isteri kedua bakal dikahwininya selepas keputusan Mahkamah Syariah Pasir Puteh nanti. Beliau kini dalam perbicaraan kerana berzina dengan isteri sahabatnya dalam gerabak keretapi. 

7. Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat ada seorang. Memang ada beberapa wanita tergila-gilakan dia tetapi sempat dihidu isterinya. Maka beliau terpaksa tahan nafsunya walaupun membuak-buak sampai ke kepala. (Nik Aziz kena Queen Control ke?)

8. Affandi Mohammad ada dua isteri. Isteri keduanya disimpan di Kuala Lumpur. Beliau masih bernasib baik kerana isteri pertamanya belum mengetahuinya.

9. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Abdul Halim Abdul Rahman ada seorang isteri. Tetapi beliau ada seorang perempuan simpanan yang ditinggalkan di sebuah kondominium mewah yang dikawal ketat pengawal keselamatan di Kuala Lumpur.

Cukup setakat ini.................
sumber :http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t2442.html

Tulisan yang diboldkan dan dimerahkan itu adalah hasil pencarian penulis untuk dakwaan terhadap Adun Selising.Adakah pembaca masih tidak nampak?
Fitnah berzina ke atas Adun Selising telah bermula sejak dari tarikh 20 Ogos 2002,jam 6.17 petang di Mesra.net melalui seorang forumer yang bernama Badang.Mungkin para pemfitnah beranggapan bahawa orang ramai akan terpengaruh dengan pendedahan mereka ini kerana zaman facebook baru bermula setahun dua kebelakangan ini.Oleh itu,fitnah-fitnah yang mengatakan bahawa Nik Aziz meretui Adun Selising dalam PRU 12 selepas membuat solat istikharah adalah fitnah yang nyata.Malah,kalau diikutkan logik daripada penceritaan di atas,bagaimana si cikgu,suami kepada perempuan yang berzina dengan Drs.Saipul boleh naik ke atas gerabak kereta api dalam keadaan keretapi bergerak?Mustahil mereka boleh menyerbu masuk ke dalam keretapi ketika berhenti di mana-mana perhentian seperti Gua Musang dan Kuala Krai melainkan si suami telah berada dalam keretapi bermula dari Kuala Lumpur lagi.Oleh itu,keraguan penulis terhadap Aminuddin Muhammad yang menyebarkan cerita ini dipanjangkan dengan bertanyakan kepada beliau sendiri:

ISU KHALWAT ADUN PAS,SELISING PASIR PUTEH YANG DIHEBOH2KAN SEPERTI YANG DIDAKWA AMINUDDIN MUHAMMAD DIRAGUKAN PENCERITAANNYA....KONONNYA DRS.SAIFUL BAHRIN DITANGKAP KHALWAT DALAM COACH KTM SEBELUM PRU12....PADAHAL ISU INI SUDAH TIMBUL SEJAK DARI TAHUN 2002 LAGI...

    • Hairul Nizam kantoi lg c paloi AM ni.....pencacai la katakan...
      Wednesday at 06:50 · 

    • Aminuddin Muhammad 
      Saya tak pernah menyebut nama dan juga kawasan yang tepat. AnakRusa Nani yang mengeluarkan hal ini. Justeru itu, jika betul apa yang AnakRusa Nani tuturkan nama yang disebutkannya...terserahlah kepada AnakRusa Nani untuk tindakan seterusnya. Elok benar pada pendapat saya kita hanya menyebut nama sipolan dan sipolan dan jika mana2 pihak inginkan kepastian, maka pihak orang itu hendaklah selidiki kebenaran kenyataan itu bagi kesahihan berita yang disampaikan untuk 'eklusif' dirinya sahaja. SEKALI LAGI ingin nyatakan bahawa saya sama sekali tidak pernah menyebut NAMA mana2 ADUN. Saya hanya menyebut seorang ADUN dalam kawasan NP28.

      Wednesday at 10:27 · 

    • Anakrusa Nani MEMANGLAH TIDAK PERNAH SEBUT....ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DALAM AYAT2 NYA AKAN SENTIASA MENGELAK UNTUK MEMBERITAHU NAMA SESEORANG...TAPI BAGUSLAH AMINUDIN...NAK SEBAR FITNAH TAPI TAK NAK BUSUK NAMA....
      Wednesday at 13:05 · 

    • Anakrusa Nani KISAH YB DRS SAIFUL BAHRIN ADALAH KISAH HAMPIR SEPULUH TAHUN LAMPAU...KALAU BENAR DIA BERZINA DALAM KERETAPI,RAKYAT SELISING LEBIH ARIF,DAN MEREKA MEMILIH UTK PERCAYA DRS.SAIFUL
      Wednesday at 13:06 · 

    • Anakrusa Nani KALAU HENDAK KATA ORANG SELISING TIDAK TAHU KISAH INI,TIPULAH....PERKARA INI TELAH LAMA DIJAJA,CUMA MASA ITU TIDAK ADA FACEBOOK,ORANG BERCERITA DI MESRA.NET SEKITAR TAHUN 2002
      Wednesday at 13:07 · 

    • Anakrusa Nani KINI APABILA FACEBOOK ADA,PARA PEMFITNAH UMNO BAWA KEMBALI CERITA DENGAN TOKOK TAMBAHAN KALAU IKUT VERSI ASAL JUMPA PAKAI SELUAR DALAM KINI DENGAN TOKOK TAMBAH DITUDUH TERTANGKAP KETIKA ANU MASIH BASAH....
      Wednesday at 13:08 · 

    • Hairul Nizam C AM ni mmg x abih2 bwk cite ni...biorkan jer...
      Wednesday at 13:58 · 

    • Razi Abdullah AM tumemang x mengaku buat fitnah.. tetapi memang ada sekelumit hatinya yang busuk melakukannya.. budak SPM kalau baca nota dia pun boleh paham hatibudinya yg busuk tuu..
      Wednesday at 15:09 · 

    • Aminuddin Muhammad Maaf.... samada itu fitnah atau benar, memang itu yang dibualkan oleh 5 orang bersaudara tersebut yang linkungan umurnya antara 42 hingga 50 tahun disebuah Restoran dan kebetulan saya sdang menimati nescafe. Isu ini hangat kembali kerana iras wajah sianak menyerupai sibapa dan jangan lupa memang dulu tiada internet tapi kini teknologi DNA diterima pakai sebagai 99% tepat. Saya tak minta dipercayai cuma apa yang saya minta diselidikki kerna khuatir apa yang diperbualkan oleh mereka itu ada unsur2 kepentingan.
      Wednesday at 15:44 · 

    • Hirziq Haqqi salam..masyaallah.. x habih2 bawa fitnah.. kembali la kpd Allah n rasulnya..memalukan org p puteh je ni.. kalau x der dalil jgn cakap lain kali.. itu fitnah namanya..
      Wednesday at 15:56 · 

    • Aminuddin Muhammad Kepada yang mana kedengaran 'cerita2 ini', senang je.....kita jangan cakap apa2, jangan sebuatkan nama siapa2..... yang mana ada kelapangan masa dan juga kamera... Ambil gambar sibapa, ambil gambar si anak dan ambil gambar 'si polan'. Letakkan gambar ketiga-tiga mereka biar yang ramai membuat penilaian..... 'iras' siapa pada raut si anak.
      Wednesday at 17:10 · 

    • Aminuddin Muhammad Apapun bagi saya, tak kira UMNO tak kira PAS, mana yang ada 'kontroversi' itu tak yah lah dicalonkan supaya kelak 'FITNAH' tidak terkena kepada Jemaah. Yang nak jadi calon tu, kalau dah tahu dah ada 'kontroversi' pulak tak yah lah menyibukkan diri melobi jika sayangkan jemaah.
      Wednesday at 17:12 ·  ·  1 person

    • Hirziq Haqqi salam..berjuanglah atas dasar islam insyaallah berjaya dunia akhirat.. ikhlas kerana Allah.. Allahuakbar..
      Wednesday at 17:32 ·  ·  1 person

    • Anakrusa Nani 
      MACAM NILAH AMINUDDIN....SAYA ORANG PAS DAN ANDA ORANG UMNO...SAYA HENTAMLAH UMNO BYK MANA PUN,AWAK TETAP SOKONG UMNO DAN BEGITU JUGA SAYA TTP SOKONG PAS......TAPI KALAU SETAKAT DENGAR CERITA DI KEDAI KOPI,SEMUA ORANG PUN BOLEH...SAYA PUN BOLEH PERGI DUDUK MINUM NESCAFE DAN MENGATAKAN SI ANU DAN SI ANU INI BERKHALWAT....SEBAB BERCAKAP TANPA BUKTI INI SEMUA ORANG PUN BOLEH....MENGENAI DNA 99 PERSEN KE 10 PERSEN KE,KALAU RASA NAK BUAT,BUATLAH....TAPI KALAU NAK KATA MUKA SI ANAK SAMA DENGAN MUKA SI ITU,SI INI MAKA ITU ADALAH PREJUDIS TERHADAP CIPTAAN ALLAH....KALAU BENAR ISTERINYA DITANGKAP KHALWAT,SUDAH TENTU SI SUAMI TELAH MENCERAIKAN ISTERINYA....JADI BODOHLAH SI SUAMI HENDAK MENGUNGKIT PERKARA LIMA ENAM TAHUN LEPAS

      Wednesday at 20:21 ·  ·  3 people

    • Anakrusa Nani ATAU PERKARA INI DIBICARAKAN DI MAHKAMAH SYARIAH?WALLAHUALAM.....MUNGKIN SAUDARA AMINUDIN TAHU.....TAPI BAGI KITA,BERSANGKA BAIKLAH....YB SAIFUL MASIH DI MEKAH.....KALAU BENAR DIA PERNAH BERZINA,MEKAH ADALAH SEBAIK-BAIK TEMPAT UNTUKNYA...ORANG YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN BIASANYA AKAN DIUJI ALLAH DI SANA....DAN KALAU BENAR ITU ADALAH FITNAH SEMATA2,BERUNTUNGLAH YB YANG MENGUMPUL PAHALA BERGANDA TATKALA SEDANG MENGUMPUL PAHALA DI MEKAH
      Wednesday at 20:24 ·  ·  3 people

    • Aminuddin Muhammad Kita serahkan kepada Allah.... dan siapa yang sepanjang masa ada di Mekah yang 'dibenarkan' sempurnakan ibadat haji dan siapa yang terlantar kat hospital di Mekah atau uzur di bilik hotel disana juga sepanjang musim haji kita serahkan kepada Allah yang MAHA mengetahui.Apapun, saya tak pernah pun ajak ARN masuk UMNO malah tak payah pun masuk.
      Wednesday at 20:45 · 

    • Anakrusa Nani 
      OKAY....JIKA BEGITU KATA SAUDARA AMINUDDIN,MAKA DIHARAPKAN SAUDARA TIDAK LAGI BERCAKAP SOAL INI KERANA SAUDARA SENDIRI TIDAK MENGETAHUI....APABILA TAK TAHU,KITA BERCAKAP JUGA ERTINYA MEMFITNAH.... KERANA SAUDARA SERAHKAN PADA ALLAH DAN ALLAH JUGA MENGETAHUI,BIARLAH KITA SERAHKAN HAL INI KEPADA HAKIM SEGALA HAKIM....KALAU BENAR DRS.SAIFUL YANG BERTARAF USTAZ(KALAU IKUT PENGENALAN DALAM KERTAS UNDI DUN SELISING) ITU BERZINA,BIARLAH ALLAH YANG MELAKNAT DRS.SAIFUL DAN KALAU DRS TIDAK BERSALAH,BIARLAH ALLAH MELAKNAT ORANG YANG MENYEBARKAN FITNAH...DAN SAYA KIRA SAUDARA AMINUDDIN TENTUNYA TIDAK MAHU DILAKNAT,MAKA JANGANLAH MENJADI ORANG YANG MENYAMBUNG FITNAH

      Yesterday at 01:24 ·  ·  2 people

    • Anakrusa Nani DAN JIKA BENAR SI SUAMI KEPADA WANITA TERSEBUT MENANGKAP ISTERINYA BERZINA DULU,PASTINYA TELAH BERLAKU PROSES LI'AN IAITU SUMPAH LAKNAT.....ADAKAH PERKARA INI WUJUD DI MAHKAMAH SYARIAH?KALAU SAUDARA AMINUDDIN MAHU KEBENARAN DALAM KES INI,HARAP BOLEH RUJUK DI MAHKAMAH SAMADA ADA ATAU TIDAK KES ITU DI MAHKAMAH.....SAYA BUKAN ORANG PASIR PUTEH,JADI SAUDARA SEBAGAI ORANG PASIR PUTEHLAH YANG SENANG UNTUK MENGAKSES MAKLUMAT SEBEGINI...WALLAHUALAM
      Yesterday at 01:27 ·  ·  1 person

    • Faizal Alias ntah wahai saudara aminudin...adakah saudara ingin berbicara sesesutau perkara yg saudara sendiri tidak mengetahuinya??
      5 hours ago · 

    • Faizal Alias “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”(surah al-Hujurat ayat 12)
      5 hours ago · 


Untuk rekod,penulis telah mencabar Aminuddin Muhammad untuk menyemak samada berlaku atau tidak proses li'an di mana-mana Mahkamah Syariah antara Si Suami dengan Si Isteri terbabit.Kalau berlaku,maka barulah penulis mula percaya kepada asas cakap-cakap dakwaan ke atas Drs.Saipul Bahrin tersebut.

Apapun,kalaulah benar Drs.Saipul ini benar-benar berzina,sudah tentu isu ini heboh di Pasir Puteh dan tentunya beliau akan ditolak oleh pengundi dalam pilihanraya termasuklah ahli Pas kerana peristiwa ini dilaporkan lebih kurang lapan tahun yang lalu,namun sehingga kini,sokongan terhadap Drs.Saipul adalah semakin kuat.

Aminuddin juga berkata (termasuk Waris AMP yang memanipulasi isu ini di facebook),kes zina ini berlaku dalam tempoh masa sebelum PRU 12 iaitu lebih kurang empat tahun yang lalu sedangkan fitnah ini telah dimulakan LAPAN tahun yang lalu!

p/s : KEBIJAKSANAAN PEMBACA DIPERLUKAN UNTUK MEMAHAMI KISAH DI ATAS.
TERIMA KASIH INTERNET KERANA MENYIMPAN MAKLUMAT SEPULUH TAHUN LEPAS!


LAWAK DUA - KISAH MENANTU AYAH

tarikh     :  Selasa,31 November 2010
pelawak : KJ Menantu
seting     : kisah berlaku di sekitar Kuala Lumpur; untuk perincian,latar tempat sekitar kawasan Puduraya 
               hingga ke Jalan Parlimen

Ini kisah pertama.Alkisah maka tersebutlah adanya Ketua Perwira Parti Pekembar telah berjalan kaki ke Parlimen.Maka adanya,bermula kisah tersebut adalah selepas si menantu ayah ini mengambil LRT dari Bukit Jalil ke Masjid Jamek setelah bermesyuarat dengan beberapa orang sebelumnya.Mungkin kerana menghayati kepimpinan melalui tauladan mertuanya dahulu,si menantu ini mengambil keputusan menaiki pengangkutan awam DAN mungkin juga ini adalah kali PERTAMA dalam hidupnya mengambil keputusan menaiki pengangkutan awam di Kuala Lumpur memandangkan dia sendiri terkial-kial untuk membuat keputusan untuk memilih pengangkutan apa ke parlimen.

Beribu-ribu teksi di KL ada,
buat apa jalan kaki?
Adapun,si menantu mungkin hendak menunjukkan bahawa beliau ini cuba menyelami kesusahan rakyat,tetapi pada hakikatnya beliau menunjukkan kekurangpandaian dirinya sendiri.Adakah patut beliau cuba mencari perkhidmatan bas untuk ke parlimen?Apa beliau fikir parlimen itu tempat publik seperti Mid Valley dan Times Square?Apa yang dipersoalkan lagi selepas itu,apakah si menantu ayah ini baru sehari berada di Kuala Lumpur sehingga tidak tahu arah jalan ke parlimen?Kalau benar hendak berjalan kaki,tidak perlu ke Pasar Seni dari Stesen Masjid Jamer,cuma teruskan perjalanan ke Utara bukannya bertindak berjalan ke arah Barat Daya.

Apapun,tindakan menantu ayah ini adalah cuba menunjukkan keprihatinan tak kena tempat kerana tidak lebih daripada mencipta gimik murahan politik.Kenapa perlu berjalan kaki ke Parlimen sedangkan teksi bersepah-sepah di Kuala Lumpur malah dikhabarkan ada lebih kurang 7000 buah teksi di Kuala Lumpur sahaja.

BUKANKAH MENANTU AYAH
MEMBAWA TEKSI?


LAWAK TIGA - ANUGERAH TUHAN VS ANUGERAH SYAITAN

tarikh      : 2 Disember 2010 (Khamis)
pelawak : Zaira Jaafar,Armand Perkasa
seting      : kisah berlaku di sekitar ibu kota,tidak pasti di mana,mungkin di ibu pejabat Perkasa

KISAH INI TERBAHAGI PULA KEPADA TIGA CERITA KECIL:

1.Anwar Anugerah Syaitan
Sebelum ini,kita melihat tindakan-tindakan pantas dan agresif Wira Perkasa di bawah Ketuanya,Armand Azha Abu Hanifah dalam isu-isu yang mereka berkepentingan Melayu melalui demo-demo dan kempen meludah Namewee.Terbaru,kita diberitakan pula dengan penonjolan Wanita Perkasa di bawah pimpinan Zaira Jaafar.Kemunculan mereka juga telah memulakan satu kontroversi dengan menganggap Anwar Ibrahim sebagai Utusan Syaitan,respons kepada Anugerah Tuhan yang dilabelkan Wan Azizah kepada suaminya.

Mengulas mengenai perkara tersebut,Zaira menganggap Anwar sebagai utusan syaitan yang cuba menghancurkan ketuanan melayu dan menjadi pembelot kepada bangsa sendiri.  Malah,Zaira juga telah meminta gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim ditarik balik setelah Anwar bertindak mempertikaikan konsep ketuanan melayu tersebut.

2.Armand Ketua Perkasa Malaikatkah?Kah kah kah

Anggapan bahawa Anwar sebagai utusan syaitan turut menerima respons Armand dalam blognya, http://armandpju.blogspot.com/2010/12/anwar-utusan-syaitan.html.

Orang dulu kata,cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar.Mengaku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.Sepatutnya,sebelum Armand Perkasa bercakap soal siapa syaitan atau tidak, diharapkan dapat membezakan bagaimana Anwar dan beliau menjaga isteri sendiri:




3.Raptai GAPS

GAPS - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor diberitakan akan turut berarak ke istana negara Ahad ini, pada waktu yang sama dengan perarakan kerajaan Selangor bagi menyerahkan memorandum menentang kenaikan harga air di Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor sendiri,Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perhimpunan GAPS yang bertemakan baju hitam berarak dari perkarangan Masjid Jamek di Kuala Lumpur manakala perhimpunan kerajaan Selangor yang bertemakan baju merah akan mula berarak dari perkarangan Masjid Negara.

Satu perkara pelik mengenai GAPS ini adalah mereka akan membuat raptai perarakan pada hari ini sebelum berarak Ahad ini di Shah Alam.Pelik,GAPS ingat berarak ini upacara penyampaian hadiah ke untuk mengadakan raptai?


MACAM-MACAM PELIK DI MALAYSIA.....

diceritakan oleh,
Tok Lipur,
Si Penglipurlara.


9 ulasan:

Tayadih Maysia December 2, 2010 at 7:59:00 PM PST  

salam tuan blog,

kita tukar2 link: www.duniacacamarba.blogspot.com

-terima kasih atas respons saudara!

kamisokongpas | O | December 2, 2010 at 8:10:00 PM PST  
This comment has been removed by the author.
iyad December 3, 2010 at 12:48:00 AM PST  

pembawa fitnah akan dihitamkan hatinya sehingga sukar menerima hidayah..
ia akan jadi tabiat mcm berjudi jugak...
kaki judi akan mempertahankan judi mcam kaki fitnah mempertahankan cerita fitnah...

*saling berlink : http:http://penasuasa.blogspot.com

syukran..

Badut Rakyat December 3, 2010 at 3:13:00 PM PST  

adeh cita paling banggang saya pernah tgk.ni lah cita dia

KETERANGAN BLOG MENULIS : Malah,kalau diikutkan logik daripada penceritaan di atas,bagaimana si cikgu,suami kepada perempuan yang berzina dengan Drs.Saipul boleh naik ke atas gerabak kereta api dalam keadaan keretapi bergerak?Mustahil mereka boleh menyerbu masuk ke dalam keretapi <----- KALAU NAK IKUT LOGIK LAGI~ MACAM MANA ISTERI ORANG BOLEH BERADA BERSAMA DENGAN PENZINA? TAK MUSTAHIL SUAMI ISTERI BERADA DALAM KERETAPI YANG SAMA. TETAPI KEMUDIANNYA ISTERI DIBALUN RAKUS OLEH MEMBER KAMCENG SENDIRI~ ALAHAIII~ NAK TOLAK KENYATAAN PUN BAGI HUJAH BODO~.. LEPAS TU MENGAKU BUKTI KUNUN~ WAKAKAKAKAKA~...

kamisokongpas | O | December 3, 2010 at 3:23:00 PM PST  

KALAU BANGANG MACAM BADUT MEMANG LA NAK SPIN LAGI KAU NI....

BODOH TAK BOLEH NAK AJAR PUAK2 FITNAH NI....AKU TAK CAKAP ITU BUKTI NGOK....BUKTI2 PRINT SCREEN AKU TU LAH BUKTINYA.....FITNAH MULA TERSEBAR TAHUN 2002.....KAU ORANG KATA HAMPIR2 DENGAN PRU 12....YANG NI KAU TAK NAK KOMEN PULAK?

KAU BADUT BANGANG DENGAN TEAM GELOMBANG WANGSA MAJU KAU TU,PAPA GOMO SEMUA TU DASAR PEMBAWA FITNAH TAK BOLEH DIAJAR.....KALAU KAU RASA HEBAT DAN BANYAK BUKTI SANGAT,SENANG CERITA,KAU DEDAH SATU PERSATU DETAIL YANG KAU ADA.....TAK PERLU BANYAK,AKU HENDAK BUKTI MASA,TARIKH,TEMPAT,NAMA PEREMPUAN YANG BERZINA,NAMA KAWAN BAIK,NAMA BEKAS PEMBANTU NIK AZIZ,NAMA2 SAKSI YANG TERLIBAT

KALAU ITU PUN TAK BOLEH NAK BERI,BOLEH JALANLAH...

watana December 5, 2010 at 4:23:00 AM PST  

heeeeee....mnok bn mmg suwey..nak jago napsu setan dio.....

Anonymous,  December 28, 2010 at 7:06:00 AM PST  

memang bangang tahap gaban penyokong2 BN nie;;; mudah sangat percaya cerita2 mengarut nie.. alahai;;

Anonymous,  January 30, 2011 at 4:45:00 PM PST  

ape kate kita war warkan pula kisah dan teladan dari puak puak pemimpin umNO satu persatu, nnti kite bole tgok sape yg ketaq kecot perot,ibarat kate pepatah satu jari telunjuk menunjuk org, jari yg lain ke arah diri sendri..nih bukn masalah nk buka pekong atau aibkan org tp rakyt perlu tau supaye mreka tak tnggong dosa kerna memngkah ahli ahli maksiat mnjd pemimpin..

PaperWaris November 10, 2011 at 5:30:00 AM PST  

owh.. patut la ramai yg add aku.. he he he he he

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP