This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

WAU BULAN IDRIS JUSOH...WAU BULAN TERAJU TIGA

Monday, October 4, 2010







Ala ewa,ewa buley,
ewa buley teraju tigo.


Gemulah Seman Wau Bulan dalam kenangan.Bait-bait di atas adalah lagu tersohor beliau,lagu penutup panggung dalam kebanyakan persembahan dikir barat.Bait mendalam ini sebenarnya adalah sebuah lagu selamat tinggal kepada para penonton dan peminat dikir barat.


*  *  *


Semalam,akhbar-akhbar utama tanah air memaparkan sekeping gambar yang cukup bermakna.Betapa pertarungan dua gergasi antara Panglima Utara dan Menteri Selatan berjaya didamaikan oleh Putera Kayangan.Bagaimana perseteruan mereka boleh diselesaikan di atas sebuah pentas panggung di dalam seni dikir barat.Hebat!Dikir Barat mampu menyatukan pimpinan yang bertelagah.Ahmad Said dan Idris Jusoh akhirnya didamaikan dalam seni dikir barat.Tapi penulis sedih juga.Kedua-dua pemimpin rakyat ini sebenarnya tidak pandai berdikir rupanya.Sedangkan tepuk yang berjeda satu sudah tidak dapat diikutnya,kalau tepuk wau bulan sudah tentu lintang pukang.Ini belum kira rentak cak,dangdut ataupun mambo lagi.


Maha hebat.Nampaknya gerakerja Hishamuddin di Terengganu sudah berjaya.Kalau dulu beliau asyik berkeris bertombak,tetapi kini strategi berdikir lebih menjadi.Perbalahan selama tiga tahun yang berlanjutan sebenarnya hanya mampiu diselesaikan dalam masa sehari!Apapun,bait-bait dikir yang dinyanyikan pada majlis itu semacam masih memberikan konfrontasi yang jelas antara geng Idris dan Ahmad.Lagu "beruntung benar ambo jadi orang  Besut" seakan menjadi perang tanding betapa idea dan kepimpinan Idris lebih baik dari Ahmad Said dengan menaikkan semula slogan Islam Hadhari yang telah dihapuskan oleh Ahmad Said selain ayat Idris paling disebut-sebut iaitu Generasi Ulul Albab.





*  *  *


Apapun,penulis sendiri tertanya-tanya,adakah dengan persembahan dikir barat istimewa ini,krisis kepimpinan UMNO akan berakhir sama sekali?Penulis tidak rasa begitu.Ahmad Said sudah tentu punya agenda beliau tersendiri.Berdamai dengan Idris seumpama menutup periuk nasi beliau sendiri.Oleh itu,kewujudan watak Hishamuddin dalam politik Terengganu membangkitkan lagi perlumbaan mendapatkan kuasa di negeri ini.Idris semestinya akan melobi orang beliau dilantik menjadi calon MB selepas ini memandangkan beliau sudah terang-terangan ditolak Sultan Terengganu.Manakala di tempat Ahmad Said sendiri beliau pastinya mahu meletakkan orang-orang beliau di tampuk kepimpinan UMNO Terengganu.Oleh sebab itulah sampai kini Hishamuddin tidak mampu untuk melepaskan kerusi Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Apapun,sebenarnya penulis melihat sikap tergedik-gedik Hishamuddin dalam berdikir tempoh hari tidak lebih sekadar menutup kekecewaannya dalam politiknya.


Kegagalan beliau mendamaikan dua ekor singa berperang telah memberikan kita petunjuk betapa Hishamuddin tidak layak untuk pergi jauh setinggi jawatan Perdana Menteri dalam pembikinan.Kalau diikutkan hirarki,Hishamuddin hanya beberapa jejak sahaja lagi untuk ke arah itu.Jalan beliau cukup mudah,semudah jalan yang dilalui sepupunya Najib.Akan tetapi,krisis UMNO Terengganu ini sebenarnya adalah pedang yang akan mencantas kredibiliti beliau sebagai seorang politikus.


Sebelum menamatkan bicara,penulis ingin sampaikan bait-bait lagu wau bulan tersebut kepada Idris Jusoh.Satu lagu perpisahan buat beliau daripada rakyat Terengganu.Kemungkinan kerusi Idris masih terselamat jika beliau dinaikkan bertanding di peringkat Parlimen Besut,namun salam perpisahan tetap diberikan terutama buat anak-anak kesayangan beliau,Geng 10 Budak Hitam.Sayonara,adios amigos!


Ala ewa,ewa buley
ewa buley teraju tigo.

Ambo nak ucap nok lafaz selamat jaley,
semogo tuan dapat hidup amey bahagio.

Setinggi-tinggi wau buley buleh terbey,
tinggi lagi kasih ambo pado semuo.

Labuh sauh ambo nok karai kesimpuley,
Mogo Che Idris menuju hidup yang mulio.....






0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP