This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

HASSNAR EBRAHIM UNTUK PARLIMEN BATU SAPI?

Wednesday, October 13, 2010



Semasa Pilihanraya Umum ke-12,kerusi Parlimen P185 Batu Sapi adalah kerusi yang diperuntukkan kepada PKR.Hasilnya,PKR telah mencalonkan Dr.Yusuf Syeikh Ahmad sebagai calon untuk parlimen tersebut.Walaubagaimanapun,pada hari penamaan calon,wakil PKR itu tidak dapat mendaftarkan dirinya setelah ditahan polis atas sebab yang tertentu.Pun begitu,pertandingan dua penjuru masih berlaku antara penyandang,Edmund Chong Ket Wah ditentang calon bebas,Chong Kwong Wing.


Berikut adalah keputusan penuh pilihanraya untuk Parlimen Batu Sapi pada tahun 2008:



Semalam,PKR Cabang Batu Sapi telah mengumumkan bahawa mereka telah menyerah tiga nama kepada Parti Keadilan Rakyat Pusat untuk ditimbangkan sebagai calon.Secara umumnya,kerusi tersebut diserahkan kepada PKR,namun kerusi tersebut mula diintai DAP dan SAPP.Hal ini memandang PKR gagal meletakkan calon dalam pilihanraya umum yang lalu.Apapun,menjadi harapan penulis agar DAP dan SAPP memberikan peluang buat PKR bertanding dalam pilihanraya kecil terbabit bagi mengelakkan undi pembangkang di sana terpecah lagi seperti yang berlaku dikedua-dua buah Dun dalam Parlimen tersebut di mana di Dun Sekong calon BN ditentang PKR dan Bersekutu manakala di Karamunting berlaku pertandingan empat penjuru antara BN,PKR,DAP dan Bebas.

Suka untuk diperhatikan,sekiranya berlaku tolak ansur DAP dan SAPP,sudah tentu PKR akan meletakkan calonnya.Persoalannya siapa?Penulis melihat,orang yang paling layak untuk menjadi calon PKR di kawasan tersebut adalah Hassnar Ebrahim.Siapakah beliau?

Beliau adalah Ketua Cabang PKR Batu Sapi yang baru.Dalam pemilihan MATC baru-baru ini,beliau berjaya memenangi jawatan Ketua Cabang tersebut setelah menang dengan majoriti 30 undi.Apapun,apa yang menariknya,cabang Batu Sapi ini terkenal antara cabang yang agak "panas" sebelum ini setelah hampir 2/3 ahli jawatankuasa cabang bertindak meletak jawatan setelah tidak lagi percaya pada kepimpinan ketua cabang sebelumnya,Nahlan Damsal.Selain itu,pemilihan cabang dalam MATC baru-baru ini juga kecoh apabila Hassnar sendiri dituduh menumbuk bendahari cabang tersebut,Toh Hin Khiong.Cabang ini dilihat panas kerana ketua mereka sebelum ini juga dituduh menjadi "agen" BN dalam PKR cabang tersebut.Begitulah sedikit sebanyak cerita PKR dalam cabang tersebut.

Hassnar Ebrahim juga terkenal menerusi kes-kes saman beliau di mahkamah sebelum ini.Sebelum terlibat dalam politik,beliau adalah mantan Ketua Daerah Sandakan dan mendapat gelaran OKK,Orang Kaya-kaya Hassnar Ebrahim.Baru-baru ini,beliau telah bertindak menyaman Pesuruhjaya Polis Sabah,Datuk Noor Rashid Ibrahim dan berpuluh anggota polis yang lain atas tindakan merampas tanah di Latangon,Kinabatangan.Bagi mengalihkan kes tersebut,polis Sabah pula bertindak mendakwa Hassnar dalam tiga kes berlainan atas kesalahan dalam Ordinan Kesalahan Kecil dan Akta Polis.Walaubagaimanapun,Hassnar telah memenangi satu dari tiga kes tersebut dan bakinya masih dibicarakan.

Penulis melihat bahawa Hassnar layak menjadi wakil Parlimen Batu Sapi atas perjuangannya menentang pemberian IC Palsu kepada warganegara asing di Sabah.Beliau sendiri mengaku terlibat dalam Projek IC tersebut di mana beliau adalah Ketua Daerah Sandakan.Menurut Hassnar,projek IC tersebut telah dilakukan secara sulit oleh bekas Ketua Menteri Sabah,Harris Salleh dengan Megat Junid Megat Ayub di Hong Kong satu masa dahulu.Menurut beliau lagi,pada tahun 1985 sahaja 130 ribu keping kad pengenalan telah diberikan kepada pendatang asing untuk menjadi warganegara Malaysia.Hal ini telah didedahkan Hassnar dalam petisyen Pilihanraya Kecil Likas pada tahun 2001.Hassnar juga telah ditahan di bawah ISA pada tahun 1998 dan seterusnya menerima tahanan dalam rumah selama dua tahun.

Bagi penulis,Hassnar yang telah mencabar Ketua Polis Sabah untuk mengheret beliau mengemukakan bukti dalam Projek IC selain dakwaan beliau membawa masuk beribu-ribu pendatang asing mampu menjadi modal menjatuhkan BN dalam pilihanraya Batu Sapi.Malah,Hassnar juga turut mencabar polis menangkap beliau setelah laporan hampir dua tahun beliau mengenai penguasaan gengster di Sabah tidak dipedulikan polis.Oleh kerana itulah polis kini berusaha mendakwa Hassnar dengan pertuduhan yang remeh temeh bagi menghalang salahlaku polis terus dibongkarkan.

Oleh itu,para pengundi di Batu Sapi perlu mengangkat seseorang yang lantang bersuara seperti Hassnar sebagai wakil mereka di Parlimen setelah semua wakil Parlimen Sabah dilihat seperti tidak berupaya untuk bersuara.Insan seperti Hassnar ini seorang yang berani mempertahankan hak dan kebenaran dan tidak gerun ditahan ISA dan keluar masuk penjara,malah beliau pula yang mencabar polis untuk menangkap beliau.Hasnar selaku bekas Ketua Daerah dan pemegang pangkat OKK semestinya seorang yang berwibawa dan mempunyai pengalaman yang luas.Seterusnya,pencalonan Hassnar bukan sahaja penting untuk membongkarkan penipuan BN di Sabah,malah lebih daripada itu membuktikan sama ada pimpinan baru PKR pasca MATC diterima rakyat atau tidak.

Oleh itu,menjadi harapan penulis agar Assainar@Hassnar Ebrahim dilantik sebagai calon PKR bagi Pilihanraya Kecil Parlimen P185 Batu Sapi,Sabah.Semoga cahaya harapan baru bersinar di Sabah dan biarlah cahaya tersebut hadir dari Pantai Timur Negeri Sabah.

korupsi polis di Sabah:Hassnar

calon Islam untuk Batu Sapi
60% bumiputera Islam

projek IC



2 ulasan:

Anonymous,  October 16, 2010 at 5:46:00 AM PDT  

Sebagai penyokong kuat PAS, saya amat terkilan dengan kenaifan penulis. Mungkin penulis telah lupa dengan perjuangan sebenar PAS? Mengapa pujian yang sedemikian tidak diberikan kepada Tuan Hamzah yang ternyata lebih utuh karakternya dibandingkan dengan Hassnar? Tolong jangan malukan PAS.
http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg38149.html

kamisokongpas | O | October 17, 2010 at 1:13:00 AM PDT  

terima kasih atas maklumat tersebut.Saya tidak tahu yang mana benar atau silap.
Kalau benar dakwaan Mawar Berdara,maka saya tarik sokongan.
tapi kalau dakwaan beliau tanpa beri bukti kukuh,saya hanya mengambil jalan memerhati.

Bercakap tanpa bukti amatlah senang.Harap tuan anonymous boleh sertakan bukti sekali.

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP