This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

Malangnya nasibmu,Kuala Terengganu....

Monday, September 6, 2010





Musim perayaan tiba kembali.menggamit anak perantauan pulang ke tanah asal.Maka,berduyun-duyunlah anak muda pulang ke kampung.Dan aku,turut pulang.Ke mana lagi ikan kalau tak berenang ke lubuk?Puas sudah rasanya sekadar berenang di permukaan,puas sudah berjumpa buih-buih kehidupan.Seperti anak muda yang lain,kepulangan ke kampung halaman tentulah mengharapkan sedikit kelainan,perubahan-perubahan yang boleh dibanggakan.Kalau hebat,nanti boleh bikin cerita sama teman.Kampungku kini bandaraya.Sudah banyak perubahan.Tapi malangnya,berbulan sebelum aku tinggalkan ia,kemudian pulang semula,wajahnya tidak pernah berubah.Tetap serupa.Kalau dulu aku naik bas di stesen bas MBKT,turun aku semalam pun masih di situ.Sedihnya aku pada kau Kuala Terengganu,tarafnya Bandaraya,tapi langsung tak setaraf dengan yang lain-lain.Kalau aku hendak buat perbandingan,KT ini hanyalah lebih besar sedikit dari Kajang.Tak tertanding langsung sama Kuala Lumpur,Petaling Jaya mahupun Shah Alam.

Mengimbau kembali aku ke belakang.1 Januari 2008,Kuala Terengganu diisyhtihar sebagai bandaraya.Wah,terkejut aku.Terfikir juga,apa saja kriteria yang dipakai untuk jadi bandaraya?Kalau begitu,mengapa Kuantan yang lebih hebat daripada KT tidak diiktiraf sebagai bandaraya?Ini langkah bendul namanya.Namun,aku bersangka baik.Mungkin kerajaan Islam Hadhari punya perancangan hebat.Boleh majukan KT sekelip mata.Dan tika itu juga aku teringat akan KTCC,mahu wujudkan sebuah bandaraya moden,dalam ECER katanya.Dari segi gambaran artis,wah kalah Venice di Itali.Malah hampir melawan Vegas di USA!Hebat ya perancangan urbanisasi di KT.Ya,aku tidak nafikan Kuala Terengganu layak mendapat jolokan sebegitu.Kedudukan geografinya cantik,di antara pertemuan sungai Terengganu dan Laut China Selatan,terletak betul-betul di muara sungai,dikelilingi beberapa buah pulau semulajadi dan berlatarkan beberapa buah bukit.Dengan sedikit landskap yang menarik sahaja sebenarnya mampu menaikkan seri KT.Ya,lihatlah bagaimana Pulau Duyong,masjid Kristal dan pembinaan Pulau Warisan dapat menaikkan seri persisiran kuala sungai Terengganu.Dari satu segi,aku puji Kuala Terengganu.Biarlah projek itu nampak membazir,tapi ia dapat mencantikkan imej Kuala Terengganu(persoalannya wajarkah dalam keadaan banyak lagi projek yang lebih aula dilaksanakan?).Dan monumen-monumen yang tersergam di sebalik lesu mengalirnya sungai Terengganu akan terus dikenang sebagai peninggalan zaman Idris Jusoh,sedikit kebanggaan juga kepada dirinya sendiri.

Dan,kini dunia sudah menganjak hampir dua tahun yang kemudian.Terengganu di bawah era Ahmad Said.Kini sedikit sebanyak Kuala Terengganu sebuah bandar yang mati boleh hidup sedikit apabila wujudnya Giant,Mydin Mall dan Kompleks Perniagaan Paya Keladi.Sekadar menamakan tempat-tempat yang boleh dilihat dek mata sekarang.Seterusnya,ada pula sebuah pencakar langit di Terengganu,Hotel Felda.Cantik,tersergam indah di tepi sungai.Boleh dilihat jelas dari Jambatan Sultan Mahmud.Tapi,aku berkira-kira juga.Berapa ramai agaknya rakyat Terengganu yang merasakan nikmat sebenar daripada pembangunan "cuci mata" di negeriku ini?Taman tamadun khabarnya berbayar,hotel di Pulau Duyung,tengok dari luar sahajalah yang berani.Dan,hingga kini aku masih tertunggu-tunggu projek yang benar-benar memberi manfaat kepada warga kota Kuala Terengganu.

Orang Kuala Terengganu ini sebenarnya bernasib malang.Bayangkanlah,di bandar ini hanya naik satu sahaja shopping complex,Plaza Paya Bunga(Giant dan Mydin dianggap hypermarket).Itupun sampai sekarang tidak boleh diduduki.Alasannya,lesen layak menduduki CF masih belum diperolehi.Projek plaza ini semenjak aku darjah satu lagi rasanya.Sampai sekarang pun masih belum beroperasi.Adakah nak tunggu aku bercucu baru boleh beli belah di sini?Keduanya,seperti yang sedia maklum,orang KT ini malang kerana insiden stadium runtuh.Sempat jugalah berbangga dalam setahun ada stadium canggih,tup,tup....runtuh pula...wah,sedihnya...
Dan terbaru,Kompleks Paya Bunga pula terbengkalai.Billboardnya hebat,membina hotel,membuat pusat beli belah,Akhirnya terbengkalai.Betul-betul di sebelah Stesen bas.Sesiapa yang lalu lalang pasti mampu melihatnya.Sampai sekarang,apa yang ada cumalah basement tempat letak kereta.

Aku selalu bercakap sama rakan-rakan.Ya,cakap-cakap orang muda.Alangkah indahnya jika Kuala Terengganu ada sebuah The Summit.Biarlah tak setanding Sunway Pyramid,biarlah tak sehebat KLCC,Pavillion,Mid Valley mahupun One Utama.Cukuplah ada sekadar tempat kami berhibur.Boleh juga tengok wayang,cuci-cuci mata.Ini harapan semua warga kota Kuala Terengganu.Tapi harapan itu entahkan jadi entahkan tidak.Kami di Kuala Terengganu cukup banyak digula-gulakan dengan pelbagai projek.Sejak dulu lagi.Namun,banyak daripadanya tidak menjadi realiti.Ada yang terbengkalai dan banyak pula tidak dengar perkhabarannya.Senyap sepi ditelan masa.Malah,kalau kita rajin-rajin bermain internet,ada satu forum yang membincangkan tentang pembangunan di Kuala Terengganu.Dan rata-rata mereka ini berkongsi pendapat,idea,gambar dan lebih daripada itu berkongsi kekecewaan dengan pembangunan di ibu negeri Terengganu ini.Cukup lembab dan perlahan.Malu jika hendak dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia.Contoh mudah,kalau dibandingkan Kuala Terengganu dengan Kota Bharu,jauh KB ke hadapan dalam soal urbanisasi.Aduhai,malangnya bandarayaku.Pembangunan hanyalah melibatkan kerajaan dan GLC,hampir tiada pembangunan yang dibawa oleh syarikat swasta.Adakah mereka ini tidak berminat dengan Terengganu?Atau mereka ini terlepas pandang sama sekali Kuala Terengganu?Kita lihatlah sahaja kebanyakan cawangan-cawangan Pantai Timur bagi syarikat-syarikat swasta.Kebanyakannya di Kuantan dan Kota Bharu.Keran itulah aku katakan penduduk KT ini bernasib malang!

Sekadar menamakan beberapa projek-projek yang diumumkan kerajaan Terengganu mungkin akan mengingatkan kita akan banyak juga projek yang digula-gulakan kerajaan setakat ini.Contohnya:

1. KT Sentral(dengar cerita dalam proses)
2. Bandar Baru Bukit Besar
3. KTCC(projek ECER)
4. Jambatan Kuala Nerus, Jambatan Pulau Sekati
5. Bangunan 18 tingkat MBKT
6. Rumah Pangsa di Padang Hiliran
7. Flat Ladang Rakyat(alhamdulillah siap Fasa 1)
8. Parking Bertingkat berhampiran Wisma Darul Iman-under construction(teknologi China)
9. Dataran Darul Iman ( Tapak Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah)
10. Shopping Mall ( Paya Bunga Square)-terbengkalai
11. besarkan Jalan KT-Tepuh
12. besarkan Pekan Tepuh
13. Hospital Jantung Terengganu
14. Rumah Pangsa di Seberang Takir
15. Naik Taraf Pasar Payang supaya Moden
16. Majukan Kg Ladang, Lorong Jamil
17. banyakkan Hotel2 di bandar KT
19. Nak adakan Kabel Car di Tasik Kenyir
20. Nak ujudkan Stesen Bas Berpusat
21. Nak buat Fly Over di Bulatan Batu 6
22. Nak buat Fly Over gak di Persimpangan Jln KB-KT
23. Nak Buat Rumah Mampu Milik (apartment) di Sepanjang Kg Tanjung Kapur
24. Nak Buat Menara Pelancongan 20 Tingkat di Sebelah Astaka
25. Majukan Pekan Batu Enam
26. Dan banyak lagi

Lihatlah banyak juga yang dijanjikan oleh UMNO-BN di Terengganu.Aku pernah bercakap banyak kali perkara ini dengan rakan-rakan.Mereka katakan baguslah banyak bangunan runtuh di KT,membuktikan BN banyak bina bangunan.Di zaman Pas dulu,langsung tidak ada pembangunan.Jadi tidak layaklah penyokong-penyokong Pas mempertikai pembangunan BN di Terengganu.Inilah satu contoh otak diletak di kepala bahu oleh penyokong BN.Sedangkan apa yang kita  tahu,zaman Pas memerintah Terengganu mereka sekat bantuan royalti.Rela mereka larikan UTP ke Perak,mereka hentikan projek-projek Persekutuan di Terengganu.Dan malanglah rakyat dan penghuni Bandaraya Kuala Terengganu.Mereka sukar untuk merasakan pembangunan sebenar buat mereka kerana percaturan politik.Menangislah sang Penyu,biar merah darah dan air matamu bertakung di Kuala Sungai Terengganu.























TAPI SAYANG,SEMUA PEMBANGUNAN DI TERENGGANU ADALAH PEMBANGUNAN CUCI MATA SEMATA-MATA....

tolonglah bantu stesen teksi yang usang
tolonglah bantu stesen bas yang panas berdebu
tolonglah bantu kurangkan jammmed di KT
tolonglah bantu Group di Facebook We Want GSC in KT
tolonglah bantu tebatan banjir di Terengganu

Cukup-cukuplah bantu pelancong makan angin
cukuplah senangkan Gilmour main pusing-pusing.

2 ulasan:

Anonymous,  February 18, 2012 at 2:33:00 PM PST  

jika pas pegang KT,bolehkah mereka membangunkan KT?

Anonymous,  May 28, 2014 at 10:58:00 PM PDT  

Saya setuju dengan apa yang saudara luahkan. Saya sendiri anak Terengganu, bekerja di perantauan, apabila pulang sekali-sekala, tak nampak perubahan dari segi corak pembangunan infastruktur. Bagi saya perlulah memperbanyakkan pusat membeli belah, tak payah sampai ke Antartika tengok negara orang, pergi ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur, tengok bagaimana ia boleh menarik seberapa ramai orang di situ. Perlulah ada perubahan dari segi mentaliti, nampak dari kaca tv, Terengganu seperti syurga pelancongan, tapi bagi saya sendiri, tiada apa-apa.

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP