This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

BATU PUNYA KERAS,SAPI DAPAT NAMA...SEJENAK DI BATU SAPI

Saturday, October 30, 2010





Hari ini sudah masuk hari keempat tempoh berkempen dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P185 Batu Sapi, pertandingan tiga penjuru antara PBS-SAPP-PKR.Secara umumnya,ramalan kemenangan calon yang bertanding masih lagi samar walaupun semua pihak mendakwa mereka mempunyai sokongan yang lebih baik. Jika diukur secara atas kertas,BN-PBS melalui calonnya,Datin Linda Tsen Thau Lin dilihat sebagai di hadapan kerana turun sebagai penyandang kepada kerusi tersebut.Malah,pengaruh pembangkang di Parlimen tersebut juga masih belum teruji memandangkan pada tahun 2004,mendiang Chong menang di kerusi tersebut tanpa bertanding manakala pada tahun 2008,PKR pula gagal meletakkan calonnya setelah calon mereka ditahan polis.


Pun begitu,situasi dan landskap politik negara telah berubah.Sabah pada tahun 2008 mungkin tidak mengalami politik yang jelas seperti di Semenanjung,namun usaha berterusan PKR dalam mengukuhkan kedudukan mereka di Sabah juga perlu diambil kira.Ramai bekas pemimpin BN di Sabah telah bertindak menyertai PKR termasuklah Datuk Jeffrey Jeffrey Kitingan,Datuk Kalakau Untol dan pengasas UMNO Sabah,Datuk Karim Ghani,malah cabang PKR terbanyak menyaksikan Sabah berada di tempat kedua selepas Selangor.Mungkin sebelum tahun 2008,PKR kurang pengaruhnya di Sabah,namun dengan kehadiran nama-nama besar dalam arena politik di Sabah,PKR bakal menjadi harapan baru buat rakyat Sabah.Malah, Anwar Ibrahim pada suatu tahap ingin memberikan kuasa autonomi buat Sabah sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Persekutuan.


+  +  +


TEROPONG CALON


Persoalannya sekarang,siapakah yang bakal memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi ini?Oleh itu,penulis berasa suka untuk memerhati sedikit sebanyak mengenai calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya kali ini:


Datin Linda Tsen Thau Lin


Pada dasarnya beliau adalah balu kepada mendiang MP Batu Sapi,Edmund Chong Ket Wah.Bagi penulis,pencalonan beliau sebagai calon di Batu Sapi adalah lebih kepada bersifat mendapatkan undi simpati pengundi.Namun begitu,jika dilihat kepada trend pengundian semasa,calon yang mempunyai "pertalian" dengan penyandang sebelum ini tidak menjamin kemenangan mereka.Contohnya,calon BN di Sibu adalah sepupu kepada mendiang Robert Lau tetapi akhirnya beliau ditolak oleh pengundi di Sibu.Secara umumnya,calon BN kali ini boleh dianggap sebagai bersih. Namun,kredebiliti beliau sebagai seorang calon juga perlu diambil kira.Khabarnya,beliau ini tidak begitu fasih berbahasa Melayu dan lebih gemar berbahasa Inggeris.Malah,dalam kempen kali ini,KM Sabah,Dato Seri Musa Aman lebih menyerlah seolah-olah beliau adalah di calon di Batu Sapi.Oleh itu,para pengundi di Batu Sapi perlu mengambil kira faktor ini dalam memilih wakil di Parlimen kerana dibimbangi kelak,wakil mereka di Parlimen hanya akan menjadi "wakil bisu" yang hanya mengiakan setiap tindakan di Persekutuan kesan daripada ketidakbolehan bertutur dan berbahas dengan baik.Selain itu,calon BN ini juga hanyalah seorang yang berkelulusan Ijazah dalam bidang muzik,tidak seperti calon-calon lain yang mempunyai ijazah undang-undang.Adakah pengundi Batu Sapi mahu seorang peguam ataupun seorang pemain piano di Batu Sapi?




Datuk Yong Teck Lee


Beliau adalah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), di mana parti tersebut telah mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional pada tahun 2008,dipercayai ada perkaitannya dengan Projek 16 September Anwar Ibrahim.Untuk rekod, Yong juga adalah bekas Ketua Menteri Sabah pada tahun 1996 hingga tahun 1998.Beliau kini sedang giat memainkan kempen "Sabah Untuk Orang Sabah" melalui desakan supaya Sabah diberikan kuasa autonomi oleh kerajaan Persekutuan.Walaubagaimanapun,penulis merasakan bahawa beliau bukanlah orangnya untuk mewakili pengundi di Batu Sapi setelah nama beliau sendiri telah tercemar.Segala keburukan beliau semasa menjadi Ketua Menteri dibangkitkan kembali oleh Barisan Nasional termasuklah dalam isu tanah dan kroni.Malah,apabila sahaja SAPP mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional,usaha SPRM untuk membuka fail rasuah beliau terus bermula.Yong juga telah dibuktikan bersalah dalam Mahkamah Pilihanraya mengakibatkan beliau digantung daripada bertanding selama lima tahun sehingga tahun 2007.




UMSERY@ANSARI BIN ABDULLAH


Jika calon Pas,Dr.Zulkefli Mohamed adalah lulusan perubatan Universiti Malaya,calon PKR ini pula adalah lulusan Undang-undang dari universiti yang sama.Di Sabah,Ansari adalah seorang peguam terkemuka di bawah firmanya,Messrs Ansari&Co.Kesetiaan beliau bersama PKR tidak perlu dipertikaikan memandangkan beliau telah menyertai PKR semenjak dari penubuhannya lagi pada tahun 1999.Beliau sebelum ini juga adalah mantan Pengerusi PKR Sabah selain menjadi ahli MPP PKR.Pada masa ini,beliau adalah Ketua Cabang PKR Tuaran setelah memenanginya baru-baru ini.Kewibawaan beliau dalam bidang guaman juga telah membawa beliau untuk memangku pingat Ahli Seri Darjah Kinabalu(ASDK) dan Jaksa Pendamai.Kebolehan beliau berucap dan berbahas sesuai dengan pengalamannya sebagai seorang peguam perlu dimanfaatkan oleh pengundi Batu Sapi bagi membawa suara mereka di Parlimen.Malah,Haji Ansari seorang bumiputera Muslim berkemungkinan akan mampu menarik undi pengundi Muslim yang berjumlah lebih 60 peratus di sini.


Oleh itu,setelah dibuat sedikit peneropongan,bagi penulis,calon yang paling layak untuk diangkat dalam Pilihanraya kecil Batu Sapi ini adalah tidak lain dan tidak bukan ialah Haji Ansari Abdullah.Walaupun beliau bukan penduduk asal Batu Sapi dan Sandakan,namun pemilihan beliau sebagai calon sebenarnya mendapat restu daripada cabang Batu Sapi malah cabang tersebutlah yang telah mencalonkan beliau.Ansari dilihat sebagai seorang yang berpewatakan sederhana,berkaliber dan seorang yang vokal sepatutnya dipilih sebagai wakil pengundi di P185 Batu Sapi.


GULA-GULA BATU SAPI DAN SAMSENG SANA-SINI


Politik Samseng diamalkan BN di sebuah kampung
dengan mengugut dan menakutkan PKR dan SAPP
berkempen di Batu Sapi...Istimewa sungguh kampung
tersebut,sesuai namanya Kg.Istimewa



Budaya politik samseng telah diamalkan di kampung-kampung di Batu Sapi di mana petugas PKR dihalang untuk berkempen di kampung-kampung tanpa kebenaran daripada ketua kampung tersebut.Malah,mereka diugut untuk dipukul dan kehadiran polis bagi mengiringi petugas PKR tidak menggentarkan mereka untuk terus mengamalkan budaya samseng mereka.Beginikah yang dinamakan diskriminasi ala BN?Melalui tindakan provokasi seperti ini,telah terbukti betapa mereka sebenarnya mulai takut dengan kehadiran pembangkang di kawasan Batu Sapi setelah mendiang Chong sebelum ini gagal menjalankan tugas beliau sebagai seorang ahli Parlimen yang baik.Apapun,tindakan samseng seperti ini sedikit sebanyak bakal memberikan undi simpati terhadap calon PKR di Batu Sapi.

EPISOD POLITIK KATAK BERULANG DI BATU SAPI

Episod keluar parti beramai-ramai menjelang pilihanraya kembali sama seperti di Hulu Selangor dahulu.Terbaru,Timbalan Ketua Cabang Batu Sapi,Amir Bak dan Naib Ketua Cabang tersebut,Abdullah Madu telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO bersama-sama 200 pengikut mereka.Sumber ini penulis perolehi daripada Berita Harian. Selain itu,50 orang ahli SAPP dan bekas calon Bebas Batu Sapi,Dr.Chong Kwong Wing juga telah bertindak menyertai UMNO dan PBS.Itulah episod lama yang berulang kembali,cuma pelakon dan latar tempatnya sahaja yang berubah-ubah.Tindakan keluar parti tersebut mungkin berkaitan dengan pergaduhan di Lapangan Terbang tempoh hari.Bagi penulis,biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.


GULA-GULA PILIHANRAYA DI BATU SAPI

Tanpa projek segera dan gula-gula politik,pilihanraya kecil bagi BN adalah seperti tidak hidup.Akan ada pelbagai projek-projek segera yang dibawa masuk khusus bagi memancing undi daripada para pengundi.Setakat ini,beberapa projek telah dibawa masuk termasuklah projek membina masjid baru di Batu Sapi yang bernilai RM5 juta selain projek perumahan rakyat di Lupak Meluas.Dengan tempoh berkempen yang masih berbaki,diharapkan kepada para pengundi di Batu Sapi meminta apa sahaja jenis permintaan termasuklah membina menara warisan seratus tingkat di sana.


Ansari telah cedera akibat dua kali
jatuh ke dalam air ketika berkempen

REALITI HIDUP PENDUDUK BATU SAPI

Penduduk Batu Sapi masih ramai yang daif.Malah,ada di antara mereka yang bekerja selama hampir 13 jam sehari dengan mendapat bayaran cuma RM10 sehari.Inilah realiti yang masih berlaku di Sabah.Rumah-rumah penduduk terutamanya yang tinggal di rumah air amat menyedihkan dengan sistem rumah yang usang.
Malah,calon PKR sendiri telah dua kali terjatuh ke dalam air akibat kayu jeti yang reput membuktikan bahawa BN masih gagal membangunkan insfrastruktur di Batu Sapi.Justeru,adalah penting bagi penduduk Batu Sapi memilih seorang calon yang benar-benar layak bagi mewakili mereka di Batu Sapi.

Semoga pilihan tepat dibuat oleh para pengundi di Batu Sapi. Selamat menerima seorang wakil rakyat yang baru di Batu Sapi.













Read more...

WAYANG KULIT DI GALAS,OPERA CINA DI BATU SAPI

Friday, October 29, 2010



Hari ini hari ketiga kempen di Galas dan Batu Sapi.Setakat ini,kempen di Batu Sapi masih belum panas.Tapi bahang kepanasannya sudah ada terutama apabila ada ketua-ketua kampung yang cuba menghalang petugas Pakatan Rakyat berkempen di kampung-kampung.Selain itu,cabaran debat yang dikemukakan Ansari bersama dua lagi calon bakal mewarnai cerita di Batu Sapi.Pun begitu,Yong Teck Lee calon SAPP lebih gemar debat antara Anwar,Musa Aman dan beliau.Seterusnya,drama tidak diduga Ansari yang jatuh ke dalam air akibat jeti roboh sedikit sebanyak membawa ole-ole khabar dari Batu Sapi untuk diceritakan kepada kita di semenanjung.

Apapun,Batu Sapi sebenarnya membawa pertembungan unik antara dua nama besar di Sabah,Yong dan Ansari.Siapa tidak kenal Ansari di Sabah?Kalau di Semenanjung,tarafnya seperti Karpal Singh.Malah,penulis merasakan bahawa calon BN,Datin Linda dilihat menjadi calon "underdog".Tatkala PKR boleh menampilkan hampir tujuh nama sebagai calon,BN-PBS seolah ketandusan calon dengan mengambil balu mendiang Batu Sapi yang masih berkabung.Malah,jika hendak dibandingkan soal kelayakan akademik,calon BN adalah graduan dalam bidang muzik.Adakah sudah tidak ada calon BN lainkah yang layak di Sabah?

+  +  +

WAYANG KULIT DI GALAS

Suasana pilihanraya kecil Galas adalah lebih hangat jika hendak dibandingkan dengan Batu Sapi.Hal ini kerana pertembungan Pas-UMNO sememangnya sebuah pertembungan tradisi yang menarik perhatian.Tatkala tempoh berkempen mula masuk hari ketiga,sketsa wayang kulit mula dimainkan di Galas.

Kebiasaannya,dalam cerita wayang kulit ini,pasti ada irama dan dalangnya.Namun siapa yang menjadi Tok Dalangnya itu,tidak pula penulis ketahui.Alkisah cerita wayang ini bermula dengan kisah calon Pas,Dr.Zulkefli ditangkap khalwat bersama isterinya,Ramelah Mat Jusoh puluhan tahun lalu.Tapi mungkin kerana dalangnya sudah nyanyuk,terbongkar juga cerita rekaannya apabila dia tersalah tulis nama isteri Dr.Zul di mana nama sebenarnya adalah Zainab Jalar.Nampak gayanya Dr.Zul ini telah berkhalwat bersama ibu beliau sendiri.Inilah fitnah ter"kurang cerdik" yang penulis pernah dengar sepanjang hidup penulis.

Adakah wanita bertudung labuh sebegini
kita mahu tuduh berkhalwat?masyaallah...

Gaya hidup sederhana Dr.Zul.Bagaimana agaknya
rumah Aziz Limau?

Setelah fitnah itu reda sedikit,calon UMNO pun diumumkan.Namanya Abdul Aziz Yusof@Aziz Limau.Dalam mereka sibuk memburukkan wibawa calon Pas,calon mereka sendiri sudah rendah wibawanya.Rupa-rupanya beliau cuma ada sijil SPM,Sijil Penjihad Melayu.Ingatkah lagi kita kisah di Manek Urai dahulu?Calon Pas Abang Uji dihina dan diejek-ejek sebagai peraih ikan,tidak mampu menjadi wakil rakyat.Kini,ejekan mereka sudah kena ke batang hidung mereka sendiri.Adakah UMNO kata layak seorang pemegang sijil SPM menjadi ADUN sekiranya kelayakan ikhtisas menjadi sandaran UMNO selama ini?Bagi menutup kelemahan tersebut,mereka cuba menutup kelemahan tersebut dengan membawa imej Aziz Limau sebagai seorang yang dekat dengan rakyat.Tetapi,bagi penulis,ianya bukan satu kelebihan buat beliau kerana kalau hendak diikutkan,Dr.Zulkifli lebih dekat dengan rakyat.Kliniknya di Chiku sentiasa terbuka dan beliau secara tidak langsung lebih kerap bertemu penduduk di Galas berbanding Aziz Limau yang bekerja di dalam pejabat KESEDAR.

Oleh itu,UMNO telah mencari jalan lain untuk memburukkan calon Pas.Terbaru,beliau diejek sebagai gemuk dan obes.Tindakan calon UMNO itu sendiri seperti seorang budak sekolah yang mengejek bentuk fizikal dan nama ayah,langsung tidak menunjukkan kematangan.Adakah beliau ini layak menjadi seorang Adun dengan  mentaliti SPM sebegitu berbanding Dr.Zul pelajar lepasan Universiti Malaya?Sekurang-kurang Abe Uji peraih ikan pun,beliau memiliki ilmu agama,dan Aziz Limau ini,apa kelebihan ilmunya?Perkara ini sepatutnya perlu diperhatikan oleh pengundi di Galas dalam memilih calon terbaik selepas ini.

Semua orang tahu bahawa UMNO Gua Musang berkrisis dalam memilih calon.Aziz Limau adalah bayangan Ku Li di Galas.Bagi menutup kelemahan mereka di sana,maka sebab itulah mereka cuba menyerang Pas.Terbaru,isu bunting yang memburukkan Pas dan DAP yang ditulis sebagai kafir harbi di mana mempersoal kerjasama Pas dengan DAP yang dituduh anti Islam.Tiada pihak yang bertanggungjawab atas bunting tersebut seperti yang dipersyaratkan SPR dalam kempen pilihanraya,namun penulis blog UMNO sendiri mengatakan bahawa ianya ditulis oleh UMNO Selangor.Nampaknya,adalah tidak benar sama sekali hasrat Ku Li yang mengatakan bahawa pertandingan di Galas bersikap setempat di mana isu nasional turut dibawa bersama.Inilah apa yang dikatakan sebagai mengata dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih.


Ketika penamaan calon baru-baru ini,Ku Li dikatakan hilang ketika pengumuman calon dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya.Ketiadaan beliau menimbulkan desas-desus bahawa Ku Li mungkin tidak merestui Aziz Limau tetapi beliau kemudiannya menafikannya.Penulis juga tidak bersetuju dakwaan tersebut.Mana mungkin Ku Li hendak memboikot orang kuat beliau sendiri.Ingat Setiausaha Bahagian adalah lantikan Ketua Bahagian,dan kita perlu ingat Aziz adalah setiausaha dan Ku Li adalah ketua.Sudah tentu Aziz akan bersetia dan berusaha kepada Ku Li.Malah,penulis berani kerat kuku jari sekiranya Ku Li akan kekal menjadi pengarah pilihanraya jika Aziz Limau tidak bertanding.Perletakan Aziz sebenarnya mencerminkan sikap Ku Li yang takut untuk bertanding.Beliau takut tewas.Oleh itu,untuk mengambil jalan selamat,beliau meletakkan ayam sabungnya di Galas.Mengenai dakwaan Ku Li menghilang,penulis rasa bukan soal merajuk tetapi meluat dengan Tok Empat UMNO,Mustapha Mohamad yang hipokrit di Kelantan.Malah,kita semua tahu bagaimana Ku Li dan Mustapha adalah dingin termasuk dalam soal isu royalti di Kelantan.Malah,bagi Mustapha,Ku Li adalah musuh politik beliau.Hal ini kerana,jika Ku Li menguasai UMNO Kelantan,Mustapa sudah lama ditendang keluar.

Para Puteri UMNO bakal keluar parti dan
tidak menyokong Aziz Limau.Mereka tidak mahu UMNO,
mereka mahukan parti Ku Li.Parti Ku Li
bukankah SEMANGAT 46?



Pergolakan UMNO di Galas bermula seawal perlantikan Ku Li sebagai pengarah pilihanraya.Muhyiddin Yassin sudah cuci tangan dalam PRK Galas di mana sekiranya UMNO tewas,nama Ku Li yang bakal buruk, bukannya namanya.Malah,semasa penamaan calon tempoh hari,Muhyiddin lebih rela mengiringi calon PBS di Batu Sapi daripada mengiringi Aziz Limau walhal yang bertanding di Galas adalah parti beliau sendiri iaitu UMNO.Malikul sembab ini Timbalan Presiden UMNO atau PBS?Itu perlu pencerahan.

SKETSA MEE SEGERA 1 GALAS

UMNO kata tiada projek mee segera,tiada projek jambatan di Galas. Kalau ada itu kebetulan.Projek telah lama diluluskan,cuma tunggu Allahyarham Che Hashim meninggal baru diumumkan.Hari ini projek masih dan sedang ditawar menawar.Setakat ini projek rumah rakyat dan Kampung Wifi sudah diluluskan.Ini belum dikira projek semerta yang lain.Sekarang,para pemuda Galas bersungut kurang tempat untuk beriadah.Tunggulah empat lima hari lagi,adalah nanti kampit-kampit simen dan pasir di padang untuk dibuat gelanggang futsal.Ternyata Ku Li sudah dikencing-kencing oleh UMNO sendiri.Signal beliau supaya ditiadakan projek segera dihina-hina semula oleh pemimpin UMNO.Mungkin bagi UMNO,strategi Ku Li itu mahu melingkupkan peluang mereka di Galas sahaja.



Selain isu pembangunan mee segera,isu-isu menyerang Pas mula dimainkan.Isunya adalah mengenai Projek Ladang Rakyat di mana kerajaan Kelantan didakwa merampas tanah penduduk dan diberikan kepada syarikat swasta.Malah,mereka sanggup mengaibkan Allayarham Chek Hashim yang dikatakan telah menipu tanah penduduk di Galas.Begitulah jahatnya mereka menabur fitnah terhadap Pas.

Ini tanah yang didakwa dirampas Chek Hashim.Mana
bukti?Sekadar tanah kosong,penulis pun boleh
gunakan gambar ini mengatakan Aziz Limau merampas
tanah penulis.



UMNO mendakwa projek Ladang Rakyat tersebut telah mencemarkan alam sekitar,merampas tanah orang asli dan mengeruhkan keadaan sungai di Galas,Malah perkataan "towkay China" digunakan bagi membangkitkan sentimen perkauman dalam pengundian kali ini.Sebenarnya,bagi penulis bukan isu alam sekitar yang membimbangkan mereka,tetapi lebih daripada itu,mereka bimbang pembangunan berterusan di Galas akan mencabar kedudukan Cameron Highlands sebagai pusat penanaman sayur di Malaysia.Kalau benar isu ladang rakyat zalim,Pas sudah ditolak di Galas tahun 2008 yang lalu,bukannya sekarang.Apapun, nama pun UMNO,memburukkan Pas adalah wajib bagi mereka.Tapi apa yang pelik,dalam masa yang sama, masih ada hati mahu melaksanakan agenda perpaduan Melayu.

Inilah yang dinamakan perangai loklak,makngal dan sedor.




Read more...

SAYONARA PASAR MALAM,AHLAN WASAHLAN YA KELAB MALAM....

Thursday, October 28, 2010


Selamat tinggal Pasar Malam.Mungkin beberapa tahun yang akan datang,suasana pasar malam akan mulai hilang dari bumi Malaysia.Kita mungkin tidak akan berjumpa lagi makanan yang berharga seringgit yang masih ada di pasar malam.Keaslian masakan Melayu yang payah dijumpai di ibu kota juga mungkin bakal hilang selepas ini.Realitinya pada masa kini,para peniaga makanan Melayu hanya boleh kita jumpa di kebanyakan pasar malam,tidak di restoran dan warung-warung yang rata-ratanya menggunakan tukang masak Indonesia dan Siam.Setiap hari,penulis bangun pagi,pergi bersarapan roti canai yang ditebar mamak.Tengahari pula memakan nasi campur yang dimasak Minah Indonesia yang penulis rasakan seperti berada di Padang untuk makan tengahari.Malam pula,masakan panas ala Thai yang dimasak oleh abang-abang dari Pattani.Lalu,di mana lagikah penulis mahu bertemu masakan tempatan sebenar di ibu kota ini?

Realiti bahawa kekurangan penduduk tempatan dalam perniagaan restoran ini sebenarnya telah lama berlaku.Jikalau ada,mereka ini lebih gemar menjadi majikan sahaja.Maka tidak hairanlah bila restoran-restoran mamak tumbuh bagai cendawan selepas hujan,sedangkan kedai-kedai Melayu sukar sekali ditemui di Kuala Lumpur.Cuma,penulis masih boleh menikmati masakan Melayu ini ketika berkunjung ke pasar malam.Alhamdulillah,orang-orang Melayu masih menguasai pasar malam di mana rata-rata mereka adalah penghuni flat yang mencari rezeki lebih.Pasar Malam di Abdullah Hukum,Pantai Dalam dan Petaling Jaya yang penulis biasa berkunjung masih lagi boleh penulis ketemu juadah nasi kerabu,murtabak,kuih-muih dan lain-lain makanan kita orang Melayu.Bukan masakan Indon,Mamak mahupun Siam,tetapi masakan Melayu.Senang penulis katakan,lebih selesa penulis memakan makanan berbungkus pasar malam daripada menikmati makanan ala Thai di restoran.Di pasar malam jugalah kita boleh bertemu dengan orang Melayu yang benar-benar gigih,bukan sekadar mereka yang hidup dengan ketuanan Melayu,hidup menunggu habuan politik dan menunggu projek alibaba.

Peniaga Pasar Malam Lambang Kegigihan
Orang Melayu


Penulis tabik kepada abang-abang dan mak cik-mak cik yang berniaga pasar malam.Cuma di sinilah sahaja kawasan perniagaan sebenar orang Melayu di Kuala Lumpur.Jangan harapkan mencari peniaga melayu di KLCC,Pavillion dan Bukit Bintang,tetapi carilah di pasar-pasar malam,dan kita akan bertemu dengan para peniaga melayu.Itulah sebenarnya nasib Melayu di tengah kota di sebalik laungan Ketuanan Melayu saban hari.Adakah menjadi tuan orang Melayu di bumi sendiri,tatkala industri makanan halal sendiri dikuasai mamak dan Siam?Peniaga Melayu tidak mampu mendapatkan lot-lot restoran yang mencecah sewa puluhan ribu sebulan seperti yang dimiliki restoran mamak.Malah,kawasan Kampung Baru di Kuala Lumpur sahaja,restoran Siam lebih banyak daripada Melayu.Mungkin pemiliknya Melayu,tetapi isi dan masakannya tidak Melayu.Inilah realiti "Ketuanan Melayu" dalam pemakanan seharian kita di mana orang Melayu sudah malas memasak kerana mereka dianggap sebagai "tuan",biarlah kuli si Indon dan Mamak yang memasak untuk kita.



+  +  +

Semalam,Perdana Menteri Satu Malaysia Najib Razak bersama ETPnya telah melakukan suatu lagi pembaharuan ekonominya.Terbaru,konsep Pasar Malam di Malaysia akan distruktur semula dengan mewujudkan apa yang dinamakan sebagai "Pasar Komuniti".Tujuan rancangan kerajaan itu adalah menyelaraskan beberapa pasar berkenaan dan menyatukan mereka di lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif.

“Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi cabaran prasarana. 

“Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya,; padang permainan,tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor,” petik laporan ETP itu.

Bagi menyusun semula peniaga berkenaan, projek ini memerlukan dana swasta dan pelaburan RM15.5 bilion bagi membantu memperuntukan pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, menyediakan pembiayaan atau rundingan bagi mendapatkan kadar bayaran lesen kenderaan dan lesen gerai jualan yang lebih rendah kepada peniagaan.

Inisiatif Pasar Komuniti yang dicadangkan itu dikatakan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM8.8 bilion pendapatan negara kasar setahun dan mewujudkan 141,000 pekerjaan menjelang 2020.

Projek yang sama juga akan menyaksikan penjaja yang menjual makanan di gerai-gerai jalanan ditempatkan di pusat makan sehenti yang dinamakan Bazaar Makan di mana pengunjung boleh mencuba dan menikmati masakan Malaysia dan antarabangsa yang terbaik
mee seller stall hawker 141006Pusat makan besar premium itu turut akan mempunyai kedai makanan ternama seperti restoran keluarga, restoran perkhidmatan segera, kafe, bar dan restoran mewah.

Pusat makanan ini juga akan menyediakan daya tarikan seperti taman pancaindera, permainan dan gelanggang acara dan taman permainan, dan kedai runcit kecil seperti kedai serbaneka dan surat khabar.

Setiap Bazaar Makan yang didirikan akan bersaiz lebih kurang 9,000 meter persegi, dengan kapasiti tempat duduk sekitar 3,500
orang.
Sejumlah 10 Bazaar Makan akan dibina dalam tempoh 10 tahun akan datang di bandar-bandar utama di Malaysia dan usahasama ini akan diuruskan secara persendirian dan oleh Wesria Food Sdn Bhd.

Projek ini melibatkan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM270 juta, di mana hampir 90 peratus daripadanya dicadangkan dari sektor swasta.

Kerajaan berharap Bazaar makan ini mampu akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM230 juta pendatan dalam negara kasar setahun dan mewujudkan 4,200 pekerjaan baru menjelang 2020.

+  +  +

Bazar Makan dan Medan Selera adalah
perkara yang serupa
Anda faham maksud laporan di atas?Penulis memetiknya dari portal berita Malaysiakini.Mungkin apabila berita di atas dibaca secara sekali imbas,kita akan lihat ianya sebagai sesuatu yang bagus,namun sekiranya difikirkan kembali,akan timbul lebih banyak keburukan yang bakal timbul berbanding keburukan.Bagi penulis,sekiranya projek di atas bakal dilaksanakan,tindakan untuk menghancurkan ekonomi orang Melayu bakal lengkap selain pengambilalihan Kampung Baru bagi tujuan pembangunan.

Mari kita perhatikan bersama.Najib PM 1Malaysia berkata, pasar komuniti akan dibina,menggunakan konsep yang lebih mesra pengguna dan bersih.Secara kasar,pasar komuniti yang bakal menggantikan pasar malam tersebut akan menjadi seperti sebuah pasar di bawah satu bumbung dan boleh dikatakan bermodelkan konsep sebuah medan selera.Pembinaan pasar komuniti ini bagaimanapun tidak menggunakan dana kerajaan,sebaliknya menggunakan inisiatif swasta.Cuba kita lihat realiti pasar malam kita pada hari ini.Ianya dijalankan di kawasan tanah lapang dan di tepi-tepi jalan menggunakan konsep beli dan pulang.Ramai anak-anak muda,orang-orang perseorangan dan mereka yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan akan memilih lokasi pasar malam memandangkan sewa tapaknya yang murah,sekitar RM10-RM20 semalaman bergantung kepada lokasi.Malah,kalau di Dungun kawasan penulis,peniaga hanya dikenakan caj RM1.Oleh kerana sewa tapak yang murah,maka makanan yang dijual juga akan menjadi tidak terlampau mahal.Kita masih boleh menikmati mee goreng yang berharga seringgit,ayam goreng yang berharga seringgit setengah selain satey yang berharga 40sen secucuk.

Namun,apabila Pasarr Komuniti dilaksanakan,sewa tapak akan naik mendadak memandangkan ianya menggunakan inisiatif swasta.Sewa tapak mungkin boleh jadi hampir seribu ringgit sebulan.Penulis membayangkan harga ini atas rasional sebuah kiosk makanan di pusat komersial mencecah RM5 ribu sebulan.Dan jika ini berlaku,adakah kita masih mahu bermimpi mencari makanan yang murah di pasar malam?Tempat di mana kita boleh menikmati makanan dengan harga rendah bakal hilang.Apabila kos operasi naik,ditambah pula dengan barang yang mahal harganya,semua kos itu pastinya akan dibebankan kepada siapa kalau bukan kepada kita,para PEMBELI?Lihat,memang benar kerajaan masih belum melaksanakan GST,tetapi bayangan awalnya sudah kita rasakan.Seterusnya,jika pasar komuniti ini dilaksanakan,mereka yang baru ingin belajar berniaga akan menghadapi kesukaran.Sedarlah betapa ini adalah sistem KAPITALISME yang jelas dan nyata yang bakal mencekik dan membunuh peniaga kecil-kecilan,siapa lagi kalau bukan orang Melayu?Tatkala mereka bertempik ketuanan Melayu,sedarkah mereka bahawa merekalah sebenarnya asbab kepada Kehinaan Melayu?

Salah satu medan selera kelolaan
Wesria di Alamanda
Seterusnya,melalui ETP ini juga,gerai-gerai di tepi jalan,warung-warung kecil bakal disatukan bersama dalam satu tempat yang dinamakan Bazar Makan.Apakah itu bazar makan?Bagi penulis,ianya serupa sahaja seperti sebuah medan selera dan food court,malah kehadiran bazar makan ini sebenarnya mahu membunuh peniaga-peniaga kecil dengan kos operasi yang melambung.Malah,semua jenis kedai,ekonomik mahupun mewah,besar atau kecil akan bersaing sesama sendiri di bawah satu bumbung.Maka,lama kelamaan,kedai-kedai kecil ini bakal menghadapi risiko gulung tikar.Melalui program ETP itu juga,10 bazar pertama  akan dibina hasil kerjasama pihak kerajaan dengan Wesria Food Sdn Bhd.Adakah anda tahu,apakah itu Wesria?Syarikat ini adalah syarikat yang menjadi operator kepada Medan Selera Rasa di KLCC dan Alamanda di Putrajaya.Dan tahukah anda bahawa di kedua-dua buah medan selera tersebut,harga nasi campur,nasi dengan ayam dan sayur berharga RM5 ke atas?Malah,penulis pernah membayar harga untuk nasi putih,kuah dan ayam rendang untuk harga RM9.00.Adakah ini yang dimaksudkan dengan ETP?Perlu diingatkan,kerajaan Satu Malaysia menyasarkan untung 8.8 bilion dalam projek makan-makan ini.Dan adakah kita bermimpi untuk makan nasi campur berharga RM3 sekiranya kerajaan menyasarkan untung yang tinggi?Inilah jadinya apabila kerajaan mula berniaga kepada rakyat.

Malah,perlu diingatkan bahawa tempat makan bermodelkan medan selera ini kurang diminati oleh ramai orang.Rakyat Malaysia akan merasa lebih senang dan pantas untuk membeli di tepi-tepi jalan dan singgah di restoran di tepi jalan memandangkan konsep medan selera ini memakan masa untuk mencari petak parkir selain konsep layan diri yang tidak begitu digemari ramai.


MEMBAZIR...
Medan selera di Taman Sri Sinar, Segambut terbiar
tanpa peniaga sejak dua tahun lalu walaupun pembinaannya
sudah disempurnakan dan segala kemudahan asas sudah tersedia. 

Secara tuntasnya,apa yang kita hendak harapkan dengan projek ETP si Najib ini?ETP ini transformasi ekonomi ataupun pelingkup ekonomi?Apalah gunanya hasil negara meningkat tetapi pada masa yang sama meletakkan beban di atas bahu rakyat.Benar sangkaan penulis.Kerajaan Malaysia makin kesempitan wang.Oleh itu,pelbagai kaedah digunakan termasuk menaikkan harga rokok,membina kelab malam,membenarkan lesen judi dan lain-lain tanpa mengira halal dan haram.Sesungguhnya,dengan cara sebegini kita sebenarnya menuju kehancuran dengan mengundang murka Allah.Adakah kita mahu hidupkan malam dengan maksiat sedangkan Allah menyuruh kita beribadat kepada-Nya?


" apakah pendapat kamu seandainya Allah jadikan siang itu berterusan sehingga hari Kiamat, Siapakah tuhan selain Allah yang mendatangkan malam supaya kamu berehat padanya. Apakah kamu tidak melihat?
Al-Qashash-ayat 72

" Dan Karena rahmat-Nya, dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya. " Surah AlQashash ayat 73

Tindakan kerajaan melalui ETP adalah tindakan orang yang tidak beragama yang hanya mengejar untung dunia tanpa tidak menghiraukan murka Allah?Atau adakah kerajaan Najib berasa sangat hebat sehingga tidak sedar bahawa Allahlah yang memberikan rezeki?Untuk renungan bersama,adakah ini parti yang mengajak Pas bersatu.Bagi penulis,tindakan Najib cukup menjawab mengapa Pas lebih patut bersama Pakatan Rakyat.
+  +  +

p/s:ETP = Ekonomi Terus Parah
adakah anda ingin melihat sebuah tempat di mana idea Najib itu dipraktikkan?Sebuah tempat di mana tiada gerai yang wujud di pinggir jalan dan semuanya dibuat secara berpusat.Tempat tersebut telah wujud beberapa tahun yang lepas.Dan tempat tersebut adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya.Tidak percaya?Sila pergi ke sana dan cari goreng pisang dan air tebu yang dijual di tepi jalan dan kawasan perumahan.Dan anda tahu apa jadi pada Putrajaya?Ianya sebuah bandar mati,penghuninya terperap di dalam rumah.Jangan terkejut jika jalanraya terlampau lengang dan anda boleh berbaring di atas jalanraya.



Read more...

SAZMI MIAH SUDAH TERKUBUR BERSAMA ISU LOJING,KINI ISU LADANG RAKYAT PULA

Sunday, October 24, 2010



Ingatkah anda pada Sazmi Miah?Ditakdirkan beliau menang di Parlimen Machang pada tahun 2004 dan dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada zaman Abdullah Badawi.Beliau juga adalah adalah ahli politik yang menggemparkan negara lewat tahun 2007 dalam pendedahan beliau mengenai isu penggondolan tanah di Lojing.Beliau ketika itu cuba menjadi masuk bangkul angkat sendiri dengan menjadikan dirinya sendiri sebagai pejuang orang asli di Lojing dalam programnya "Selamatkan Lojing".Tiada apa yang istimewa mengenai program tersebut kecuali diberikan baju-T sehelai seorang pada orang asli selain mendapat pendedahan taraf VIP oleh TV3 pada setiap malam.

Barang ditakdirkan Allah,pejuang alam sekitar Kelantan ini akhirnya terkubur begitu sahaja bersama isu Lojingnya,beberapa bulan setelah pendedahan ekslusifnya itu.Beliau tewas kepada Setiausaha Agong PKR sekarang,Saifuddin Nasution di Parlimen Machang.Selepas itu,pejuang alam sekitar ini senyap tidak berbunyi.Hilang entah ke mana.Dan kini,isu Lojing ini sedang galak kembali dimainkan sempena PRK Galas.Isu yang sebenarnya sudah tidak laku lagi di Kelantan cuba diperhangatkan semula oleh pejuang maya UMNO di atas kuali.

+  +  +

MENGIMBAU KEMBALI PENDEDAHAN ANAK MIAH SATU MASA DAHULU


Tanah tinggi Lojing adalah sebuah kawasan berpotensi untuk dibangunkan di kawasan Hulu Kelantan,sesuai untuk pertanian dan pelancongan hawa sederhana.Secara fizikalnya,geografi Lojing adalah agak serupa dengan jiran terdekatnya,Cameron Highlands yang terkenal sebagai kawasan pelancongan tanah tinggi negara.Berketinggian lebih 1400 meter dan berkeluasan 32000 hektar,Lojing terletak di sempadan tiga negeri iaitu Pahang-Kelantan-Perak.Puncak tertinggi Lojing adalah 2000 meter dari aras laut di mana suhu kawasan tersebut adalah sekitar 16 darjah celcius.Aktiviti komersial manusia di Lojing bukanlah baru.Sebelum ini,Lojing hanyalah didiami oleh orang asli suku Temiar di Pos Brooke dalam Dun Galas.Ketika era pemerintahan UMNO di Kelantan,Menteri Besar Tan Sri Mohamad Yaacob telah meluluskan 3978 hektar tanah untuk dibangunkan dengan tempoh pajakan 99 tahun bermula 1985.Antara syarikat yang mendapat pajakan tersebut termasuklah YAKIN,KADA,PKINK,Multi System dan Jasa Benar.

Tanah Tinggi Lojing


Sekitar Mac 2007,Ahli Parlimen Machang,Sazmi Miah telah mendakwa berlaku pembalakan haram yang tidak terkawal di kawasan Lojing melalui pemerhatian dari udara yang dilakukan oleh beliau.Katanya,hutan dan bukit di Lojing sudah mulai gondol dan botak.Isu ini menjadi berita utama TV3 yang "kononnya" prihatin terhadap isu alam sekitar.Selain pembalakan haram yang didakwa Sazmi,isu membina teres di kawasan cerun melebihi 25 darjah juga turut dipersoalkan oleh beliau.Isu ini turut dimainkan oleh Ketua Perhubungan UMNO Kelantan pada masa tersebut,Datuk Seri Annuar Musa melalui pemerhatiannya ke kawasan tersebut.Menurut Annuar,ketika pemerhatian tersebut beliau mendapati kawasan 22 000 hektar yang diberikan kepada 22 syarikat,kebanyakannya kesan selepas baru diterokai.Malah,Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu,Khairy Jamaluddin juga turut menangguk di air keruh dengan membangkitkan penglibatan syarikat dari Singapura dalam pembalakan di Lojing.

 Pembalakan haram yang tidak terkawal,aktiviti buka tanah besar-besaran,pencemaran sungai dan mengancam petempatan orang asli dan alam sekitar adalah gambaran yang telah cuba diberikan oleh para pejuang alam sekitar UMNO ini kepada umum.Lebih daripada itu,pokok pangkal daripada isu tersebut bukanlah kerana alam sekitar tetapi lebih kepada persoalan memburukkan kerajaan Pas Kelantan yang dikatakan tidak mampu mentadbir negeri.Satu gambaran cuba diberikan bahawa kerajaan Kelantanlah yang berada di belakang para pembalak haram dan berlaku korupsi dalam isu tersebut.Oleh itu,maka tidak hairanlah apabila Badan Pencegah Rasuah(BPR) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuka kertas fail siasatan terhadap dakwaan Sazmi tersebut.

TINDAK BALAS PAS KELANTAN TERHADAP DAKWAAN SAZMI

Pada September 2006,mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi Lojing telah diadakan.Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh SUK Datuk Mohd Aiseri Alias turut diwakili oleh wakil Jabatan Alam Sekitar,dua orang exco iaitu Husam Musa dan Anuar Tan Abdullah selain penasihat jawatankuasa tersebut iaitu Raja Perempuan Kelantan.Dua orang lagi exco turut dijemput selaku pemerhati iaitu Datuk Ahmad Yakob dan Dr. Nik Mazian.Namun,apa yang menghairankan,tiada isu yang berbangkit diutarakan oleh wakil Jabatan Alam Sekitar mengenai pembalakan haram di Lojing.Malah,untuk rekod juga,kerajaan negeri telah membekukan kelulusan membalak bermula 1 Mac 2006 rentetan daripada pengenalan pelan induk pembangunan Tanah Lojing 2006-2015 bagi menyelaras setiap agensi di Lojing selain memastikan pembangunan terkawal di kawasan tersebut.

Apa yang lebih menghairankan,sejak Disember 2005,JAS juga telah membina tiga stesen kawalan mutu air bagi memantau mutu air di Sungai Brooke,Belatop dan Jelai.Oleh itu,sepatutnya JAS akan dapat mengetahui tindakan pembalakan haram di hulu sungai dan kawasan tanah tinggi di mana pembalakan pasti akan mengubah mutu air sungai tersebut.Namun,tiada sebarang laporan dibuat oleh JAS menyaksikan betapa isu Lojing ini hanya membuka kelemahan agensi kerajaan Persekutuan.Mengenai dakwaan berlaku penggondolan bukit pula,kerajaan negeri berkata ianya adalah fenomena biasa dalam menukar status tanah hutan kepada pertanian,sama seperti keadaan di Cameron Highlands manakala air sungai menjadi keruh hanyalah selepas hujan bukannya setiap masa.

Melalui pembongkaran juga,kawasan yang gondol dan botak adalah di bawah pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),di mana pengerusinya adalah Ketua Perhubungan UMNO sendiri iaitu Annuar Musa.Oleh itu,tindakan memburukkan kerajaan negeri sudah terkena pada batang hidung beliau sendiri.Menurut sumber,10 keping notis juga telaah dikeluarkan kepada agensi tersebut,namun tiada tindakan diambil.Kertas siasatan yang diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar juga turut senyap sepi selepas daripada itu.Oleh itu,ternyata berlaku banyak kelemahan dan keraguan terhadap Jabatan Alam Sekitar dalam usaha menangani isu tersebut.Hasil pendedahan tersebut,Sazmi Miah dan Annuar Musa tidak lagi berani berkokok dan bertempik mengenai isu tersebut kerana ternyata yang terpalit tahi adalah diri mereka sendiri.

Alhamdulillah,isu Lojing ini sebenarnya tidak laku dalam pandangan rakyat Kelantan.Mereka faham isu ini sengaja direka-reka oleh UMNO bagi memburukkan Pas Kelantan.Hasilnya,kepercayaan majoriti 2/3 rakyat Kelantan diperolehi semula,malah Sazmi dan Annuar terlingkup di Machang dan Ketereh.Malah,Lojing di dalam Dun Galas turut berjaya dirampas oleh Pas.


ISU LOJING DIHANGATKAN,LADANG RAKYAT TIMBUL MENJELANG PRK GALAS

Jika anda merajinkan diri membuka blog dan portal pro-UMNO,anda akan dapat mengetahui isu ini sedang rancak dimainkan kembali sempena pilihanraya kecil N45 Galas.Dakwaan demi dakwaan berupa fitnah semata tanpa bukti hitam putih ditabur bagi memburukkan Pas Kelantan.Namun,pejuang maya UMNO lupa betapa isu Lojing ini sudah tidak laku lagi.Mungkin mereka hanya aktif di internet setahun dua,oleh itu mereka tidak nampak perkembangan yang sudah berlaku hampir lima enam tahun yang lepas.


Selain isu Lojing,isu Ladang Rakyat juga turut dimainkan oleh UMNO di Gua Musang.Tuduhan Pas menghalau peserta dan melambat-lambatkan pemberian geran tanah telah digembar-gemburkan di mana dikatakan bahawa kerajaan negeri mahu menyerahkan tanah tersebut kepada syarikat swasta.Malah,sampai satu tahap dikatakan pula bahawa Ahli Parlimen Padang Serai,N.Gobalakrishnan turut terlibat dalam ladang tersebut.

Apapun,penulis tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai dakwaan UMNO dalam Ladang Rakyat tersebut.Namun,apa yang pasti,ianya bakal menjadi antara isu yang besar dalam Pilihanraya Galas nanti.Diharapkan para pimpinan Pas bersedia menjawab sebarang tohmahan dan tuduhan UMNO selepas ini.Mereka akan gunakan isu ini semaksimum mungkin setelah isu memburukkan calon Pas di Galas telah gagal sama sekali.

Lojing kini diiktiraf sebagai Jajahan Kecil Lojing

Read more...

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP