This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

PEMILIHAN 2010,SUBURKAH DEMOKRASI DALAM PKR?

Tuesday, September 7, 2010


Ketika coretan ini ditulis,proses pemilihan pimpinan PKR Nasional sedang giat berjalan.Bahang pemilihan mula terasa di mana-mana.Pemilihan PKR kali ini sememangnya dianggap unik memandangkan semua ahli parti layak membuang undi memilih calon-calon pilihan mereka.Tumpuan kini terarah kepada pertembungan Azmin-Zaid bagi merebut jawatan Timbalan Presiden.Dua nama lain yang disebut-sebut bagi mengisi jawatan tersebut ialah Mustapha Kamil Ayob dan Menteri Besar Selangor,DS Khalid Ibrahim.Pertembungan juga terarah kepada pemilihan calon Ketua AMK Pusat,pertentangan antara tiga calon,Rafizi Ramli yang disokong Anwar Ibrahim,penyandang Shamsul Iskandar dan aktivis PKR yang terkenal dengan keranda Altantuya,Badrul Hisham Shaharin.Sememangnya,pemilihan PKR kali ini dilihat amat penting memandangkan pemimpin yang bakal terpilih mempunyai potensi besar untuk menjadi calon PRU umum yang akan datang.Untung nasib,boleh jadi Ahli Parlimen.Terlebih untung,boleh jadi menteri.Ya,kerana PR kini sememangnya bergerak menuju Putrajaya.Peluangnya saja sudah 50-50 sekarang.Oleh itu,maka tidak menjadi kehairanan langsung dalam benak kepala kita betapa ramainya pemimpin PKR,tidak kira tua atau muda,lelaki atau perempuan berebut-rebut menonjolkan diri demi mencari untung politik.Malah,ada pemimpin yang kurang terkenal juga turut sama mendaki puncak kuasa demi keuntungan politik ini.Itulah politik,tidak kira di pihak lawan atau kawan,pertembungan pasti berlaku.Semuanya punya matlamat dan impian memacu parti tercinta.Dan hal ini sebenarnya tidak salah,selagi adab dan integriti diri sendiri dan orang lain diutamakan.

Namun begitu,persoalan kini timbul,dengan melihat kepada realiti semasa,adakah pemilihan PKR kali ini akan menjadi subur dan bersih?Ya,benar.Agak sukar untuk menggunakan konsep politik wang dalam pemilihan PKR ini.Tetapi ianya tidak mustahil!Lihat sahajalah,bagaimana dalam PRU pun orang boleh menabur wang,inikan pula dalam pemilihan parti yang tertutup dan bersifat "rumahtangga" sebegini.Adakah setiap ahli PKR yang akan keluar membuang undi nanti,akan bebas dan merdeka jiwanya dalam membuat pilihan?Tanpa ada halangan-halangan realpolitik yang timbul?Itulah yang perlu dipersoalkan.Dua hari yang lalu,Zaid Ibrahim mengumumkan hasratnya bertanding Timbalan Presiden PKR.Dan beliau menyatakan kekesalannya terhadap tindakan cantas-mencantas yang mula berlaku dalam PKR.Ini berikutan ada pihak yang cuba memfitnah beliau akan menggunakan politik wang dalam pemilihan PKR kali ini.Beliau dilabel sebagai orang Daim Zainuddin dan orang yang cuba memecahbelahkan PKR.Begitulah harga politik yang perlu dibayar Zaid untuk  mendaki puncak tertinggi.Beliau yang sebelum ini disanjung sebagai orang yang berprinsip kini digelar pula sebagai petualang.Satu kisah sedih buat sosok bernama Zaid Ibrahim.Apapun,Zaid kini telah menyatakan keinginan beliau untuk menduduki kerusi nombor dua parti,tanpa mengendahkan usaha menjatuhkan beliau.

Itu cerita Zaid.Di Pahang pula,ahli Parlimen Indera Mahkota,Azan Ismail pula berkonflik pula dengan bendahari cabang tersebut,Kamaruzaman Md Yunus.Tuduh-menuduh berlaku selepas Azan mendakwa Kamaruzaman menyalahgunakan wang parti sebanyak RM30000 sehingga laporan polis dibuat.Azan kemudiaannya mendakwa ada usaha menjatuhkan beliau di peringkat cabang Indera Mahkota,antara kubu kuat PKR di Pahang.Begitu juga di Sabah,apabila kes penggantungan 12 anggotanya dipersoal oleh ahli PKR di Sabah.Dan kisah-kisah hangat di sebalik pemilihan PKR kali ini akan semakin banyak kedengaran selepas ini dalam mewarnai lagi suasana pemilihan kali ini.

Dan semalam pula,ahli-ahli Parlimen PKR dan dua orang Senator mengumumkan menyokong pencalonan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden,sesuatu yang dikira tidak patut berlaku.Sebagai meraikan demokrasi kebebasan memilih dalam parti tersebut,aku kira adalah tidak wajar mana-mana pemimpin menyatakan sokongan secara terang-terangan terhadap mana-mana calon.Hal ini tidak lain hanyalah akan mewujudkan semangat berpuak-puak dalam sesebuah parti itu sendiri,tidak lebih daripada apa yang berlaku dalam UMNO sekarang.Kalau begini gayanya,apalah bezanya PKR dan UMNO?Team-team dalam PKR sudah mula terbentuk secara jelas.Ada orang Azmin,ada orang Zaid.Ada orang itu,ada orang ini.Hal ini tidak patut berlaku.Tidak patut berlaku gandingan-gandingan sebenarnya dalam merebut jawatan.Ini Rafizi beregu dengan Amirudin Shaari,regu ini dengan ini.Hal ini tidak bagus.Ianya sebenarnya akan menghancurkan parti itu sendiri.Mahu bukti?Lihatlah MCA.Krisis kepimpinan mereka tidak lain dan tidak bukan,bukanlah kerana Ong Tee Keat itu lemah.Tapi,kerana wujudnya puak-puak dalam parti.Puak Presiden,puak timbalan presiden,puak naib presiden.

Dan terbaru,Adun-adun PKR Selangor dan Negeri Sembilan pula menyatakan sokongan kepada Azmin.Dan kalau kita teliti,jawatan Timbalan Presiden lebih hangat diperkatakan daripada kerusi Presiden!Malah,ada analisis mengatakan kerusi Timbalan Presiden ini penting kerana sekiranya Anwar dimasukkan sekali lagi dalam tahanan,maka Timbalan Presidenlah yang akan naik.Terkejut juga,siapa Presiden PKR,Anwar atau Azizah?Ini juga perlu pencerahan.Oleh itu,PKR perlu mencontohi PAS dalam pemilihan.Semua calon berhemah dalam berkata-kata.Berlapik dan beralas.Biarpun mereka ini berhasrat untuk bertanding,tetapi mereka ini tidak melanggar sahsiah dan adab.Tidak melampau-lampau dalam mengejar jawatan.Jawatan bagi mereka adalah amanah.Menang mereka pikul,dan kalah mereka terima.Lihatlah,Husam masih bersama Pas dan Mohd Sabu juga masih aktif berceramah.Kerana apa?Kerana Pas tidak mewujudkan puak dalam parti mereka.Walaupun ada tohmahan melabelkan proerdogan dan proulama,tapi hingga kini mereka gagal membuktikannya.Kerana apa?Kerana mereka yang berjuang melalui Pas diajar siasah Islam.Kaedah-kaedah yang diajar dalam Islam.

Dan buat PKR,janganlah terus menerus mengatakan sokongan kepada mana-mana pihak.Anda sokong si anu,sokong si fulan.Kalau sokong,undilah dan nyatakan sokongan secara senyap.Tindakan menyatakan sokongan dan menunjukkan kehebatan dan kekuatan kepada pencabar sebenarnya akan menjatuhkan PKR itu sendiri.PKR masih muda,dan kesilapan yang akan dibuat itu biasa.Tetapi lebih daripada itu,bagaimana mereka cuba mengurangkan rugi dalam asyik mencari untung.Berikanlah kebebasan minda kepada setiap ahli membuang undi.Selamat menjadi pemimpin.Kerusi di Putrajaya agaknya telah menanti anda.




0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP