This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

BILA KAU TERDESAK,BARU INGAT AKU....PIGIDAH SEMBAB

Sunday, October 3, 2010



Adat lelaki berkahwin lebih,isteri tua dilupakan dan dilebihkan isteri yang muda.Isteri tua akan sentiasa makan hati dengan perlakuan si suami.Semasa mula-mula berkahwin,rela berjanji sehidup semati menjajikan intan dan gunung.Setelah beranak pinak,isteri sudah kurang mengancam,sang suami mula memasang lebih.Bila tahu suami berkahwin lebih,si isteri menangis siang dan malam.Namun,minta cerai tidak sekali.Begitulah kesetiaan isteri pada suami.Isteri fikirkan nasib anak-anak dan lebih daripada itu,tidak rela cinta yang mekar sekian lama hancur semata-mata kerana perasaan melulu.Itulah isteri tua.Sang suami akan pulang juga menjenguknya,mungkin sekali atau dua kali seminggu.Lebih daripada itu,berkepit di rumah isteri muda.

Perumpamaan di atas penulis ibaratkan sebagai UMNO.Penulis ibaratkan UMNO itu seperti sang suami manakala isteri tuanya adalah Tengku Razaleigh Hamzah,Ku Li.Penulis puji sikap Ku Li dalam perjuangan beliau.Sukar untuk cari politikus sebegini.Biarpun beliau tahu keburukan-keburukan yang ada dalam UMNO,tetapi beliau tidak melatah keluar parti.Baginya,yang buruk itu sikap ahli dan pemimpin dan bukannya parti.Samalah seperti kisah isteri tua,yang buruk itu suaminya bukan rumahtangga mereka.Sang suami yang asyik berfoya-foya,sampai masa akan kembali ke pangkuan isteri tua,terutamanya ketika dia susah dan memerlukan pertolongan.Isteri muda hanya boleh dicari tatkala senang,bila zaman sukar,suami ditinggalkan terkontang-kanting.Itulah realiti kebanyakan rumah tangga pada hari ini.

Kini UMNO dalam kesukaran.Hendak atau tidak,Galas mesti dikembalikan ke tangan UMNO.Setelah mereka kecundang dalam lapan pilihanraya kecil sebelum ini,mereka perlu menang kerusi Galas.Ini penting bagi membuktikan rakyat telah kembali pada UMNO dan menerima konsep 1Malaysia.Keputusan Galas akan menjadi signal tarikh pilihanraya Umum 13 samada boleh diawalkan atau terpaksa dilewatkan.Untuk itu,UMNO kini terpaksa menjunjung semula Ku Li yang dilupakan sekian lama.Ku Li yang disekat karier politiknya hanya di kawasan Gua Musang mula diangkat sebagai hero UMNO.Bayangkan,semasa Ku Li mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden UMNO menentang Najib tempoh hari,beliau hanya berjaya mendapat SATU PENCALONAN sahaja daripada bahagiannya Gua Musang.Hilang sudah sahabat setia beliau,Rais Yatim di Jelebu.Entah ke mana Shabery Cheek di Kemaman.Malah,Muhyiddin yang selepas pilihanraya 2008 bersama-sama Ku Li menjelajah Satu Malaysia mendesak pembaharuan kepimpinan sunyi sepi setelah cita-cita beliau ke jawatan Timbalan Presiden terlaksana.Lebih daripada itu,langsung tiada bahagian di Kelantan negeri Ku Li sendiri yang mencalonkan beliau.

Itulah nasib Ku Li,bukan sahaja di peringkat pusat,malah di peringkat negeri.Budaya "cas keting" UMNO Kelantan akan menyaksikan betapa Ku Li tidak akan diberi peluang mengetuai negeri tersebut biarpun beliau lebih layak berbanding Awang Judi,Annuar PPRT dan Mustapha Wang Ehsan.Apapun,demi survival politik,UMNO kini telah menebalkan muka mereka.Orang yang telah mereka "cah" dan cantas kini akan diangkat kembali.Ku Li sangat-sangat diperlukan kini.Kerana tanpa beliau,UMNO sukar untuk merampas kembali Dun Galas.Faktor "Ku Li" akan menjadi kunci kejayaan UMNO dalam prk kali ini.Oleh sebab itulah,maka Muhyiddin Yassin sanggup "turun takhta" menyerahkan kuasanya selaku pengarah jentera pilihanraya pada Ku Li.Mungkin dirasakan tidak cukup,diberikan pula peluang Ku Li untuk bertanding di Dun Galas.Bagi penulis,Ku Li sendiri sedar akan mainan politik sebegini dan dalam hati beliau akan terdetik juga,"bila susah baru cari aku,".....Bila senang,Ku Li dilupakan.Malah,dihentam ketika Ku Li mempertahankan hak royalti rakyat Kelantan.Cuma Najib tidak berani sahaja untuk mengambil tindakan ke atas Ku Li.

Pada waktu ini,Ku Li masih berteka-teki samada ingin menjadi calon atau menjadi pengarah Pilihanraya Kecil N45 Galas.Barang ditakdir Allah,sekiranya Ku Li menjadi calon Dun Galas,ianya hanyalah untuk sekali ini sahaja dan mustahil beliau akan dikekalkan untuk PRU yang akan datang.Oleh itu,bukti telah jelas betapa UMNO hanya menggunakan Ku Li kali ini sahaja.Kalau tidak,terancamlah kedudukan Bakal Menteri Besar Kelantan,Awang Judi nanti.

Pemerhati belum beristeri,
kawasan Pantai Dalam. 








2 ulasan:

Incek Akim October 2, 2010 at 5:16:00 PM PDT  

salam.
tuan rumah, tulisan putih, payah nak baca la tuan rumah. boleh tukar kaler hitam x? tme kasih

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP