This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

SAYONARA PASAR MALAM,AHLAN WASAHLAN YA KELAB MALAM....

Thursday, October 28, 2010


Selamat tinggal Pasar Malam.Mungkin beberapa tahun yang akan datang,suasana pasar malam akan mulai hilang dari bumi Malaysia.Kita mungkin tidak akan berjumpa lagi makanan yang berharga seringgit yang masih ada di pasar malam.Keaslian masakan Melayu yang payah dijumpai di ibu kota juga mungkin bakal hilang selepas ini.Realitinya pada masa kini,para peniaga makanan Melayu hanya boleh kita jumpa di kebanyakan pasar malam,tidak di restoran dan warung-warung yang rata-ratanya menggunakan tukang masak Indonesia dan Siam.Setiap hari,penulis bangun pagi,pergi bersarapan roti canai yang ditebar mamak.Tengahari pula memakan nasi campur yang dimasak Minah Indonesia yang penulis rasakan seperti berada di Padang untuk makan tengahari.Malam pula,masakan panas ala Thai yang dimasak oleh abang-abang dari Pattani.Lalu,di mana lagikah penulis mahu bertemu masakan tempatan sebenar di ibu kota ini?

Realiti bahawa kekurangan penduduk tempatan dalam perniagaan restoran ini sebenarnya telah lama berlaku.Jikalau ada,mereka ini lebih gemar menjadi majikan sahaja.Maka tidak hairanlah bila restoran-restoran mamak tumbuh bagai cendawan selepas hujan,sedangkan kedai-kedai Melayu sukar sekali ditemui di Kuala Lumpur.Cuma,penulis masih boleh menikmati masakan Melayu ini ketika berkunjung ke pasar malam.Alhamdulillah,orang-orang Melayu masih menguasai pasar malam di mana rata-rata mereka adalah penghuni flat yang mencari rezeki lebih.Pasar Malam di Abdullah Hukum,Pantai Dalam dan Petaling Jaya yang penulis biasa berkunjung masih lagi boleh penulis ketemu juadah nasi kerabu,murtabak,kuih-muih dan lain-lain makanan kita orang Melayu.Bukan masakan Indon,Mamak mahupun Siam,tetapi masakan Melayu.Senang penulis katakan,lebih selesa penulis memakan makanan berbungkus pasar malam daripada menikmati makanan ala Thai di restoran.Di pasar malam jugalah kita boleh bertemu dengan orang Melayu yang benar-benar gigih,bukan sekadar mereka yang hidup dengan ketuanan Melayu,hidup menunggu habuan politik dan menunggu projek alibaba.

Peniaga Pasar Malam Lambang Kegigihan
Orang Melayu


Penulis tabik kepada abang-abang dan mak cik-mak cik yang berniaga pasar malam.Cuma di sinilah sahaja kawasan perniagaan sebenar orang Melayu di Kuala Lumpur.Jangan harapkan mencari peniaga melayu di KLCC,Pavillion dan Bukit Bintang,tetapi carilah di pasar-pasar malam,dan kita akan bertemu dengan para peniaga melayu.Itulah sebenarnya nasib Melayu di tengah kota di sebalik laungan Ketuanan Melayu saban hari.Adakah menjadi tuan orang Melayu di bumi sendiri,tatkala industri makanan halal sendiri dikuasai mamak dan Siam?Peniaga Melayu tidak mampu mendapatkan lot-lot restoran yang mencecah sewa puluhan ribu sebulan seperti yang dimiliki restoran mamak.Malah,kawasan Kampung Baru di Kuala Lumpur sahaja,restoran Siam lebih banyak daripada Melayu.Mungkin pemiliknya Melayu,tetapi isi dan masakannya tidak Melayu.Inilah realiti "Ketuanan Melayu" dalam pemakanan seharian kita di mana orang Melayu sudah malas memasak kerana mereka dianggap sebagai "tuan",biarlah kuli si Indon dan Mamak yang memasak untuk kita.



+  +  +

Semalam,Perdana Menteri Satu Malaysia Najib Razak bersama ETPnya telah melakukan suatu lagi pembaharuan ekonominya.Terbaru,konsep Pasar Malam di Malaysia akan distruktur semula dengan mewujudkan apa yang dinamakan sebagai "Pasar Komuniti".Tujuan rancangan kerajaan itu adalah menyelaraskan beberapa pasar berkenaan dan menyatukan mereka di lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif.

“Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi cabaran prasarana. 

“Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya,; padang permainan,tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor,” petik laporan ETP itu.

Bagi menyusun semula peniaga berkenaan, projek ini memerlukan dana swasta dan pelaburan RM15.5 bilion bagi membantu memperuntukan pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, menyediakan pembiayaan atau rundingan bagi mendapatkan kadar bayaran lesen kenderaan dan lesen gerai jualan yang lebih rendah kepada peniagaan.

Inisiatif Pasar Komuniti yang dicadangkan itu dikatakan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM8.8 bilion pendapatan negara kasar setahun dan mewujudkan 141,000 pekerjaan menjelang 2020.

Projek yang sama juga akan menyaksikan penjaja yang menjual makanan di gerai-gerai jalanan ditempatkan di pusat makan sehenti yang dinamakan Bazaar Makan di mana pengunjung boleh mencuba dan menikmati masakan Malaysia dan antarabangsa yang terbaik
mee seller stall hawker 141006Pusat makan besar premium itu turut akan mempunyai kedai makanan ternama seperti restoran keluarga, restoran perkhidmatan segera, kafe, bar dan restoran mewah.

Pusat makanan ini juga akan menyediakan daya tarikan seperti taman pancaindera, permainan dan gelanggang acara dan taman permainan, dan kedai runcit kecil seperti kedai serbaneka dan surat khabar.

Setiap Bazaar Makan yang didirikan akan bersaiz lebih kurang 9,000 meter persegi, dengan kapasiti tempat duduk sekitar 3,500
orang.
Sejumlah 10 Bazaar Makan akan dibina dalam tempoh 10 tahun akan datang di bandar-bandar utama di Malaysia dan usahasama ini akan diuruskan secara persendirian dan oleh Wesria Food Sdn Bhd.

Projek ini melibatkan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM270 juta, di mana hampir 90 peratus daripadanya dicadangkan dari sektor swasta.

Kerajaan berharap Bazaar makan ini mampu akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM230 juta pendatan dalam negara kasar setahun dan mewujudkan 4,200 pekerjaan baru menjelang 2020.

+  +  +

Bazar Makan dan Medan Selera adalah
perkara yang serupa
Anda faham maksud laporan di atas?Penulis memetiknya dari portal berita Malaysiakini.Mungkin apabila berita di atas dibaca secara sekali imbas,kita akan lihat ianya sebagai sesuatu yang bagus,namun sekiranya difikirkan kembali,akan timbul lebih banyak keburukan yang bakal timbul berbanding keburukan.Bagi penulis,sekiranya projek di atas bakal dilaksanakan,tindakan untuk menghancurkan ekonomi orang Melayu bakal lengkap selain pengambilalihan Kampung Baru bagi tujuan pembangunan.

Mari kita perhatikan bersama.Najib PM 1Malaysia berkata, pasar komuniti akan dibina,menggunakan konsep yang lebih mesra pengguna dan bersih.Secara kasar,pasar komuniti yang bakal menggantikan pasar malam tersebut akan menjadi seperti sebuah pasar di bawah satu bumbung dan boleh dikatakan bermodelkan konsep sebuah medan selera.Pembinaan pasar komuniti ini bagaimanapun tidak menggunakan dana kerajaan,sebaliknya menggunakan inisiatif swasta.Cuba kita lihat realiti pasar malam kita pada hari ini.Ianya dijalankan di kawasan tanah lapang dan di tepi-tepi jalan menggunakan konsep beli dan pulang.Ramai anak-anak muda,orang-orang perseorangan dan mereka yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan akan memilih lokasi pasar malam memandangkan sewa tapaknya yang murah,sekitar RM10-RM20 semalaman bergantung kepada lokasi.Malah,kalau di Dungun kawasan penulis,peniaga hanya dikenakan caj RM1.Oleh kerana sewa tapak yang murah,maka makanan yang dijual juga akan menjadi tidak terlampau mahal.Kita masih boleh menikmati mee goreng yang berharga seringgit,ayam goreng yang berharga seringgit setengah selain satey yang berharga 40sen secucuk.

Namun,apabila Pasarr Komuniti dilaksanakan,sewa tapak akan naik mendadak memandangkan ianya menggunakan inisiatif swasta.Sewa tapak mungkin boleh jadi hampir seribu ringgit sebulan.Penulis membayangkan harga ini atas rasional sebuah kiosk makanan di pusat komersial mencecah RM5 ribu sebulan.Dan jika ini berlaku,adakah kita masih mahu bermimpi mencari makanan yang murah di pasar malam?Tempat di mana kita boleh menikmati makanan dengan harga rendah bakal hilang.Apabila kos operasi naik,ditambah pula dengan barang yang mahal harganya,semua kos itu pastinya akan dibebankan kepada siapa kalau bukan kepada kita,para PEMBELI?Lihat,memang benar kerajaan masih belum melaksanakan GST,tetapi bayangan awalnya sudah kita rasakan.Seterusnya,jika pasar komuniti ini dilaksanakan,mereka yang baru ingin belajar berniaga akan menghadapi kesukaran.Sedarlah betapa ini adalah sistem KAPITALISME yang jelas dan nyata yang bakal mencekik dan membunuh peniaga kecil-kecilan,siapa lagi kalau bukan orang Melayu?Tatkala mereka bertempik ketuanan Melayu,sedarkah mereka bahawa merekalah sebenarnya asbab kepada Kehinaan Melayu?

Salah satu medan selera kelolaan
Wesria di Alamanda
Seterusnya,melalui ETP ini juga,gerai-gerai di tepi jalan,warung-warung kecil bakal disatukan bersama dalam satu tempat yang dinamakan Bazar Makan.Apakah itu bazar makan?Bagi penulis,ianya serupa sahaja seperti sebuah medan selera dan food court,malah kehadiran bazar makan ini sebenarnya mahu membunuh peniaga-peniaga kecil dengan kos operasi yang melambung.Malah,semua jenis kedai,ekonomik mahupun mewah,besar atau kecil akan bersaing sesama sendiri di bawah satu bumbung.Maka,lama kelamaan,kedai-kedai kecil ini bakal menghadapi risiko gulung tikar.Melalui program ETP itu juga,10 bazar pertama  akan dibina hasil kerjasama pihak kerajaan dengan Wesria Food Sdn Bhd.Adakah anda tahu,apakah itu Wesria?Syarikat ini adalah syarikat yang menjadi operator kepada Medan Selera Rasa di KLCC dan Alamanda di Putrajaya.Dan tahukah anda bahawa di kedua-dua buah medan selera tersebut,harga nasi campur,nasi dengan ayam dan sayur berharga RM5 ke atas?Malah,penulis pernah membayar harga untuk nasi putih,kuah dan ayam rendang untuk harga RM9.00.Adakah ini yang dimaksudkan dengan ETP?Perlu diingatkan,kerajaan Satu Malaysia menyasarkan untung 8.8 bilion dalam projek makan-makan ini.Dan adakah kita bermimpi untuk makan nasi campur berharga RM3 sekiranya kerajaan menyasarkan untung yang tinggi?Inilah jadinya apabila kerajaan mula berniaga kepada rakyat.

Malah,perlu diingatkan bahawa tempat makan bermodelkan medan selera ini kurang diminati oleh ramai orang.Rakyat Malaysia akan merasa lebih senang dan pantas untuk membeli di tepi-tepi jalan dan singgah di restoran di tepi jalan memandangkan konsep medan selera ini memakan masa untuk mencari petak parkir selain konsep layan diri yang tidak begitu digemari ramai.


MEMBAZIR...
Medan selera di Taman Sri Sinar, Segambut terbiar
tanpa peniaga sejak dua tahun lalu walaupun pembinaannya
sudah disempurnakan dan segala kemudahan asas sudah tersedia. 

Secara tuntasnya,apa yang kita hendak harapkan dengan projek ETP si Najib ini?ETP ini transformasi ekonomi ataupun pelingkup ekonomi?Apalah gunanya hasil negara meningkat tetapi pada masa yang sama meletakkan beban di atas bahu rakyat.Benar sangkaan penulis.Kerajaan Malaysia makin kesempitan wang.Oleh itu,pelbagai kaedah digunakan termasuk menaikkan harga rokok,membina kelab malam,membenarkan lesen judi dan lain-lain tanpa mengira halal dan haram.Sesungguhnya,dengan cara sebegini kita sebenarnya menuju kehancuran dengan mengundang murka Allah.Adakah kita mahu hidupkan malam dengan maksiat sedangkan Allah menyuruh kita beribadat kepada-Nya?


" apakah pendapat kamu seandainya Allah jadikan siang itu berterusan sehingga hari Kiamat, Siapakah tuhan selain Allah yang mendatangkan malam supaya kamu berehat padanya. Apakah kamu tidak melihat?
Al-Qashash-ayat 72

" Dan Karena rahmat-Nya, dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya. " Surah AlQashash ayat 73

Tindakan kerajaan melalui ETP adalah tindakan orang yang tidak beragama yang hanya mengejar untung dunia tanpa tidak menghiraukan murka Allah?Atau adakah kerajaan Najib berasa sangat hebat sehingga tidak sedar bahawa Allahlah yang memberikan rezeki?Untuk renungan bersama,adakah ini parti yang mengajak Pas bersatu.Bagi penulis,tindakan Najib cukup menjawab mengapa Pas lebih patut bersama Pakatan Rakyat.
+  +  +

p/s:ETP = Ekonomi Terus Parah
adakah anda ingin melihat sebuah tempat di mana idea Najib itu dipraktikkan?Sebuah tempat di mana tiada gerai yang wujud di pinggir jalan dan semuanya dibuat secara berpusat.Tempat tersebut telah wujud beberapa tahun yang lepas.Dan tempat tersebut adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya.Tidak percaya?Sila pergi ke sana dan cari goreng pisang dan air tebu yang dijual di tepi jalan dan kawasan perumahan.Dan anda tahu apa jadi pada Putrajaya?Ianya sebuah bandar mati,penghuninya terperap di dalam rumah.Jangan terkejut jika jalanraya terlampau lengang dan anda boleh berbaring di atas jalanraya.



2 ulasan:

Anonymous,  November 17, 2010 at 7:24:00 PM PST  

tau dop saper yg pegang food court terbesar kt malaysia?MELAYU..WESRIA..Alamanda salah satu..KLCC ader dop melayu niaga??WESRIA..dekat alamanda,still ramai org datang kunjung..kapasiti 1000 org..tipu kalo kater takder orang minat..MAHAL??biasalah..takkan nak juai 1.50 kot??tau dop 1 stall kat alamanda tu yg ader gambo tu berape sewa??6k sbulan..tambah itu ini....lebih kurang dlm 8k..tau dop peniaga tu dapat sebulan berapa sales??yg paling minimum..80k..tau dop gaji orang kat putrajaya purata??2k keatas..berkira ker??kalo boleh nak free ar ekk..tau dop berapa WESRIA tanggung bayar dekat alamanda mgt??roughly dekat nak 300k sebulan..tau dop dekat citu banyak peniaga siapa??melayu tau dop..tau dop peniaga apa yg banyak masalah kat sane mcm2 ar mintak kurang sewa,brhutang banyak siapa??melayu tau dop..ingat..WESRIA sanggup bayar kat Alamanda semata2 nak tolong orang melayu..takkan nak free kot??nak free baek masak sendiri daa..tau dop kalo tanpa WESRIA di alamanda peniaga melayu lame dah kena tendang..BANYAK MASALAH..hutang tak nak bayarr..macam2 helah..untung dah banyak tapi KEDEKUT..nak tolong melayu aper tu??kalo WESRIA tuan besar die MELAYU,kenapa tak tolong gak??ingat kost murah nak tanggung operate food court??almost 1million..KIOS saje dekat alamanda dah dekat 50k sebulan..KEDEKUT lagi nak bagi sewa lebih kurang 4k mcmtu??pikir naa..

Anonymous,  August 5, 2011 at 11:22:00 PM PDT  

"Itulah sebenarnya nasib Melayu di tengah kota di sebalik laungan Ketuanan Melayu saban hari.Adakah menjadi tuan orang Melayu di bumi sendiri,tatkala industri makanan halal sendiri dikuasai mamak dan Siam?Peniaga Melayu tidak mampu mendapatkan lot-lot restoran yang mencecah sewa puluhan ribu sebulan seperti yang dimiliki restoran mamak."

Ini sbnarnye bukan nasib la brader.. ni sebab orang melayu kite ni ramai yang bodoh.. mcm brader jugak la kot... perniagaan ni kene rajin.. kalau dah malas nak keje mane nak beniage... kalau pikir betol2 la kan, gua respect same semue mamak ngan siam... susah payah datang dri negare luar n diowang keje payah2 n diowang buat duit.. melayu kite ape buat? main telo? melayu kalau meniage untung sikit dah nak cuti.. boleh ke keje 7 hari seminggu untuk setahun? mampu x? saye cabar penulis ni skali la, boleh??? sembang senang la... tp kalau nak buat tu punggkok pecah... Jangan senang2 salahkan bangse lain bile bangse melayu bodoh kite nie yang salah... laungkan ketuanan melayu last2 jadi kuli bangse lain...
ALLAH AKAN MENGHISAB SETIAP MANUSIA MELALUI AMALNYE DAN BUKAN BANGSE... X KIRE LA ORANG APE POWN, SELAGI BERAGAME ISLAM, KITE PATUT BERSYUKUR.. JANGAN JADI RACESIST... melayu ni memang banyak masalah, salah satu nye suke tunjuk pandai tp hakikatnye mmg bodoh!

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP