This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

MAHATHIR,ANDA MENIPU,TERLUPA ATAU NYANYUK?

Friday, September 24, 2010







Mahathir berfatwa lagi.Sesuai dengan jawatan kininya selaku Mursyidul Am Perkasa pimpinan Ibrahim Ali.Penulis sendiri pelik pada Ibrahim.Mahathir yang telah menghancurkan karier politiknya di Pasir Mas dalam UMNO satu masa dahulu masih sanggup bersama Mahathir kini.Semalam,Mahathir berfatwa lagi.Beliau mendakwa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah.Menurut Mahathir, apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri Pakatan Rakyat.

“Kita lihat Nizar (Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin) di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

Wah,hebat Melayu sungguh Mahathir.Penulis sendiri tidak pasti adakah Mahathir sudah terlupa siapakah yang telah melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya?Mungkin beliau telah lupa,tetapi rakyat tidak pernah lupa.Persempadanan semula dilakukan pada masa pemerintahannya yang menyebabkan banyak kerusi majoriti Melayu terpecah-pecah.Haji Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar adalah contoh pemimpin pembangkang yang hilang kerusi hasil daripada persempadanan tersebut.

Dalam tulisan ini,penulis lebih suka untuk menggunakan angka kerana angka jarang menipu.Sekiranya benar kuasa bakal hilang sekiranya Pakatan Rakyat memerintah,mari kita lihat kembali situasi Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

CALON PAKATAN RAKYAT


Calon Melayu
Calon Cina
Calon India
Calon Bumiputera  Sabah/Sarawak
PKR
70
20
5
9
PAS
67
-
-
-
DAP
1
37
9
1
Jumlah
138
57
14
10

KEDUDUKAN AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MENGIKUT KAUM SEHINGGA SEPT 2010


Wakil Rakyat Melayu
Wakil Rakyat Cina
Wakil Rakyat India
PKR
16
6
4
PAS
23
-
-
DAP
-
22
7
Jumlah
39
28
11


Oleh itu,berdasarkan dua buah carta di atas,telah terbukti betapa orang Melayu TIDAK akan hilang kuasa dan suara sekiranya Malaysia diperintah oleh Pakatan Rakyat.Penulis yakin komposisi calon ini akan terus dikekalkan oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.Katakanlah kesemua calon Cina dan India menang dalam pru 13,mereka cuma akan mempunyai 39 buah kerusi Parlimen.Dan kerusi Melayu masih lagi kekal menjadi kerusi majoriti.Untuk rekod,majoriti mudah bagi membentuk kerajaan di Parlimen adalah sebanyak 114 buah kerusi.Oleh itu,untuk membentuk kerajaan,Pakatan Rakyat akan tetap memerlukan baki 75 wakil rakyat Melayu.Oleh itu,Melayu masih memegang sekitar 65 peratus kerusi untuk sesebuah kerajaan.
Hal ini akan serupa dengan kedudukan kerajaan Malaysia sekarang di mana kerusi wakil Melayu dalam BN (UMNO dan PBB) adalah sekitar 66 peratus!Atau dalam bahasa mudahnya,kerusi Melayu ini tidak akan lari.Samaada ke tangan BN atau PR,ianya tetap memerlukan 65 peratus kerusi Melayu untuk menguasai parlimen.Maka,dakyah UMNO dan Mahathir yang mengatakan Melayu hilang kuasa jika di bawah Pakatan adalah dakyah bodoh setaraf budak tadika.

Untuk perhatian juga,kerusi Melayu Pakatan Rakyat sekarang adalah seimbang sebanyak 50 peratus.Inilah perkara yang mungkin cuba dikelirukan oleh UMNO.Untuk makluman,kedudukan seimbang ini hanyalah ketika PR menjadi pembangkang.Akan tetapi,sekiranya PR memerintah adalah MUSTAHIL SAMA SEKALI untuk wakil rakyat CINA atau INDIA menjadi PERDANA MENTERI,malah mereka ini paling kuat hanya akan membentuk 35 peratus ahli.Malah,kalau ditakdirkan DAP/MCA/Gerakan dan MIC bergabung sekalipun mereka tidak boleh lepas lebih 40 peratus kerusi pun kerana kedudukannya adalah samada DAP menang atau MCA menang.Kalau tidak DAP,MCA.Makanya kerusi mereka itu sebanyak itulah sahaja.

Seterusnya,penulis ingin membawa satu fakta.Sebenarnya,Pakatan Rakyat lebih banyak memberi peluang kepada calon Melayu di Parlimen yang mana menjadi kerusi tradisi parti komponen BN yang lain.Antara contoh yang sempat dalam pemerhatian penulis adalah:

1.Parlimen Hulu Selangor
calon PKR - Dato' Dr.Zainal Abidin Ahmad (melayu)
calon MIC - Dato' G.Palanivel (India)

2.Parlimen Tanjung Malim
calon PKR - Mohamad Azman Marjohan (Melayu)
calon MCA - Ong Ka Chuan (Cina)

3.Parlimen Gerik
calon Pas -Mohd Nor (Melayu)
calon BN -Tan Lian Hoe (Cina)

4.Parlimen Lumut
calon PKR - Hj Suwardi Hj Sapuan (Melayu)
calon MCA - Kong Cho Ha (Cina)

5.Parlimen Pandan
calon PKR - Syed Shahir Syed Mohamud (Melayu)
calon MCA- Ong Tee Keat (Cina)

6.Parlimen Ayer Hitam
calon PAS - Haji Husin (Melayu)
calon BN - Wee Ka Siong (Cina)

7.Parlimen Simpang Renggam
calon Pas - Atan Gombang (Melayu)
calon BN - Liang Teck Meng (Cina)

8.Parlimen Gelang Patah
calon PKR - Dr.Zaliha Mustafa(Melayu)
calon BN - Tan Ah Eng (Cina)

9.Parlimen Tebrau
calon Pas - Roslani Sharif (melayu)
calon BN -Teng Boon Soon (cina)

10.Parlimen Tuaran
calon PKR - Ansari Abdullah(melayu Sabah)
calon BN - Wilfred Mojilip Bumburing(bumiputera)

11.Parlimen Putatan
calon PKR - Saukinah Yussof(melayu)
calon BN -DR Makin@Marcus Mojigoh(bumi)


Oleh itu,berdasarkan senarai nama calon ini,adakah kita masih mahu menganggap bahawa BN boleh menyelamatkan kuasa orang Melayu sedangkan kerusi majoriti Melayu diberikan kepada parti komponen lain demi survival politik pemimpin BN.Maka,marilah kita sama-sama hentikan tahyul yang mengatakan hanya UMNO mampu menyelamatkan Melayu.Realitinya Melayu hanya akan mampu diselamatkan oleh Allah.Orang Melayu perlu memberi peluang supaya pemimpin Melayu yang beramal dengan Islam memerintah daripada diperintah oleh orang Melayu yang beramal dengan sekular.

Buatmu,Dr.Mahathir,penulis harap anda bersaralah sepenuhnya daripada politik.Usia senja lebih baik dihabiskan beramal ibadat kepada Allah daripada anda mengikut Ibrahim Ali yang masih muda remaja.Kepada semua,hayatilah statistik di atas dan ingatlah betapa Melayu tidak akan hilang kuasa pemerintahan di Malaysia.Yang bakal hilang,hanyalah UMNO dan korupsi.Insyaaallah.

Ketika fakta angka,
dilihat mampu memberikan kebenaran.

















0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP