This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

ROAD TO PUTRAJAYA : ADAKAH KITA MENUJU KE ARAH PUSARA DI LEBUHRAYA?

Monday, November 8, 2010


"Dalam Perjalanan Ini
      Menuju Destinasi
Berbagai Lebuhraya yang kulalui....

                                 Perjalananku terhenti
                                      Di Lebuhraya ini
                                Terpandang pusara diam menyepi...."

Bait-bait lagu Pusara di Lebuhraya nyanyian Ekamatra ini penulis tujukan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim,dalam perjalanannya menuju Putrajaya.Sekadar satu perlambangan,lirik lagu di atas sesuai kita selami bersama,adakah "Road to Putrajaya" itu hanyalah bakal menjadi sebuah pusara buat Anwar Ibrahim dan PKR semata-mata? Itulah yang perlu menjadi persoalannya sekarang.Mungkin pada pandangan PKR,apabila wujud suara-suara Pas yang mempertikai prinsip dan manhaj perjuangan PKR pada hari ini,mereka bersuara ini dilabel sebagai pemecahbelah kesetiaan perikatan dalam Pakatan Rakyat.Namun perlu diingat pada pepatah,"telur sesangkak,pecah sebiji pecah semua".Adakah wajar Pas disuruh berdiam diri dalam tindak-tanduk PKR yang nyata tidak tersusun pada ketika ini,sedangkan pada masa yang sama keburukan ini turut terpalit sama pada Pas?

+ + +

LANGKAH ZAID GERAKAN PERTAMA PEMECAHAN PKR?

Zaid Ibrahim telah meletakkan semua jawatan beliau dalam PKR dan menarik diri daripada pertentangan tiga penjuru dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden PKR.Secara umumnya,penulis tidak terkejut dengan pengumuman ini. Zaid,baik di dalam UMNO mahupun PKR sentiasa dilihat sebagai seorang "pembangkang" dalam parti yang diwakilinya itu.Desas-desus kontradiksi Zaid dan PKR telah bermula lama dahulu ketika beliau mengumumkan hasratnya untuk turut bertanding lagi.

Beliau bermula baik ketika menyertai PKR.Menjadi Penyelaras Pakatan Rakyat, calon PKR di Hulu Selangor dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan selain Ketua Cabang di Wangsa Maju.Terbaru,merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.Naik beliau terlalu cepat,dan adalah biasa juga jatuhnya turut sama cepat.Siapa di belakang beliau yang melonjakkan namanya dalam PKR suatu ketika dahulu?Orang tersebut adalah Anwar Ibrahim sendiri.Sebagai seorang pendatang baru dalam sebuah organisasi,kedatangan beliau yang mungkin melangkah turutan mungkin tidak memuaskan hati sesetengah pihak.Penulis berkata sebegini berdasarkan rencah kehidupan.Ianya berlaku di mana sahaja,baik UMNO,PKR mahupun Pas.

Zaid cuma patuh pada prinsipnya

Ketika Zaid tidak setuju dengan penahanan beberapa orang termasuk Raja Petra,Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily ke dalam ISA,beliau akhirnya meletakkan jawatan daripada menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bahagian Undang-undang).Ketika itu,kita semua secara beramai-ramai di blok Pakatan Rakyat bersama-sama menyambut dan menyanjung insan ini,yang dikatakan seorang yang berprinsip.Prinsip Zaid yang mudah dibaca adalah apabila beliau tidak setuju akan sesuatu perkara,beliau akan meletakkan jawatan.Betulkah prinsip Zaid itu?Dan kini,kerana prinsip beliau itulah beliau meletakkan jawatan dalam PKR setelah beliau tidak bersetuju dengan etika pemilihan tempang PKR kali ini.Jangan salahkan Zaid,itu prinsip beliau.Biarkanlah beliau dengan prinsipnya itu.

Dalam Pas,jarang pula kita mendengar seseorang pemimpin lari dan meletakkan jawatan .Jika seseorang pemimpin itu lari berselindung di sebalik prinsip,itu adalah sama seperti melarikan diri daripada masalah.Seorang pejuang dan pemimpin Islam yang sebenar bukan hanya berada dalam satu keadaan di mana beliau selesa di dalamnya,tetapi lebih daripada itu berjuang membetulkan apa yang salah.Ataupun mungkin Zaid merasakan sudah tiada ruang dalam PKR untuk beliau membetulkannya,maka larilah.

Apa yang wajib bagi PKR sekarang bukanlah untuk memujuk kembali Zaid kembali ke pangkuan mereka, tetapi adalah membetulkan apa yang didakwa oleh Zaid dan lain-lain.Benarkah berlaku penipuan,ataupun ianya cuma tindakan daripada UMNO semata-mata?Mungkin mudah untuk menghukum pihak di sebelah sana sebagai petualang,namun lebih daripada itu,bagaimana kepimpinan PKR itu sendiri cuba mengatasi petualang yang mungkin telah berakar umbi dalam PKR tersebut.Jika soal ini sendiri gagal diatasi oleh PKR sekarang,Road to Putrajaya hanya bakal berkubur begitu sahaja,malah mana-mana pemimpin yang telah termimpi-mimpi untuk menjawat jawatan Menteri selepas ini bolehlah menyimpan sahaja angan-angan mereka begitu sahaja.

Beban buat Saifuddin Nasution

Secara peribadinya,penulis lebih menyanjung Saifuddin Nasution sebagai seorang yang layak untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PKR.Imej beliau yang bersih selain ketokohan dalam idea-ideanya adalah kredit buat dirinya.Namun,apakan daya.Perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agung PKR menjadikan beliau memegang amanah besar mengurus perjalanan pemilihan parti kali ini.Beliau mungkin boleh mengeluh berat dengan bebanan dan cabaran buat beliau dan Jawatankuasa Pemilihan yang menerima pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan kali ini.Isu pergaduhan,penipuan undi,pembelian kertas undi dan peratusan keluar mengundi yang rendah menjadi cabaran buat beliau.Terbaru,kritikan calon-calon bertanding termasuk Mustafa Kamil Ayob dan Zaid Ibrahim menunjukkan semacam terdapat usaha memenangkan si anu bin si anu dengan menafikan kemenangan si anu yang lain.

Adakah Azmin Ali Petualang Sebenar?

Sedar atau tidak,nama Azmin bin Ali sebenarnya telah buruk dari kacamata rakyat di Malaysia.Samada ianya kesan propaganda UMNO,mahupun dalam PKR sendiri, nama beliau telah busuk semenjak dari tersebarnya desas-desus menjatuhkan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim lagi,malah perlantikan beliau ke kerusi Pengerusi PKR Selangor hanya menambahkan lagi persepsi buruk terhadap beliau.

Konflik Azmin-Khalid akhirnya tergantung.Selepas itu,timbul pula pertembungan beliau dengan Zaid Ibrahim.Dalam pemilihan kali ini,entah mengapa Azmin dilihat sebagai seorang pembawa hegemoni dan legasi UMNO ke dalam PKR.Pertentangan beliau dengan Zaid dilihat jelas kelihatan bermula dengan pengumuman Zaid sebagai calon PKR di Hulu Selangor lagi.Apa sudah jadi Azmin?Sedar atau tidak,tindak-tanduk Azmin yang mahu mendaki jawatan yang lebih tinggi hanyalah memperlihatkan beliau seorang yang obses pada kuasa,samada ianya realiti ataupun persepsi itu dibina oleh musuh-musuh politik beliau sendiri.Malah,kelihatannya wujud satu gerakan baru yang bernama ABA - Asalkan Bukan Azmin dalam pemilihan kali ini,di mana asalkan sahaja bukan Azmin mereka akan pangkah untuk ke kerusi Timbalan Presiden PKR.

Mungkin Azmin akan memenangi pemilihan kali ini,tetapi kemenangan tersebut mungkin hanya akan membawa kepada krisis dalaman PKR itu sendiri.Perlu diingatkan,penulis tidak mahu memburukkan Azmin Ali di sini kerana jikapun penulis tidak mengkhabarkan hal ini,kebanyakan orang telah sedia maklum akan hal ini.Samada dakwaan ke atas Azmin itu benar atau tidak,persepsi telah dibina dan dalam politik,persepsi adalah segala-galanya di mana kebenaran akan bergerak ke aras kedua.

Adakah PKR bakal berpecah selepas ini?

Sebelum mengetahui asas mengapa penulis berkata sedemikian, perlu dilihat kedudukan semasa pemilihan PKR kali ini:

KEDUDUKAN RASMI (DIUMUMKAN AHAD 7/11)


TIDAK RASMI (MALAYSIAKINI)



Sekiranya Zaid Ibrahim meneruskan hasratnya untuk tidak bertanding,majoriti antara Azmin dan Mustafa bakal melebar jaraknya,di mana undi Zaid seterusnya hanya akan menjadi undi rosak.Oleh itu,kedudukan Azmin selaku Timbalan Presiden PKR makin hampir.Oleh itu,kemungkinan perpecahan PKR itu sendiri itu makin hampir.Hal ini kerana N.Gobalakrishnan yang berkemungkinan menjadi Naib Presiden PKR telah mengugut untuk keluar parti sekiranya Azmin menang dalam pemilihan kali ini.Berkemungkinan,bukan beliau sahaja yang bakal keluar tetapi turut disertai oleh beberapa pemimpin India yang lain.Di sini kita bukannya hendak menegakkan siapa benar dan siapa salah,namun kesan daripada peristiwa tersebut hanya akan melemahkan PKR menjelang pilihanraya umum ke 13.Perlu diingatkan betapa Najib dan UMNO akan mempertahankan Putrajaya sehingga berkecai nyawa dari badan dan perlu disedari bahawa penyusupan petualang ke dalam PKR adalah satu cara bagi melemahkan keutuhan dan momentum menuju Putrajaya.

Anwar penyubur perpecahan dalam PKR?

Ketika mengulas perletakan jawatan Zaid Ibrahim dalam PKR,Anwar mengatakan bahawa tindakan Zaid itu adalah setelah tewas dalam pemilihan di negeri Sabah yang dijangka sebagai kubu kuat Zaid.Melalui kata-kata Anwar ini,kelihatannya seperti beliau sendiri seolah-olah memihak kepada Azmin dan tidak merestui calon-calon lain di mana Anwar sendiri menganggap Zaid seperti Trojan Horse dalam PKR. Jika selama ini,PKR didakwa mengamalkan keadilan sebenar,apalah ertinya keadilan jika mereka yang tidak sealiran dengan Anwar dianggap sebagai petualang dan pemecahbelah?Masihkah ada demokrasi dalam maksud sebenar-benar demokrasi dalam PKR?

Penutup

Mungkin tulisan ini berbau sedikit ke"UMNO"an di sini.Namun,itulah realitinya.Bangkitlah PKR,suburkanlah demokrasi dalam diri anda sendiri sebelum berdemokrasi menuju Putrajaya.Sekarang penulis ingin bertanya, mengapa demokrasi dianggap sangat subur pada era reformasi dahulu?Jawapannya bukan kerana Anwar,tetapi kerana ianya dipimpin oleh Pas itu sendiri,itulah realitinya.Samada PKR setuju atau tidak,Pas adalah parti yang memimpin reformasi ketika itu tatkala Keadilan masih dalam proses pembentukannya.Dan ingatlah,reformasi Malaysia bukanlah WAJIB mengangkat Anwar Ibrahim tetapi WAJIB mengangkat sesiapa sahaja yang selari dengan aspirasi rakyat.Tatkala ini,penulis rasakan lebih baik Anwar merengkuk kembali ke Sungai Buluh,sama seperti yang difikirkan Chegubard sekarang.

7 ulasan:

Anonymous,  November 8, 2010 at 6:25:00 AM PST  

seperti biasa sejarah berulang kembali..jatuh PKR maka jatuh PR. Pernah bertanya kpd seseorang yg punya pengaruh..adkh bermusuh dgn PR kerana Anwar..maka jwpnnya ialah YA. Maka jika anwar tidak melawan maka tidak akan jd begini? jwpnnya YA

Anonymous,  November 11, 2010 at 9:44:00 AM PST  

Aku ni org Umno. mg aku berani ckp.
Aku selalu duduk bersembang dan bertukar2 pandangan dengan kawan2 aku dan orang2 tua mengenai perjuangan Pakatan Rakyat.
Rata-rata orang2 tua yg setia pada perjuangan
Pas, tidak suka Anuar Ibrahim.
Itulah yg menjadikan aku amat benci Pakatan Rakyat.
Orang Pas terpaksa menerima Anuar disebabkan mendapat restu Tuan Guru.
Aku percaya, esok kalau Tuan Guru keluarkan statement tidak suka Anuar, aku pasti orang2 Pas akan caci maki Anuar.

Anonymous,  November 11, 2010 at 4:38:00 PM PST  

Aku pun dulu suka dan menghormati Anwar. Tapi bila
menyedari sikapnya begini, rasa hormat telah hhilang dan terhapus. Memang eloklah beliau direhatkan di Sg Buloh. Adanya beliau hanya untuk
memporak perandakan masyarakat, menghuruharakan
negara. ...Kesal membuang banyak masa dan wang ringgit mengikut gerak langkahnya yang akhirnya
disedari malaun.....

Anonymous,  November 11, 2010 at 6:09:00 PM PST  

AKU NAK TANYA SOALAN , APA HUKUMNYA KALAU KITA SUBAHAT MENYEMBUNYIKAN PEROMPAK, PENYAMUN, PEMBUNUH DALAM RUMAH KITA? ADAKAH KITA JUGA BERSALAH? BUKANKAH PERBUATAN ITU DIANGGAP SUBAHAT? HUKUMNYA ??? BOLEH IKUT SELERA POLITIK????

APA HUKUMNYA PAS MENYIMPAN PKR, DAP DALAM RUMAHNYA ATAU APA HUKUMNYA PAS BERSEKONGKOL DENGAN PKR DAN DAP? ADAKAH KERANA IANYA PAS MAKA SEMUANYA HALAL?

PUNDE* LAH LU .... DIA AJA YANG BETUL, NGACAK DONG !!!! TENGOK CERMIN LA DULU .....

MATA UDANG MATA BEROK
MENGATA ORANG DIA LAGI TEROK

PUUUUUUCIT!!!!

kamisokongpas | O | November 16, 2010 at 1:25:00 PM PST  

^^^^^^^^^^^^^^
||||||||||||||

Itu kena tanya pemimpin Pas lah...aku ni penyokong je...apa yang dicakapkan,hanyalah pandangan semata2...

MENGENAI PERSOALAN MENGAPA PAS BERSAMA PKR?

Macam nilah,pada pandangan aku,apa2 pun yang kita buat,kita pasti mencari untung.Dalam politik,untuk mencari untung,Pas perlu fikir,mana lebih baik,bersama UMNO atau PKR.Pas sudah pernah bersama UMNO dahulu,malah Barisan Nasional mula tertubuh adalah ketika Pas bersama UMNO.

Perjuangan pokok Pas adalah Islam.Melaksanakan dasar-dasar Islam dari segenap segi kehidupan,termasuklah dalam munaqahat,muamalat dan setiap aspek kehidupan.

ketika Pas dalam BN,apa dasar-dasar Islam yang boleh Pas jayakan?Kerajaan masih dikawal UMNO dengan konsep jumlah kerusi di mana Pas cuma ada 14 kerusi ketika itu,dan jawatan menteri yang diberikan pada Pas juga mestilah berdasarkan kuota.

Oleh itu,sudah terjawab mengapa Pas bersama PKR.Hal ini kerana kalau duduk dalam UMNO pun,Pas tidak boleh melaksanakan dasar Islam kerana soal kerusi.Tetapi dalam PR,pembahagian kerusi jelas,Pas di kawasan dominasi melayu,PKR di kawasan bercampur dan DAP di kawasan non-malay.


MENGENAI DAKWAAN PAS BERSEKONGKOL DENGAN PEROMPAK,PENYAMUN dll....tunjuk bukti baru kami percaya

Anonymous,  January 3, 2011 at 4:13:00 AM PST  

Salam,

Pada pandangan saya tidak elok kalau orang2 PAS membenci Anwar. Saya sendiri penyokong PAS dan melihat baik dari pandangan Tok Guru Nik Aziz / Tn. Guru Abd Hadi yang tiada masalah bekerjasama dengan PKR. Kita berbilang peringkat dari senior turun ke junior dalam satu2 parti. Maka bercambahlah daya pemikiran mengikut kefahaman dan kesedaran masing2. Satu momentum gerakan untuk mengajar UMNO adalah atas kerjasama PAS,PKR dan DAP. Pucuk pimpinan berfikiran lain, dan yang bawah pula berfikiran lain. Tidak semua orang2 PAS punya syak wasangka yang negatif pada Anwar. Sudah berbelas tahun segala fitnah ditabur, tidak hairanlah jikalau racun terpercik pada penyokong beliau satu masa dulu. Lenyapkan UMNO dari pemerintahan dan segalanya akan terjawab kelak. Perjuangan PAS tetap diteruskan bersama rakan2 PR yang lain walaupun ada tercalit serpihan kotoran yang masih bersisa. Masing2 ada hujah dan pendirian. Jangan terlalu cepat menerima segala berita sekaligus menuai kebencian yang smemangnya merosakkan peradaban sesama rakan seperjuangan. Buang saja cara pemikiran UMNO yang hanya membelakangkan diri dari berganjak untuk menerima Islam sebenar.
Barangkali perkara terbaik untuk memahami dgan jelas matlamat perjuangan dalam PR adalah dengan menghadirkan pada ceramah2 samada dari pihak PAS,PKR dan DAP.Itu bab kefahaman perjuangan dalam PR. Lebih baik dari menerima khabar berita dan hanya duduk dan mengeluarkan kenyataan bongkak dengan pengetahuan yang tak seberapa. Itukah standard seorang pemikir? Apa pun diharap kerjasama PR tetap teguh sehingga tercapai matlamat untuk perjuangkan keadilan sekaligus memartabatkan Islam yang selama ini ditenggelamkan dan dikaburkan oleh pemerintah.
Teruskan perjuangan sahabat sekalian.
Mantapkan diri dengan ilmu agama, bekalan untuk berhadapan dengan segala anasir2 jahat.

Wassalam...

Anonymous,  January 3, 2011 at 8:02:00 AM PST  

Salam..

Buat orang kuat UMNO, orang PAS takkan caci maki orang lain. Jangan samakan penerimaan orang PAS dengan orang UMNO. Tentang Anwar pula, siapa yang begitu yakin Anwar membawa masalah besar dalam pakatan rakyat..? Tak semua orang PAS berpendirian begitu. Orang PAS tapi berfikiran UMNO mungkin ya berfikiran begitu. Kenapa harus dihairankan Tok Guru menyokong Anwar..? Lupakah kita Allahyarham Ust. Fadzil Nor juga salah seorang rakan Anwar yang bersama berjuang satu ketika dahulu. Kenapa kita sebagai pemerhati dibawah dan menyokong PAS tidak mendalami pendirian pimpinan atasan..? Ilmu kita pun tak seberapa sangat inikan pula begitu cepat nak menghukum orang lain. Jauhilah sifat yang suka menanam kecurigaan negatif bersandarkan penerimaan berita dan bualan manusia2 yang boleh membawa pada fitnah. Allah saja yang lebih mengetahui segalanya. Jangan cuba resapkan cara pemikiran yang menghasut pemikiran orang lain. Tolonglah wahai sahabat2 penyokong PAS sekalian.
Sama2 terus kita perbaiki diri masing2 dan sentiasa muhasabah diri sendiri. Orang teruk, mungkin kita lebih teruk lagi. Jangan terlebih berpandangan sehingga lupa melihat dalam diri kita sendiri. Jauhi keegoan untuk menerima diri sendiri yang hina dihadapan Allah s.w.t
Dengan berasa hina serta serba kekurangan hidup didunia Allah ini, membuatkan kita merasa erti sebenar kehidupan sebagai makhluk ciptaanNya. Mudah2an perjuangan kita dalam landasan yang benar. Doalah sama2 supaya Allah letakkan dikalangan mereka2 yang beriman dan ikhlas dalam perjuangan. Apa yang mustahil bagi kita tidak mustahil bagi Allah s.w.t

Allahhuakhbar...

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP