This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

TENGKU ADNAN PAKU SERPIH,KATA ORANG DIA PUN SAMA MELEBIH

Sunday, October 10, 2010



Tengku Adnan bin Tengku Mansor merangkap Setiausaha Agong UMNO mula berfatwa.Fatwa beliau yang berbunyi "siapa makan cili dia yang terasa pedas" itu disiarkan media semalam rentetan pergaduhan pendapat antara beliau dengan Pemuda dan Puteri UMNO.Untung pula Wanita tidak dimarah sama.Tengku Adnan seperti dalam laporan ternyata sedih dengan sikap pemimpin Pemuda dan Puteri yang terkejar-kejar akan jawatan.Tambahnya,pemuda juga tidak faham perjuangan parti kerana tidak datang dari bawah.


Nampaknya,pertembungan dalaman UMNO semakin memuncak.Sekiranya sebelum ini Si Kitol (Khairy Jamaluddin) hanya dihentam teruk Perkasa dan blogger UMNO,kini telah ada pemimpin UMNO yang berani mengambil tindakan serupa.Perlu diingatkan,Setiausaha Agung adalah lantikan parti dan kebiasaannya dipilih oleh Presiden.Dan SU Agong biasanya bercakap atas keputusan parti dan Presiden.Oleh itu,adakah dalam pertembungan ini,Tengku Adnan menegur setelah diarahkan Najib selaku Presiden Umno?Kalau benar,maka itulah signal betapa KJ tidak perlu berangan untuk jawatan menteri selagi Najib berkuasa.UMNO kini dalam usaha menyingkirkan menantu ayah setelah ayahnya telah ditendang keluar.


Pernyataan Tengku Adnan adalah 100 peratus ditujukan pada Khairy.Satu Malaysia pun tahu betapa KJ ini mahu menduduki kerusi Perdana Menteri pada umur 40 tahun.Hebat sekali cita-cita beliau.Apapun,bukan Khairy yang menjadi perhatian penulis tapi Tengku Adnan.Kebiasaannya,sesiapa sahaja yang memberikan nasihat,orang tersebut mestilah tidak terlibat dengan perkara tersebut.Contohnya,untuk menasihati seorang mat rempit,si penasihat mestilah bukan mat rempit.Sekurang-kurangnya menjadi AJK belia di kampung.Itu baru kena.Tapi,sekirannya perangai penasihat dua kali lima orang yang dinasihati,itu namanya kata orang dia yang lebih!


Bagi penulis,Tengku Adnan ini tidak begitu kena untuk menasihati Khairy.Beliau bukan orangnya.Lainlah kalau dijemput 40 ulama muda untuk menasihatkan Khairy.Itu baru kena.Ini Ku Nan.Beliau ini marahkan KJ kerana gila jawatan atau sindir Najib yang tidak beri jawatan kepadanya?Ingat,Ku Nan ini Ahli Parlimen Putrajaya.Beliau lebih layak menjadi Menteri Wilayah Persekutuan  berbanding Raja Nong Chik yang sekadar berpangkat senator.Dan beliau adalah bekas Menteri Pelancongan.Seterusnya,penulis juga tertarik dengan kata-kata Ku Nan yang mengatakan pemuda tidak faham perjuangan UMNO kerana tidak naik dari bawah.Habis Ku Nan ini bermula dari bawahkah?Adakah beliau bersusah payah memacak bendera suatu ketika dahulu atau bersusah payah bersama Pemuda Tahan Lasak?


Oleh itu,penulis dapat sedikit maklumat mengenai karier politik Tengku Adnan :

Tengku Adnan menyertai politik pada awal 1980-an. Antara jawatan penting yang pernah disandangnya dalam parti ialah Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO pada 1988. Beliau mula dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 1993, tetapi gagal mempertahankan jawatan itu pada 1996. Bagaimanapun, pada pemilihan parti pada September 2004, Tengku Adnan sekali lagi terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Tengku Adnan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pada Jun 2000. Pada 29 November 2001 beliau telah dilantik sebagai Pengerusi BN Wilayah Persekutuan. Pada 2003 beliau dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, selepas persempadanan semula sebelum menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan parti pada Jun 2004. Beliau memenangi kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum 21 Mac 2004 menewaskan Abdul Rahman Othman daripada Parti Keadilan. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan, menggantikan Datuk Dr. Leo Michael Toyad pada 14 Februari 2006. Pada tahun 2008, beliau tersingkir daripada Kabinet dan digantikan oleh Azalina Othman Said.wikipedia.

 Melalui biografi ringkas di atas,telah terbukti betapa beliau tidak bermula daripada bawah juga.Karier beliau juga bermula sebagai Bendahari Pemuda UMNO.Selain itu,sekiranya beliau ini tidak berminat mengejar pangkat,mengapa perlu menukarkan namanya kepada "Tengku Adnan" dan sanggup bersumpah mengatakan beliau adalah dari keturunan Sultan Melaka?Sekiranya seseorang itu tidak sukakan pangkat,namanya cukuplah sekadar yang ada.Tidak perlu bertengku,berwan,bertun,berdatuk dan segala macam ber.


Malah,nama Tengku Adnan sendiri menjadi popular dalam Pita Lingam satu masa dahulu di mana beliau dikatakan orang yang bertanggungjawab mengatur kedudukan hakim-hakim yang sehaluan.Kalau perkara tersebut benar,sudah semestinya Tengku Adnan bukan melakukan perkara  itu saja-saja tetapi berkepentingan.Seterusnya,seperti yang ditulis Harakah satu masa dahulu,Tengku Adnan ini seorang taukeh judi Sports Toto! (sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=3251&Itemid=1)

Tuntasnya,penulis berpendapat betapa Tengku Adnan ini hanya pandai mengkritik sahaja demi membina nama yang baik untuk karier politiknya.Sedangkan,beliau sendiri pun apa kurangnya.Mungkin beliau rindukan kerusi Menteri Pelancongan yang pernah didudukinya dahulu.



0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP