This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

ENCIK MATULIDI MP DUNGUN,SILA CERMIN DIRI ANDA!!!!

Saturday, October 2, 2010

Encik Matulidi

Ahli Parlimen P039 Dungun mungkin kurang dikenali umum di Malaysia.Kehadirannya di Parlimen tidaklah begitu menyerlah seperti panglima perang UMNO yang lain.Malah,sebagai penduduk Dungun sendiri,penulis hanya berkesempatan berjumpa sekali dengan beliau di sebuah restoran.Penulis sendiri tidak menyangka betapa sosok tersebut adalah wakil Parlimen penulis jika tidak dikhabarkan oleh rakan penulis ketika itu.Sekadar itulah sahaja penulis mengetahui mengenai latar belakangnya.Ketika beliau diangkat menjadi calon Parlimen Dungun pada tahun 2008,beliau ini dianggap calon "bidan terjun" ekoran krisis Idris Jusoh dengan pimpinan bahagian lain yang menyaksikan penyandang Parlimen Dungun,Pak Rosli (Haji Rosli Mat Hassan) tidak dicalonkan.Ketika itu beliau dianggap sebagai "orang Idris".Namun,selepas kepimpinan Ahmad Said di Terengganu,penulis tidak melihat lagi Matulidi sebagai temasuk dalam "10 geng budak hitam" setelah beliau mengambil jalan selamat tidak mencabar kedudukan Pak Rosli di Dungun.Yang berani cabar ialah Din Adam yang akhirnya terkangkang di Dungun setelah cuba lawan towkey.

Hasilnya,Matulidi ini menang tanpa bertanding untuk jawatan naib ketua bahagian sedangkan berlaku pertembungan ketua dan timbalan ketua di Dungun.Keuntungan politik Matulidi ini penulis ibaratkan sebagai "gajah sama gajah berjuang,pemburu gading juga yang untung."Apapun,cerita ini penulis dengar dua tahun yang lalu.Setelah itu,penulis tidak lagi berpeluang dan tidak berminat lagi untuk mengikuti perkembangan UMNO bahagian Dungun.Dan semalam,secara kebetulan penulis melanggan akhbar lokal tempatan,Sinar Harian Edisi Terengganu.Tidak banyak yang menarik dan panas tentang akhbar ini kerana mereka bersikap "neutral" sesuai dengan etika kewartanan tulen.Pun begitu,semasa penulis membelek ruangan berita daerah Dungun,penulis tertarik satu berita bertajuk "UMNO BENTENG MELAYU TERAKHIR".Penulis tertarik dengan berita ini kerana ianya adalah satu "kenyataan" yang dibuat Matulidi,yang hanya diketahui secara lokal.Alangkah baiknya jika berita ini disiarkan Utusan Malaysia,sekurang-kurangnya mampu menaikkan "maruah" suara orang Dungun.

Oleh itu,penulis tertarik untuk menulis semula berita yang telah dilaporkan Sinar Harian tersebut kembali:


PAKA - Kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan Perkasa di Pasir Mas bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa sekiranya pembangkang memerintah turut diakui Naib Ketua UMNO Bahagian Dungun, Matulidi Jusoh. 






Ahli Parlimen itu berkata, apabila berlakunya pentadbiran di bawah pembangkang, Melayu akan berpecah kerana ada golongan pro kepada pembangkang dan ada kontra. 






“Semua orang Melayu harus bersatu dalam satu bumbung yang bernama Melayu dan perkara ini mesti kita kekalkan agar pentadbiran Melayu tidak jatuh ke tangan pembangkang atau orang lain. 






“Kita akui, sebelum kewujudan Parti Melayu Semangat 46 dan Pas, perpaduan Melayu amat kukuh kerana mereka bersatu di bawah UMNO, namun atas pergolakan dalam parti itu sendiri menyebabkan orang Melayu keluar daripada UMNO,” katanya ketika ditemui sinar harian sempena sambutan Aidilfitri peringkat Parlimen Dungun dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka di pekarangan Pusat Niaga Paka dekat sini, pagi kelmarin. 






Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Paka berharap agar sudah sampai masanya orang Melayu mengimbas kembali perjuangan UMNO dalam memartabatkan bangsa peribumi itu. 

Pertamanya,penulis ingin tekankan bahawa penulis bukanlah teruja dengan cakap-cakap politik Matulidi tersebut.Malah kalau diperhatikan,ayat yang dituturkannya semacam dihafal dari buku teks sejarah sahaja. Akan tetapi,apa yang menarik perhatian penulis adalah mengenai pernyataan beliau iaitu “Semua orang Melayu harus bersatu dalam satu bumbung yang bernama Melayu dan perkara ini mesti kita kekalkan agar pentadbiran Melayu tidak jatuh ke tangan pembangkang atau orang lain. 
Dari segi kata-kata beliau,nampak satu kejanggalan kerana dari segi pemahaman penulis,sekiranya orang Melayu tidak bersatu kelak pentadbiran Melayu akan jatuh ke tangan pembangkang!Nah,penulis ingin bertanya kepada Matulidi,pembangkang ini merujuk kepada siapa?Adakah pimpinan parti pembangkang ini bukan Melayu?Kalau ikut situasi negeri Terengganu,pembangkang itu Pas dan seingat penulis semua kepimpinan utama Pas Terengganu adalah Melayu.Adakah Matulidi beranggapan bahawa Ustaz Harun Taib sebagai Cina atau Tuan Guru Haji Hadi sebagai India?Itu perlukan pencerahan.


Seterusnya,apa yang menyebabkan penulis ketawa keseorangan ketika membaca laporan tersebut adalah apabila membaca pernyataan Semua Orang Melayu Harus Bersatu Dalam Satu Bumbung Bernama Melayu (baca UMNO).Wahai Encik Matulidi yang dikasihi,penulis rasa terpanggil juga untuk menasihatkan encik supaya mencerminkan diri sendiri terlebih dahulu.Encik menyuruh orang Melayu bersatu sedangkan UMNO parti encik di Dungun pun sudah kelam kabut dan terabut.Usahkan mahu satukan Satu Malaysia,satu Dungun pun terkial-kial.Saya harap encik cermin sikap Din Adam dan Zakaria Abdullah Adun Bukit Besi dan Paka.Mereka inilah pakatan Geng Budak Hitam yang tidak jueh(sebulu) dengan kepimpinan UMNO Dungun.Malah,kerana mereka rasakan hayat politik mereka sudah di penghujung sebab itulah mereka boikot sidang DUN,mereka bawa masuk Hishamuddin ke Terengganu.Masakan encik Matulidi tidak tahu.


Kalaupun Encik Matulidi menafikan,mungkin Encik kata itu cerita lama.Sekarang sudah okay dan boleh duduk semeja,penulis masih tertanya-tanya apa gunanya dua buah pejabat UMNO di Paka?Sebuah Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Paka milik Adun Paka dan sebuah lagi Pejabat Ahli Parlimen Dungun dan Penyelaras Dun Paka.Mengapa Encik Matulidi sanggup tutup pusat khidmat di Bank Rakyat Dungun dan bawa ke Paka?Kenapa perlu Encik Matulidi menjadi penyelaras untuk Dun Paka?Apakah Haji Zakaria itu Adun Pas?Penulis tidak pelik sekiranya UMNO Dungun jadikan encik penyelaras kalau Pas yang memegang Paka,akan tetapi Adun Paka sekarang itu adalah orang parti encik sendiri.Nampaknya encik sudah menjadi ejen pemecahbelah parti encik sendiri di kawasan Dungun!

Selain itu,penulis kuat meramalkan betapa Encik punya agenda "bersama" dengan Pak Rosli demi survival politik akan datang.Penulis boleh agak betapa YB Zakaria sekarang akan ditamatkan perkhidmatan beliau setakat itu sahaja selepas ini dan samada encik dan Haji Rosli akan bertolak ansur untuk jadi calon Dun Paka dan Parlimen Dungun.Penulis tidak pelik kerana pada tahun 1999 dahulu,Haji Rosli adalah calon UMNO untuk Dun Paka.Namun,penulis rasakan yang mungkin Encik Matulidilah yang akan menjadi calon di Paka dalam PRU13 manakala Pak Rosli akan mengambil kerusi encik di Parlimen Dungun.Kalau tidak,buat apa encik bersungguh-sungguh menjadi penyelaras Dun Paka.



Apapun,penulis berharap Encik Matulidi tolonglah muhasabah diri sendiri terlebih dahulu.Penulis tidak nampak betapa Melayu akan hilang kuasa apabila pembangkang memegang kembali Terengganu.Malah,sekiranya Pas menang kembali di Terengganu,bukan sahaja Melayu akan kekal berkuasa tetapi lebih daripada itu Islam akan kembali berkuasa.Belum terlambat untuk penulis ucapkan Selamat Hari Raya buat Encik Matulidi bin Jusoh.


Geng 10 Budak Hijau,
di Pantai Dalam.



1 ulasan:

Anonymous,  October 1, 2010 at 1:36:00 PM PDT  

inilah dia ngatakan orang paku serepeh ngatakan pembangkang umno yang lebih.bukankah budaya umno itu sendiri yang berkuasa melalui divide and rule.amatlah terselah dalam hal matulidi ini dipaka dan dimana mana umno pun.umno dulu sekarang dan selama lamanya berpegang pada 3m-mengertak,memecah belah,menghukum.

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP