This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

PAS MENANG KEMBALI TERENGGANU?MIMPI KE?

Tuesday, October 5, 2010



BAHAGIAN SATU
Tahun 1999.Pilihanraya tahun tersebut telah menakdirkan Pas memerintah Terengganu.Timbalan Presiden Pas,Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang telah diangkat menjadi Menteri Besar Terengganu ketika itu tatkala UMNO hanya kekal bertahan di empat buah kerusi iaitu Seberang Takir,Kemasek,Telemong dan Ajil.Pas pula menguasai empat kerusi.

Empat tahun lebih berselang,muncul tahun 2004.Pilihanraya Umum menjelang tiba.Pas yang menguasai negeri telah terbalik 360 darjah.Sekiranya sebelum ini Pas menguasai 28 kerusi akhirnya tinggal empat iaitu Manir,Wakaf Mempelam,Rhu Rendang dan Batu Buruk manakala UMNO menang di 28 buah kerusi yang lain.Idris Jusoh,Adun Jerteh diangkat menjadi Menteri Besar UMNO.Selang empat tahun kemudian pula,pilihanraya Umum 2008 tiba.Tiada perubahan kerajaan di mana UMNO kekal menguasai Terengganu dengan kelebihan 24 kerusi berbanding Pas lapan kerusi.

Kerusi Pas yang dimenangi sebanyak empat kerusi pada 2004 kekal dengan pertambahan empat lagi kerusi iaitu Bukit Payong,Ladang,Bukit Tunggal dan Sura.

*  *  *

Ramai bertanya,ketika Pakatan Rakyat mampu mewujudkan tsunami politik di Pantai Barat,mengapa Pas masih gagal menguasai kembali  Terengganu?Adakah rakyat Terengganu benci dan serik dengan pemerintahan Pas?Maka,banyaklah timbul tuduhan dan andaian memburukkan Pas Terengganu.Terutamanya mempertikaikan kewibawaan calon Pas Terengganu yang ditolak pengundi.Sebagai penyokong setia Pas di Terengganu,penulis agak sedih dan kecewa dengan cakap-cakap "lepas" pelbagai pihak secara negatif terhadap Pas Terengganu termasuklah dalam kalangan ahli Pas sendiri.Di sini penulis hendak nyatakan empat golongan pengundi di Terengganu bagi memudahkan pemahaman pembaca mengenai kajian kes ini.Pertama,golongan pengundi di Terengganu adalah golongan "karat hijau".Golongan ini adalah pengundi setia Pas di mana asalkan ada lambang Pas mereka sokong.Keterbalikan dari golongan pertama adalah golongan kedua yang "karat biru."Golongan ketiga pula adalah ahli parti Pas mahupun UMNO yang mempunyai pemikiran yang berubah-ubah.Mereka mengundi seseorang calon mengikut keadaan semasa ketika itu.Manakala golongan keempat pula yang agak besar adalah golongan pengundi di atas pagar.

MENGAPA PAS GAGAL MENAWAN TERENGGANU?

Untuk memahami persoalan ini,kita perlu lihat faktor sekeliling dan juga faktor semasa.Politik orang Terengganu tidak sama sengan Kelantan.Kalau orang Terengganu setia pada pergerakan Pas sudah tentu Pas mampu menawan Terengganu sejak tahun 1990 lagi.Oleh itu,penulis ingin mencatatkan serba sedikit faktor-faktor semasa yang membawa turun naik undi Pas dalam pilihanraya.

PRU 1999
1.Tidak dinafikan antara faktor terbesar mengapa Pas mampu menawan Terengganu pada tahun 1999 adalah peralihan undi orang UMNO dan pengundi atas pagar disebabkan isu penahanan Anwar Ibrahim.Penduduk Terengganu negeri bermajoriti Melayu menentang penangkapan tersebut dan boleh dikatakan 2/3 daripada golongan atas pagar dan ahli UMNO sendiri yang mengundi Pas.

2.Seterusnya,rakyat Terengganu menolak UMNO ketika itu adalah kerana meluat dengan pemerintahan Wan Mokhtar yang terlalu lama di kerusi Menteri Besar sehinggakan beliau terjelupuk di kerusinya di Chukai.

3.Ceramah-ceramah berterusan Pas dan Barisan Alternatif membongkar salahlaku UMNO.

PRU 2004
1.UMNO mampu menawan kembali Terengganu melalui faktor Abdullah Badawi ketika itu.Beliau yang dilihat sebagai Mr.Clean telah menarik kembali sokongan golongan atas pagar dan ahli UMNO tadi.

2.Berlaku penipuan undi yang besar di Terengganu.Isu pengundi hantu dibongkarkan dalam post-mortem(penulis tidak mahu mengulas lanjut kerana beranggapan pembaca telah sedia tahu)

3.Kurangnya ceramah-ceramah Pas setelah menguasai Terengganu kerana kesibukan pemimpin parti menguruskan negeri.Jika sebelum itu,ceramah boleh dikatakan ada seminggu sekali telah berkurangan kepada sebulan sekali.Manakala dalam masa yang sama UMNO melakukan perang media yang berterusan melalui RTM dan Utusan Malaysia.Program Gelombang Biru UMNO juga dipandang sepi oleh Pas untuk menyerang balas segala tuduhan.(sedar atau tidak,perkara ini berulang di Selangor kini dalam program UMNO SSDE)

4.Penarikan royalti beratus juta diberi kepada UMNO Terengganu untuk diagihkan.Siapa yang tidak gelap mata?Manakala sumber kewangan negeri pula menjadi terhad.

5.Penumpuan hebat UMNO menyerang kerajaan Terengganu dan Kelantan dalam segenap penjuru.

PRU 2008
Habis,apa pula alasan penulis kali ini?Segala keburukan UMNO terbongkar,tetapi mengapa masih belum merampas Terengganu?Pada pandangan penulis:

1.UMNO masih meneruskan taktik tahun 2004.Segala peruntukan pilihanraya masih ditumpu di Terengganu.Hasilnya,mereka tidak memberikan tumpuan di negeri yang hampir sifar pembangkang seperti di Selangor.Malah,dalam PRU 2004,pengundi hantu dipercayai dibawa dari Selangor di mana mereka masih sempat mengundi di Selangor memandangkan tarikh pemilihan dilanjutkan hingga pukul 7 malam.

2.Trend pengundi Melayu yang masih menyebelahi BN.Terengganu adalah negeri bermajoriti pengundi Melayu.

3.Wang ehsan dan bantuan-bantuan masih dikekalkan UMNO.

Penulis sebenarnya hendak menulis faktor calon Pas sebagai faktor seterusnya.Namun,penulis ingin membuat sedikit perbandingan calon-calon Pas bagi membuktikan betapa faktor calon adalah kurang tepat walaupun ada asasnya.Faktor calon sebenarnya tidak banyak membantu namun di Kerusi Parlimen Kuala Terengganu,kemenangan Allayarham Datuk Razali Ismail(UMNO) walaupun Pas menguasai tiga Dun di sana dibantu oleh faktor peribadi beliau sebagai bekas pendidik berwibawa selain bekas Pengarah Pelajaran. Seterusnya,perletakan banyak calon PKR sebenarnya adalah tidak kena pada tempatnya memandangkan "base" PKR di Terengganu tidak kuat dan hanya mengharapkan bantuan Pas.Sebagai contoh,perletakan Shamsul Iskandar di Dungun tidak membantu kerana pengundi Dungun tidak sama dengan pengundi Kelantan.

Penulis juga ingin menyangkal cakap-cakap mengatakan calon muka lama Pas telah ditolak pengundi dan calon-calon Pas tidak berwibawa.Mari kita lihat fakta di bawah:

Sila Klik Untuk Besarkan
petunjuk:
Hijau-calon baru
Merah-pertambahan undi >1000

Pada dasarnya,penulis lihat pertambahan undi kurang daripada 1000 bermakna tidak berlaku perubahan ketara dalam pertukaran mood pengundi di sesebuah kawasan.Namun,tidak semestinya.Bukit Tunggal,Ladang dan Sura adalah antara Dun yang menyaksikan pertambahan undi kurang dari seribu undi,namun Pas tetap berjaya merampas kembali Dun tersebut.Seterusnya,adakah benar calon-calon Pas tidak berwibawa?Penulis rasakan tidak.Mereka tidak menolak Pas sepenuhnya tetapi angin perubahan tidak begitu dirasakan.Kalau benar Pas ditolak,pastinya akan ada pengurangan undi yang  besar,namun tiada langsung calon Pas mendapat undi yang kurang.Penulis akui PKR ditolak di Terengganu di mana jurang undi Pas-PKR cukup tinggi atau dalam erti kata yang lain ada mereka yang mengundi Pas tetapi tidak mengundi PKR.

Sebenarnya,gabungan calon-calon Pas daripada latar belakang akan lebih bersedia dan mampu untuk memerintah kembali Terengganu namun rezeki tidak menyebelahi Pas.Berikut adalah kajian mengenai calon-calon Pas:







Berdasarkan jadual-jadual di atas,ternyata calon-calon Pas dari pelbagai latarbelakang,gabungan ulama dan profesional dari pelbagai peringkat umur sebenarnya mampu mentransformasikan negeri Terengganu.Namun,sayangnya kelemahan Pas Terengganu adalah tidak menyatakan secara jelas di mana mereka sepatutnya mengumumkan "Kabinet Harapan Rakyat Terengganu."Seperti Awang Adek yang bercita-cita untuk ke kerusi MB Kelantan,Pas Terengganu perlu melakukan perkara serupa!

Seterusnya,analisis penulis  melihat sejauh mana kebenaran dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa muka lama Pas ditolak oleh rakyat Terengganu.Sebenarnya,kebanyakan muka lama yang dikekalkan adalah mereka yang mempunyai peluang besar untuk menang.Namun,untuk kes di bahagian Besut,muka-muka lama yang dikekalkan adalah mereka yang berwibawa termasuk Ustaz Nik Zawawi,Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas namun faktor UMNO di "kubu kuat" mereka tidak boleh dinafikan.Berikut adalah prestasi muka lama yang "didakwa" ditolak pengundi di Terengganu:

Kuala Besut
Nik Zawawi Salleh
(kalah)
                    
pertambahan undi:
+185




Jerteh
Mohd Hassan bin Salleh
(kalah)
pertambahan undi:
+400



Langkap
Tg.Ahmad Tg.Hussein
(kalah)

pertambahan undi:

+302



Tepuh
Abu Bakar Abdullah
(kalah)
majoriti <1000
pertambahan undi:
+1216
kalah 430 undi



Bukit Tunggal
Alias Razak
(MENANG)
pertambahan undi:
+527



Wakaf Mempelam
Abdul Wahid bin Endut
(MENANG)
pertambahan undi:
+1080



Rhu Rendang
Abdul Hadi Awang
(MENANG)
pertambahan undi:
+1643



Manir
Harun bin Taib
(MENANG)
pertambahan undi:
+872



Ajil
Mohd Razki Yah
(kalah)
pertambahan undi:
+200



Rantau Abang
Azman Shapawi Abdul Rani
(kalah)
majoriti <1000
pertambahan undi:
+1360
kalah 790 undi



Sura
Wan Hassan Mohd Ramli
(MENANG)
pertambahan undi:
+945



Paka
Satiful Bahari bin Mamat
(kalah)
majoriti <1000
pertambahan undi:
+1473
kalah 344 undi



Air Putih
Ismail bin Harun
(kalah)
pertambahan undi:
+1176



Daripada 13 Dun yang masih mengekalkan calon lama,5 dimenangi oleh calon Pas,3 kalah dengan majoriti kurang 1000 undi manakala 5 tewas dengan majoriti lebih daripada 1000 undi.Kalau hendak dikira pencapaian mereka,tidak benarlah mereka ditolak pengundi di mana 3 mampu mengekalkan kerusi,2 berjaya merampas kerusi,3 mampu mengurangkan majoriti dan lagi lima orang itu penulis tidak boleh buat apa-apa.Besut dan Setiu diketahui kawasan kuat Idris Jusoh.Dalam Idris sibuk memunggah projek ke Besut,tidaklah begitu hebat beliau diterima.Dan untuk Ajil pula diketahui bahawa ianya tidak pernah terlepas ke tangan Pas kerana ianya kubu kuat UMNO kawasan Rosol Wahid manakala Dun Air Putih sendiri adalah kawasan FELDA dan tanah rancangan.

Oleh itu,adakah Pas mampu menang di Terengganu?

BERSAMBUNG.....

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP