This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

PROJEK GILA MAT SAID DI KIJAL

Tuesday, September 21, 2010





Semasa Wan Mokhtar menjadi MB Terengganu,segala projek kebanyakannya ditumpukan ke kampung halaman beliau iaitu Dun Chukai.Malah,pada satu tahap,Chukai boleh dikatakan lebih maju berbanding ibu negeri Terengganu sendiri iaitu Kuala Terengganu.Dan apabila Idris Jusoh pula naik menjadi MB,semua projek dipunggah pula ke Besut.Lihatlah betapa banyaknya tinggalan legasi Idris di Besut termasuklah pembinaan Taman Ilmu(Universiti Darul Iman),Masjid Hadhari,Jerteh Souq dan sebagainya.Idris jugalah yang menaiktaraf jalan Kuala Terengganu-Kuala Besut sehingga beliau mendakwa KT dan Besut dapat dihubungi dalam masa sejam.Dan kini,era Mat Said.Seperti meneruskan legasi pemimpin UMNO sebelumnya,Mat Said kini sedang giat memunggah projek-projek ke kawasannya,Dun Kijal.

Bermula dari pembinaan IKBN,pembinaan hospital jantung dan kini Bandar Baru Kijal sedang giat dibina di Paya Lasir.Secara mata kasarnya,semua pembangunan yang dibawanya itu cukup baik,namun jika diteliti semula akan kelihatanlah betapa "gilanya" projek ini dilaksanakan.Penulis tidak hairan jika Wan Mokhtar memajukan Chukai kerana kepadatan penduduknya.Penulis juga rasa tidak pelik Idris Jusoh punggah projek ke Jerteh kerana itulah bandar di kawasan Utara Terengganu.Tetapi yang menjadi kepelikan yang amat bila Mat Said membawa banyak projek ke Kijal kampungnya yang sebelum ini hanya terkenal dengan perusahaan Lemang Kijal dan hotel Awana Kijal.Pengundi di Dun Kijal tidaklah ramai,hanyalah sekitar 14 000 orang.Jika dianggarkan,penduduk di kawasan Kijal tidak lebih 20 000 orang.

Mengapa penulis mengatakan betapa Mat Said cuba melakukan projek gila di Kijal?Soal pokoknya adalah pembinaan Bandar Baru Kijal di Paya Lasir.Bayangkanlah,bandar baru ini dibina di dalam hutan belukar,di sekelilingnya hanyalah kawasan hutan.Keadaan seperti ini seperti bertentangan dengan proses pembandaran biasa.Kebiasaannya,sesuatu tempat itu bermula dari sebuah kampung atau perumahan.Setelah lama kelamaan barulah ianya boleh berubah menjadi sebuah bandar berdasarkan komposisi penduduknya.Menurut PBB menerusi Demoghraphic Yearbook(1968-1969),di Malaysia,sesuatu kawasan itu boleh ditakrifkan sebagai sebuah bandar apabila mempunyai jumlah penduduk 10 000 atau lebih.Bandar ditakrifkan sebagai sebuah kawasan  berpenduduk dan mempunyai kawasan perumahan.Jadi,pembinaan Bandar Baru ini adalah sangat pelik memandangkan ketiadaan kawasan perumahan yang mengelilinginya.Kebiasaannya juga,sebelum sesebuah bangunan dibina,jalan bagi menghubungi kawasan tersebut akan disiapkan terlebih dahulu.Akan tetapi,yang menghairankan,walaupun bangunan rumah kedai sudah 80 peratus siap,jalan bertar bagi menghubungkan jalan utama dengan pusat perniagaan masih belum berjalan.

Untuk rekod,Bandar Baru Kijal dibangunkan sebagai hub tekstil di Terengganu seperti di Nilai dan Tangkak.Kini,rumah-rumah kedai dan pasaraya Giant sedang giat dibina.Kerajaan Terengganu menyasarkan penduduk Pantai Timur,malah penduduk selatan Thailand bagi memasarkan produk tekstil dan membeli di sini.Jika seperti yang dijanjikan,projek ini sepatutnya perlu disiapkan pada bulan ini iaitu bulan September.Namun,hingga kini,projek ini hanyalah 50 peratus siap walaupun rumah kedai telah hampir siap(jalan raya masih belum dibina dan giant dalam 40 peratus pembinaan).Penulis merasa pelik juga dengan harapan Mat Said yang menyasarkan penglibatan penduduk Selatan Siam untuk berjual beli kain di Kijal dengan alasan jaraknya hanya lapan jam ke Kijal berbanding 22 jam ke Bangkok.Inilah politik gila namanya.Jika pengusaha tekstil Thailand mengmbil kira untung jam perjalanan bagi memasarkan produk mereka,lebih baik mereka memasarkannya di Kelantan atau Perlis.Mengapa pula memilih Kijal?Pengusaha juga memilih Bangkok kerana penduduknya beratus ribu dan adakah penduduk Kijal seramai itu sehingga dapat menarik perhatian pengusaha?Inilah cerdiknya Mat Said.Bangkok sebagai ibu negara Siam pastinya akan lebih mudah dihubungi berbanding dengan Kijal.Adakah ada perkhidmatan rel bawah tanah menghubungkan Kijal dengan Siam?Hatta bas ekspres pun tidak beroperasi dari Kijal ke Siam.Malah,penduduk Thailand pastinya akan rugi besar bila membeli kain di Kijal kerana pertukaran mata wang selain soal imigresen dan pasport.

Seterusnya,penulis melihat projek BBK ini tidak lain dan tidak bukan bakal menjadi satu projek gajah putih di Terengganu.Penulis sendiri hairan,mengapa Giant terlampau berani membuka pasarayanya di Kijal yang kurang penduduk.Sudah tiada tempatkah di Terengganu?Sedangkan penduduk di Dungun atau Marang yang lebih afdhal menerima pasaraya tersebut di kawasan tersebut.Adakah Giant tidak risau betapa pembinaan cawangannya itu seterusnya hanya akan menenggelamkan TMC di Mesra Mall kepunyaan mereka sendiri?Inilah jadinya bila Mat Said berjaya membodohkan Giant.Pertama kali orang Melayu boleh kelentong Cina.

Apabila siapnya Giant di Kijal nanti,penduduk Kemaman akan mempunyai tiga shopping complex iaitu Centre Point,Mesra Mall dan Giant.Pada waktu ini Centre Point dan Mesra Mall dalam keadaan hidup segan mati tak mahu.Memang benar,penduduk di seluruh Kemaman terutama Chukai dan Kerteh agak ramai.Tetapi pembinaan terlampau banyak kompleks seperti ini adalah tidak berapa menjadi kerana penduduk Kemaman tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi.Mereka terlampau mengharapkan pekerja Petronas yang menjadi kuasa pembeli sedangkan kebanyakan mereka ini lebih senang berbelanja di Kuantan dan Kuala Lumpur.Dan pembukaan Giant ini akan menyebabkan samada salah satu antara kompleks ini akan melingkup sama sekali.

Faktor terpenting betapa projek ini bakal menjadi gajah putih adalah apabila siapnya Lebuhraya Pantai Timur nanti.Jalan Kuantan-Kuala Terengganu pastinya akan menyaksikan penurunan ketara dari segi penggunanya.Bayangkanlah,jalan utama di Kijal sekarang cukup menyedihkan dengan bonggolan dan lubang selain mempunyai cuma satu lorong.Pemandu selepas ini pastinya akan mencari laluan yang lebih selesa bagi ke KL dan Kuantan iaitu melalui LPT.Penulis bukan cakap kosong.Bukti jelas telah berlaku.Dahulu,di Jalan Kijal yang menjadi laluan utama dibina sebuah resort yang cukup cantik bernama Strawbery Park mungkin diilham sempena kemajuan Awana Kijal.Resort ini terletak di tepi pantai dan di bawah lembah.Pengguna jalanraya yang mendaki bukit di jalan tersebut pastinya akan dapat melihat resort tersebut.Akan tetapi,apabila jalan alternatif yang baru telah siap,pengguna jalanraya tidak lagi menggunakan jalan tersebut.Akhirnya,resort tersebut gulung tikar dan ditutup.Bagi mengelakkan kerugian yang besar,kini Mat Said menjadi penyelamat setelah mencadangkan Hospital Jantung seperti IJN dibina di situ.Dan selepas ini,dikhuatiri nasib yang sama akan menimpa Bandar Baru Kijal setelah siapnya LPT.Hal ini kerana penduduk di Kijal sendiri tidak mengalami pertambahan yang mendadak selain penduduk Kijal yang rata-rata nelayan,peneroka selain mereka yang bekerja di Telok Kalong.

Sesunggguhnya,pembinaan Bandar Baru Kijal tidak lebih dari sekadar sikap bongkak Mat Said yang ingin menunjuk kehebatannya di Kijal.Sepatutnya,lebih banyak kawasan di Terengganu yang lebih memerlukan title bandar baru seperti Paka,Wakaf Mempelam dan Gong Badak yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.Apapun,selamat membeli kain langsir di Paya Lasir.Semoga tidak menjadi gajah putih.

ketika melalui kawasan Kijal,
ketika kereta berderet-deret.



4 ulasan:

Anonymous,  October 24, 2010 at 7:43:00 PM PDT  

malunya aku sebagai rakyat negeri Terengganu....

Anonymous,  December 25, 2010 at 8:02:00 PM PST  

Dulu masa nilai 3 mula dibina pun kosong juga.. xda sapa kat sana... tengah2 kawasan kelapa sawit yang di jadikan pusat membeli belah... tapi sekarang dengan perancangan rapi kita dapat lihat hasilnya di nilai 3...

" Kalau kita tak berani pecahkan ruyng manakan dapat sagunya.. "

Anonymous,  October 23, 2014 at 8:11:00 PM PDT  

MESRA MALL KE ATAU GIANT KIJAL YG HIDUP SEGAN MATI TAK MAU ..... PENULIS CAKAP IKUT SEDAP MULUT JE... SEKARANG TUTUP MULUT AND BUKAK MATA DAN LIHAT!!!!!

Muhamad Nor May 26, 2015 at 12:11:00 PM PDT  

Kompleks Tekstil Kijal belum lagi dibuka walaupun sudah masuk 2015. Mana pelaburan dengan pihak tekstil china yang digemburkan sebelum ini. Bagunan sudah siap, jalan pun sudah siap, tapi tiada peniaga. Hanya Giant yang masih beroperasi disitu..
Syukur, akhirnya, Ranaco akan menjadikan bagunan ini sebagai kampus nya yang terbaru.. Kalu tidak pasti projek ni akan jadi gajah putih....

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP