This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

ZAID,KAU MAHU PILIH MAT TAIB ATAU HUSAM?

Sunday, September 19, 2010



Ketika aku menulis cerita ini,pencalonan pemilihan PKR masuk hari kedua.Setakat ini,tumpuanku masih pada kerusi Timbalan Presiden.Begitu juga orang lain,fikirku.Padahal,kalau ikut kata Zaid,Timbalan ini bukanlah penting mana pun.Glamour hanya sekadar pada nama.Itu kata Zaid.Bukannya tidak betul kata Zaid,bagiku tepat sekali.Menjadi Sang Timbalan bukanlah tiket untuk jadi Presiden.Lihat saja apa jadi pada Musa Hitam,Ghafar Baba hatta Anwar Ibrahim sekalipun.Mereka ini orang bercita-cita tinggi.Mahu jadi Perdana Menteri tapi akhirnya semuanya dicantas oleh percaturan politik.Maka beruntunglah Pak Lah,sosok yang tidak ekstrem ini yang tidak banyak kontroversi juga yang mampu jadi Menteri Perdana.Itulah nasib badan,untung sabut timbul untung batu tenggelam!




Pun begitu,aku tetap setia menanti kesudahan persaingan ini.Pertama kali aku lihat harga bagi jawatan timbalan lebih mahal harganya dari jawatan ketua.Kini Azmin telah di depan.Diikuti oleh Zaid dan Mustafa Kamil.Tidak ketinggalan Tian Chua dan Fuziah Salleh turut mendapat satu pencalonan.Bagi aku,pertandingan tiga penjuru hampir pasti antara Azmin-Zaid-Mustafa.Kata orang,ketiga-tiga mereka bawa ideologi berlainan,seorang reformis,liberal dan pro melayu Islam.Ah,ini seumpama Pakatan Rakyat sebenarnya!Reformis itu PKR,liberal itu DAP dan melayu Islam itu Pas.Baguslah begitu.Akhirnya ada satu bukti kukuh betapa PKR ini mampu menyatukan semua aliran pemikiran yang bercabang-cabang.Pemikiran yang bersimpangan dari lain jalan tetapi akhirnya menuju pada satu jalan yang sama iaitu Keadilan.




Apapun,proses pencalonan masih berjalan.Zaid yang katanya mahu meraikan demokrasi dalam PKR tetap mahu bertanding.Zaid yang aku kira agak "keras keng" atau gedebe juga pada pemikiran aku.Bayangkan betapa Ezam yang menyertai UMNO pun masih belum berani bertanding sebarang jawatan,tetapi Zaid pula sebaliknya.Biarlah dia orang baru,biarlah dia bukan dari golongan reformis,dia tetap dia.Kekuatannya walaupun masih belum berakar umbi namun semangatnya itu perlu dipuji.Beliau bergerak solo,tidak seperti Azmin pejuang reformasi dan tidak seperti Mustapha yang berakar umbi di Perak.Bagiku,aku tabik pada sosok bernama Zaid ini.Beliau berani bergerak keseorangan.Pada satu tahap,beliau sebenarnya telah memecahkan legasi politik UMNO yang dibawa masuk dalam PKR.Politik berpuak-puak itu legasi BN.Lihat MCA,MIC dan UMNO.Semuanya berpuak berkumpulan.Akhirnya parti hancur berperang.




Usaha Zaid ini perlu disedari.Aku sendiri yakin bahawa Zaid ini tahu yang dia tidak punya banyak peluang untuk menang.Bagiku,golongan reformasi pastinya akan beri kosong undi untuknya tatkala ada satu gerakan "meragukan" kesetiaan Zaid pada parti.Dari situ,nama Zaid telah busuk.Beliau telah dilihat sebagai opportunis parti.Tapi,Zaid pastinya akan mengumpul undi-undi ahli pascareformasi,yang mana mereka ini menyertai Keadilan bukan kerana perjuangan membebaskan Anwar tetapi perjuangan membebaskan Malaysia.Memang sukar meramal undi yang bakal diperoleh memandangkan semua ahli layak mengundi.Namun,trend pemilihan mungkin boleh diteka dan diramal.

Walaupun pemilihan masih belum berjalan,namun aku seakan yakin betapa Zaid akan tewas dalam pemilihan ini.Bukan aku yang kata,tetapi dari cakap Zaid sendiri.Beliau membayangkan betapa nasibnya akan jadi seperti Ghafar Baba,terjelupuk di tangga surau selepas tewas dalam pemilihan UMNO.Ya,Zaid akan kalah.Tapi seterusnya,jalan mana yang beliau akan ikut?Keluar parti?Nanti beliau akan jadi seperti katak sahaja.Perjuangannya nampak sia-sia dan menunggu untung politik semata.Kerana itulah aku bertanyakan soalan ini pada kau,Zaid.Kau mahu ikut Mat Taib atau Husam?Tepuk dada tanya iman.

Dalam pemilihan Timbalan Presiden UMNO yang lalu,Muhyiddin berjaya menewaskan Mat Taib dengan majoriti 659 undi.Muhyiddin akhirnya diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Mat Taib menyepikan diri dari politik.Maka,jelaslah betapa sosok bernama Mat Taib ini berjuang kerana jawatan semata-mata,tidak ikhlas demi partinya UMNO.Beliau kini umpama orang yang tersisih,samada disisih atau bertindak menyisihkan diri.Ketika aku bertemu dengannya tiga bulan lalu di sebuah kenduri kahwin di Shah Alam,wajahnya nampak sugul seperti orang kalah perang.Beliau kini seperti orang kebanyakan yang lain.Semalam aku menonton Berita Awani.Dilaporkan beliau masih belum bersara setakat ini tetapi hanyalah memerhati politik negara dari jauh sekarang.Melalui cakap-cakap beliau itu,kemungkinan untuk beliau melakukan "comeback" itu ada.Kalaulah beliau bertanding dalam PRU akan datang,maka sahlah orang seperti ini tidak berapa layak diberi undi.Datang dan pergi beliau hanyalah untuk pangkat.Apalah salahnya beliau aktif berpolitik walaupun tanpa jawatan.

Itu cerita Mat Taib.Ini pula cerita mengenai Husam Musa.Dalam pemilihan Pas yang lalu,ditakdirkan bahawa Husam gagal dalam pertandingannya merebut jawatan Timbalan Presiden di tangan Nasharudin.Selain itu Abang Mat juga kalah dalam pertertangan tersebut.Walaupun tewas,Husam masih kekal bersama kepimpinan parti.Malah,beliaulah orang yang bertanggungjawab membangkitkan isu royalti dan menubuhkan TIRAM,tabung khas menuju Putrajaya.Kalaulah Husam ini bertanding kerana pangkat semata,sepatutnya beliau sudah lama menyepi dan tidaklah sibuk-sibuk lagi tentang hal parti.Atau,beliau diam sahaja melakukan tugasnya sebagai exco.Mungkin cerita Husam tidak cukup.Aku bawa pula cerita Mat Sabu.Beliau juga tewas.Kalau dalam UMNO,beliau ini sudah lama digali kuburnya.Tetapi beliau tetap bersama Pas,malah sentiasa aktif menyampaikan ceramah dan pidatonya yang berkesan.Itulah contoh mereka yang berjuang kerana amanah,bukan kerana survival politik semata-mata.

Dan buat Zaid,kau mahu pilih yang mana?Pilih cara Mat Taib,Husam atau Mat Sabu?Dan untuk perhatian juga,kemungkinan soalan ini boleh ditanya pada Azmin Ali pula selepas ini.

pada waktu pemilihan,
sedang membahang di ceritakan orang.








0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP