This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

KITA BUKAN SAUDAGAR MIMPI,KITA SAUDAGAR TAKUT BINI!

Tuesday, October 19, 2010







KOS PEMBINAAN ISTANA NEGARA NAIK

Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan tambahan RM147 juta untuk pembinaan istana baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur.Ini menjadikan kos keseluruhan pembinaan komplek Istana Negara sebanyak RM797 juta.



dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Kementerian Kerja Raya berkata kos itu tidak melibatkan beberapa skop komponen projek yang sepatutnya diambil kira untuk melengkapkan keseluruhan istana tersebut.
"Sehubungan itu, kerajaan telah bersetuju meluluskan peruntukan tambahan RM147 juta, menjadikan keseluruhan projek pembinaan Kompleks Istana Negara ini adalah RM797 juta," katanya.
Berikutan, kos kontrak bagi pembinaan jalan susur keluar masuk ke Kompleks Istana Negara telah ditetapkan seperti berikut:
1. Persimpangan bertingkat Istana Negara dari/ke Jalan Duta RM106 juta - berbanding dddengan kos asal RM130 juta.
2. Menaik taraf jalan Changkat Semantan (Pintu 2) RM32.5 juta.

Saya Karam Singh Walia melaporkan dari Dewan Parlimen.



+  +  +



WARISAN MERDEKA-SATU LAGI PENCAKAR LANGIT DI KUALA LUMPUR

Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Menara itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara. 

Saya Abu Bakar Atan dari lobi Parlimen.

+  +  +

DAP MAHU KUASA RAKYAT TENTUKAN WARISAN MERDEKA


Bagi membuktikan bahawa bantahan mereka terhadap pembinaan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat itu bukan tanpa asas yang kukuh, sekumpulan ahli parlimen DAP membawa wartwan ke tapak lokasi projek berkenaan hari ini.

Bermula dari bangunan Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA), kira-kira 15 wartawan dibawa melihat persekitaran yang juga membabitkan bangunan Stadium Negara dan Stadium Merdeka yang bersejarah itu.

Menurut MP Bukit Bintang, Ong Kui Loon, jalan-jalan yang sempit dengan kehadiran lima sekolah di kawasan itu telah memburukkan lagi masalah lalu lintas di kawasan berkenaan.

Katanya, dengan siapnya projek Warisan Merdeka, keadaan lalulintas di sini akan menjadi lebih bercelaru.

MP Segambut Lim Lip Eng pula berhujah projek itu belum diluluskan memandangkan tiada papan tanda pengumuman projek daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia pra-syarat utama sebelum sesuatu projek diumumkan.



"DBKL mesti menaikkan papan tanda dan umumkan projek. Selepas itu mesti ada tempoh bantahan bagi orang ramai menyuarakan pendapat dan komen,” kata Lim.

Katanya, ini bagi membolehkan rakyat menentukan sama ada mereka mahukan projek itu ataupun tidak serta alasan mengapa mereka berbuat demikian.

"Kami di pihak pembangkang telah membuat kenyataan berhubung pendirian kami tetapi kerajaan mendakwa kami hanya mempolitikkan isu berkenaan. Jadi sekarang kami mahu menggunakan kuasa rakyat,” kata Lim lagi.

saya Farid Ismeth Amir melaporkan dari Stesen Monorel Hang Tuah.

+  +  +

NAJIB : KITA BUKAN SAUDAGAR MIMPI

Perdana menteri menegaskan bahawa BN adalah parti pembina harapan rakyat yang berpijak di bumi nyata, dan bukannya 'saudagar mimpi yang memperdagangkan dongengan'.

"Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba," katanya Datuk Seri Najib Razak mengakhiri pembentangan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang tadi.


Berita ini tidak dilaporkan oleh wartawan kami.

+ + +

DARI MEJA EDITOR UTUSAN HARIAN

Apa yang kita hendak simpulkan daripada rangkuman empat berita tersebut?Kos pembinaan istana negara meningkat naik,terutamanya kesan kenaikan harga barang selain pembinaan jalan-jalan yang bakal menghubungkan istana dengan jalan utama.

Lima MP DAP pula ketika melawat tapak pembinaan Warisan Merdeka mengatakan betapa projek ini adalah sesuatu yang agak pelik kerana angin tiada,ribut tiada,tiba-tiba kawasan tersebut menerima sebuah menara yang tinggi.Pada masa yang sama,jalan di kawasan tersebut adalah sempit dan sesak.Mengapa ianya tidak dibina di Sungai Besi yang bakal dibangunkan?

Oleh itu,kami merasakan mustahil projek tersebut kekal sebanyak RM5 bilion jika diukur kedudukan semasa kini.Projek ini akan menjadi serupa keadaannya dengan projek istana di mana harga barang akan meningkat.Selain itu,jalanraya di kawasan sekitar juga terpaksa dinaiktaraf dan distruktur semula.

+  +  +

LAPORAN HUJUNG


PEMBANGKANG CEMBURU BAJET 2011

Mengulas mengenai pandangan sinis pembangkang yang mengatakan Bajet 2011 sebagai membazir dan menyifatkan bajet pilihan raya, Ahmad Maslan berkata pembangkang sebenarnya cemburu dan bimbang intipati bajet tersebut kerana ia boleh memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada mereka.

"Mereka (pembangkang) khuatir kalau ada lagi bajet seperti ini tahun depan, rakyat akan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka," katanya.

--Bernama

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP