This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

TERENGGANU WAJAR MENDAPAT EMPAT LAGI KERUSI PARLIMEN BARU

Sunday, November 28, 2010


Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.Dalam pilihanraya kecil bagi Parlimen P185 Batu Sapi yang lalu,jumlah pemilih berdaftar yang dicatatkan untuk Parlimen tersebut adalah seramai 25 582 orang pengundi berdaftar.Jika dipecahkan,jumlah pengundi di kawasan N43 Sekong adalah seramai 11 321 orang manakala jumlah pengundi bagi N44 Karamunting pula adalah seramai 14 261 orang pengundi.Berdasarkan statistik jumlah pemilih yang cukup rendah ini,penulis cuba untuk membuat sedikit penilaian terhadap semua kawasan Parlimen di Sabah. Kajian penulis menjurus ke arah jumlah bilangan pengundi dalam setiap parlimen di Sabah.Berikut adalah perinciannya:




Sebagai perbandingan antara Sabah dengan negeri Terengganu pula,penulis bawakan pula pemilih dalam setiap Parlimen di negeri Terengganu.Berikut adalah perinciannya:



Berdasarkan dua jadual di atas,Sabah mempunyai 25 buah parlimen manakala Terengganu cuma memiliki lapan buah parlimen.Mungkin kita lihat kepada jumlah pengundi di Sabah yang lebih tinggi daripada negeri Terengganu,maka wajarlah Sabah mempunyai lebihan Parlimen.Pun begitu,sekiranya kita menisbahkan jumlah parlimen dengan jumlah pemilih di kedua-dua buah negeri,maka secara puratanya,setiap parlimen di Sabah mempunyai bilangan pemilih seramai 32 314 orang manakala Terengganu mempunyai seramai 65 200 orang untuk setiap parlimen.Oleh itu,nyatalah betapa berlaku ketidaksamaan yang jelas dalam persempadanan pilihanraya yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

ASAS-ASAS DALAM MENENTUKAN JUMLAH PEMILIH BAGI SESEBUAH KAWASAN


Di bawah Jadual 13 dalam Perlembagaan Persekutuan,Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah diberi mandat bukan sahaja untuk menjadi badan yang mengendalikan pilihanraya,tetapi juga mengkaji semula persempadanan kawasan pilihanraya Persekutuan dan Negeri sekiranya difikirkan perlu; dan sekiranya perlu, mengesyorkan pemindaan persempadanan kepada kerajaan yang memerintah dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun,kajian hanya boleh dilakukan untuk tempoh lapan tahun sekali dan kajian tersebut mestilah disiapkan dua tahun berikutnya.Untuk rekod,semenjak merdeka SPR telah melakukan sebanyak lapan kali kajian persempadanan semula di mana kali terakhir ianya dibuat pada tahun 2003.Hal ini bermakna, kajian seterusnya sudah boleh dibuat bermula tahun hadapan,malah Najib dalam jawapannya di Parlimen telah membayangkan satu persempadanan semula dibuat ketika menjawab soalan dalam Dewan Rakyat.

Dalam menjalankan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi prinsip-prinsip yang digariskan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Prinsip-prinsip ini adalah seperti yang berikut:-
i
Di samping memberi perhatian terhadap mustahaknya pemilih-pemilih diberi peluang-peluang kemudahan yang berpatutan untuk mengundi, sempadan bahagian-bahagian pilihan raya tidak harus memasuki sempadan-sempadan Negeri dan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Negeri tidak harus memasuki sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan;
ii
Perhatian harus juga diberi kepada kemudahan-kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian-bahagian pilihan raya itu untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi pendaftaran dan semasa mengundi;
iii
Bilangan pemilih di dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyaknya kecuali bagi bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar di mana keluasan bahagian patut diberi pertimbangan memandangkan kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih-pemilih dalam daerah-daerah kampung dan lain-lain kesukaran yang dihadapi; dan
iv

Perhatian juga patut diberi kepada kesulitan-kesulitan yang akan timbul dengan perubahan-perubahan bahagian-bahagian pilihan raya dan juga memelihara hubungan setempat.


Selain itu,SPR sendiri juga telah meletakkan syaratnya yang tersendiri dalam menentukan jumlah pemilih di sesebuah kawasan pilihanraya berdasarkan geografi kawasan tersebut:



ADAKAH SPR MEMATUHI GARIS PERSEMPADANAN MEREKA SENDIRI?

Secara umumnya,Terengganu mempunyai dua buah PBT bertaraf Perbandaran yang dimasyhurkan iaitu Kemaman dan Dungun,sebuah Bandaraya iaitu Kuala Terengganu manakala empat yang lain bertaraf daerah. Justeru,antara kelapan-lapan Parlimen tersebut,berikut adalah kriteria bagi setiap Parlimen:

BANDAR
Kuala Terengganu   (80 325) - lulus kriteria
Kemaman               (75 006) - lulus kriteria 
Dungun                   (64 851) - lulus kriteria

SEPARUH BANDAR
Kuala Nerus           (61 124) - melebihi kriteria 
Marang                  (74 813) - melebihi kriteria
Besut                     (58 353) - lulus kriteria

LUAR BANDAR                   
Setiu                      (54 520) - melebihi kriteria    
Hulu Terengganu    (52 215) - melebihi kriteria

Sebenarnya,daerah-daerah mengundi di Terengganu dilihat hampir serupa dengan daerah Pihak Berkuasa Tempatan di negeri tersebut kecuali bagi kawasan Parlimen Kuala Nerus.Walaubagaimanapun,desas-desus bahawa kerajaan negeri bercadang memisahkan Kuala Nerus sebagai sebuah daerah baru yang dikenali sebagai daerah Kuala Terengganu Utara bakal menyamakan nisbah satu daerah satu parlimen di Terengganu. Sepatutnya,SPR melakukan kajian bersungguh dan tepat bagi mewujudkan satu kawasan pilihanraya yang adil di Terengganu.Sebagai contoh,dua buah daerah iaitu Kemaman dan Dungun mungkin dikategorikan sebagai bandar dalam aspek PBT,namun dalam konsep Parlimen,kawasan-kawasan tersebut dianggap sebagai kawasan bercampur.Di Kemaman misalnya,Dun Kemasek dan Chukai adalah kawasan bandar yang berkepadatan penduduk tinggi manakala Dun Air Puteh dan Kijal pula adalah kawasan kampung dan tanah rancangan.Justeru,Parlimen Kemaman sepatutnya dipecahkan kepada dua bagi mewujudkan kawasan Separuh Bandar iaitu Parlimen Kemaman yang mengandungi Dun Chukai,Dun Air Putih dan Dun Kijal manakala Parlimen baru iaitu Parlimen Kerteh diwujudkan dengan memasukkan Dun Kemasik dan Dun Paka (dalam Parlimen Dungun) ke dalam Parlimen yang baru.Oleh itu,pecahan pengundi akan menjadi seperti berikut:

PARLIMEN KEMAMAN - anggaran 64 000 pengundi (kawasan bandar)
Dun Chukai   (anggaran 24 000 pengundi)
Dun Air Putih (anggaran 23 000 pengundi)
Dun Kijal       (anggaran 17 000 pengundi)

PARLIMEN KERTEH  -  anggaran 39 000 (separa bandar)
Dun Kerteh  (anggaran 17 000 pengundi)
Dun Paka    ( anggaran 22 000 pengundi)

Di Parlimen Dungun pula,Dun yang perlu dikekalkan adalah dua buah Dun iaitu Sura dan Rantau Abang manakala sebuah lagi Dun iaitu Bukit Besi dicantumkan bersama Dun Ajil dan Dun Telemung di Hulu Terengganu bagi mewujudkan sebuah Parlimen baru yang dinamakan Parlimen Terengganu Tengah sesuai kedudukannya dalam kawasan KETENGAH.Oleh itu,Parlimen Dungun dan Parlimen Terengganu Tengah akan menjadi seperti berikut:

PARLIMEN DUNGUN  - anggaran 36 000 pengundi (separa bandar)
Dun Sura               (anggaran 18 000 pengundi)
Dun Rantau Abang (anggaran 18 000 pengundi)

PARLIMEN TERENGGANU TENGAH - luar bandar
Dun Bukit Besi  (11 520)
Dun Ajil           (dipecahkan)
Dun Telemung  (dipecahkan)  

disebabkan Dun Telemung adalah terlalu besar kerana faktor geografinya,Dun tersebut perlu dipecahkan dua di mana separuh pengundinya perlu dipecahkan ke dalam Dun Kuala Berang.Katakanlah Dun tersebut mempunyai 14 000 orang pengundi,lima ribu daripadanya perlu dimasukkan ke dalam Dun Kuala Berang maka Dun tersebut akan hanya tinggal sembilan ribu pengundi,oleh itu kekurangan tersebut ditampung dengan memasukkan satu atau dua daerah mengundi dari Dun Ajil ke dalam Dun Telemung.Oleh itu,berkemungkinan Dun Telemung mempunyai 10 000 pengundi manakala Ajil mempunyai 14 000 pengundi secara anggaran.Maka sesuailah jika Parlimen tersebut diiktiraf sebagai Parlimen luar bandar sesuai dengan geografinya yang sebenar yang meliputi hampir keseluruhan kawasan Wilayah KETENGAH dan hutan negeri Terengganu.

Untuk Parlimen Hulu Terengganu pula,tiga buah Dun dimasukkan ke dalam Parlimen tersebut termasuklah Dun Kuala Berang yang menerima pertambahan pengundi daripada Dun Ajil,Dun Manir dan dimasukkan satu lagi dun iaitu Dun Alur Limbat di Marang.Berikut adalah anggaran jumlah pengundi jika persempadanan dibuat:

PARLIMEN HULU TERENGGANU anggaran 51 000 pengundi (separa bandar)
Dun Kuala Berang  (anggaran 19 000)
Dun Manir              (anggaran 12 000)
Dun Alur Limbat     (anggaran 20 000)

PARLIMEN MARANG anggaran 58 000 pengundi (separa bandar)
Dun Bukit Payong           (anggaran 18 000)
Dun Rhu Rendang           (anggaran 20 000)
Dun Pengkalan Berangan (anggaran 20 000)

Di kawasan Kuala Terengganu pula,kepadatan pengundi sehingga mencecah 80 000 orang pemilih perlu dipecahkan.Oleh itu,sebuah Kuala Terengganu berhak mendapat dua buah Parlimen baru iaitu Parlimen Kuala Terengganu Selatan yang mengandungi kawasan Batu Buruk dan Ladang manakala Parlimen Kuala Terengganu Utara pula mengandungi Dun Wakaf Mempelam,Bandar dan dimasukkan Dun Bukit Tunggal dalam Parlimen Kuala Nerus sama seperti di Ipoh dan Petaling Jaya.Oleh itu, berikut adalah pecahan pengundi di dua buah Parlimen tersebut:

PARLIMEN KT SELATAN  anggaran 44 000 pengundi (separa bandar)
Dun Batu Buruk  (anggaran 26 000 pengundi)
Dun Ladang        (anggaran 18 000 pengundi)

PARLIMEN KT UTARA  anggaran 56 000 pengundi (separa bandar)
Dun Wakaf Mempelam (anggaran 22 000 pengundi)
Dun Bandar                  (anggaran 20 000 pengundi)
Dun Bukit Tunggal        (anggaran 14 000 pengundi)

PARLIMEN KUALA NERUS anggaran 53 000 pengundi (separa bandar)
Dun Seberang Takir  (anggaran 14 000 pengundi)
Dun Tepuh                (anggaran 21 000 pengundi)
Dun Teluk Pasu         (anggaran 18 000 pengundi)

Di kawasan Utara Terengganu pula,Setiu dan Besut mempunyai lapan Dun.Oleh itu,tiga Parlimen mungkin boleh diwujudkan di mana terdapat dua Parlimen yang mempunyai tiga Dun manakala satu Parlimen baru mengandungi dua buah Dun.Parlimen baru yang mungkin boleh dibentuk di kawasan tersebut adalah Parlimen Hulu Besut yang mengandungi Dun Pasir Akar (Dun Hulu Besut) dan Dun Jabi daripada Parlimen Setiu.Oleh itu,sekiranya Parlimen Hulu Besut tersebut diwujudkan,ianya sesuai dengan dapat merancakkan lagi pembagunan Kawasan Pertanian KETARA yang merangkumi Besut dan Setiu.Parlimen Besut dan Setiu pula akan kekal dengan tiga buah Dun.

PARLIMEN BESUT anggaran 47 000 pengundi (separa bandar)
Dun Jertih           (anggaran 14 000 pengundi)
Dun Kota Putera (anggaran 17 000 pengundi)
Dun Kuala Besut (anggaran 16 000 pengundi)

lebih kurang 3000 undi perlu dilarikan daripada Dun Jertih ke Parlimen Hulu Besut bagi meramaikan bilangan pengundi di Parlimen tersebut:

PARLIMEN HULU BESUT  anggaran 34 000 pengundi (luar bandar)
Dun Pasir Akar  (anggaran 18 000 pengundi)
Dun Jabi            (anggaran 16 000 pengundi)

PARLIMEN SETIU anggaran 46 000 pengundi (separa bandar)
Dun Permaisuri  (anggaran 18 000 pengundi)
Dun Langkap     (anggaran 15 000 pengundi)
Dun Batu Rakit  (anggaran 13 000 pengundi)

Jika parlimen-parlimen baru diwujudkan seperti contoh di atas,Terengganu bakal mempunyai keseluruhan 12 buah Parlimen dengan tambahan empat buah Parlimen baru iaitu Kerteh,Terengganu Tengah,Kuala Terengganu Selatan dan Hulu Besut di mana terdapat lima buah Parlimen mempunyai dua buah Dun manakala tujuh buah lagi Parlimen mempunyai tiga buah Parlimen.Apa yang menariknya,susunan jumlah pengundi di setiap kawasan dianggap sekata di antara 30 000 hingga 60 000 orang pengundi.Dengan pertambahan Parlimen seperti ini,usaha pembangunan di Terengganu mungkin akan dipermudahkan selain meramaikan lagi suara rakyat Terengganu di Parlimen.


ADAKAH PERSEMPADANAN MENGUNTUNGKAN PAS ATAU UMNO?

Secara umumnya,pertambahan kerusi Parlimen di Terengganu bakal mencorakkan kembali kekuatan kedua-dua buah parti di Terengganu.Pas mungkin akan menguasai Parlimen Kuala Terengganu Utara dan Selatan selain Marang.Malah,Pas juga mempunyai peluang besar di Dungun sekiranya Dun Bukit Besi dikeluarkan selain mempunyai kekuatan seimbang di Parlimen Kerteh dan Kuala Nerus.Walaubagaimanapun,sekiranya SPR mewujudkan Parlimen Terengganu Tengah,Pas dijangka kalah teruk di mana hampir kesemua kubu kuat UMNO tertumpu di sana.Selain itu,kedudukan seimbang bakal menidakkan Hulu Terengganu daripada pegangan UMNO,namun kerusi Besut,Setiu dan Hulu Besut adalah sesuatu yang sukar untuk dikuasai Pas.

Seperti yang diketahui,apabila SPR membuat satu-satu persempadanan,kawasan tersebut mestilah memberikan keuntungan kepada UMNO.Oleh itu,mahu tidak mahu,SPR terpaksa memecahkan kubu-kubu mereka untuk membina Parlimen baru termasuklah di Terengganu Tengah,Kemaman dan Terengganu Utara di samping cuba mengelakkan pertambahan kerusi di kawasan pesisir pantai dan bandar yang dikuasai Pas. Walaubagaimanapun,pemecahan kubu UMNO daripada parlimen asal sebenarnya bakal menguntungkan Pas kerana Pas dilihat tewas tipis kebanyakannya disebabkan oleh peti undi pedalaman.

Apapun,Pas perlu bersedia seadanya untuk menghadapi proses persempadanan semula walaupun keputusan mutlak persempadanan dibuat di Parlimen.Kekuatan Pas dan UMNO bukan isunya dalam persempadanan ini,akan tetapi lebih daripada itu adalah menmberikan hak dan suara yang lebih ramai untuk rakyat Terengganu di Parlimen.


Pertambahan parlimen memudahkan proses
pilihanraya di negeri yang terpanjang di
semenanjung Malaysia ini

nota:
parlimen-parlimen yang ditulis di atas hanyalah cadangan penulis semata-mata,dibuat atas sumber rujukan yang terhad.

Read more...

ISU AIR : NAIK DI KEDAH,BISING DI SELANGOR,SUNYI SEPI DI JOHOR

Wednesday, November 17, 2010

Secara saintifiknya,air adalah komponen terpenting bagi manusia. Malah,tanpa mendapat kapasiti air yang mencukupi untuk satu-satu tempoh, keadaan tersebut memungkinkan manusia akan mati.Sejarah telah membuktikan betapa air cukup penting dalam kehidupan.Di Jazirah Arab contohnya,perperangan antara kabilah berlanjutan semata-mata untuk merebut sumber bekalan air.Begitu juga pada masa kini,air masih menjadi sumber rebutan di Afrika dan Jazirah Arab.Mereka kaya dengan emas dan minyak,namun mereka miskin dengan air.Keterbalikan pula dengan Wilayah Lembah Sungai Mekong,mereka kaya dengan air,namun mereka miskin pula dengan sumber-sumber lain.Begitulah adilnya Allah kepada umatnya,lalu bersyukurlah kita di Tanah Emas ini yang memiliki emas,minyak dan air.Benarlah slogan-slogan utama syarikat air di Malaysia mengatakan Air Itu Rahmat.Pun begitu, revolusi pengurusan air negara yang banyak dipengaruhi oleh dasar politik menyebabkan ianya juga tidak boleh lari dari percaturan politik.Era Mahathir yang menyaksikan pelbagai agensi kerajaan diswastakan turut menyebabkan berlakunya penswastaan air (rujuk Harakah Mei 2006).Akhirnya,tanggungjawab sosial kerajaan dalam membekalkan air akhirnya menjadikan ianya sebagai satu pelaburan mengejar keuntungan oleh para kapitalis.Dan inilah perjuangan kerajaan Selangor sekarang.

Oleh kerana dek polemik air tenggelam timbul kebelakangan ini,pokok pangkalnya dilihat berkisar pada isu tarif air.Justeru,bagi memahami situasi sebenar kajian kes,eloklah kiranya penulis membawa fakta kadar tarif air untuk negeri-negeri di Malaysia:




TARIF AIR NAIK DI KEDAH

Sebulan yang lepas,isu kenaikan tarif air menjadi isu hangat di Kedah.Tindakan kerajaan Kedah menaikkan tarif air tersebut ditentang oleh pelbagai pihak terutamanya UMNO.Perlu disedari,tindakan Kedah tersebut bukanlah hasrat sebenar kerajaan negeri.Sebenarnya,terdapat satu "tekanan luar" yang menekan kerajaan Kedah menaikkan tarif air kesan dari penswastaan air.Seperti yang dibongkarkan oleh Dato' Seri Azizan sendiri,kerajaan Kedah terpaksa menanggung bebanan hutang yang tinggi dalam isu air hasil daripada tindakan bodoh cerdik yang dilakukan oleh kerajaan Kedah terdahulu dalam mementingkan kroni untuk projek air.Tatkala kerajaan Persekutuan sanggup memberi geran bantuan kepada Kedah dalam soal air, Kedah dengan bodoh sombongnya lebih rela membuat pinjaman semata-mata bagi memastikan syarikat kroni mendapat projek tersebut.Walaubagaimanapun,jangan haraplah pendedahan ini hendak dilaporkan oleh Samad Majid ,wartawan kelas SPM TV1 tersebut.

Perlu disedari,tarif air domestik di Kedah adalah yang ketiga termurah di Malaysia sedangkan bebanan kos operasi adalah antara yang termahal di Malaysia.Oleh itu,tindakan kerajaan negeri hanyalah untuk mengelakkan kemuflisan dan kehilangan wang negeri yang banyak semata-mata untuk air.Penulis faham isu tarif air ini.Semuanya hasil tindakan kronisme pentadbiran UMNO Kedah pada masa lalu.Betapa kerana mahukan mengaut untung pada diri sendiri,mereka sanggup menolak bantuan geran yang mahu diberikan Pusat dan sebaliknya memilih untuk membuat pinjaman dengan Persekutuan.Hasilnya,kerajaan Kedah kini menanggung bebanan hutang sebanyak RM1.7 bilion dengan kerajaan Pusat.

Menurut Ustaz Azizan lagi dalam kenyataannya,tindakan menaikkan tarif air itu terpaksa dibuat setelah kerajaan negeri terpaksa membayar caj kepada dua syarikat pengendali air iaitu Taliworks dan Air Utara Indah.Tambahnya,di Langkawi sahaja,kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM39 juta setahun kepada syarikat Taliworks sedangkan hasil kutipan air cuma sekadar RM14 juta setahun.Justeru,kenaikan tarif itu penting dalam usaha menampung kerugian berganda kerajaan negeri.Semuanya berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang telah dibuat Persekutuan pada tahun 2006.

Penulis tidak mahu mengulas lanjut mengenai pembongkaran Ustaz Azizan tersebut.Apa yang nyata,kerajaan Kedah terpaksa menanggung azab kesan kronisme yang diamalkan Kedah masa lalu.Demi mendapatkan projek,mereka sanggup menyusahkan rakyat walaupun pada satu masa kerajaan Pusat bertindak menawarkan pembiayaan kepada kerajaan Kedah.Namun,adat gerombolan yang suka menyonglap,mereka rela berhutang.Lagi banyak berhutang,lagi banyak boleh disonglap.

Isu air di Kedah kini reda,senyap kerana UMNO sudah tidak berani berkokok lebih,bimbang akan ada pemimpin mereka sendiri yang terkorban hasil pendedahan berterusan kerajaan Pas Kedah.Isu air juga tertutup dek isu kebodohan wartawan RTM dalam memutarbelit cerita isu banjir di Kedah.Apapun,rakyat Kedah yang menggunakan air perlu sedar betapa jika hendak disalahkan kerajaan negeri sepenuhnya dalam isu kenaikan tarif air ini adalah tidak wajar memandangkan soal penswastaan air kini sudahpun menjadi satu akta di Parlimen,oleh itu jika kita berhasrat menggugat akta kapitalisme tersebut,wajib kita mengangkat Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti.

BISING PULA DI SELANGOR

Masih melibatkan isu air namun bukan soal tarif tetapi soal projek air. Ketika Selangor ditadbir oleh Khir Toyo,satu perjanjian air antara Selangor dan Pahang dibuat bagi menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor.Projek tersebut yang lebih dikenali dengan nama "Langat 2" itu walaubagaimanapun mula dihentikan apabila kerajaan Selangor diambilalih oleh Pakatan Rakyat.Sehingga hari ini,Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertegas bahawa Selangor tidak perlu menyegerakan projek tersebut memandangkan Selangor mempunyai bekalan air yang cukup sehingga 2019.Sebagai bekas korporat,beliau semestinya pandai meramal kepentingan apa yang lebih penting dan apa yang perlu dikesampingkan,dan dalam soal air ini,projek tersebut tidak perlu dilaksanakan dalam keadaan ekonomi yang masih belum benar-benar stabil.

Krisis pengstrukturan air di Selangor bermula apabila Projek Langat 2 yang sepatutnya dimulakan Ogos lalu ditolak oleh mesyuarat kerajaan negeri.Malah,Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air,Datuk Peter Chin Fah Kui telah mengugut kerajaan negeri bagi mengambil tindakan undang-undang kerana melengahkan perjanjian yang telah dibuat sementara kerajaan Selangor melihat Persekutuan lebih mementingkan syarikat konsesi daripada rakyat.Tindakan Selangor pada masa ini adalah tepat tatkala contoh terdekat,Kedah telah membuktikan bahawa "projek mega" air kelak hanya akan menjadikan negeri sebagai sebuah negeri yang berhutang.Malah,kerajaan Selangor juga berhasrat mengambilalih semula pembekalan air di Selangor setelah syarikat operator air dilihat lebih memikirkan keuntungan daripada menjaga hak rakyat untuk air.

Selain itu juga,Tan Sri Khalid melihat pembersihan air dan merawat air di Sungai Klang adalah lebih efisyen dan efektif dalam mengatasi masalah air di Selangor.Untuk rekod,8.645 bilion telah diperuntukkan kerajaan Persekutuan sebagai geran bagi menyalurkan air dari Pahang ke Selangor.Walaupun Selangor tidak perlu berhutang dalam projek Langat ini kerana ianya adalah inisiatif sepenuhnya oleh kerajaan,pada hakikatnya ia tetap duit rakyat yang bukan boleh dibazirkan sesuka hati.Sebagai satu analogi,katakanlah rumah anda mempunyai laman berumput.Tiba-tiba satu hari datang seorang hamba Allah menawarkan untuk memotong rumput secara percuma walhal rumput masih belum panjang.Tatkala anda menegahnya,dia menjadi marah dan  meleteri anda.Itulah situasinya di Selangor.

SEPI DI JOHOR,UNTUNG PULA SI SINGA

Seperti yang ditulis oleh Tun Mahathir dalam blognya,perjanjian air antara Johor dan Singapura bakal  tamat tahun hadapan.Oleh itu,perjanjian air bagi menjual air 3 sen per seribu gelen sekarang akan dikaji semula.Untuk rekod, 86 juta gelen air sehari disalirkan dari Johor ke Singapura.

Sebagai timbal balik,Johor pula akan membeli air terawat,di mana Johor menjual air mentah dan membeli pula air terawat daripada Singapura dengan harga 50 sen perseribu gelen. Walaubagaimanapun,penjualan air oleh Singapura itu terhad kepada 12 peratus daripada jumlah gelen air mentah yang dijual oleh Johor kepada Singapura.Menurut perjanjian itu lagi,jika air mentah yang dijual kepada Singapura dikaji semula,samada menaik atau menurunkan kadar,Singapura juga akan mengkaji untuk menyemak tarif air terawat yang dijual kepada Johor.Sebagai contoh,jika dalam tempoh konsesi Johor bertindak menaikkan tarif air kepada 6 sen (kenaikan 100 peratus),Singapura akan mula menjual air terawat untuk kos RM1.00.

Begitulah cerdiknya para pemimpin Johor dalam berjual beli.Johor menjual air 3 sen manakala Singapura menjual semula untuk 50 sen atau dalam erti kata lain,Singapura sebenarnya mendapat percuma air,malah diberi pula sebanyak 47 sen untuk air terawat.Samalah seperti penulis ada pisang,lalu diberikan pada Tok Mah.Lalu Tok Mah menggoreng pisang tersebut dan penulis pula membayar upah RM1.00 pula kepada Tok Mah kerana sudi menggoreng pisang,walhal pisang tersebut penulis hanya dapat makan 12 keping manakala 88 keping pisang goreng yang lain dimakan Tok Mah anak beranak.Inilah sifir politik pemimpin UMNO Johor dalam berniaga,malah murid tahun Satu pun pandai mengira untung dan rugi dalam berbelanja.

Katakanlah Johor menjual 1000 gelen air mentah kepada Singapura.Ini bermakna Johor dapat 3 sen.

1000 gelen = 3 sen

Singapura pula menjual air terawat sebanyak 12 peratus daripada jumlah yang dijual pada mereka dengan harga 50 sen.
12/100 X 1000 = 120 gelen

1000gelen = 50 sen
1 gelen      = 0.05sen
120 gelen  = 0.05X120 = 6 sen

APA MAKNANYA?
Ini bermakna,dalam setiap 1000 gelen yang terjual,Johor mendapat 3sen.Namun,Johor pula akan membeli air terawat sebanyak 12 peratus daripada jualan 1000 gelen tadi.Ini bermakna,Johor akan mendapat 120 gelen sahaja daripada yang dijual kepada Singapura.Malah,Singapura dapat 1000gelen air mentah untuk harga 3 sen manakala Johor mendapat air terawat dengan 120 gelen untuk 6 sen.Ini bermakna,Johor dapat 3sen kerana menjual air,namun perlu membayar 6 sen pula untuk beli dengan jumlah yang lebih sedikit.Siapa cerdik?Singapura atau Johor?Sila tanya wartawan RTM Samad Majid atau TPM Muhyiddin Yassin.

SECARA RINGKASANNYA:

Johor jual air dapat 3 sen.
Johor hilang 1000 gelen dapat 3 sen.
Satu gelen,Johor dapat 0.003sen = duit satu sen 3 keping dibahagi 300 bahagian

Singapura beli air 3 sen.
Singapura dapat 1000 gelen,seterusnya mereka rawat air tersebut.

Johor beli pula air terawat dengan harga 50sen seribu gelen.
Satu gelen = 0.05sen 
Tapi Johor hanya boleh beli 120 gelen sahaja.Hendak lagi banyak gelen,jual lagi banyak gelen.

Tapi Johor ini cerdik juga.Mereka telah bertindak menjual air kepada jiran mereka Melaka dengan harga 30 sen untuk 1000 gelen,lebih mahal daripada yang dikenakan terhadap Singapura.Malah,Melaka tidak pula perlu membekalkan air bersih pada Johor.Akhirnya,rupa-rupanya,Melaka negeri majulah yang membayar kos Johor kepada Singapura.Johor berkira dengan adik beradik tetapi pemurah dengan jiran.Inilah yang dinamakan meniaga atas meniaga,yang untung Singapura.

Sepatutnya,Johor tidak lagi perlu membeli air terawat dengan Singapura.Hal ini kerana sepuluh tahun yang lalu,Johor telah diperuntukkan sejumlah wang yang mencukupi untuk mereka membina loji pemprosesan air bersih sendiri tanpa perlu membeli daripada Singapura,namun sehingga kini,Johor masih membeli air daripada Singapura atas sebab yang tidak diketahui walaupun sudah mempunyai lojinya yang tersendiri.Kebijaksanaan terletak pada pembaca untuk menilai berita ini.

Alangkah baiknya jika laporan ini diceritakan oleh Samad Majid,wartawan RTM daripada asyik bercerita kisah kerajaan Kedah yang tidak mempedulikan mangsa keganasan air sedangkan Johor kini terpalit dek isu kecerdikan air.

Read more...

GENERASI ULUL ALBAB VS GENERAK DI TERENGGANU

Wednesday, November 10, 2010

Terengganu pimpinan Datuk Menteri Besar Ahmad bin Said terus mencipta sejarah dan memahat tamadun. Baru-baru ini,khabarnya seramai 16 929 orang murid KAFA telah berjaya mengkhatamkan al-quran secara serentak di beberapa venue terpilih di seluruh negeri.Apa yang lebih menarik perhatian adalah konsep khatam yang diperkenalkan tahun ini adalah lain daripada yang lain iaitu khatam secara berteknologi.Murid-murid KAFA ini,bermula daripada murid tahun Satu hingga Enam telah mengkhatamkan bacaan mereka menggunakan e-book,sesuatu yang baru dan berevolusi dalam pembacaan al-quran di peringkat sekolah.Apapun,penulis terfikir juga sekali dua,jika murid tahun Lima dan Enam mungkin mereka mempunyai e-book,tapi di manakah pula murid tahun Satu,Dua,Tiga dan Empat yang khatam mengambil e-book. Oh,mungkin mereka meminjam e-book abang dan kakak mereka agaknya.

KISAH E-BOOK DAN KHATAM ZAMAN IDRIS JUSOH

Projek Khatam al-quran beribu-ribu murid ini pada dasarnya adalah bermula pada zaman Idris Jusoh.Penulis masih ingat,pada tahun 2004 penulis turut berkesempatan hadir mengikuti Program Khatam Al-Quran pertama di era Islam Hadhari di Terengganu.Peristiwa enam tahun lalu itu masih boleh penulis ingati dengan jelas.Ketika itu,penulis menemankan jiran penulis,seorang ustaz yang membawa beberapa orang murid tahun Enam termasuk adik penulis ke Masjid Ladang di Kuala Terengganu.Ketika itu bulan Ramadhan.

Majlis khatam al-quran itu hanyalah selang enam bulan selepas UMNO berjaya menduduki semula Terengganu pada tahun 2004.Ketika itu,exco Islam Hadhari Haji Ramli Nuh menyampaikan ucapan dengan kesungguhannya menyampaikan konsep Islam Hadhari kepada para hadirin.Walaubagaimanapun,apa yang menariknya,program di bawah kelolaan Wisma Darul Iman itu dibuat secara kelam kabut di mana setiap sekolah diminta menghantar empat wakil,dua lelaki dan dua perempuan,dan bila dicampur-campur,maka cukuplah beribu-ribu murid tahun Enam di sana termasuklah separuh yang diimport dari sekitar Kuala Terengganu.Apa yang menariknya lagi,pemilihan itu bersikap ikut suka,di mana murid yang dibawa tidak semestinya benar-benar khatam,cukuplah sekadar pandai membaca bertujuan "meramaikan" sahaja peserta program tersebut.Malah,adik penulis yang tajwidnya masih lintang pukang dipilih mewakili sekolah atas kapasitinya sebagai ketua pengawas.Itulah ceritanya "batch" pertama generasi Ulul Albab Idris Jusoh,di mana tahun-tahun berikutnya menyaksika jumlah khatam al-quran berkali ganda,malah menjadi modal dan berita di tepi-tepi jalan utama Terengganu.

Kisah e-book juga tidak kurang menariknya.Baru-baru ini kita turut disajikan dengan berita mengenai skandal ebook Terengganu di bawah kendalian syarikatnya iaitu Top IT Sdn Bhd.Seperti yang didedahkan Jabatan Audit Negara dan ADUN Batu Buruk,Dr.Syed Azman Syed Nawawi,terdapat keraguan yang jelas dalam skandal ebook ini di mana jumlah asal yang menelan RM30 juta telah mendadak naik sehingga RM87.95 juta.Selain itu,kualiti ebook dan kelewatan juga menjadi isu yang dibangkitkan.Malah,seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara bagi Audit tahun 2009,peratusan pelajar yang membawa ebook ke sekolah adalah rendah dengan alasan yang pelbagai termasuklah masalah ketiadaan soket mengecas di sekolah selain masalah kerosakan yang kerap berlaku.

Pemberian ebook secara umumnya mengandungi pro dan kontra yang tersendiri.Sebenarnya,perisian pendidikan di dalam ebook tersebut adalah boleh dipuji,lengkap dengan sistem kamus,translitasi,tutorial dan bahan bantu mengajar yang lain.Pun begitu,adakah perkara ini dimanfaatkan?Jawapannya tidak berapa hendak menjadi.Penulis hanya melihat realiti di tempat penulis di mana anak-anak jiran dan adik-adik sendiri telah menyalahguna ebook tersebut bagi memasukkan pelbagai jenis "games" seperti counter strike dan lain-lain selain digunakan untuk memuatnaik lagu-lagu ke dalam ebook.Hal ini kerana pelajar dibekalkan ebook seorang setiap satu dan ebook ini dibenar dibawa pulang ke rumah.Malah,para pelajar kadangkala menjadi lalai dan leka dengan ebook sehingga mengabaikan ulangkaji.Lebih daripada itu,terdapat kes yang dilaporkan Metro tahun lalu di mana ebook telah digunakan oleh abang seorang murid tahun lima untuk memuaturun gambar  lucah.Penulis menyokong pemberian ebook,namun pada masa yang sama,penggunaannya yang tidak menyeluruh dan kajian kewajaran penggunaan ebook di sekolah menyebabkan ianya menjadi tidak setimpal dengan jumlah yang telah dibelanjakan oleh pihak kerajaan.

Dan kini,ebook melangkah setapak lagi dengan software al-qurannya.

+  +  +

SANDIWARA EBOOK DALAM KHATAM AL-QURAN?

Seperti yang dilaporkan oleh wartawan portal Buletin Online.net,kerajaan negeri dilihat cuba membohongi rakyat Terengganu dengan program khatam beramai-ramai yang memecahkan rekod negara dan dunia.Dalam pendedahan tersebut,wartawan Buletin Online telah mendakwa hasil temuramah mendapati bahawa terdapat pelajar yang masih belum lagi khatam al-quran sepenuhnya tetapi menyertai program tersebut dengan alasan mengikut rakan-rakan.Malah,seorang guru turut mendakwa  bahawa pemilihan ke program ini dibuat berdasarkan angkat tangan, di mana para pelajar yang berminat hanya perlu mengangkat  tangan supaya nama mereka turut dimasukkan sebagai peserta program.Oleh itu,sekiranya dakwaan tersebut,kerajaan negeri adalah tidak peka dengan kesahihan angka yang benar-benar khatam al-quran.

Bukti murid tidak menggunakan ebook
Selain itu juga,pendedahan Buletinonline mendapati bahawa tindakan kerajaan Terengganu yang berbangga dengan khatam cara baru menggunakan ebook tidak berjaya setelah para peserta lebih gemar untuk membaca nashkah al-quran yang telah dibekalkan oleh pihak penganjur.Sesungguhnya,membaca al-quran menggunakan ebook tidak mendapat sambutan peserta sendiri,berkemungkinan kesukaran untuk membaca kerana tidak jelas selain posisi mata daripada baris huruf yang tidak kena.Oleh itu,kerajaan Terengganu mungkin berjaya memahat tamadun dan sejarah di dalam Malaysia Book of Records, namun realitinya adalah tidak seperti yang digambarkan.

Apapun,bukan itu yang menjadi persoalan penulis.Tindakan khatam beramai-ramai kalau benar,maka baguslah.Tetapi lebih daripada itu,persoalannya sekarang,adakah generasi ulul albab itu boleh dilaksanakan dengan hanya khatam al-quran?Hal ini kerana itu sahajalah usaha kerajaan negeri dalam pendidikan untuk membentuk generasi pintar soleh dan serba boleh selain kelas J-Qaf yang telah diwajibkan kepada pelajar pada setiap petang.Selain itu,apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ulul albab ini sebenarnya?


Seterusnya,antara ciri ulul albab pula adalah:

Siapakah para 'Ulul Albab?
1. Mereka kaya Hikmah & Kearifan (QS. 2:269)
2. Mereka banyak ambil Hikmah dari sejarah umat manusia (QS. 12:111)
3. Mereka giat mencari ilmu dengan sungguh-sungguh (QS. 3:7 & QS 3:190)
4. Mereka adalah para penegak kebenaran yang lurus dan gigih (QS. 5:100)
5. Mereka pendengar yang baik dan obyektif (QS. 39:18)
6. Mereka penyeru dan penyebar kebaikan yang santun dan sabar (QS. 14:52 & QS 
13:19-22)
7. Mereka hanya takut kepada Sang Pemilik Alam Semesta saja (QS. 2:197, 5:179 & 
QS. 65:10)
8. Mereka tekun ibadah malam (39:9)
9. Mereka ingat selalu kepada Sang Pencipta setiap saat, dalam setiap nafas 
(3:191)


Persoalannya sekarang,adakah sistem pendidikan kebangsaan yang terguna pakai di Malaysia dan khususnya di Terengganu mampu melahirkan generasi ulul albab seperti yang diilhamkan oleh Idris Jusoh.Adakah dengan cara menukar nama MRSM Kota Putera di Besut dengan nama MRSM Ulul Albab boleh dikatakan usaha ke arah pembinaan generasi ulul albab sekiranya kurikulum asal langsung tidak berubah,malah realiti di Malaysia sekarang,subjek Agama Islam menjadi terkebelakang dalam kepentingan ilmu-ilmu di sekolah,malah subjek Sejarah bakal menjadi lebih mulia daripada subjek Agama Islam setelah syarat wajib lulus Sejarah bakal diperkenalkan selain syarat sekurang-kurangnya memiliki kepujian untuk memasuki IPTA.Sedar atau tidak,subjek Pendidikan Islam ini diketersampingkan sama sekali.

Oleh itu,bagi penulis,bagi mewujudkan generasi ulul albab di Terengganu adalah dengan mengiktiraf, membantu dan memperbanyakkan pondok,tahfiz dan sekolah beraliran agama kerana inilah sebenar-benar tempat untuk melahirkan generasi ulul albab.Perlu diingatkan,bukan hanya sekadar berjaya menjadi doktor,polis dan bomba sudah dikira menjadi ulul albab seperti yang ditayangkan dalam papan-papan iklan di Terengganu.Malah,generasi Ulul Albab bukan sekadar mereka yang berjaya mengkhatamkan al-quran atau menghafalnya,tetapi lebih daripada itu adalah mereka yang boleh beramal dan melaksanakan hukum-hukum yang terkandung di dalamnya.

Ketika Pas memegang Terengganu,Undang-undang Islam di bawah Fasa IIIA telah diwartakan oleh Sultan Terengganu,Sultan Mizan Zainal Abidin pada 1 November 2003,dengan menjadikan al-quran,sunnah,ijmak dan qias sebagai sumber rujukan tertinggi negeri Terengganu.Persoalannya,adakah kerajaan UMNO melaksanakan undang-undang yang telah diwartakan ini?Idris Jusoh yang bangga dengan Islam Hadhari sebenarnya tidak direstui oleh Sultan Mizan sendiri kerana bagindalah Sultan yang mewartakan Undang-undang Islam di Terengganu termasuklah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri.Oleh itu,usaha-usaha kerajaan UMNO Terengganu kini sebenarnya masih jauh untuk mewujudkan generasi tersebut dan penulis membayangkan agenda ini telah berakhir dengan kejatuhan Idris Jusoh daripada tampuk pentadbiran Terengganu,namun usaha kerajaan Ahmad Said itu tidak lain dan tidak bukan mengembalikan nostalgia kita kepada ideologi Islam Hadhari yang dipelopori Idris Jusoh dan Abdullah Mat Zin.

TERENGGANU MENUJU ULUL ALBAB TAPI TERBABAS KE ARAH GENERAK

Apakah itu Generak?Sebenarnya,itu cuma singkatan yang direka oleh penulis bagi singkatan kepada Generasi Rosak Akhlak (Generak).Sepertimana yang diketahui,tindakan mengutamakan pembangunan fizikal sesebuah negeri dengan tidak diimbangi oleh pembangunan rohani hanya akan menyuburkan krisis identiti dan kesopanan di sesebuah negeri.Lihatlah apa yang sudah jadi di Terengganu sekarang,merempit, merogol, menghisap dadah,menyamun dan berzina mula membarah ke dalam masyarakat.Perlu diingatkan,penulis bukanlah hendak melonggokkan kesalahan ini ke atas pimpinan negeri,namun isu nasional seperti ini perlu diberikan penekanan yang serius,baik daripada pihak Pas mahupun UMNO.Di sini tidak timbul soal siapa benar dan siapa yang silap,namun lebih daripada itu,apakah tanggungjawab mereka yang memegang amanah?

Penulis sedih,tatkala kita sibuk mencanang dan bergendang mengenai perpaduan dan ketuanan Melayu,apa sudah jadi pada anak bangsa kita sendiri?Seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia Isnin lalu,kes penagihan dadah di Terengganu terus membimbangkan dengan peningkatan sebanyak 14 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan sebanyak 7635 kes telah dilaporkan di seluruh negeri.
Selain itu,indeks jenayah negeri untuk enam bulan pertama tahun ini,walaupun pada dasarnya berkurang sebanyak 25 peratus,namun jumlah tersebut masih tinggi dengan 2066 kes telah dilaporkan berbanding 2755 tahun sebelumnya.Walaubagaimanapun,kes jenayah membabitkan kekerasan meningkat kepada 249 kes Jun lalu selain sembilan kes samun dan pecahmasuk stesen minyak yang dilaporkan.Selain itu juga,jenayah berprofil tinggi yang berlaku di Terengganu termasuklah kes kecurian motorsikal,samun dan ragut.

Apa sudah jadi dengan negeri Terengganu?Penagihan dadah,jenayah,rogol dan zina di mana-mana.Pelbagai berita yang kita dengar termasuklah guru agama merogol pelajar,kes lahirkan anak dalam mangkuk jamban,tangkap basah,buang anak dan segala macam gejala maksiat yang lain.Persoalannya,salah siapakah?Selagi kerajaan negeri gagal berdasar dengan enakmen yang telah sedia wujud,malah seakan menafikannya,selagi itulah penyakit sosial akan terus mewarnai negeri Terengganu Darul Iman.Atau mungkin nanti akan dibina Sekolah Termengandung Ali Rustam cawangan Terengganu pula selepas ini?


Read more...

ROAD TO PUTRAJAYA : ADAKAH KITA MENUJU KE ARAH PUSARA DI LEBUHRAYA?

Monday, November 8, 2010


"Dalam Perjalanan Ini
      Menuju Destinasi
Berbagai Lebuhraya yang kulalui....

                                 Perjalananku terhenti
                                      Di Lebuhraya ini
                                Terpandang pusara diam menyepi...."

Bait-bait lagu Pusara di Lebuhraya nyanyian Ekamatra ini penulis tujukan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim,dalam perjalanannya menuju Putrajaya.Sekadar satu perlambangan,lirik lagu di atas sesuai kita selami bersama,adakah "Road to Putrajaya" itu hanyalah bakal menjadi sebuah pusara buat Anwar Ibrahim dan PKR semata-mata? Itulah yang perlu menjadi persoalannya sekarang.Mungkin pada pandangan PKR,apabila wujud suara-suara Pas yang mempertikai prinsip dan manhaj perjuangan PKR pada hari ini,mereka bersuara ini dilabel sebagai pemecahbelah kesetiaan perikatan dalam Pakatan Rakyat.Namun perlu diingat pada pepatah,"telur sesangkak,pecah sebiji pecah semua".Adakah wajar Pas disuruh berdiam diri dalam tindak-tanduk PKR yang nyata tidak tersusun pada ketika ini,sedangkan pada masa yang sama keburukan ini turut terpalit sama pada Pas?

+ + +

LANGKAH ZAID GERAKAN PERTAMA PEMECAHAN PKR?

Zaid Ibrahim telah meletakkan semua jawatan beliau dalam PKR dan menarik diri daripada pertentangan tiga penjuru dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden PKR.Secara umumnya,penulis tidak terkejut dengan pengumuman ini. Zaid,baik di dalam UMNO mahupun PKR sentiasa dilihat sebagai seorang "pembangkang" dalam parti yang diwakilinya itu.Desas-desus kontradiksi Zaid dan PKR telah bermula lama dahulu ketika beliau mengumumkan hasratnya untuk turut bertanding lagi.

Beliau bermula baik ketika menyertai PKR.Menjadi Penyelaras Pakatan Rakyat, calon PKR di Hulu Selangor dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan selain Ketua Cabang di Wangsa Maju.Terbaru,merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.Naik beliau terlalu cepat,dan adalah biasa juga jatuhnya turut sama cepat.Siapa di belakang beliau yang melonjakkan namanya dalam PKR suatu ketika dahulu?Orang tersebut adalah Anwar Ibrahim sendiri.Sebagai seorang pendatang baru dalam sebuah organisasi,kedatangan beliau yang mungkin melangkah turutan mungkin tidak memuaskan hati sesetengah pihak.Penulis berkata sebegini berdasarkan rencah kehidupan.Ianya berlaku di mana sahaja,baik UMNO,PKR mahupun Pas.

Zaid cuma patuh pada prinsipnya

Ketika Zaid tidak setuju dengan penahanan beberapa orang termasuk Raja Petra,Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily ke dalam ISA,beliau akhirnya meletakkan jawatan daripada menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bahagian Undang-undang).Ketika itu,kita semua secara beramai-ramai di blok Pakatan Rakyat bersama-sama menyambut dan menyanjung insan ini,yang dikatakan seorang yang berprinsip.Prinsip Zaid yang mudah dibaca adalah apabila beliau tidak setuju akan sesuatu perkara,beliau akan meletakkan jawatan.Betulkah prinsip Zaid itu?Dan kini,kerana prinsip beliau itulah beliau meletakkan jawatan dalam PKR setelah beliau tidak bersetuju dengan etika pemilihan tempang PKR kali ini.Jangan salahkan Zaid,itu prinsip beliau.Biarkanlah beliau dengan prinsipnya itu.

Dalam Pas,jarang pula kita mendengar seseorang pemimpin lari dan meletakkan jawatan .Jika seseorang pemimpin itu lari berselindung di sebalik prinsip,itu adalah sama seperti melarikan diri daripada masalah.Seorang pejuang dan pemimpin Islam yang sebenar bukan hanya berada dalam satu keadaan di mana beliau selesa di dalamnya,tetapi lebih daripada itu berjuang membetulkan apa yang salah.Ataupun mungkin Zaid merasakan sudah tiada ruang dalam PKR untuk beliau membetulkannya,maka larilah.

Apa yang wajib bagi PKR sekarang bukanlah untuk memujuk kembali Zaid kembali ke pangkuan mereka, tetapi adalah membetulkan apa yang didakwa oleh Zaid dan lain-lain.Benarkah berlaku penipuan,ataupun ianya cuma tindakan daripada UMNO semata-mata?Mungkin mudah untuk menghukum pihak di sebelah sana sebagai petualang,namun lebih daripada itu,bagaimana kepimpinan PKR itu sendiri cuba mengatasi petualang yang mungkin telah berakar umbi dalam PKR tersebut.Jika soal ini sendiri gagal diatasi oleh PKR sekarang,Road to Putrajaya hanya bakal berkubur begitu sahaja,malah mana-mana pemimpin yang telah termimpi-mimpi untuk menjawat jawatan Menteri selepas ini bolehlah menyimpan sahaja angan-angan mereka begitu sahaja.

Beban buat Saifuddin Nasution

Secara peribadinya,penulis lebih menyanjung Saifuddin Nasution sebagai seorang yang layak untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PKR.Imej beliau yang bersih selain ketokohan dalam idea-ideanya adalah kredit buat dirinya.Namun,apakan daya.Perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agung PKR menjadikan beliau memegang amanah besar mengurus perjalanan pemilihan parti kali ini.Beliau mungkin boleh mengeluh berat dengan bebanan dan cabaran buat beliau dan Jawatankuasa Pemilihan yang menerima pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan kali ini.Isu pergaduhan,penipuan undi,pembelian kertas undi dan peratusan keluar mengundi yang rendah menjadi cabaran buat beliau.Terbaru,kritikan calon-calon bertanding termasuk Mustafa Kamil Ayob dan Zaid Ibrahim menunjukkan semacam terdapat usaha memenangkan si anu bin si anu dengan menafikan kemenangan si anu yang lain.

Adakah Azmin Ali Petualang Sebenar?

Sedar atau tidak,nama Azmin bin Ali sebenarnya telah buruk dari kacamata rakyat di Malaysia.Samada ianya kesan propaganda UMNO,mahupun dalam PKR sendiri, nama beliau telah busuk semenjak dari tersebarnya desas-desus menjatuhkan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim lagi,malah perlantikan beliau ke kerusi Pengerusi PKR Selangor hanya menambahkan lagi persepsi buruk terhadap beliau.

Konflik Azmin-Khalid akhirnya tergantung.Selepas itu,timbul pula pertembungan beliau dengan Zaid Ibrahim.Dalam pemilihan kali ini,entah mengapa Azmin dilihat sebagai seorang pembawa hegemoni dan legasi UMNO ke dalam PKR.Pertentangan beliau dengan Zaid dilihat jelas kelihatan bermula dengan pengumuman Zaid sebagai calon PKR di Hulu Selangor lagi.Apa sudah jadi Azmin?Sedar atau tidak,tindak-tanduk Azmin yang mahu mendaki jawatan yang lebih tinggi hanyalah memperlihatkan beliau seorang yang obses pada kuasa,samada ianya realiti ataupun persepsi itu dibina oleh musuh-musuh politik beliau sendiri.Malah,kelihatannya wujud satu gerakan baru yang bernama ABA - Asalkan Bukan Azmin dalam pemilihan kali ini,di mana asalkan sahaja bukan Azmin mereka akan pangkah untuk ke kerusi Timbalan Presiden PKR.

Mungkin Azmin akan memenangi pemilihan kali ini,tetapi kemenangan tersebut mungkin hanya akan membawa kepada krisis dalaman PKR itu sendiri.Perlu diingatkan,penulis tidak mahu memburukkan Azmin Ali di sini kerana jikapun penulis tidak mengkhabarkan hal ini,kebanyakan orang telah sedia maklum akan hal ini.Samada dakwaan ke atas Azmin itu benar atau tidak,persepsi telah dibina dan dalam politik,persepsi adalah segala-galanya di mana kebenaran akan bergerak ke aras kedua.

Adakah PKR bakal berpecah selepas ini?

Sebelum mengetahui asas mengapa penulis berkata sedemikian, perlu dilihat kedudukan semasa pemilihan PKR kali ini:

KEDUDUKAN RASMI (DIUMUMKAN AHAD 7/11)


TIDAK RASMI (MALAYSIAKINI)



Sekiranya Zaid Ibrahim meneruskan hasratnya untuk tidak bertanding,majoriti antara Azmin dan Mustafa bakal melebar jaraknya,di mana undi Zaid seterusnya hanya akan menjadi undi rosak.Oleh itu,kedudukan Azmin selaku Timbalan Presiden PKR makin hampir.Oleh itu,kemungkinan perpecahan PKR itu sendiri itu makin hampir.Hal ini kerana N.Gobalakrishnan yang berkemungkinan menjadi Naib Presiden PKR telah mengugut untuk keluar parti sekiranya Azmin menang dalam pemilihan kali ini.Berkemungkinan,bukan beliau sahaja yang bakal keluar tetapi turut disertai oleh beberapa pemimpin India yang lain.Di sini kita bukannya hendak menegakkan siapa benar dan siapa salah,namun kesan daripada peristiwa tersebut hanya akan melemahkan PKR menjelang pilihanraya umum ke 13.Perlu diingatkan betapa Najib dan UMNO akan mempertahankan Putrajaya sehingga berkecai nyawa dari badan dan perlu disedari bahawa penyusupan petualang ke dalam PKR adalah satu cara bagi melemahkan keutuhan dan momentum menuju Putrajaya.

Anwar penyubur perpecahan dalam PKR?

Ketika mengulas perletakan jawatan Zaid Ibrahim dalam PKR,Anwar mengatakan bahawa tindakan Zaid itu adalah setelah tewas dalam pemilihan di negeri Sabah yang dijangka sebagai kubu kuat Zaid.Melalui kata-kata Anwar ini,kelihatannya seperti beliau sendiri seolah-olah memihak kepada Azmin dan tidak merestui calon-calon lain di mana Anwar sendiri menganggap Zaid seperti Trojan Horse dalam PKR. Jika selama ini,PKR didakwa mengamalkan keadilan sebenar,apalah ertinya keadilan jika mereka yang tidak sealiran dengan Anwar dianggap sebagai petualang dan pemecahbelah?Masihkah ada demokrasi dalam maksud sebenar-benar demokrasi dalam PKR?

Penutup

Mungkin tulisan ini berbau sedikit ke"UMNO"an di sini.Namun,itulah realitinya.Bangkitlah PKR,suburkanlah demokrasi dalam diri anda sendiri sebelum berdemokrasi menuju Putrajaya.Sekarang penulis ingin bertanya, mengapa demokrasi dianggap sangat subur pada era reformasi dahulu?Jawapannya bukan kerana Anwar,tetapi kerana ianya dipimpin oleh Pas itu sendiri,itulah realitinya.Samada PKR setuju atau tidak,Pas adalah parti yang memimpin reformasi ketika itu tatkala Keadilan masih dalam proses pembentukannya.Dan ingatlah,reformasi Malaysia bukanlah WAJIB mengangkat Anwar Ibrahim tetapi WAJIB mengangkat sesiapa sahaja yang selari dengan aspirasi rakyat.Tatkala ini,penulis rasakan lebih baik Anwar merengkuk kembali ke Sungai Buluh,sama seperti yang difikirkan Chegubard sekarang.

Read more...

ANALISIS PENUH PRK GALAS...SYUKURLAH PAS KALAH!!

Saturday, November 6, 2010


Teka-teki Pilihanraya Kecil bagi Dewan Undangan Negeri N45 Galas Kelantan akhirnya terungkai juga.Setelah hampir tiga tahun ianya dipegang oleh Pas,UMNO telah berjaya mengambil kembali kerusi yang menjadi salah satu kerusi quo mereka dalam DUN Kelantan.Itulah Galas.Pas tidak pernah memenangi kerusi tersebut sejak daripada pilihanraya umum pertama lagi,malah kerusi tersebut hanya mampu dimenangi pembangkang ketika diwakili oleh calon Semangat 46.Akhirnya,barang ditakdirkan Allah,Pas berjaya juga menang di Galas dalam PRU12.Persoalannya sekarang,adakah Pas telah ditolak oleh pengundi di Galas?Mari kita fikir bersama-sama.

+  +  +

DATA ANGKA PRK GALAS 2010

Secara umumnya,berikut adalah keputusan pengundian bagi kerusi N45 Galas semalam:




Berikut pula adalah perbezaan undi Pas dalam PRU 12 dan PRK 2010:

 PILIHANRAYA
UNDI PAS
UNDI UMNO
MAC 2008
4399
3753
NOVEMBER 2010
4134
5324
PERBEZAAN UNDI
-265
+1571

Melalui perbezaan undi tersebut,sebenarnya Pas hanya kehilangan sekitar 265 undi,masih berpeluang untuk menang jika sekiranya undi UMNO tidak mendadak dengan begitu banyak.Pada tahun 2008,sebanyak 8356 orang pengundi telah keluar mengundi bagi membentuk jumlah keluar mengundi sebanyak 80.89 peratus. Dalam pilihanraya kecil ini pula,bilangan keluar mengundi pula bertambah kepada 9555 orang telah keluar mengundi mewakili 82.71 peratus daripada jumlah pengundi.

PILIHANRAYA
JUMLAH PENGUNDI
KELUAR MENGUNDI
MAC 2008
10 330
8356
NOVEMBER 2010
11 553
9555
PERBEZAAN
+1233
+1199

Bagi keputusan pilihanraya 2010 mengikut peti undi pula adalah seperti berikut:

POS BROOKE (LOJING)
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
112
241
2010
78
424
PERBEZAAN UNDI
-34
+183
SUNGAI BER
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
105
158
2010
99
257
PERBEZAAN UNDI
-6
+99
BELATIM
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
11
74
2010
9
117
PERBEZAAN UNDI
-2
+43
BALAR
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
51
85
2010
41
153
PERBEZAAN UNDI
-10
+68
BIHAI
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
27
82
2010
5
233
PERBEZAAN UNDI
-22
+151 
HAU
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
81
115
2010
89
138
PERBEZAAN UNDI
+8
+23
KAMPUNG PULAI
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
167
192
2010
176
220
PERBEZAAN UNDI
+9
+28
KAMPUNG BHARU
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
946
746
2010
818
859
PERBEZAAN UNDI
-128
+113 
BANDAR LAMA
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
671
481
2010
584
621
PERBEZAAN UNDI
-87
+140
BANDAR BARU
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
375
274
2010
398
414
PERBEZAAN UNDI
+23
+140
KG.BATU PAPAN
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
619
527
2010
622
770
PERBEZAAN UNDI
+3
+243
LEPAN TUPAI
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
248
237
2010
216
296
PERBEZAAN UNDI
-32
+59
SUNGAI TERAH
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
942
432
2010
933
675
PERBEZAAN UNDI
-9
+243


Secara keseluruhannya,Pas telah kalah di 12 peti undi berbanding tujuh pada tahun 2008,dengan kehilangan undi majoriti di kawasan Lepan Tupai,Batu Papan,Bandar Baru,Bandar Lama dan Kampung Bharu.Malah,Pas juga hanya memenangi satu peti undi sahaja di kubu kuat mereka di Sungai Terah.Itupun dengan penyusutan undi sebanyak sembilan undi di kawasan tersebut.

APAKAH KUNCI KEKALAHAN PAS DI GALAS?

1.Undi Orang Asli
Di sini,penulis melihat kekalahan pertama Pas.Kekalahan Pas di Galas sedikit sebanyak disumbangkan oleh kehilangan undi orang asli di Galas.Apa tidaknya,jentera Pas seolah-olah tidak begitu bersungguh untuk menarik undi orang asli setelah yakin tidak mampu menembusi kawasan tersebut.Bukan penulis hendak menuduh Pas tidak buat kerja di kawasan orang asli,tetapi masih belum cukup.Usaha Pas itu,kalau 100 peratus sama dengan di kubu Pas di Sungai Terah juga masih belum cukup bagi menarik undi orang asli?Mengapa jadi begitu?Hal ini kerana UMNO seolah berkubu di kawasan orang asli,berak makan tidur kencing di sana.Malah mereka juga memerhati dan meninjau pergerakan keluar masuk pihak luar ke kawasan orang asli.Secara psikologinya,petugas Pas akan menjadi tidak berani untuk berkempen seorang dua,bimbang akan keselamatan mereka ketika di dalam sana.Di pihak UMNO pula,mereka memanipulasi sepenuhnya undi orang asli dengan memburuk-burukkan kerajaan Pas Kelantan.Seolah-olah orang asli di"brainwash" dan mengalami hipnotis di sana.Isunya adalah soal ladang rakyat.Ladang yang diusahakan pihak luar ini dilihat sebagai perampas tanah orang asli di Galas terutamanya di Lojing.

Isu alam sekitar dimainkan oleh UMNO untuk orang asli di Galas.Mereka menunjuk-nunjuk keadaan air sungai yang bertambah keruh,bukit yang gondol dan tanah yang ditarah oleh peladang.Mereka cuba mewujudkan "mind-set" yang mengatakan peladang tersebut sebagai jahat dan merampas tanah sesuka hati dan berselindung di sebalik kerajaan negeri.Propaganda ini ditambah pula dengan peranan kakitangan agensi JHEOA yang membangkitkan status orang asli di Galas.Isu orang asli minoriti dan menjadi rakyat Kelantan yang tidak diiktiraf turut dimainkan.Oleh itu,satu karakter penyelamat orang asli diwujudkan.Beliau adalah calon BN,Abdul Aziz Yusof.

Ingatkah lagi kita pada demo orang asli di Putrajaya awal tahun yang lalu?Kita cuma didedahkan dengan berita demonstrasi tersebut dan kenyataan Shafie Apdal yang mengatakan bahawa mereka hanya datang melawat di Putrajaya.Tetapi lebih daripada itu,mereka sebenarnya memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan hak bagi tanah mereka.Secara umumnya,tanah masyarakat orang asli terbahagi kepada dua,tanah saka iaitu tanah turun temurun yang dibina penempatan dan dusun dan juga tanah rayau,kawasan untuk mereka mengutip hasil hutan.Oleh itu,apabila tanah rayau mereka semakin berkurangan akibat daripada pembukaan ladang rakyat di kawasan tanah tinggi Lojing,isu ini dibesar-besarkan.Oleh itu,kelihatannya betapa orang asli kini cuba memperjuangkan hak mendapatkan suatu kawasan reserved daripada kerajaan negeri Kelantan.

Dalam menangani serangan dan propaganda UMNO ini,Pas dilihat terkebelakang dan dilihat lebih banyak mengelak untuk menjawab isu ini.Kalau dijawab pun,hanyalah dalam ceramah-ceramah umum,bukan secara bersekemuka dengan penduduk orang asli di Galas.Pas secara umumnya,kehilangan undi orang asli yang tidaklah begitu tinggi,sekitar 66 undi sahaja namun,pertambahan undi UMNO sehingga menjadi paras 1322 agak menghairankan.Memang benar terdapat usaha kerajaan Kelantan untuk bergerak ke atas isu tanah ini,namun tangan-tangan gelap daripada UMNO yang memfitnah dan memutarbelit kenyataan telah menyebabkan pengundi menjadi keliru dan menganggap Pas menindas penduduk.

PERBEZAAN UNDI KETARA DI KAWASAN PETI UNDI ORANG ASLI


UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
387
755
2010
321
1322
PERBEZAAN UNDI
-66
+567



Adakah Penyusutan Undi Orang Asli adalah sabotaj dalam helikopter?

Penulis mengelak untuk membuat sebarang spekulasi.Apa yang ditulis di atas hanyalah sekadar data angka dan apabila timbul sedikit data-data yang mencurigakan,kita patut mengambil perhatian yang sewajarnya.Pertambahan undi UMNO secara mendadak hampir 75.1 peratus di kawasan daerah mengundi orang asli perlu diperhatikan.Perlu diingatkan,peratusan keluar mengundi untuk orang asli hanya diketahui setelah peti undi tersebut tiba di pusat penjumlahan undi.Hal ini kerana,SPR beralasan bahawa kawasan tersebut tidak dapat dihubungi kerana ketiadaan talian telefon.
                                                  
Selain itu,kecurigaan mengenai jumlah keluar mengundi di kawasan tersebut juga perlu dilihat kembali. Rentetan daripada perkara ini sebelum ini,pihak Pas telah membantah pengiraan undi di pusat penjumlahan undi sedangkan ianya boleh dibuat secara kelaziman di tempat pembuangan undi itu sendiri.Malah,tiada wakil parti yang berada di dalam helikopter tersebut memungkin pelbagai manipulasi undi boleh berlaku.Peratusan mengundi di Sungai Ber contohnya menyaksikan bilangan keluar mengundi adalah rapat kepada 90 peratus keluar mengundi di daerah pengundian tersebut.Kebetulan ataupun tidak,jumlah pertambahan undi UMNO di kawasan orang asli dilihat hampir sama jumlahnya dengan majoriti yang diperoleh oleh Chek Hashim sebelum ini.Adakah terdapat manipulasi undi dalam pilihanraya kecil kali ini?Penulis tidak mahu menuduh,tetapi daripada segi gayanya,angka-angka pengundian di kawasan orang asli ingin memberitahu kita sesuatu.Berikut adalah jumlah keluar mengundi di enam daerah mengundi orang asli:

 NOV 2011
JUMLAH PENGUNDI
KELUAR MENGUNDI
BIHAI
281
244   (86.83%)
BELATIM
161
131   (81.37%)
HAU
257
227   (88.33%)
SUNGAI BER
414
371   (89.61%)
POS BROOKE@LOJING
610
519   (85.08%)
BALAR
235
200   (85.11%)
JUMLAH
1958
1692 (86.14%)





 Meneliti peralihan undi pengundi Cina di Galas

Pas kalah di hampir kesemua peti undi kecuali satu peti undi Melayu iaitu Sungai Terah.Hal ini bermakna,Pas turut tewas di peti-peti undi yang mempunyai pengundi Cina termasuklah di Kampung Pulai,Kampung Baru, Bandar Lama dan juga Bandar Baru Gua Musang.Adakah Pas telah ditolak kembali oleh masyarakat Cina?Mari kita lihat bersama-sama.

Untuk mengetahui keseluruhan undi kaum Cina adalah mustahil kerana kesemua peti undi Cina juga bercampur-campur dengan pengundi Melayu.Walaubagaimanapun,asas untuk mengambil kira sokongan pengundi Cina masih boleh digunapakai jika hendak dirujuk kepada empat lokaliti mengundi terbababit.Oleh itu,mari kita lihat semula perbezaan undi Pas bagi tahun 2008 dan 2010.


MAC 2008
NOVEMBER 2010
KAMPUNG PULAI
167
176       (+9    )
KAMPUNG BHARU
946
818       (-128)
BANDAR LAMA
671
584       (-87  )
BANDAR BARU
375
398       (+23 )
JUMLAH
2159
1976     (-183)

Berdasarkan kehilangan undi yang agak besar dalam pilihanraya kecil kali ini terutamanya di Kampung Baru memerlukan Pas mengenalpasti kelemahan mereka di sana.Adakah benar dakwaan sesetengah pihak bahawa konsep 1 Malaysia makin diterima di Malaysia?Penulis tidak lihat begitu.Semuanya berkaitan soal strategi.Sedar atau tidak,Perkasa seolah tenggelam dalam pilihanraya kecil ini.Samada kesan ketiadaan orang kuat mereka ataupun kerana strategi UMNO meminta Perkasa untuk diam,sedikit sebanyak undi orang Cina terselamat daripada hilang ke tangan Pas.Ketika di PRK Hulu Selangor yang lalu contohnya,Perkasa dilihat terlalu menonjol sehingga menyebabkan undi orang Cina lari dengan begitu mendadak.Malah,di Sibu juga, kesan yang sama turut berlaku.Oleh itu,mungkin UMNO mulai sedar bahawa strategi mempopularkan Perkasa hanya akan memberi undi percuma kepada Pakatan Rakyat.Adalah sesuatu yang menghairankan juga tatkala di kawasan pengundi majoriti Melayu di Galas ini,agenda Ketuanan Melayu tidak berbunyi langsung.Oleh itu,strategi Ku Li untuk tidak membawa penceramah luar seperti Senatak Ezam Mohd Nor dan rakan-rakan selain Saiful Bukhari berjaya membentuk imej UMNO dalam kalangan pengundi Galas.

1 Malaysia di Galas?Bagi penulis,tidak.Bagi meneliti jumlah undi Cina di Galas,keadaan sosioekonomi penduduk perlu diambil kira.Perlu diingatkan,Hulu Kelantan pada suatu masa dahulu adalah kawasan jin bertendang,malah kemasukan penduduk di kawasan terbabit berkait rapat dengan soal pembukaan tanah di sana.Kebanyakan daripada mereka adalah mereka yang kurang bernasib baik,oleh itu kedatangan mereka untuk bermastautin di sana adalah lebih kepada menjalankan aktiviti pertanian dan perladangan.Seperti mana yang sedia maklum, tanah masih menjadi isu pokok di Galas.Penduduk di kawasan Galas bukanlah daripada mereka yang berfacebook dan berblogging,mereka hanya mendapat maklumat melalui bacaan akhbar dan cakap-cakap.Pengundi Cina di Galas rata-rata mereka yang berkebun sayur dan menoreh getah.Oleh itu, apabila "main pitih" menjadi pilihan utama UMNO di Galas,maka "swing" undi sedikit sebanyak membawa undi Cina lari kepada UMNO.

Oleh itu,bagi penulis,soal undi Pas lari di Galas bukanlah tidak benar tetapi tidak tepat.Memang ada sejumlah yang hilang,namun kehilangan tersebut cumalah sekitar 8.5 peratus sahaja.

Trend Undi Melayu di Galas

Undi Melayu kepada Pas menyaksikan penyusutan yang tidak begitu ketara malah sebenarnya hampir sahaja tidak berubah,namun kekalahan Pas kepada UMNO adalah disebabkan pertambahan undi mendadak UMNO dalam pilihanraya kecil kali ini.Mungkin ada mereka yang mengundi Pas dalam pilihanraya 2008 kembali mengundi UMNO,namun begitu undi-undi mereka ini diimbangi semula oleh para pengundi muda. Pun begitu,kejayaan UMNO menambah bilangan undi mereka secara mendadak adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.Hal ini kerana Pas hanya mengalami penyusutan undi sebanyak 265 undi sahaja manakala pertambahan undi UMNO meningkat hingga kepada pertambahan 1571 undi.Katakanlah undi Pas yang lari tersebut ditolak dengan 1571 undi tersebut,maknanya terdapat pertambahan sebanyak 1306 undi.Hal ini bermakna,UMNO berjaya menarik keluar ramai daripada mereka yang tidak mengundi pada tahun 2008 untuk keluar mengundi atau satu kemungkinan lagi adalah kesemua pengundi muda yang keluar mengundi telah mengundi UMNO.Tetapi kemungkinan kedua adalah kurang munasabah pula.Oleh itu,persoalannya apakah yang mendorong mereka keluar mengundi dan memangkah UMNO?Berkemungkinan besar golongan ini adalah mereka yang terdiri di atas pagar berikutan tawaran UMNO untuk memberi sejumlah wang kepada mereka yang keluar mengundi seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

+  +  +

FAKTOR-FAKTOR KEKALAHAN PAS DI GALAS

Dengan melihat permainan wang UMNO sebagai faktor kekalahan Pas di Galas semata-mata,adalah sesuatu yang tidak wajar.Kekuatan dan kelebihan mereka juga perlu dilihat dalam mengkaji kekalahan Pas di Galas selain daripada kelemahan yang ada dalam Pas itu sendiri.Berikut adalah sedikit sebanyak faktor kekalahan Pas di Galas pada pandangan penulis:

a.Kempen Pas yang mahu menggunakan wang

Ramai pihak terkejut dengan tawaran Pas di Galas bagi membayar sejumlah RM250 kepada para pengundi di luar kawasan untuk pulang mengundi pada 4 haribulan yang lepas.Bayangkanlah,terdapat 1557 orang pengundi luar yang layak mengundi di Galas mengikut data Pas.Untuk itu,Pas mungkin telah membelanjakan sejumlah RM389 259.00 bagi membayar keseluruhan pengundi yang keluar mengundi,tanpa mengetahui sama ada mereka ini mengundi Pas atau tidak.Adakah mereka yang memberi cadangan ini tidak sedar akan realiti pada tahun 2008 yang lalu?UMNO melalui Kempen Pade Doh 18 Tahun memberi wang dan kemudahan pengangkutan percuma untuk para pengundi luar pulang mengundi dengan harapan mereka ini akan mengundi UMNO dan membentuk kerajaan di bawah bekas bakal Menteri Besar mereka iaitu Awang Adek.Namun akhirnya,para pengundi luarlah yang menumbangkan kebanyakan kerusi UMNO di Kelantan.Dan situasi ini berulang kembali dengan Pas pula melakukan perkara serupa.Lihat apa yang terjadi?Akhirnya Pas pula yang tertewas di Galas.Oleh itu,Pas perlu belajar daripada kesilapan bermain duit di Galas kerana pengundi hanya akan beranggapan Pas adalah sama sahaja seperti UMNO.

b.UMNO Menjuarai Isu di Galas

Pihak media alternatif telah memberi amaran betapa isu tanah terutamanya isu Ladang Rakyat bakal menjadi isu besar dalam PRK Galas.Walaubagaimanapun,Pas dilihat tidak bersedia dengan secukupnya bagi menangkis tohmahan dan fitnah UMNO tersebut.Malah,penulis sendiri pernah menulis mengenai isu ini beberapa hari sebelum proses penamaan calon lagi.Penjelasan Pas yang menyeluruh kepada rakyat yang telah dibuat oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan,Ust.Ahmad Yakob sememangnya lengkap dan tepat,namun ianya tidak disebarkan secara menyeluruh dalam pelbagai bentuk termasuklah media bebas sedikit sebanyak gagal memadam fitnah UMNO yang dimainkan sejak kematian Allayarham Chek Hashim lagi.

Antara isu pokok mengenai isu tanah di Galas yang dimainkan UMNO:
1.Ladang Rakyat tidak memberi manfaat kepada penduduk Galas
2.Pas merampas tanah rakyat untuk program Ladang Rakyat
3.Pas gagal selesaikan isu tanah di Galas hampir 20 tahun
4.Pas tidak akan memberi tanah kepada peneroka Cina di Galas
5.Pembangunan tanah memusnahkan alam sekitar 
6.Ladang Rakyat adalah syarikat kroni Pas

Berikut pula adalah penjelasan TMB mengenai dakwaan UMNO:

1.UMNO bimbang akan program Ladang Rakyat yang dilihat lebih adil kepada  
   pesertanya.Dakwaan bahawa inisiatif  RM200 sebulan yang terlalu rendah untuk sara 
   hidup peserta adalah putar belit.RM200 adalah bersifat bantuan semata.Peneroka 
   secara umumnya tidak bergantung dengan wang RM200 untuk menyara hidup tetapi   
   RM200 adalah sebagai penambah pendapatan semata-mata.Mengenai dakwaan   
   ladang rakyat penipu dengan janji membina penempatan peserta juga adalah tidak benar. Ladang Rakyat adalah sebuah Perbadanan yang berdikari tanpa geran kerajaan negeri mahupun pinjaman bank.Oleh itu,pertumbuhan kemajuan program tersebut  berjalan dengan agak perlahan.Mengenai soal pilih kasih dalam pemilihan peserta pula,TMB berpendapat memang akan berlaku perasaan tidak puas hati kerana terlalu ramai yang memohon sedangkan tempat hanya diberikan kepada 100 orang sahaja untuk setiap DUN.

2.TMB menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah merampas tanah,dan jika ada,mereka itu adalah dalam kalangan mereka yang mengusahakan tanah secara haram dan secara sindiket.Terdapat kes di mana ketika TMB sendiri hendak menyelesaikan isu tanah sindiket,didapati ramai penama yang memohon tidak hadir di atas tanah yang dipohon.Mereka yang memajukan tanah kerajaan yang dibangunkan untuk program ladang rakyat itulah yang menuduh kerajaan merampas tanah rakyat.

3.Mengenai dakwaan Pas gagal menyelesaikan isu tanah pula,dakwaan itu tidak benar sekali.Menurut TMB, dalam sebulan,mesyuarat tanah yang bersidang kebiasaannya hanya mampu meluluskan 50 permohonan.Hal ini kerana kajian dasar ke atas dibuat bagi melihat samada berlaku pertembungan antara tanah yang dipohon dengan reserve kerajaan untuk pembangunan yang lain.Isu tanah juga gagal diselesaikan terutamanya berkaitan dengan setinggan di Kampung Kerinting dan Bandar Lama di tepi sungai.Hal ini kerana,setelah penempatan semula dibuat,mereka yang berpindah ke kawasan baru meninggalkan keadaan setinggan begitu sahaja menyebabkan akan terdapat pula penghuni setinggan baru pula yang tinggal di sana sehingga menyebabkan kawasan penempatan semula penuh.

4.Apa yang benar,kerajaan telah mula memberi tanah kepada peneroka Cina yang meneroka hampir 30 tahun di Kampung Pulai.

5.TMB berkata setiap pembangunan tanah di Kelantan perlu mendapatkan kebenaran JAS,malah ianya dimulakan sejak daripada proses mengukur tanah lagi.Kalaupun ada soal pencemaran,ini hanyalah membuktikan kelemahan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar.

6.Dakwaan Ladang Rakyat sebagai syarikat kroni adalah kerana mereka bimbang dengan prestasi baik Ladang Rakyat yang bukan hanya sekadar membangunkan ekonomi peserta,malah turut memajukan peserta dalam sahsiah dan ilmu pengetahuan selaras hasrat Membangun Bersama Islam.Inilah yang ditakuti oleh UMNO.


* * *

Apa yang mengecewakan penulis,penerangan ini tidak dibuat secara menyeluruh menyebabkan terdapat pengundi yang turut termakan hasutan jahat daripada UMNO.Walaupun penerangan telah dibuat oleh Pas termasuklah melibatkan bekas Ketua Jajahan Gua Musang sendiri,Abdullah Mat Yusoff,namun pendedahan tersebut adalah agak terlewat bagi menangkis serangan tersebut sedangkan UMNO telah bermain isu tersebut berminggu-minggu sebelumnya.

c.Pengaruh Ku Li di Galas

Jika Anwar berkubu di Permatang Pauh,Haji Hadi di Rhu Rendang dan Tuan Guru Nik Aziz di Pulau Melaka,Gua Musang pula adalah tempat bertandang duduk Ku Li.Politik beliau adalah di Gua Musang.Kalau dahulu Gua Musang terkenal sebagai tempat buang daerah,begitulah Ku Li yang dibuang dan dicampak UMNO sekadar terbatas di Gua Musang. Oleh itu,pengaruh Ku Li di sana amatlah besar kerana beliau sudah menjadi Ahli Parlimen di sana cukup lama.Malah,kalau ada mereka yang beranak di Gua Musang ketika Ku Li baru menjadi Ahli Parlimen, mungkin orang tersebut telah mempunyai dua tiga orang cucu sudah sekarang.Brgitulah perumpamaannya.Ku Li di Gua Musang seumpama akar tunjang balak yang telah berakar jauh ke pasak bumi.
Malah,perlantikan beliau sebagai Jentera Pilihanraya di Galas yang menyebabkan TSMY berkelana di Batu Sapi adalah suatu strategi yang agak menjadi.Kemenangan BN di Galas juga menunjukkan bisa Ku Li di Gua Musang tidak pernah hilang.

d.Terikut-ikut rentak UMNO di Galas

Tindakan PAS untuk menghormati Ku Li di Galas penulis lihat adalah satu sikap hormat tidak bertempat. Tindakan untuk tidak mendedahkan kezaliman UMNO dalam menafikan hak royalti semata-mata untuk menghormati Ku Li tidak patut memandangkan pada masa yang sama pula,UMNO sendiri menyerang dan memburukkan Pas dalam isu tanah.Tindakan Pas pada masa tersebut yang dilihat sebagai defensive daripada menyerang adalah satu strategi yang silap.Tatkala Pas disuruh duduk diam-diam,puluhan biji batu dilempar ke arah kita.

Ku Li menyuruh kita tidak memburukkan peribadi lawan,tetapi pada hakikatnya,anak-anak buah beliau sendiri menghina calon Pas dengan tuduhan berkhalwat dan calon gendut yang gemuk.Malah,calon BN sendiri memperlekeh bentuk badan Dr.Zul yang dikatakan obes dan gemuk itu.Dan jentera Pas hanya sekadar mendiamkan diri dalam UMNO memburukkan calon Pas ketika itu.

+  +  +

ALHAMDULILLAH PAS TIDAK MENANG DI GALAS

Kekalahan Pas di Galas adalah lebih baik daripada menang di sana.Mengapa penulis berkata sedemikian?Hal ini kerana dengan kekalahan sahajalah maka baru kita akan melakukan analisis demi analisis,mengumpul data-data memperbaiki kedudukan.Sedangkan apabila menang,kita akan merasa selesa dan kelak penulis bimbang,momentum untuk mengekalkan Kelantan pada PRU 13 nanti bakal tidak mencukupi kerana terlalu selesa dan bertangguh dalam memperkemas jentera parti.

Lebih daripada itu,kekalahan Pas di Galas adalah peringatan daripada Allah,adakah kita telah memberikan yang terbaik buat rakyat khususnya di Kelantan?Masih ada masa untuk kerajaan Pas Kelantan membaiki kelemahan dalam pentadbiran terutamanya dalam soal penerangan.Galas adalah contoh terbaik bagaimana tanpa penerangan yang menyeluruh,pengundi non-partisan mudah dipengaruhi hasutan lawan.

Apapun,ingatlah bahawa kita hanya mampu merancang,dan Allahlah yang menjadi sebaik-baik perancang. Dan perancangan Allah telah mentakdirkan bahawa ABDUL AZIZ YUSOF adalah Yang Berhormat bagi N45 Galas.




Read more...

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP