This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

KETUA AMK:SAM U-TURN,RAFIZI LARI....CHEGUBARD KINI PILIHAN TERBAIK

Saturday, October 16, 2010



Mengejutkan.Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan,Rafizi Ramli yang juga ketua "Generasi Reformasi" akhirnya telah menarik diri daripada pertandingan tiga penjuru sayap pemuda PKR.Sebab-sebab rasmi penarikan diri beliau masih belum diketahui,namun bayangannya sedikit sebanyak boleh diintai dalam entri blog beliau di http://rafiziramli.com/2010/10/hayati-perjuangan-dengan-meletakkan-kepentingan-parti-di-atas-kepentingan-peribadi/ .Semalam,kita juga dikejutkan dengan kenyataan penyandang jawatan Ketua AMK,Shamsul Iskandar Md Akin yang berpatah balik untuk mempertahankan jawatan ketua pemuda selepas mendapat pencalonan agak selesa bagi jawatan Naib Presiden PKR.






Rafizi walaupun tidak memberikan alasan kukuh,namun beliau telah memberikan alasan bahawa penarikan diri beliau daripada pertandingan tersebut adalah setelah Shamsul Iskandar membuat pusingan semula untuk jawatan tersebut.Selain itu,beliau juga memberi alasan betapa Generasi Reformasi perlu bersedia dengan kemungkinan PRU 13 sebelum atau selepas Tahun Baru Cina tahun depan.Selain itu,jurucakap kumpulan tersebut,Sim Tze Tzin berkata bahawa mereka lebih menumpukan kepada menawan Putrajaya.Mereka juga tidak begitu mengutamakan jawatan dalam PKR memandangkan parti tersebut tidak menyerlah seperti yang sepatutnya.






Manakala di pihak Shamsul Iskandar pula,beliau mengambil jalan mudah membuat pusingan U setelah sebelum ini menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden.Beliau yang berpeluang menang setelah mendapat lebih kurang 45 undi akhirnya kembali ke pangkuan jawatan yang disandang beliau.Bagi merasionalkan tindakan u-turn beliau,Shamsul telah berkata bahawa dia hanya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden dan belum tentu masuk bertanding.Dan beliau juga mendapat pencalonan yang banyak untuk mengekalkan jawatan Ketua AMK.Ketika ditanya wartawan semasa proses pencalonan petang tadi,ini jawapan Sam:


"Saya takde u-turn, saya cuma sampai satu T-junction, boleh pusing ke kanan atau kiri," kata Sahmsul yang cuba berkias.

"Kalau pusing kanan, saya tahankan jawatan ketua AMK, kalau kiri, saya tanding naib presiden. Jadi saya sekarang pergi kanan," katanya.







Seorang lagi calon yang turut mengumumkan hasrat bertanding,Hasmi Hashim juga menarik diri dan tidak meneruskan hasrat untuk ke jawatan Ketua AMK.Alasan rasmi tidak pula penulis ketahui tetapi mungkin beliau melihat kepada jumlah pencalonan yang terkecil yang beliau perolehi berbanding calon-calon lain.


Oleh itu,jawatan Ketua AMK kini akan hanya melibatkan pertandingan dua penjuru.Mujurlah Rafizi tidak bertanding.Sekurang-kurangnya berkuranglah pemimpin yang kuat merajuk dalam arena politik negara.Bagi penulis,Rafizi ini hanya suka nama yang bersih dan jalan politik yang mudah.Beliau mengelak dan tidak bersedia untuk kalah bagi mengelakkan nama beliau tercemar.Sebagai pemikir beliau hebat,tetapi sebagai politikus beliau tidak begitu bagus.Seterusnya,Shamsul Iskandar juga dilihat seorang politikus yang tidak berapa berani.Beliau tidak sanggup bersaing untuk jawatan Naib Presiden yang sengit walaupun pada dasarnya,hampir kesemua ahli AMK akan mengundi beliau.Seorang yang "u-turn" hanyalah mencerminkan sikap seseorang yang tidak yakin dan berbelah-bahagi.


Penulis bukan mahu mengagungkan orang ini.Tapi,dari segi layak,beliau paling layak.Sepatutnya Chegubard sudah hampir memperoleh kemenangan percuma jika Shamsul tidak berpatah arah.Sebagai seorang politikus,Saudara Badrul Hisham adalah seorang yang layak sesuai dengan sikapnya yang berani.Anak muda perlu dipimpin seorang yang berani dalam berubah.Perlu melawan arus bukannya mengikut alunan.Kalau tidak,anak muda akan hanyut.Idea-idea dan manifesto yang bakal dibawa oleh beliau juga kebanyakannya boleh diterima umum (http://chegubard.blogspot.com/2010/09/tulisan-semula-ucapan-20min-debat.html)Oleh itu,ahli-ahli AMK perlu mengangkat sosok yang bernama Badrul Hisham Shaharin ini.

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP