This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

MENGINGAT KEMBALI HUSAM DAN NASHA,SEJARAH MEREKA DIULANG ZAID DAN AZMIN...

Friday, September 10, 2010


Masihkah kalian ingat akan pemilihan Pas tahun lalu?Ianya telah melewati masa 14 bulan yang lalu.Ketika itu,Shah Alam menjadi saksi antara pemilihan yang paling dikenang sepanjang penubuhan Pas.Marilah kita imbau semula kisah ini.Buat apa?Kerana aku lihat,cerita hampir serupa bakal berulang.Aku cuma menebak.Meneka-neka,boleh jadi benar boleh jadi salah.

Dalam pemilihan tersebut,Tuan Presiden,Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak dicabar.Perwakilan Pas seluruh negara sebulat suara menyokong kepimpinan Haji Hadi.Pun begitu,berlaku pertembungan sengit di kerusi Timbalan Presiden Pas.Penyandang,Ustaz Nasharudin Mat Isa ditentang oleh Exco Kelantan,Dato' Husam Musa dan aktivis Pas,Haji Mohamad Sabu.Kenapa aku katakan pertembungan mereka ini sengit?Hal ini kerana,sepanjang tempoh berkempen mereka,pelbagai tohmahan,fitnah dan berita-berita kurang enak didengar dan didendang oleh mereka yang berkepentingan,baik dalam mahupun luar daripada Pas.Yang paling teruk dibantai ialah Husam.Malah agak "advance" apabila ada seorang blogger sanggup menamakan blognya antihusam.Dan semestinya Husam dihentam teruk di dalam blog tersebut.Husam yang dilabel puak "Erdogan" itu dituduh cuba menjatuhkan Tuan Presiden,mempengaruhi Nik Aziz dan cuba menghapuskan dominasi ulama dalam Pas.Benar atau tidak?Wallahualam.Dalam kempen pemilihan Pas tersebut,semacam wujud dua aliran dalam Pas,Nasharudin yang mewakili ulama dan Husam yang mewakili golongan profesional.Manakala Abang Mat pula menjadi calon yang "humble" tidak begitu diberi fokus.Bagi perwakilan,kehadiran beliau cumalah sekadar meraikan demokrasi dalam Pas.Begitulah ceritanya pemilihan tersebut berlangsung.Dan banyak lagilah yang aku sendiri ingat-ingat lupa(sebab terlampau banyak isu politik yang tenggelam timbul).

Akhirnya,pemilihan kepimpinan Pas berlangsung.Suasana sebelum pemilihan yang dilihat panas,rupanya tidak sama ketika hari pemilihan.Hari pemilihan berjalan lancar.Ternyata pujian terhadap perwakilan Pas yang mempunyai adab dan sahsiah tinggi.Biar berlainan sokongan,mereka tidak melatah.Itulah kelebihan perjuangan Islam yang diperlekeh UMNO.Mereka cemburu dengan adab berjemaah.Ketika keputusan pemilihan diumum,akhirnya penyandang Ustaz Nasharudin mengekalkan kerusi timbalan yang disandang beliau.Berikut keputusan penuh pemilihan tersebut:


Nasharuddin (480) - Menang
Datuk Husam Musa (281)
Mohamad Sabu (261)
Majoriti 199,undi rosak 4


Mengapa aku sorot kembali kisah pemilihan ini?Mungkin kita semua sendiri boleh meneka dari tajuk yang aku tuliskan di atas.Kerana apa?Kerana cerita sama bakal berulang.Ya,berulang.Dalam pemilihan parti rakan,PKR.Aku juga terkejut dan terfikir.Adakah skrip sama akan berulang?Cuma berlainan watak dan waktu?

Semasa aku mengarang cerita ini,proses pemilihan PKR 2010 sedang dalam perjalanannya.Kerusi Presiden PKR,Wan Azizah tidak dicabar mana-mana pemimpin lain.Nah,di sini saja telah berlaku persamaan.Seterusnya Azmin Ali yang menerima sokongan ramai dan mendapat restu Anwar akan menjadi calon pertama kerusi Timbalan Presiden.Nah,persamaan kedua.Lihat,Ustaz Nasharudin juga sememangnya jadi calon pilihan kerana beliau dianggap mewakili golongan ulama.Calon Timbalan Presiden kedua ialah Datuk Zaid Ibrahim.Aku kira sebagai persamaan ketiga.Aku tidak samakan Zaid dan Husam disebabkan mereka berasal dari Kelantan tetapi cabaran yang mereka hadapi dalam proses pertandingan ini.Dulu Husam difitnah dan dikutuk dan kini giliran Zaid pula.Zaid ini dikatakan pemecahbelah parti,ejen Daim Zainudin dan terlampau liberal.Selain itu,calon yang mungkin menjadi calon ketiga ialah Mustapha Kamil Ayob.Beliau ini  aku samakan saja seperti Abang Mat.Tidak banyak kontroversi dan kehadiran beliau tidak begitu mendapat perhatian media.

Lalu,bagaimana pula dengan Khalid Ibrahim?Khabarnya beliau juga akan bertanding?Nah,di sini timbul pula kebetulan yang kelima.Ingatkah kita,semasa pencalonan dulu,Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan turut menerima pencalonan.Tapi beliau tidak masuk bertanding.Dan firasat aku kuat merasakan bahawa sosok bernama Khalid Ibrahim ini tidak akan bertanding.Beliau sedar kemampuan politiknya.Apapun,masih terlalu awal untuk aku meneka dan mengagak cerita dan siri seterusnya dalam pemilihan PKR.Ceritanya telah hampir mencapai klimaks,manalah tahu akan timbul anti-klimaks di sana.Dan aku bukan nujum.Bukan pawang atau bomoh.Hatta Paul Si Sotong yang pandai meramal.Cuma aku bercakap atas soal kebetulan yang aku rasa.Walaubagaimanapun,kuasa menentukan sama ada kisah Pas dan PKR ini berulang atau tidak terletak dalam tangan ahli-ahli PKR yang bakal memangkah undi.Apapun,sekarang aku asyik terbayang manusia yang bernama Azmin Ali yang bakal menjadi Timbalan Presiden PKR.Kenapa ya?

pagi satu Syawal,
menunggu azan Subuh.
Dungun,Terengganu.




0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP