This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

ADAKAH PEMIMPIN BUTA AKAN APA YANG DILAKUKAN UMNO HINGGA MASIH ADA YANG MAHU BERPADU-PADU?

Saturday, January 1, 2011

Isu Kerajaan Perpaduan timbul di sebalik pasca Pilihanraya Umum ke 12 setelah Umno kalah teruk di lima buah negeri di Semenanjung.Isu ini dilihat menimbulkan satu polemik yang hangat dalam kalangan penyokong Pas sehinggakan Mursyidul Am Pas pernah menggesa diadakan satu Extraordinary General Meeting (EGM) ataupun Muktamar Khas Luar Biasa bagi membersihkan beberapa kerat pemimpin Pas yang dilihat "gila" hendak berpadu-padu dengan Umno,dikatakan bersangkut paut dengan agenda Perpaduan Islam dan Melayu.

Isu ini pada satu masa hampir menyebabkan berlaku pertembungan antara dua pihak dalam Pas; yang tidak bersetuju dan bersetuju,masing-masing dengan hujah mereka.Namun,akhirnya keputusan Majlis Syura Pas jelas telah sebulat suara menutup buku mengenai isu ini.Dan kita semua juga seakan sepakat untuk tidak lagi bercakap perkara ini demi menghormati keputusan yang telah dibuat dalam Pakatan Rakyat.

Namun secara tiba-tibanya,beberapa hari lepas seorang pemimpin Pas terkemuka di Kelantan,Haji Abdul Fatah bin Harun (Adun Bukit Tuku) dalam pendedahannya di Facebook mengatakan masih ada pihak yang cuba menghidupkan agenda kerajaan perpaduan ini.Berikut penulis petik status beliau:



  • AMARAN KERAS; Rupanya ada pula pemimpin PAS yang cuba berunding dengan pemimpin UMNO dalam hal Kerajaan Perpaduan. aku. tak ridha demo buat begitu nanti patah semangat penyokong yang bercita2 nak ambil alih pentadbiran PUTRAJAYA. Kenapa timbul pula? siap jadi dalang? APCOkah? aku sedih serita ini... berpecah pula puak kita. yang hendak ada hujah, yang tak hendak pun ada hujah.

    Wednesday at 07:37 via BlackBerry ·  · 




  • Guano sampai ada orang nak menafikan fakta saya sangggup berbohong pula ni. Kalau pun nak pertahan orang demo sayang jangan sampai peringkat berbohong dengan mengatakan pemimpin itu pergi London tarikh tersebut. Betul lah tarikh tersebut dia pergi London tapi dia naik kapal terbang malam, perjumpaan tersebut siang hari tarikh yang sama. Guana agaknya?kang ambo kubang kang berselerak habis kang. kang letang pukang

    Yesterday at 07:23 via BlackBerry ·  · 



  • aku katadah berlawan dalam facebook ni makin nampak UMNO dan puak pro kerajaan perpaduan makin nampak hujah puak penakut nak berjuang dan mahu jalan pintas hendak jadi kerajaan.

    20 hours ago via BlackBerry ·  · 


Sesungguhnya,pendedahan secara tiba-tiba itu telah mengundang satu polemik baru secara tiba-tiba antara beliau dengan mereka yang menyokong agenda kerajaan Perpaduan ini.Malah,tidak kurang pula yang mengambil sikap menyokong Haji Fattah.Apapun,sebagai seorang yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mana-mana parti,penulis merasakan tindakan berkecuali adalah lebih baik bagi menjaga kekukuhan dan kerapatan dalam parti.Secara peribadinya,penulis berpendapat betapa agenda perang mulut di sesetengah blog dan facebook dikhuatiri bakal menimbulkan salah faham pelbagai pihak dan akhirnya bakal merugikan kita sendiri.

Apa yang ingin ditimbulkan di sini,adakah masih berlaku bicara mengenai perpaduan antara Pas dan Umno? Persoalannya siapa yang terlibat?Ini perlu satu pencerahan.Penulis berharap,agar tidak memanjangkan cerita secara terbuka,penulis menyarankan agar Haji Fatah membuat laporan rasmi kepada Jawatankuasa Disiplin supaya mana-mana pemimpin yang masih inginkan perpaduan itu dikenakan tindakan.Penulis khuatir,jika Haji Fatah meneruskan polemik terbuka ini di facebook,kelak ditakuti Yang Berhormat pula yang terpaksa menghadap JK Disiplin.

Seterusnya,penulis berasa sedih jika benar ada pemimpin-pemimpin Pas masih berkira-kira hendak berpadu-padu dengan Umno.Adakah mereka tidak sedar dan tidak nampak akan apa yang telah dilakukan oleh kuncu-kuncu Umno akhir-akhir ini sehingga mereka tidak peduli akan kezaliman Umno.
:
Berikut penulis ajukan soalan buat tatapan kepada pemimpin Pas yang masih ingin "perpaduan":

1.Adakah Pas fikir Islam boleh didaulatkan jika bersama Umno?Jika boleh,mengapa perkara tersebut tidak berlaku pada tahun 70-an?

2.Adakah Pas fikir Umno berhasrat mendaulatkan Islam setelah mereka meluluskan lesen judi bola dan kemudiannya berhasrat membina hab maksiat di Malaysia?

3.Adakah Pas fikir Umno berhasrat bersahabat dengan Pas?Tidak tahukah pimpinan Pas akan apa yang berlaku di ruang siber?Para strategis Umno siang malam memfitnah dan memburukkan Pas.Para pemimpin yang ingin berpadu-padu,sila kenali siapa Azmy Awang Kelana Jaya,Papa Gomo,Jas Salleh,Pas Beruk dan lain-lain.Adakah Pas fikir mereka melemparkan fitnah percuma pada Pas?
Kenali para strategis mereka

4.Apakah pemimpin Pas terlepas pandang akan fitnah-fitnah mereka terhadap Salahuddin ayub,Dr.Halimah Ali,Dr.Zulkifli Mohamed dan terbaru Adun Selising,Drs.Saipul Bahrin?Apakah pemimpin Pas tidak tahu perkara ini?


5.Adakah pemimpin Pas tidak sedar apa yang dihina ahli Umno terhadap Nik Aziz?Gelaran seperti "Bukan Ulamak tapi Pukimak","Nicky Ajis","Wali Terompah" selain mendoakan beliau mati cepat ...Adakah pemimpin Pas merasakan itu tidak mengapa?

6.Adakah Pas fikir Najib ingin melaksanakan Islam setelah terang-terangan menolak undang-undang Islam dalam mesyuarat Agung MCA baru-baru ini:

“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’.
 Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa,
tetapi kali ini, beliau betul,”

7.Adakah Pas fikir Pas mampu membetulkan Umno yang telah busuk?Lihatlah bagaimana Ulama Muda Umno.Adakah pandangan mereka digunapakai?

nota: penutup tahun 2010 menghantui Umno ialah 5R : Rais,Robengah,Rogol,Rosmah dan Rasuah

Adakah Pas mahu bersekongkol dengan orang-orang zalim?

8.Adakah Pas fikir perpaduan Islam wujud bila Pas bergabung dengan Umno?Adakah Pas tidak fikir akan ramai penyokong Pas yang lari dari jemaah seperti dahulu?Adakah Pas tidak belajar dari kewujudan Hamim, Berjasa,Akim,Pas Baru dan lain-lain?

9.Apakah asas perpaduan dengan Umno?Islam semestinya tidak.Adakah Pas rasa mereka mahu melaksanakan Islam sedangkan sekarang inipun mereka telah berkuasa.Apa yang mereka buat untuk Islam?

10.Jika asas perpaduan dengan Umno ialah Melayu,tidak sedarkah Pas tentang apa yang Umno buat kepada Melayu Pulau Pinang dan bandar-bandar besar lain?

Akhirnya,seperti yang dikatakan Haji Fattah, mereka yang inginkan perpaduan mungkin ada hujah,tetapi kita juga ada hujah.Dan inilah hujah saya.Jawablah 10 soalan penulis kepada mereka yang ingin berpadu-padu.

3 ulasan:

Azman January 1, 2011 at 12:30:00 AM PST  

Pada gua la.. ahli pas still sokong pas wlupun isu ini dimainkan semula, sbb pas adalah utk semua, bukan utk golongan tertentu.

Jika seandainya golongan tertentu ada main rundingan gelap ke arah perpaduan sumbang, maka golongan terbabit akan dinYahkan oleh ahli pas.

lebih baik tunggu dan lihat, jangan buat yg bukan2. Jika betul2 ianya berlaku, maka bolehla nk terajang pemimpin terbabit. Klu ia x berlaku sprtimana yg didakwa, maka kita hanya membuang masa mempolemikkan isu ini.

Anonymous,  January 3, 2011 at 8:38:00 AM PST  

Salam,

Perpaduan dengan ahli UMNO ok je.. Dengan pemimpin UMNO yang bongkak, no way.. Kalau boleh nak tarik orang2 UMNO masuk PAS. Pemimpin2 UMNO memang tiada tempat la. Ahli2 UMNO plak bukan senang nak basuh minda yang berteraskan ketuanan Melayu semata. Syarat yang pasti ramai setuju jikalau nak berpadu ialah bubarkan UMNO. Orang UMNO masuk PAS dok bawah je dengar tazkirah, cuci hati supaya jelas dengan matlamat perjuangan Islam sebenar.

Anonymous,  January 4, 2011 at 1:49:00 AM PST  

Pemimpin berunding atau berbincang untuk kepentingan rakyat walau apa pun fikrah politik mereka adalah harus. Bentuk perpaduan/kerjasama yang mahu dilaksana yang memerlukan perincian.

Ahli PAS dok asyik kata UMNO buat itu buat ini tapi sengaja terlupa apa yang pimpinan PAS sendiri buat bila dapat kuasa.

PAS ni sama je dengan UMNO iaitu POLITIK. Yang menjadi mangsa ialah rakyat bangsa Melayu beragama Islam sebab kedua-dua PAS/UMNO berebut sokongan mereka.

Ada seorang penyokong tegar PAS berkata bahawa masih kena sokong PAS sebab kalau pitih/wang 10 juta PAS (pimpinan) kebas 5 juta sedang UMNO kebas habis 10 juta. Maknanya PAS masih ada baki gitu.

Seorang lain berkata ini kerana PAS tak reti lagi nak kebas habis 10 juta.

Kesimpulannya UMNO memang jahat lagi buruk tapi ahlinya bukan setan - PAS nampak luar agak baik tapi jauh bukan malaikat.

Maka orang bangsa Melayu beragama Islam wajarlah membuka kotak fikir seluas-luasnya dan tidak hanya melihat bahawa yang ada cuma UMNO/PAS (termasuk PKR).

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP