This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

MELAYU SUDAH LAMA DIBODOHKAN,KINI CINA PUN BAKAL BODOH?

Monday, October 11, 2010


Pilihanraya 1999 menyaksikan "swing" undi orang Melayu yang cukup tinggi di mana secara puratanya 60 peratus orang Melayu mengundi Barisan Alternatif.Oleh itu,jatuhlah sebuah lagi negeri bermajoriti Melayu iaitu Terengganu ke tangan Pas.Pun begitu,mengapa Barisan Alternatif masih gagal menguasai Malaysia?Ianya semacam berkontradiksi dengan semangat reformasi sebenar.Jika di Indonesia,reformasi Gerakan Mahasiswa mampu menjatuhkan Soeharto,tetapi tidak di Malaysia.Mahathir masih kekal di jawatan Perdana Menteri.

Apabila digali dan terus digali,jawapan kepada pengekalan hegamoni pemerintahan Mahathirisme ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana masyarakat bukan Melayu masih belum mahu berubah ketika itu.Gerakan menakut-nakutkan pengundi Cina dan India kepada Pas telah berjaya mewujudkan satu tembok penghalang kepada penerimaan masyarakat bukan Melayu terhadap Pas.Satu umpan yang cukup mengena digunakan,diambil atas kesempatan Pas memperjuangkan Islam.Barisan Nasional telah menakutkan rakyat dengan mengatakan mengundi Pas bermakna mundur,potong tangan,kena sunat dan tidak boleh mengamalkan agama selain Islam.Begitulah yang dilakukan UMNO demi menyempitkan pandangan non-muslim terhadap Pas.Hasilnya,pengundi Cina menolak DAP yang bekerjasama dengan Pas,malah ramai pemimpin kanan DAP tersungkur di kawasan mereka bertanding.

PROJEK MEMBODOHKAN ORANG MELAYU

Taktik ini bukan taktik baru UMNO.Ianya telah bermula sejak mula merdeka sampai kini.Golongan sasar mereka adalah penduduk kampung dan golongan miskin.Mereka ini paling senang ditipu.Mereka ditakutkan dengan khurafat hanya UMNO yang boleh memperjuangkan nasib Melayu.Mereka memburukkan Pas sebagai tidak tahu memerintah.Bagi menampakkan kebenaran cerita mereka,pembangunan disekat di Kelantan.Hasilnya,orang Melayu percaya Pas cakap sahaja lebih dan tidak pandai memerintah.

Tidak cukup dengan itu,UMNO menggunakan kesempatan terhadap masyarakat Melayu yang hidupnya penuh berbudi.Oleh itu,bagi meneruskan survival politik mereka,sikap mengungkit-ungkit akan digunakan.Mereka mengatakan rakyat terhutang budi dengan UMNO yang memberikan pembangunan. Proses hutang budi ini kebanyakannya berlaku di kawasan FELDA.Akan digunakan ayat "kalau kerajaan tidak bantu,peneroka akan merempat entah ke mana.Peneroka harus mengenang budi."Proses pembodohan ini berjalan dan terus berjalan.

Namun,bukan semua orang Melayu yang makan saman dan berjaya dibodohkan.Hasilnya,apabila reformasi berlaku,UMNO terkejut juga apabila ramai yang berpaling tadah.Yang kekal mengundi UMNO hanyalah golongan yang sayangkan pangkat dan harta selain penduduk luar bandar yang berada dalam kepompong pembodohan tersebut.Apabila mereka tewas di Terengganu,projek pembodohan diperhebat.Royalti ditarik dan diberikan semula dalam bentuk wang ehsan.Separuh diagihkan kepada rakyat separuh tiris entah ke mana.Maka,bertempiklah para JKKK UMNO mengatakan bahawa UMNO prihatin manakala Pas tidak.Sedangkan ketika mereka memegang Terengganu,sesen haram tidak dirasai oleh rakyat.Apapun,pembodohan itu berjaya sehingga ada cakap-cakap mengatakan,"tidak mengapa undi UMNO.Biar rasuah pun.Janji boleh RM300.Undi Pas boleh apa?"Lihatlah bagaimana Idris Jusoh dan rakan-rakan berjaya membodohkan Melayu Terengganu.

Dan kini,ketika kuasa politik mereka mula hilang,proses pembodohan berada di kemuncak tertinggi.Malah,ditubuhkan sebuah "jabatan tidak rasmi" bernama PERKASA khusus untuk membincangkan soal kuasa orang Melayu.Sehinggakan keluarlah Panglima UMNO berfatwa bahawa orang Melayu hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah.Siapa kata pembodohan ini gagal?Tunggu pilihanraya umum 13.



KINI PROJEK MEMBODOHKAN CINA PUN BERMULA


Politik yang diamalkan British adalah polisi pecah dan perintah.Dan legasi ini sebenarnya telah diteruskan Perikatan dan Barisan NasionalSebenarnya,tiada perpaduan di Malaysia tetapi yang ada hanyalah tolak ansur.Itu adalah dua entiti berbeza.Kaum di Malaysia hanyalah bertolak ansur satu sama lain dan apabila tidak mampu lagi untuk bertolak dan beransur,maka meletuslah apa yang dinamakan 13 Mei.Sekiranya semua kaum bersatu dan dapat menerima antara satu sama lain seperti yang diamalkan PKR sekarang,parti berasaskan kaum akan menjadi tidak relevan.Lambat laun,ketuanan kaum akan digantikan dengan ketuanan rakyat.Itulah yang ditakuti oleh Barisan Nasional.

Setelah pilihanraya 2008 menyaksikan gelombang ABU,Asalkan Bukan UMNO,politik perkauman akhirnya pecah.Orang Cina dan India yang selama ini takut untuk mengundi Pas kini tidak lagi.Hasil yang paling jelas,calon Pas menang di Parlimen Kota Raja yang mempunyai ramai pengundi India.Selain itu,kawasan campuran juga mula dimenangi oleh Pas dan Pakatan Rakyat.Namun,sayangnya orang Melayu tidak banyak berubah dalam pilihanraya tersebut.Gelombang reformasi itu mungkin telah pecah dipukul benteng.Akhirnya,UMNO masih terselamat di Parlimen.

*   *   *

Masa semakin suntuk.Pilihanraya Umum ke-13 hanya tinggal setahun lebih.Kini undi Cina yang hilang mesti dikembalikan.Kalau tidak semua,sekurang-kurangnya separuh.Namun MCA tidak mampu untuk menarik kembali ahli-ahli mereka yang hilang.Parti tersebut kini hanyalah dilihat sebagai Malay's Control Association. Beberapa hari lepas,konvensyen Pemuda MCA kelihatan suram dengan hanya dihadiri lebih kurang 50 peratus perwakilan sahaja menunjukkan betapa pemimpin MCA sendiri sudah ramai yang lari.Sekadar menyatakan beberapa nama seperti Chua Jui Meng,Dr.Lee Chong Meng dan lain-lain.

Dan terbaru,dalam Mesyuarat Agong MCA ke 57 semalam,secara jelas betapa Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan menakutkan masyarakat Cina dengan ayat "Hanya Pas berkuasa jika Pakatan kuasai Putrajaya." Modal pembodohan Soi Lek ini secara jelas turut memperlekeh Islam yang cuba dibawa oleh Pas.Berikut adalah dakwaan Soi Lek terhadap Pas:

“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten...PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” - Chua Soi Lek

Penulis cukup marah dengan kenyataan Soi Lek ini.Beliau ini sudahlah tidak memahami Islam,malah menuduh pula undang-undang Islam sebagai "autokratik".Atau dalam bahasa mudahnya undang-undang Islam sebagai zalim dan besifat kuku besi.Apa yang nyata,jika Pas menguasai Putrajaya nanti,malaun inilah yang akan diheret ke penjara kerana berzina.Sama seperti kes yang dituduh pada Anwar Ibrahim.Apapun,apa yang lebih menyedihkan,kenyataan celaka ini disokong pula oleh Najib,Perdana Menteri Satu Malaysia:

“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,”

Najib,anda ini Islam atau tidak?Kalaupun anda tidak berniat melaksanakan Islam di Malaysia,janganlah pula menghina Islam itu sendiri.Kenyataan anda yang menyatakan anda bersetuju dengan Karpal yang menolak hudud itu dengan sendirinya membuktikan anda turut menolak hudud,hak-hak Allah!

Apapun,projek pembodohan dan menakutkan pengundi bukan Islam sudah bermula.Jika Melayu ditakutkan dengan DAP yang bakal memerintah negara,Cina ditakutkan pula dengan Pas yang memerintah.Diharapkan Pakatan Rakyat mengambil tindakan segera bagi mengelakkan pengundi Cina termakan dengan projek pembodohan ini.

pemerhati yang tidak dibodohkan,
Pantai Dalam.


0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP