This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

PAK LAH,NAIK KOMUTER LAGIKAH SEKARANG?

Thursday, September 23, 2010


Khamis,21 Ogos 2008 adalah hari yang penulis akan kenang sebagai tindakan luar kelaziman seorang pemimpin UMNO meninjau masalah rakyat.Pada hari ini,Perdana Menteri,Dato' Seri Abdullah Badawi dengan merendah dirinya menggunakan perkhidmatan keretapi Tanah Melayu,KTM(namun,penulis tidak pasti samada beliau membayar wang tambang atau masuk secara percuma!).Dan tindakan beliau walaupun dilihat terlewat dan lebih kepada mencari keuntungan populis,namun harapan tetap penulis beri padanya.Dan penulis juga yakin pengguna-pengguna KTM yang lain juga menyimpan harapan sama.Cerita ini adalah cerita hampir 2 tahun lepas.Ketika negara masih dalam kehangatan tsunami politik menuju 16 September yang tidak kunjung tiba itu.Pak Lah bersesak-sesak bersama para bodyguardnya,masuk sama ke dalam KTM pada waktu puncak(naiklah luar waktu puncak,baru boleh duduk!).Beliau akhirnya meluahkan kekecewaan pada perkhidmatan tren di Kuala Lumpur.Lembab,tidak ikut waktu dan paling kritikal tidak mampu menampung ramai penumpang.



Dan hari ini,penulis menaiki kembali komuter ini dari Stesen Serdang ke KL Sentral.Keadaan sama masih berlaku seperti dua tahun yang lalu.Tiada perubahan yang ketara kesan dari "kunjungan mesra" Pak Lah ketika itu.Mungkin KTM fikir Pak Lah sudah lupa dan tidur.Tidak ada lagi gesaan taraf tertinggi kepada syarikat tersebut.Namun KTM silap.Mungkin Pak Lah telah lupa,tetapi rakyat tidak pernah lupa.Tidak ada langsung perubahan yang diambil.Yang berubah pun hanyalah koc tengah yang kini dikenali sebagai koc merah jambu untuk wanita.Namun,koc itu langsung tidak memberi penyelesaian kepada masalah kesesakan di waktu puncak.Pengguna masih lagi berhimpit-himpit dalam tren tersebut sama seperti pemandangan keretapi di negara mundur.Penulis sebagai warganegara malu alah kepada beberapa orang pelancong asing yang turut berhimpit-himpit di dalam komuter.

Untuk rekod,jadual perjalanan sesebuah komuter adalah 15 minit sekali bermula seawal jam 5.30 pagi.Itu seperti yang tertera di atas kertas.Akan tetapi,hakikatnya tempoh menunggu adalah sekurang-kurangnya 20 minit memandangkan keretapi yang sentiasa berhenti di tengah landasan.Bayangkanlah pada waktu petang,rata-rata pengguna terpaksa menunggu selama hampir satu jam apabila setelah tren tiba pada minit ke 20,gerabak telah penuh dan bersesak.Oleh itu,terpaksalah mereka ini menunggu dengan hati yang ditahan-tahan.Penulis juga hairan,mengapa KTM lebih senang menggunakan gerabak keretapi elektrik menghubungkan KL-Ipoh berbanding menggunakannya untuk komuter di Kuala Lumpur.Jika KTMB melakukan yang sedemikian,kesesakan melampau dapat diatasi walaupun tidak semua.

Bagi melihat adakah kerajaan bersungguh untuk mengatasi masalah ini,penulis telah merujuk kembali NKRA yang diperkenalkan awal tahun ini di bawah menambahbaik pengangkutan awam bandar.

NKRA mensasarkan 600,000 orang akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang akhir 2012. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat menyatakan bahawa 240,000 dari jumlah populasi Lembah Klang ( 10 -12 %) mengunakan pengangkutan awam . Kerajaan berharap 2.5 % (atau 600,000) penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam.
Usaha ke arah itu termasuklah :
  1. Meningkatkan kapasiti pengangkutan awam
  2. Merangsang permintaan menerusi "pendekatan tarikan"
  3. Mengurangkan kesesakan kenderaan berat di kawasan pusat pernigaan (CBD)
  4. Menstruktur semula peraturan untuk kelangsungan yang berpanjangan
  5. Mengadakan pengurusan permintaan masa depan melalui "pendekatan tolakan.
  • Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan diwujudkan pada 2010. Ia sebagai kapten industri tunggal untuk menyelaras usaha kepada keseluruhan sistem pengangkutan awam. Kelemahan wujud kerana 12 kementerian terlibat dalam hala tuju pengangkutan awam.
Pengangkutan awam Lembah Klang kini telah tepu terutama bagi perkhidmatan rel (KTM Komuter, RapidKL, LRT dan Monorel. 360,000 pengguna kenderaan persendirian hendaklah beralih kepada pengangkutan awam. Bancian melaporkan bahawa 58 % atau 207,000 orang ini akan menggunakan perkhidmatan rel .42 % atau 153,000 orang akan menggunakan bas. Komuter KTM menyumbang 95,000 penumpang. Laluan LRT Kelana Jaya seramai 62,000. Laluan LRT Ampang LRT seramai 33,000 penumpang.
  • Masa menunggu selama 3 minit di stesen komuter akan dikurangkan kepada 2.5 minit sahaja. KTM Berhad telah membeli lima set tren elektrik (ETS) untuk perkhidmatan antara Ipoh-KL-Seremban menjelang April 2010.
  • Perkhidmatan Bas Transit Lebuhraya (BET) di empat koridor di Lembah Klang dilancarkan pada 2010.Laluan khas untuk bas yang meliputi 12 koridor utama di Lembah Klang diperkenalkan.
  • Bas RapidKL akan ditingkatkan kepada 850 buah bas. 52 laluan baru diperkenakan bagi memudahkan orang ramai ke Lembah Klang.
  • Sistem tiket bersepadu dan struktur tambang di bawah konsep "1Ticket, 1Seamless Journey" meliputi kesemua 16 operator di Lembah Klang.
  • 6,800 tempat baru meletak kenderaan di 14 stesen rel di luar kawasan bandar raya akan ditambah. Perkhidmatan feeder ke stesen rel diperbaiki serta meningkatkan stesen dan terminal bas yang sesak.
  • Terminal bas di Bandar Tasik Selatan (selatan), Gombak (timur) and Sungai Buloh (utara) akan diwujudkan. Terminal di Bandar Tasik Selatan sedang dibina. Terminal Gombak siap 2010. Terminal Sungai Buloh akan menampung bas ekspres ke utara selepas 2012. 750 bas dari selatan dan pantai timur Semenanjung akan dialihkan dari pusat bandar.
  • Hab terminal antara bandar raya di Pasarama Kota, Plaza Rakyat dan Pudu untuk menampung laluan trafik dari pinggir ke dalam bandar raya. 14 Hentian Akhir Bandar turut disediakan.

Berdasarkan NKRA tersebut,dinyatakan kerajaan mempunyai tarikh akhir bagi menentukan kejayaan NKRA ini samada tercapai atau tidak.Pelik juga penulis,setelah dua tahun lebih Pak Lah menaiki KTM,barulah siap kertas kerjanya.Dan penulis rasa pelik pula bila Kementerian Pengangkutan meminta dua tahun sahaja untuk menambahbaik perkhidmatan di bawah penubuhan SPAD.Untuk rekod juga,SPAD yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini baru sahaja memulakan perkhidmatannya dalam tempoh dua bulan yang lepas.

Berbalik kepada KTM,penulis rasakan kesesakannya boleh diatasi dengan:
1.membina jejantas dari Stesen LRT Abdullah Hukum ke Midvalley(jejantas seperti di Times Sq).Hal ini kerana kesesakan teruk berlaku apabila pengguna terpaksa "transit" untuk ke Mid Valley.
2.memendekkan masa menunggu kepada 10 minit.
3.Tidak berhenti di Stesen yang berdekatan dengan lrt (bandaraya,Putra dll) kerana kawasan tersebut boleh dihubungi menggunakan lrt.
4.menambah tren jarak pendek (dalam kawasan bandar sahaja).Khusus untuk mereka yang ingin ke kawasan sekitar bandaraya.

Apapun,sebagai rakyat Malaysia,penulis masih menaruh harapan.Pun begitu,janganlah harapan ini disia-siakan begitu sahaja.Kami rakyat yang setia menggunakan perkhidmatan awam saban hari tidak kisah akan transformasi kerajaan yang hanya indah pada nama,tetapi isinya tiada.Kami mahu perjalanan yang selesa ketika pergi balik dari tempat kerja.Selamat berehat,Pak Lah.

Selepas berhimpit,
dalam komuter Serdang-Kuala Lumpur.



   
                                             


                                             


2 ulasan:

Anonymous,  September 23, 2010 at 7:52:00 PM PDT  

Salam bro...

Laluan Batu Cave -Klang paling teruk.. Pengurusan KTMB berdosa kerana gagal memberi perkhidmatan yang memuaskan..kita naik komuter bukan free..kita bayar..tapi komuter tak pernah on time..sesak..panas..bila call KTMB 03-22798872 pegawai KTMB kata komuter rosak..alasan komuter tak cukop..next order tahun 2011 baru sampai komuter tambahan..rasa macam tak percaya!!

kamisokongpas | O | September 23, 2010 at 10:37:00 PM PDT  

salam.saya masih belum berkesempatan naik ktm baru laluan batu caves tersebut.Pelik juga,laluan baru pun sudah bermasalah.Nampak sangat KTM tidak buat kajian mengenai masalah yang lepas2.

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP