This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

PENGHARAMAN PORNO KUNCI KURANGKAN ZINA,SYABAS CHINA

Wednesday, September 22, 2010



Tahukah anda,negara China telah lama mengharamkan laman sesawang pornografi di negara mereka?Satu bangsa yang cukup dibenci oleh Perkasa ini membuktikan betapa mereka lebih terkehadapan berbanding negara-negara Islam yang masih terkial-kial mewujudkan akta berkaitan pornografi ini.Bermula 1 Julai tahun lalu,semua komputer yang dijual di China akan dilengkapi alat penapisan pornografi rentetan daripada pengharaman tersebut.Malah,terdapat sebahagian komputer yang telah disekat daripada mengakses Google setelah didapati mereka berjaya menembusi laman web pornografi daripada enjin carian tersebut.Sebenarnya,pengharaman pornografi bukannya baru di China malah bermula sejak penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949,berpuluh tahun yang lalu.Menurut undang-undang China,sesiapa sahaja yang menghasil,mengedar mahupun membeli media berkaitan pornografi akan dikenakan hukuman yang sewajarnya.Pada dasarnya,undang-undang ini cuma berbentuk amaran,namun pada tahun 2005,pencipta laman web pornografi terbesar di China telah dikenakan hukuman penjara.Malah,syarikat rakaman yang didapati melanggar akta tersebut juga akan hilang hak untuk berkarya.

Penulis sendiri terkejut apabila mengetahui perkara ini beberapa tahun yang lepas.Di China,mereka sangat berhati-hati dengan kandungan internet dari masa ke semasa termasuklah dengan mengharamkan penggunaan youtube,Facebook,Flickr dan lain-lain.Secara ringkasnya,apa saja kandungan yang bertentangan dan sensitif kepada kerajaan China akan diharamkan penggunaannya.Malah,banyak juga blog-blog antikerajaan yang disekat selain pengharaman Wikipedia setelah menceritakan isu sensitif seperti Dalai Lama dan Falun Gong. Secara peribadinya,penulis tidak bersetuju dengan pengharaman yang tidak ikut selera mereka dalam media(perangai sama macam kerajaan Malaysia).Namun,tindakan mereka mengharamkan pornografi sangatlah disanjung oleh penulis.Bagi penulis sendiri,laman web pornografi yang menyajikan video,gambar dan cerita-cerita lucah pada masa kini sebenarnya boleh kita anggap sebagai "ibu zina" di negara kita.

Pernahkah kita bertanya pada penzina dan perogol,apakah pendorong utama mereka untuk melakukan perbuatan tersebut?Jawapannya tidak lain tidak bukan,mereka akan terus menyalahkan nafsu.Pun begitu,jika kita terus mengkaji dengan lebih mendalam,pasti kita akan berjumpa dengan "catalyst"(pemangkin) atau pendorong kepada membuaknya nafsu jahat tersebut.Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah berpunca daripada sumber pornografi yang sangat meluas di Malaysia.Bayangkanlah,di Malaysia,akses terhadap laman pornografi di internet begitu berleluasa tanpa sebarang tapisan terhadapnya.Ini belum kira VCD,majalah dan bahan lucah lain yang berlambakan di dalam pasaran negara.

Penggunaan internet kini menjadi trend kepada remaja dan  generasi muda.Bayangkanlah,di zaman yang serba canggih,pelajar seusia lapan tahun telah tahu apa itu seks dengan menonton video lucah di internet.Cerita ini berlaku di kawasan penulis sendiri.Ketika ibu bapa sibuk bekerja,anak-anak ini beramai-ramai menonton perkara yang tidak sepatutnya mereka tonton.Perlakuan mereka ini akhirnya diketahui oleh ibu bapa pelajar tersebut yang telah menggunakan komputer kemudiannya.(mereka yang berumur lapan tahun ini masih tidak tahu bagaimana mengosongkan history di internet).Dengan satu kajian kes yang dibawa oleh penulis,maka telah terbukti betapa laman web sebegini sedang meracuni pemikiran anak-anak muda yang sedang meningkat naik.Malah,penulis masih ingat laporan Metro satu masa dahulu mengenai seorang remaja perempuan yang mengandung dan insaf daripada perbuatan zina bersama teman lelakinya.Faktor utama bagaimana dia boleh terjebak dengan zina ini adalah setelah menonton video lucah di internet.Lihatlah,betapa mudahnya akses video sebegini di internet.Mahu lihat versi Amerika,Eropah atau Jepun?Malah,versi Melayu juga ada.

Begitulah situasi yang berlaku dari ketiadaan akta pornografi di negara kita.Kerajaan sibuk memikirkan cara mengatasi masalah sosial dan pembuangan bayi tetapi pada masa yang sama masih belum nampak(atau buat-buat tidak nampak) dengan ibu segala zina dewasa ini.Sebagai pemerhati politik yang bebas,menjadi harapan penulis supaya parti-parti politik terutamanya Dewan Pemuda Pas untuk memperjuangkan penghapusan laman web pornografi di Malaysia.Bagi penulis,ini adalah satu tuntutan utama agama dalam usaha berjihad menentang hawa nafsu.Untuk rekod,bermula tahun 2000 hingga kini 2008,terdapat 257 000 anak luar nikah yang didaftarkan di Malaysia.Itu yang berdaftar,belum kira yang tidak berdaftar,yang dibuang dan malah dibunuh.Dan jumlah ini akan sentiasa bertambah-tambah saban waktu.(penulis tidak menemui statistik tahun lalu)

Selain itu,kempen anti zina yang dilancarkan kerajaan Selangor baru-baru ini adalah sukar untuk dijayakan selagi laman web porno masih bebas diakses di Malaysia.Penulis juga sangat berharap kepada Perkasa yang sering memikirkan nasib Melayu untuk memperjuangkan isu ini dalam usaha menyelamatkan anak Melayu yang sedang hanyut.Malah,kalaulah kerajaan Barisan Nasional melaksanakan pengharaman ini pastinya akan mendapat undi solid pelbagai pihak kecuali daripada mereka yang gilakan s**s.

bila berita dari China,
dikhabarkan di ruang maya.



0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP