This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

MENARA WARISAN SERATUS TINGKAT,BIAR PAPA ASAL BERGAYA

Friday, October 15, 2010



Dalam pembentangan Bajet 2011 sebentar tadi,Perdana Menteri Satu Malaysia mengumumkan sebuah lagi menara pencakar langit bakal dibina di Kuala Lumpur,dikenali sebagai Warisan Merdeka.Projek yang bakal dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad itu akan menelan kos RM5 bilion,mempunyai 100 tingkat dan dijangka siap tahun 2020.

Apabila siap kelak,menara tersebut akan mengatasi ketinggian KLCC dan Menara Kuala Lumpur.Ketika mengumumkan perkara tersebut,Najib berkata,"kita berasa bangga apabila ke mana sahaja kita pergi,semua orang mengetahui tentang menara berkembar Petrons."

Persoalannya,apakah tujuan utama pembinaan Menara ini?Adakah ianya bersandarkan kepada kebanggaan semata-mata?Penulis bimbang,jika trend semasa digunapakai,menara tersebut apabila siap nanti,berkemungkinan akan melebihi kos asal pembinaannya.Apakah fungsi utama bangunan tersebut apabila siap nanti memandangkan Permodalan Nasional Berhad sendiri telah mempunyai menara mereka sendiri.



Nampaknya,Malaysia kini sudah kembali semula ke era Mahathir di mana pelbagai projek mega dilaksanakan,hanya kerana mahu dilihat berdiri sama tinggi dengan negara maju lain di dunia.Sedangkan negara masih belum pulih sepenuhnya daripada krisis ekonomi,Najib sudah mula melakukan pembaziran terhadap sumber wang pelabur unit amanah saham.

Mengapa wang 5 bilion tidak digunakan untuk memperbanyak peluang pekerjaan di Malaysia?Sedangkan pelabur asing sudah mula meninggalkan Malaysia,kini pelabur tempatan pula tidak banyak membantu.



6 ulasan:

Anonymous,  October 15, 2010 at 10:55:00 PM PDT  

bodoh punyer pembangkang....
tolak pmbangunan sebab gila kuasa..

Anonymous,  October 15, 2010 at 10:56:00 PM PDT  

bodoh punyer pembangkang....
tolak pmbangunan sebab gila kuasa..

Anonymous,  October 15, 2010 at 11:01:00 PM PDT  

pelabur asing bnyak lari dari negeri2 yg dikuasai oleh pmbngkang

Anonymous,  October 15, 2010 at 11:03:00 PM PDT  

name je islam... tapi fitnah sane sini...
tapi x tau arr klau pas kate fitnah tu halal

kamisokongpas | O | October 16, 2010 at 4:15:00 AM PDT  

kalau bercakap pakai anonymous macam baling batu sembunyi tangan buat apa...

ada ke aku kata tolak pembangunan?
buat bangunan tinggi2 ni menunjuk2 buat apa?
sedangkan klcc tu pun kerajaan paksa petronas beli,ini nak buat 100 tingkat pulak...

dalam ekonomi x bagus masih ada hati nak perabis duit....

tengok dubai,apa jadi?hutang keliling pinggang.padahal negara kaya

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP