This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

KEMENANGAN PAS DI TERENGGANU MAKIN HAMPIR...PERCAYA TIDAK?

Tuesday, October 5, 2010


Sambungan.....bahagian satu:   http://propartiislammalaysia.blogspot.com/2010/10/pas-menang-kembali-terengganumimpi-ke.html

BAHAGIAN DUA

BOLEHKAH PAS MENANG KEMBALI TERENGGANU?

Ramai ragu-ragu.Ramai pula yang memperlekeh.Pertanyaan sinis ini datang dari luar dan dalam.Bagi penulis jawapannya,Ya!Memang Pas mampu menang kembali di Terengganu.Bukan sukar.Oleh itu,mari kita lihat seimbas lalu kedudukan kerusi di Dun Terengganu sekarang.




Terengganu adalah sebuah negeri yang unik.Jumlah Parlimennya genap lapan buah,manakala setiap Parlimen pula mempunyai empat buah Dun di mana akan ada sebuah Dun yang menjadi pusat pentadbiran sesebuah Parlimen atau daerah.Untuk rekod,Pas kini menguasai lapan Dun rata-rata Dun yang berada di kawasan bandar.Berikut adalah Dun yang dikuasai Pas:


Bagi memenangi kembali Terengganu,Dun-Dun ini WAJIB dipertahankan.Bagi penulis,tiga kerusi yang perlu diambil perhatian yang lebih adalah Dun Bukit Tunggal,Dun Ladang dan Dun Bukit Payong memandangkan Dun ini dimenangi dengan majoriti kurang 1000 undi.Walaubagaimanapun,Pas pula mempunyai mempunyai potensi besar di LAPAN lagi Dun yang dimenangi UMNO dengan majoriti kurang 1000 undi.

KERUSI DI DUN TERENGGANU BAWAH MAJORITI 1000 UNDI


Sekiranya lapan dun ini berjaya diambil,kedudukan seri akan berlaku di Dun Terengganu.Oleh itu,Pas perlu bekerja lebih untuk menguasai 5 lagi Dun bagi menjamin kerajaan yang selamat dan mengelakkan undi tidak percaya kembali di Dun Terengganu.Oleh itu,penulis lihat sedikit kerja keras perlu dilakukan oleh Pas untuk menguasai beberapa buah Dun yang dimenangi BN dengan majoriti bawah 2000 undi iaitu:



Selain itu,penulis rasakan cadangan-cadangan ini boleh membantu Pas dalam memenangi semula negeri Terengganu Darul Iman:

1.Lancarkan segera Program Tawan Terengganu (seperti Gelombang Biru dahulu).Setiap Dun perlu mengadakan sekurang-kurangnya satu ceramah setiap minggu.Sebenarnya misi ini telah mula dilaksanakan di bawah Ops Al Falah.Teruskan Pas Terengganu.

2.Isyhtihar sebuah model "Kerajaan Penyelamat Rakyat" di mana calon MB dan exco yang berwibawa diperkenalkan.

3.Edarkan seberapa banyak risalah berkala mulai sekarang.Sedar betapa masih ramai orang Terengganu tiada kemudahan internet.

4.Tembus dan masuk kawasan Felda dan KETENGAH yang menjadi pemecah undi Pas.Bawa generasi muda FELDA bersama Pas

5.Perkemas jentera di waktu UMNO masih berkrisis.

6.Menarik undi golongan Cina di Terengganu.Dapatkan undi majoriti dari kaum Cina.Malah,Pas patut letak calon Cina Islam seperti di Kelantan.

7.Senaraikan calon-calon berlatarbelakangkan pendidikan yang seimbang dengan kehendak kepimpinan kerajaan negeri.Pas perlu mempunyai calon yang berkelayakan sains politik,ekonomi,perancang bandar,kesihatan,pertanian selain calon-calon lulusan agama.Hal ini akan menjadikan barisan calon yang ideal di Terengganu.Selain itu,tonjolkan kebolehan dan kepakaran mereka dalam manifesto dan kesesuaian dalam faktor Terengganu semasa.Penulis lihat calon Pas sebelum ini terlalu bersifat low profile.

8.Bagi menangani penerima "tegar wang ehsan" ingatkan kembali "keuntungan" berganda ketika Pas memerintah dahulu di mana rakyat Terengganu menerima bantuan negeri dan Pusat.

9.Tawarkan pembangunan "sebenar" yang diperlukan pengundi di kawasan bandar.Mereka tidak mahukan masjid Kristal tapi prasarana awam yang masih uzur di Terengganu.(soal wang bukan isu kerana Kelantan telah berjaya membangun bersama syarikat swasta)

10.Penyalahgunaan kuasa UMNO perlu diberitahu secara "detail" dan bukan hanya bersifat menyindir dan mengejek.Nyatakan fakta-fakta sebenar penyelewengan yang tidak diketahui umum.

11.Masalah lain Pas Terengganu adalah dana.Pastikan Pas Terengganu mempunyai peruntukan secukupnya untuk memenangi negeri.Situasi bukan lagi seperti di tahun 1999 di mana kemenangan mencari kita tetapi kita perlu mencari kemenangan.

12.Pas Terengganu patut mengkaji semula perletakan calon PKR di Terengganu di peringkat Dun memandangkan rakyat Terengganu nyata tidak berapa menerima parti tersebut.Hal ini kerana mereka tidak mempunyai base yang kukuh dan rata-rata calon mereka adalah calon bidan terjun yang tidak dikenali penduduk tempatan.

13."Keterbukaan" perlu diamalkan Pas di Terengganu.Jadilah mesra media dan mesra pemerhati.

14.Jangan timbulkan soal pengundi hantu.Tetapi pada masa sama bergerak ke arah sikap waspada terhadap pengundi hantu.

15.Beri peluang kepada lebih ramai pemimpin muda untuk bertanding terutamanya di kubu kuat UMNO.Biarpun mereka berkemungkinan besar tewas,tetapi mereka boleh mula meletakkan batu asas untuk mula berakar umbi di kawasan tersebut.Seperti air yang menghakis batu.

16.Pas perlu mesra pada golongan muda.Jangan cepat mengharamkan sesuatu perkara tetapi berhemah dalam menyampaikan perkara halal dan haram.Seperti yang dilakukan para pendakwah Arab suatu masa dahulu iaitu lebih banyak melakukan "asimilasi" budaya Islam kepada budaya setempat.

17.Fakta-fakta kejayaan pemerintahan rakyat 1999 perlu ditekankan kembali.Hebahkan kepada semua betapa Pas lebih mampu menghapuskan kemiskinan daripada UMNO.

Dan cadangan-cadangan lain yang telah lupa daripada ingatan penulis.Oleh itu,bukan mustahil untuk Pas menguasai Terengganu.Kedudukan kini seumpama PRU 1995 di mana Pas menguasai hanya tujuh kerusi DUN namun mampu merampas negeri pada pilihanraya berikutnya.Penulis melihat Pas mempunyai peluang yang sangat cerah di lima buah Parlimen iaitu Kuala Terengganu,Kuala Nerus,Setiu,Marang dan Dungun.Apapun,selamat berjuang penulis ucapkan.

2 ulasan:

Anonymous,  October 5, 2010 at 1:59:00 AM PDT  

PAS menang di Terengganu pada 1999 bukan disebabkan kekuatan sendiri tetapi disebabkan pemecatan DSAI..jadi pada PRU 13 apakah kekuatan PAS Terengganu.di Kelantan ada TGNA di Terengganu walaupun TGHA adalah Presiden tapi seolah2 rakyat Terengganu seperti tidak mengenali beliau! Saya cadangan YB Wahid Endut dinaikan dan diwar warkan sebagai bakal MB jika PAS menang sekali lagi! Bagi saya YB Wahid ada kekuatan sendiri!!

Anonymous,  October 5, 2010 at 9:08:00 AM PDT  

dok gok gitu, ambo kenal TGHH .. dio ado kekuatan sendiri tp rakyat trg jer yg lemah pemikiran nyo...

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP