This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

MUSTAPA NAFI DAN BERKIAS-KIAS,RAKYAT DAH MASAK SIFIR POLITIK

Sunday, October 17, 2010

panas2....


Jumaat lepas,Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas ketika melawat Kampung Baru, Gua Musang berkata kerajaan telah menilai keperluan rakyat di situ apabila meluluskan Projek Perumahan Rakyat bernilai RM300 juta.Tengku Razaleigh ketika memaklumkan mengenai projek berkata ia sebenarnya sudah lama diluluskan kerajaan pusat dan secara kebetulan berlaku kematian anggota DUN Galas, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.


Sementara itu,Ketua Perhubungan merangkap Tok Empat UMNO Kelantan,Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan bahawa projek perumahan RM300 juta adalah gula-gula sempena pilihanraya kecil N45 Galas bulan depan.


"Dakwaan PAS bahawa Umno telah membuat janji 'projek segera' di Galas adalah tidak benar kerana Projek Perumahan Rakyat yang diumumkan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini sudah lama diluluskan kerajaan pusat Dakwaan PAS bahawa Umno telah membuat janji 'projek segera' di Galas adalah tidak benar kerana Projek Perumahan Rakyat yang diumumkan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini sudah lama diluluskan kerajaan pusat."


+  +  +


Pelik dan meragukan.Sekiranya benar peruntukan RM300 juta di Gua Musang tersebut telah lama diluluskan dan pengumumannya yang semakin hampir dengan tarikh PRK Galas sememangnya ianya amat meragukan.Persoalannya,kenapa baru sekarang diumumkan jika benar projek ini sudah lama dirancang?Ini namanya merasionalkan sesuatu.Kerana tidak mahu dicop menjalankan projek mee segera,dikatakan sudah lama diluluskan.Seterusnya,kalau benar ianya sudah lama lulus,mengapa hanya Parlimen Gua Musang yang mendapatkan keistimewaan ini?Kenapa tidak di kawasan Tok Pa sendiri di Jeli kalaupun tidak di Ketereh kawasan Annuar Musa dan Bachok kawasan Awang Adek?


Inilah namanya merasionalkan sesuatu perbuatan.Mungkin benar sudah lama diluluskan projek ini,tetapi ianya "diperam" sehingga berlaku PRK di Galas memandangkan desas-desus PRK di Galas sudah bertiup banyak kali semenjak Allayarham Che Hashim mengalami kemalangan jalanraya dan melakukan pembedahan di China dahulu.


Apa yang pasti,Ku Li sendiri tidak menepati janji beliau untuk menjalankan PRK kali ini secara "setempat" tanpa ada gula-gula pilihanraya selain lebih banyak mengetengahkan para penceramah negeri Kelantan sudah  dilanggar oleh Ku Li sendiri.Ini baru satu projek,belum dikira bantuan-bantuan saat akhir seperti di Sungai Buaya semasa PRK Hulu Selangor tempoh hari.Seterusnya menjadi cabaran kepada Ku Li untuk menghalang pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO untuk menjanjikan bulan bintang ketika berucap dan berkempen.Adakah Ku Li akan memberi amaran kepada Najib nanti supaya tidak lagi mengulangi ayat,"you help me,I help you?".Bagi Najib,beliau peduli apa projek segera atau tidak,yang penting pengundi-pengundi termakan juga janji-janji beliau.


Penulis berharap,sekiranya Najib dan Muhyiddin datang berkempen ke Galas nanti,biarlah sesak teruk di kawasan Kuala Lipis-Gua Musang dan jalan Kuala Krai-Gua Musang.Biar mereka merasakan azab rakyat Kelantan terperangkap dalam kesesakan berjam-jam di jalan sempit di sana.Semoga diberi peruntukan segera melebarkan jalan utama,sekurang-kurangnya memberi keuntungan kepada rakyat Kelantan itu sendiri.Ataupun mungkin akan dibina beberapa buah jambatan lagi di Galas memandangkan UMNO dan jambatan seakan sinonim dengan pilihanraya kecil.


Rakyat Malaysia sudah celik.Kalau dulu mereka hanya kenal sifir angka,kini sifir politik juga telah fasih dihafal.1 darab Malaysia mungkin bunyinya Satu Malaysia.Pilihanraya kecil darab UMNO maka dapatlah jawapan=projek mee segera.Selamat menerima pembangunan segera Galas dan apa agaknya khabar Manek Urai?




Sila baca banner "Ku Li Mampu Mengalas di Galas"...kalau translate dalam dialek Kelantan menjadi
"KU LI MAMPU MENGALAH DI GALAH"...sedih sengoti ambo bilo Ku Li disuruh Mengalah






0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP