This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

PELUANG PKR DI BATU SAPI CUMA 25 PERATUS!ADA HATI MAHU MENANG?

Wednesday, October 20, 2010



Jika diteliti tumpuan masyarakat pada dua buah pilihanraya kecil yang serentak,Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi dilihat lebih menjadi tumpuan berbanding di Dun Galas.Hal ini kerana janji Tengku Razaleigh untuk menjadikan PRK Galas pertandingan bersifat setempat tanpa membabitkan penglibatan besar-besaran di peringkat nasional.PRK Batu Sapi juga menjadi tumpuan yang lebih apabila terlalu banyak parti yang berhasrat bertanding di sana termasuklah BN,PKR,PAS,DAP dan SAPP.Oleh kerana itulah tumpuan terarah kepada Batu Sapi.

Di pihak Barisan Nasional,,mereka sudah hampir pasti meletakkan calon PBS di kerusi tersebut memandangkan ianya diperuntukkan untuk parti tersebut.Di pihak Pakatan Rakyat pula,Pas dan DAP akur untuk meletakkan calon PKR bagi kerusi tersebut.Seterusnya,SAPP yang keluar daripada Barisan Nasional dua tahun yang lalu juga berhasrat meletakkan calonnya di kerusi tersebut berkemungkinan Presidennya sendiri,Yong Teck Lee.

Ramai pihak yang meramalkan pertandingan tiga penjuru bakal berlaku di sana,tetapi pada pandangan penulis,berkemungkinan ianya bakal menjadi sekurang-kurangnya empat penjuru atau lebih.Hal ini memandangkan,berkemungkinan calon bebas yang bertanding di kerusi tersebut,Chong Kwong Wing mungkin turut berminat untuk menjadi calon.Sekiranya ianya berlaku,pertandingan banyak penjuru semakin pasti.

Persoalannya,siapa yang bakal menjadi calon Pakatan Rakyat dan PKR di kerusi tersebut?Khabarnya,pergolakan mula berlaku di sana dalam soal siapa yang menjadi calon apabila terlalu ramai pimpinan PKR di negeri tersebut dikatakan berminat.Antara mereka yang dikhabarkan bakal menjadi calon di sana termasuklah Ketua Cabang tersebut,Hassnar Ebrahim,Ketua Cabang Tuaran,Ansari Abdullah,Ketua PKR Sabah,Ahmad Tamrin Jaini,Naib Presiden PKR,Jeffrey Kitingan,bekas Timbalan Menteri Persekutuan,Kalakau Untol dan beberapa nama lain lagi.

Adakah benar berlaku penyelewengan dalam pemilihan calon PKR kali ini seperti yang didakwa cabang tersebut sendiri?Dikatakan bahawa Tamrin akan menggunakan kelebihan sebagai Pengerusi bagi mencalonkan beliau sendiri sebagai calon di Batu Sapi.Malah,dalam mesyuarat PKR Sabah khusus membincangkan soal calon,Hassnar sebagai Ketua Cabang tidak dijemput untuk hadir setelah berlaku pertukaran tempat dalam mesyuarat tersebut.

Tambah Hassnar,beliau mempertikai ketelusan PKR memilih calon untuk kerusi tersebut setelah nama beliau sendiri sebagai bakal calon disingkirkan selain nama Ansari Abdullah.Malah,beliau turut memberi amaran bahawa akan berlaku kesan serius sekiranya calon tempatan Batu Sapi ditolak PKR Sabah termasuk kemungkinan tidak bekerjasama untuk memenangkan calon PKR nanti.

SIAPAKAH YANG AKAN DILANTIK MENJADI CALON?


+  +  +

Apa sudah jadi?Belum sempat bertanding,bibit-bibit perpecahan sudah mula berlaku di Sabah.Sesungguhnya PKR di Sabah tidak pernah reda dengan pelbagai isu termasuklah tuduhan "agen-agen UMNO" dalam kalangan kepimpinan sendiri.Jika beginilah gayanya,peluang untuk PKR menang adalah cukup rendah berkemungkinan menerima sabotaj daripada dalam.

Di mana penulis ramalkan peratusan kemungkinan menang PKR cuma 25 peratus?Sebenarnya penulis anggap semua calon bakal bertanding mempunyai peluang sama rata.Jika berlaku pertandingan empat penjuru,maka peratusan seseorang calon menjadi 25 peratus.Oleh itu,bagaimana untuk seseorang calon menukar peratusan itu,usaha di atas tangan mereka.Itupun kalau tidak ditikam oleh rakan sendiri.

p/s:PKR dan SAPP bakal bermesyuarat esok bagi melihat sama ada berlaku pertembungan atau tidak.Masih belum pasti siapa yang bakal berundur.



1 ulasan:

Anonymous,  October 19, 2010 at 11:17:00 PM PDT  

Rsa rasa PAS tak perlu masuk lagi kat Batu SAPI Sebab PAS belum sembuh lagi dengan Virus UG di semenajong ni.

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP