This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

PENDIDIKAN PERCUMA DI MALAYSIA : SATU CADANGAN BUAT PAKATAN RAKYAT

Wednesday, September 1, 2010



Aku menulis atas kapasiti sebagai seorang pelajar.Kehidupan di universiti seperti lazimnya adalah "zaman kesusahan" rata-rata rakyat Malaysia yang bercadang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Oleh itu,kita biasa dengar,pelajar terpaksa bekerja sambilan,meminjam wang,mengikat perut malah melakukan "perkara-perkara" songsang demi segulung ijazah.Bagi mereka yang bernasib baik,cemerlang di peringkat SPM dan STPM,mereka ini akhirnya akan memperolehi biasiswa khusus dan terbang terus ke luar negara.Tapi itu cuma sedikit.Peratusan mereka tidaklah ramai.Sedangkan pada waktu yang sama,berpuluh ribu masih menuntut secara berbayar di IPTA dan IPTS di seluruh negara.

Aku ingin menekankan betapa kepayahan para pelajar ini.Terutama mereka yang datang dari keluarga kebanyakan,anak petani,anak guru,anak drebar,pomen dan peon.Semestinya mereka ini akan meminjam pada PPTPTN demi melunaskan yuran pengajian mereka.Mereka ini akan berhutang beribu-ribu ringgit sepanjang pengajian mereka selama 4 hingga 5 tahun.Dan wang ini kadangkala tidak dapat langsung "dirasa" oleh tangan mereka.Yuran itu,yuran ini.potong itu,potong ini.Akhirnya pinjaman yang bakal mereka rasa hanyalah sekitar empat lima ratus untuk satu semester.Dan apa yang terus membebankan,wang tersebut kemudiaannya akan diguna pula untuk persediaan pembelajaran,membeli buku dan nota yang bertimbun.Kadang-kala mereka tidak boleh merasa nikmat wang tersebut.Dan wang ini pula langsung tidak boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan harian mereka.Wang makan,minum dan tambang.Mereka kena sediakan wang berasingan pula.Bagi keluarga yang masih mampu,tidak menjadi beban.Tapi bayangkan bagi mereka yang berpendapatan rendah.Si anak yang belajar akhirnya terpaksa mengikat perut.Kadangkala mencari lubang-lubang kerja bersengkang mata di malam hari.Inilah realiti dunia pelajar kampus di Malaysia.

Lalu,aku tulis celoteh ini sebagai memberi saranan pada Pakatan Rakyat,komponen parti yang dilihat mampu memberi harapan kepada anak-anak muda masa kini.Aku cadang,tawarkanlah pendidikan percuma ini kepada anak-anak muda negara.Konsep pendidikan percuma ini perlu distruktur semula,bukan hanya sekadar di bangku persekolahan tetapi diberikan sehingga ke peringkat universiti.Persoalannya sekarang,bagaimanakah caranya?Adakah konsep ini tidak masuk akal dan membebankan kerajaan?Aku nampak tidak.

Kerajaan perlu merangka satu sistem.Bagi pelajar lepasan SPM,mereka-mereka yang mendapat tempat dalam pengajian diploma,mereka ini ditanggung segala yuran pengajian mereka.Hal ini setidak-tidaknya boleh mengurangkan kebergantungan orang ramai pada pptptn yang mengenakan caj yang agak tinggi seakan-akan menjadi "along halal" bagi pihak kerajaan.Seperti mana sekarang,pelajar-pelajar matrikulasi,Asasi dan STPM menikmati bantuan kewangan kerajaan.Bagus dan terima kasih buat kerajaan.Apa yang ada perlu dikekalkan.Akan tetapi,STPM,asasi dan matrikulasi ini hanyalah sekadar satu sijil selama lebih kurang setahun.Pelajar lepasan sijil-sijil ini majoritinya nanti akan memohon untuk ijazah pertama mereka.Di sinilah barunya bermulanya kos tanggung sendiri buat mereka.Oleh itu,sukalah kiranya saya memberikan sedikit cadangan pada PR(mahupun BN sekiranya berminat) bagi menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat diploma dan ijazah pertama.Dengan ini,pelajar tidak perlu memikirkan soal wang pengajian.Setelah mereka mendapat tempat di universiti,secara automatiknya,kos pengajian mereka adalah terjamin.Namun,saya tidaklah mencadangkan kerajaan membiayai wang saku dan wang harian mereka kerana ianya melibatkan satu kos dan liabiliti kepada kerajaan.

Dan sekiranya cadangan ini diterimapakai,ibu bapa,para graduan dan mereka-mereka yang bercita-cita mendapatkan segulung ijazah tidak lagi perlu memikirkan akan pinjaman PPTPTN yang mencekik.Dan lebih daripada itu,keadilan dalam pendidikan akan terjamin pada semua....

2 ulasan:

ANOR,  September 1, 2010 at 11:10:00 PM PDT  

SAYA RASA KALU FREE TERUK JUGA PIHAK IPTA. YURAN YG DIBAYAR SEBENARNYA ADALAH UNTUK TANGGUNG KOS PERKHIDMATAN DLL DI IPTA. SAYA RASA KALU KURANGKAN BAYARAN UP TO 60% OR 70% BARU REASONABLE. MASA SY BELAJAR DI IPTA, GRAD 2007, RM2300(BELUM TOLAK YURAN,BELI BUKU,DLL) SATU SEM CUKUP JER.

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP