This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

APA KHABAR KOTA SIPUTEH,KUALA NERANG,KOTA SAMARAHAN DAN LENGGENG?

Wednesday, November 3, 2010



Esok,4 November 2010 akan menyaksikan dua proses pembuangan undi serentak di dua kawasan yang menjadi tumpuan,N45 Galas di Kelantan dan P185 Batu Sapi di Sabah.Teka-teki saat akhir masih menghantui para pengundi mahupun pemerhati setia pilihanraya kecil ini untuk melihat kempen siapakah yang lebih berjaya di Galas dan Batu Sapi.Di atas kertas,Pas dan PBS masing-masing turun sebagai pemegang "status quo" di kedua-dua buah kerusi berkenaan dan masih menjadi pilihan untuk kekal di kerusi tersebut.Di Galas,Pas mungkin berpeluang menang,dengan majoriti kurang sedikit daripada apa yang diperolehi Allayarham Chek Hashim,di mana jika dulu gemulah menang dengan majoriti 646,ramalan menjangkakan Pas menang dengan majoriti kurang 300 undi.Pun begitu,ramalan cuma sekadar ramalan.Malah UMNO sendiri meramalkan mereka mampu merampas kembali Dun Galas,begitu juga dengan Pas.Semuanya bersandarkan keyakinan,namun kuasa penentuan terletak di tangan Allah yang diturunkan kepada para pemangkah kertas undi esok.

Di Batu Sapi pula,Barisan Nasional melalui calon daripada PBS berkemungkinan akan mempertahankan kerusi mereka,namun dengan penyusutan undi yang sangat ketara.Jika dahulu mereka menang dengan majoriti 3708, kali ini penganalisis berpendapat majoriti yang diperoleh mungkin kurang dari seribu atau berada dalam lingkungan tersebut. Persoalannya sekarang,parti manakah yang bakal menduduki tempat kedua,adakah SAPP ataupun PKR?Terdapat kajian dan tinjauan yang mendakwa PKR lebih dominan,namun ada juga yang mengatakan SAPP yang bakal meraih undi yang lebih banyak.Tetapi apa yang pasti, semua pihak boleh menebak dan meneka.Namun,keputusan akhir adalah terserah kepada pengundi.Tidak mustahil di Batu Sapi ini akan terjadi parti yang bakal kehilangan wang deposit apabila undi oposisi terpecah-pecah.

Apapun selamat mengundi Galas dan Batu Sapi!

FOKUS KITA KE KAWASAN LAIN

Pasca pilihanraya Mac 2008 menyaksikan begitu banyak pilihanraya kecil yang berlaku termasuklah akibat dari kematian wakil,perletakan jawatan dan memberikan laluan,kesemuanya telah membentuk landskap politik negara yang baru.Pun begitu,rakyat Malaysia sebenarnya masih ternanti-nanti beberapa penyebab yang bakal menyaksikan sekurang-kurangnya tiga atau empat lagi pilihanraya kecil selepas ini.Namun,kesemuanya bergantung kepada mahkamah samada untuk memutuskan kerusi tersebut kosong ataupun tidak.

Tiada PRK di Batu,Jelapang,Behrang dan Changkat Jering


Krisis rampasan kuasa di Perak tahun lalu telah menyaksikan tiga orang Adun Pakatan Rakyat,Jamaluddin Mohd Radzi,Osman Jailu dan Hee Yit Fong mengisyhtiharkan keluar parti dan menjadi wakil bebas di DUN Perak.Walaubagaimanapun,krisis timbul setelah Speaker Dun Perak, V.Sivakumar mendakwa mereka telah meletakkan jawatan,menyebabkan pertikaian kedudukan mereka sebagai wakil rakyat dalam DUN Perak. Setelah melalui tiga perundangan mahkamah,Mahkamah Persekutuan akhirnya memutuskan bahawa ketiga-tiga mereka kekal di kerusi masing-masing,lalu menyaksikan tiada pilihanraya kecil dan pilihanraya semula di negeri Perak.

Di Parlimen Batu pula,ahli parlimennya Tian Chua telah didenda lebih RM2000 menyebabkan beliau berisiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen menurut perlembagaan negara.Walaubagaimanapun,semakan semula telah mengurangkan denda tersebut bagi mengelakkan berlaku pilihanraya kecil di Parlimen Batu.

Secara umumnya,Pakatan Rakyat dilihat obses terhadap pilihanraya kecil di Malaysia manakala Barisan Nasional pula dilihat takut dan bertindak memilih untuk mengelakkan pilihanraya kecil dilaksanakan.


Apa Keputusan Dun Kota Seputeh?

Tahun lalu,Speaker DUN Kedah,Dr.Abdul Isa Ismail telah mengumumkan bahawa kedudukan Adun Kota Siputeh (UMNO) telah terlucut setelah gagal hadir ke dua kali berturut-turut dalam Persidangan DUN Kedah selama dua kali berturut-turut tanpa alasan dan makluman. Mahkamah Tinggi yang bersidang mengkui kebenaran tersebut tetapi walaubagaimanapun,Mahkamah Rayuan kemudiannya membenarkan SPR untuk menangguhkan pilihanraya kecil tersebut.Persoalannya sekarang,apakah status semasa kes tersebut di mahkamah?Adakah keputusan kes tersebut sengaja dilewat-lewatkan supaya pilihanraya kecil tidak lagi diadakan?

Di Kuala Nerang pula,desas-desus mengatakan bahawa Adunnya,Syed Sobri Syed Hashim hilang kelayakan sebagai seorang ADUN timbul setelah beliau didapati muflis dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Walaubagaimanapun,Syed Sobri akhirnya berjaya membayar hutang beliau sebanyak RM150 ribu dan telah mencuba untuk mendapatkan perintah mengenetepikan pengisyhtiharan muflis tersebut.

Manakala di Parlimen Kota Samarahan pula,anak lelaki KM Sarawak yang juga ahli Parlimen kawasan tersebut,Sulaiman Abdul Rahman Taib didakwa telah menghilangkan diri dan gagal muncul di khalayak ramai semenjak Ramadhan yang lalu.Di manakah beliau sekarang?Sulaiman dikatakan sudah tidak berminat lagi menjadi MP di kawasan tersebut,malah tindakan beliau meletakkan jawatan Timbalan Menteri juga satu ketika dahulu turut menimbulkan khabar-khabar angin.Ketidakhadiran beliau dalam sidang parlimen kali ini juga dilihat sebagai membenarkan lagi dakwaan beliau hilang.

Di Lenggeng pula,ADUN kawasan tersebut,Mustafa Salim hari ini diarahkan membela diri terhadap tiga kes salahlaku rasuah di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini.Malah,pihak pendakwaan turut mendakwa mereka telah berjaya membuktikan prima facie terhadap Mustafa.Berkemungkinan,Mustafa akan gagal dalam perbicaraan ini dan seterusnya hilang kelayakan sebagai ADUN.Pun begitu,dalam suasana mahkamah Malaysia pada hari ini,Mustafa dilihat akan terselamat daripada hilang kelayakan sekurang-kurangnya untuk tempoh sehingga PRU ke 13 nanti.

Apapun,sebenarnya rakyat berdoa dan merayu kepada insan-insan ini supaya meletakkan jawatan atau dengan rela mengaku bersalah di mahkamah.Hal ini kerana,keuntungan politik bukanlah hanya diraih oleh Pakatan Rakyat semata,lebih daripada itu memberikan sinar pembangunan buat penduduk di kawasan anda.Fikir-fikirkanlah.

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP