This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

DI US ISLAMOPHOBIA,DI MALAYSIA CHINESEPHOBIA...SURVIVAL POLITIK MURAHAN

Saturday, October 9, 2010

Sharron Angle

Semasa berkempen untuk jawatan di kerusi Senat Amerika Syarikat,seorang calon wanita,Sharron Angle telah menggesa kerajaan pimpinan Barack Obama untuk mengambil perhatian yang serius mengenai pengenalan undang-undang berasaskan Islam di beberapa buah bandar di Amerika Syarikat.Perkara ini telah dibangkitkan dalam satu jamuan teh di bandar pelancongan Nevada,Mesquite di mana calon senat tersebut telah ditanya mengenai desas-desus tentang usaha umat Islam Amerika Syarikat untuk mengambil alih negara sebagaimana sesetengah dakwaan kontroversi terbaru yang telah dibuat oleh Parti Republikan di kawasan tersebut.

Menurut AP yang melaporkan berita tersebut,pihak mereka telah menerima laporan daripada Mesquite Local News yang memaparkan satu soalan dialog antara seorang lelaki dengan Angle."Saya telah mendengar mengenai usaha Muslim untuk mengambilalih negara...dalam siaran televisyen malam semalam di mana mereka memberitahu bahawa umat Islam telah menguasai sebuah bandar di Michigan dan mereka telah mengarahkan penduduk setempat untuk keluar.Jadi,saya ingin mendapatkan pandangan anda mengenai perkara tersebut."

Sebagai respons kepada soalan tersebut,Angle telah berkata bahawa,"kita berbicara tentang situasi pengganas militan, yang saya percaya bukan hal yang luas, tetapi cukup bahawa kita perlu alamat, dan kami telah menangani hal itu. "

Tambah beliau lagi," fikiran saya ini, pertama-tama, Dearborn, Michigan, dan Frankford, Texas berada di tanah Amerika, dan di bawah undang-undang perlembagaan. Bukan Undang-undang Syariah . Dan saya tidak tahu bagaimana ini boleh berlaku di Amerika Syarikat," katanya. "Nampaknya adalah satu kesilapan untuk membiarkan sistem undang-undang asing dilaksanakan bahkandiambil terus dalam setiap situasi bandar atau kerajaan tempatan kita Amerika Syarikat. "Untuk makluman pembaca,bandar Dearborn di Michigan adalah sebuah kawasan yang mempunyai perkembangan populasi umat Islam yang agak tinggi.

diterjemah dan diolah semula oleh kamisokongpas |O|
berita asal di http://news.yahoo.com/s/ap/20101007/ap_on_el_se/us_nevada_senate_angle

*    *    *

Apa yang penulis cuba sampaikan daripada berita di atas?Betapa dalam politik di mana-mana termasuk Malaysia,proses menakutkan pengundi akan sentiasa dilakukan demi mendapatkan survival politik yang berterusan.Lihatlah bagaimana dalam usaha mereka untuk memenangi kerusi Senat,terdapat calon yang mengamalkan sikap menakutkan pengundi dengan Islamophobia,serupa sahaja seperti tindakan UMNO yang menakutkan orang Melayu dengan soal Ketuanan Melayu.Seperti di Amerika Syarikat,rakyat negara tersebut masih teringat-ingat akan peristiwa 11 September dan kini usaha menyuburkan Islamophobia dirancakkan lagi terbarunya melalui kempen membakar al-Quran.Islam yang dilabel Amerika Syarikat sebagai ganas akhirnya telah mewujudkan sentimen agama di sana.Begitu juga di Malaysia,soal kerajaan campuran di Perak satu ketika dahulu dicanang-canang bagi menakutkan orang Melayu pada orang China yang cuba mengambilalih pemerintahan negara.Oleh itu,senang penulis katakan ianya sebagai Chinesephobia.

Berbalik kepada situasi di Amerika Syarikat tadi,adakah benar Umat Islam akan menguasai negara tersebut suatu hari nanti?Benarkah ada usaha oleh umat Islam untuk menguasai pentadbiran Amerika Syarikat?Penulis rasakan untuk tempoh sepuluh tahun akan datang masih  mustahil.Mengikut statistik,jumlah umat Islam di negara tersebut hanyalah membentuk 0.8% daripada penduduknya iaitu sebanyak 2.454 juta orang sahaja.Namun,isu ini sengaja dibangkitkan demi sebuah undi daripada pihak yang takut akan Islam.Di Malaysia juga apa kurangnya.

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP