This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

ZINA:ADUN SELISING SUDAH JAWAB,BAGAIMANA PULA ADUN PERUPOK?

Thursday, December 23, 2010

Awal Disember 2010 adalah kemuncak pertembungan penyokong Umno-Pas di alam maya.Hal ini berlaku atas beberapa faktor,terutamanya dengan kewujudan secret group baru di Facebook yang menjadi medan perdebatan terbuka antara penyokong.Penulis sendiri telah berpeluang untuk mengikuti dua buah secret group ini secara terbuka iaitu Group Isu Semasa dan Pakatan Vs Pencacai Umngok.Sebelum ini juga,perdebatan terbuka seperti ini telah berlaku,tetapi terhad di beberapa dinding peribadi sahaja.Di facebook juga penulis mula mengenal beberapa orang bloggers dan cybertroopers Umno seperti Waris AMP,Papa Gomo,Azmy Awang,Pas Beruk, Kedah La Ni dan lain-lain yang menggelarkan diri mereka sebagai Pejuang Nadi Rakyat.


Apapun,bulan ini,komuniti peminat politik di facebook dikejutkan dengan pendedahan mengenai kes zina Adun Selising,Drs Saipul Bahrin Muhammad dengan seorang wanita dalam gerabak keretapi.Penulis yang mengikuti perkara ini secara dekat,secara berkebetulan berjumpa dengan tipu helah bloggers Umno dalam memanipulasi isu fitnah yang direka-reka.Pembaca boleh merujuk kepada entri awal penulis iaitu Kisah Lawak Politik Minggu Ini dan Pendedahan Adun Pas Berzina untuk mengetahui dengan lebih lanjut kisah penipuan tersebut.


Imbas Kembali Pendakwaan Mereka


Para pencacai Umno ini memang pandai menangguk di air yang keruh.Mereka menghentam Adun Pas itu habis-habisan tatkala Drs Saipul masih berada di Makkah untuk menunaikan haji dan baru tiba di tanah air tiga hari yang lepas.Apapun,hari ini,pendedahan jahat para bloggers Umno dijawab oleh Ustaz Saipul Bahrin dan beliau sendiri turut mencabar mereka yang memfitnah beliau membuktikan kebenaran.Penulis petik laporan sebuah portal berita seperti berikut:


KL, 23 Dis 10: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti jika ada kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.
Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.
“Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.
“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.
“Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.
“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya kepada media. Pada 8 Mac 2008, Saipul Bahrin menewaskan calon Umno-BN Hashim Ismail dengan kelebihan 783 undi.
Naib Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Puteh itu berkata, iltizam politik Umno memfitnahnya mungkin disebabkan tapak sokongan parti teras Barisan Nasional itu sejak kebelakangan ini kian rapuh apabila ahli dan penyokong mereka menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan turut senada dengan Saipul Bahrin mencabar Umno negeri dan pusat supaya mengemukakan bukti tanpa menyebarkan fitnah.
Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook. Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.
Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut. Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut.


Drs.Saipul bersama TG Nik Abd Aziz dalam
majlis kemasukan 122 orang Umno
masuk Pas di Dun Selising

Adun Selising (berbaju Melayu krim)
Dalam perkara ini,penulis mengambil tindakan tunggu dan lihat.Sebolehnya,penulis rasa eloklah perkara ini di bawa ke mahkamah bagi melihat siapa yang benar dan siapa yang salah.Ternyata peluru fitnah zina adalah satu perkara yang mudah bagi menamatkan karier politik seseorang.

Beberapa hari lepas juga,skuad Nadi Rakyat juga telah mengeluarkan satu ucapan oleh seorang yang bernama Saidi Hussain yang didakwa sebagai saksi utama kes zina Adun Pas Selising.Tidak diketahui pula siapakah Saidi ini,namun berikut adalah sedutan ucapan Saidi tersebut:




Para pencacai Umno ini kononnya hebat.Memiliki bukti yang kukuh,malah telah pun mendesak Adun Pas Selising meletakkan jawatan sebelum 1 Januari 2011.Pun begitu,dengan penafian Adun Selising ini, maka kita tertunggu-tunggu episod fitnah seterusnya daripada mereka.


Dalam sedutan Saidi di atas,ternyata penulis ada satu pertanyaan:


1.BAGAIMANAKAH SAIDI INI BOLEH NAIK KE ATAS KERETA API?DIA MENGATAKAN YANG DIA JUPPO (TERJUMPA) ADUN PAS INI DALAM GERABAK VIP.PERSOALANNYA SEKARANG,BAGAIMANAKAH DIA BOLEH MASUK KE DALAM KERETA API YANG SEDANG BERGERAK?TERJUN DARI ATAS BUMBUNGKAH?


2.KALAU SUDAH TANGKAP ORANG BERZINA,BUAT APA JUMPA NIK AZIZ?SUDAH TIADA POLISKAH?ATAU PEJABAT MAIK TUTUPKAH?


3.KITA MASIH MENUNGGU JAWAPAN MEREKA TENTANG TARIKH,MASA DAN SAKSI KEJADIAN,DI MANA KHABARNYA HAMPIR 5 ORANG.SEKARANG BARU DUA ORANG YANG DIKETAHUI IAITU SAIDI DAN HJ FAUZI.


Mereka kononnya ada bukti,tetapi mengapa
ambil print screen dari blog ini?Terdesakkah?
ALLAH ITU MAHA ADIL
Dalam keadaan puak-puak pencacai Umno sibuk menuduh Adun Pas berzina,kini timbul pula pendedahan terbaru Wikileaks mengenai kisah seorang Menteri dalam kabinet Pak Lah yang telah merogol pembantu rumahnya dari Indonesia.

Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan, menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.  

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya. 

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.Boleh baca di http://rockybru.com.my/2010/12/wikileaks-malaysian-senior-politician.html

MENANTI SUARA ADUN PERUPOK PULA
Dalam keadaan kes fitnah terhadap Adun Selising,dalam minggu ini,Adun Perupok Datuk Omar Muhammad pula yang dituduh berzina dengan seorang ustazah. Penulis tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita ini,namun kini terdapat usaha-usaha yang bersungguh untuk memburukkan nama Adun Pas di Kelantan termasuklah satu lagi berita yang penulis terima daripada seorang penyokong Umno di Pasir Puteh yang bernama Aminuddin Muhammad:


Between You and Aminuddin Muhammad
Aminuddin Muhammad 21 December at 21:09 Report
Salam.... satu lapuran polis dibuat di IPD Pasir Puteh dalam bln Nov.2010 oleh anak perempuan seorang Pejuang PAS Dun Selising (awrah) dirogol oleh 3 pemuda dimana salah seorangnya anak bekas ADUN Pas Selising. Tangkapan telah dibuat....bagaimana? Bagaimana Pemimpin ingin tegakkan Negara Islam andainya keluarga sendiri gagal ditegakkan?
Anakrusa Nani 22 December at 07:39
BUAT SAUDARA AMINUDDIN,SAYA JARANG BERCAKAP PERKARA YANG SAYA TIDAK TAHU DAN TIDAK PASTI...BAWAK CERITA YANG PENUH....JANGAN SUKA CAKAP BERKIAS2...CAKAP SAHAJA NAMA ADUN ITU
Aminuddin Muhammad 22 December at 10:07 Report
Mantan ADUN, YB Cg. Bisi... mangsa rogol, anak kepada arwah Rashid.
Pembaca boleh menilai sendiri betapa usaha untuk memburukkan Adun Pas telah berlaku,menandakan bahawa PRU 13 semakin hampir.

Untuk rekod,pasca PRU 12 menyaksikan beberapa siri fitnah zina terhadap beberapa orang pemimpin Pas seperti Salahuddin Ayob,Dr.Halimah Ali dan calon Pas Dun Galas,Dr.Zulkefli Muhammad.

Untuk Adun Perupok,jawablah dakwaan bloggers Umno tersebut.

Anak Rusa Nani,
Petang Khamis.






10 ulasan:

Anonymous,  December 23, 2010 at 12:16:00 AM PST  

Dunia sudah semakin pelik. Beban bukti kena kepada terduduh. Patutnya orang yang menuduh kena kemukakan bukti. Kalau tak boleh kemukakan bukti kena sabit kes qazaf. Mangkuk UMNO, tuduh orang berzina, lepas itu, minta bersumpah. Sama mangkuk juga blogger Pas yang layan mangkuk UMNO.

kamisokongpas | O | December 23, 2010 at 12:36:00 AM PST  

Kenapa Encik Tanpa Nama menganggap blogger Pas yang melayan mangkuk UMNO juga sebagai mangkuk?

Adakah kita perlu membiarkan sahaja segala fitnah yang dibuat oleh penyokong umno?
Kalau kita biar,kita penyokong Pas mungkin tidak mengapa,tetapi bagaimana pula dengan mereka yang berada di atas pagar?

Oleh itu,menjadi tanggungjawab kita untuk melawan fitnah tersebut...harap encik tanpa nama boleh fikir

Anonymous,  December 23, 2010 at 5:24:00 PM PST  

SAMAN OHstat saman ooohstat apa takut takan ketapi leh jalan kalau takda diesel fuel kan? SUSAH BENOR buat aja sumpah laknat macam abe NAJIB BUAT ADIK SAIFOL BUAT DENGAN NAMA ALLAH SWT ANA TAKPERNAH BERZINA HARI JUMAAT LEPAS ASAR ADA BERANI KA OOHOHSTAT?TENGOKLAH SAPA KENA LAKNAT ALLAH SWT NANTI?????

kamisokongpas | O | December 24, 2010 at 4:38:00 AM PST  

MACAM MANA KITA NAK TENGOK DAN TAHU ORANG TU KENA LAKNAT ATAU TIDAK?BODOH TAK BOLEH DIAJAR PUAK2 NI

afafa32 December 25, 2010 at 12:22:00 AM PST  

Dunia tak pelik. Tapi sikap orang yang bernama manusia itu yang membuatkan ianya pelik. Lagi kuat Iman dan Ilmu tanpa disusuli amalan dalam kehidupan dan pemerintahan yang membuatkan seseorang manusia itu menjadi pelik.

Anonymous,  December 27, 2010 at 5:12:00 AM PST  

kalau nak percaya wikileaks percaya la semua skali... yakni anwar meliwat... pasai pa plak yg tu tak mau percaya. yg lain nak percaya... munafiq...

TAK NAK JADI SOH CAI,  December 27, 2010 at 5:07:00 PM PST  

ZAMAN SEKARANG BUKAN SUSAH PUN NK JADI BANGANG DAN BAHLOL.. HANYA ORANG ADA AKAL PIKIRAN DAN RAJIN MENCARI KEBENARAN BOLEH LARI DARI PENAKIT TIDAK BERJANGKIT NI...

Anonymous,  December 29, 2010 at 7:04:00 AM PST  

harap adun selinsing berdoa org yg buat fitnah tu mati digilis keretapi... doa org yg terinaya tiada hijab...

Anonymous,  January 20, 2011 at 7:37:00 AM PST  

anak cikgu bisi tu name ape?ak ad knal ank dy........

Anonymous,  March 16, 2011 at 8:38:00 AM PDT  

:-) betul2, bagi nama..sama sekolah anak2 je bekas ADUN C.Bisi tuu..'jahat' memang dah membudaya set2 cyber troopers UMNO ni..

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP