This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

KESESAKAN JALANRAYA MELAMPAU DI AIDILFITRI....DISKRIMINASI INSFRASTRUKTUR DI KELANTAN DAN TERENGGANU

Tuesday, September 14, 2010




1 Syawal telah berlalu empat hari yang lalu.Kuala Lumpur sebagai ibu negara lengang dan kosong.Ketika itu,seluruh warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.Bayangkan,tiket bas untuk pulang beraya ke Pantai Timur telah habis dijual sebelum Ramadhan lagi membuktikan betapa ramainya penduduk Pantai Timur di Kuala Lumpur.Tinjauan mendapati Hentian Bas Putra di PWTC dikerumuni orang ramai yang ingin pulang ke kampung.Kalau hendak dikira indikator betapa ramainya jumlah orang Pantai Timur di Kuala Lumpur belum cukup dibuktikan dengan jumlah tiket bas,keretapi dan kapal terbang yang terjual.Kalau mahukan bukti yang lebih jelas,sila pandu kereta menuju ke Plaza Tol Gombak.Kesesakan yang maha hebat berlaku.Beribu-ribu kenderaan dalam masa yang sama bergerak ke beberapa destinasi serupa di Pantai Timur,Kota Bharu,Kuala Terengganu dan Kuantan.

Di Kuantan,masalah kesesakan tidak seberapa.Hal ini kerana struktur jalanraya di tahap yang baik,dihubungkan dengan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).Perjalanannya lancar dan cepat.Bagi perjalanan ke Terengganu,perjalanan juga turut lancar,tetapi hanyalah setakat di Kemaman sahaja.Selepas itu,kesesakan hebat mula berlaku memandangkan kenderaan terpaksa melalui jalan bandar dan jalanraya satu lorong.Kesesakan akan mula berlaku dari Chukai sehingga menghala ke Kerteh kerana jalanrayanya satu lorong.Jika kurang bernasib baik,kehadiran lori tangki dan lori kontena di sepanjang perjalanan akan membantutkan lagi perjalanan.Seterusnya,kesesakan teruk berlaku di kawasan Rantau Abang hingga ke simpang empat Bandar Marang berhampiran replika Sotong dan Udang.Selepas lampu isyarat Marang,jalanraya reda sedikit kerana dua lorong.Tapi apabila masuk ke kawasan bandar,"jammed" teruk berlaku di kesemua arah,baik di Kuala Ibai,Wakaf Mempelam,Manir dan Batu Enam.Malah,paling teruk kesesakan adalah di Jambatan Sultan Mahmud.Begitulah kesesakan melampau yang berlaku di Terengganu ketika musim Aidilfitri terutamanya di "Bandaraya" Kuala Terengganu.Malah,orang ramai berfikir dua tiga kali untuk berhari raya di rumah saudara dan sahabat handai.Kuala Terengganu telah menjadi seperti Kuala Lumpur memandangkan pertambahan kereta sebanyak dua kali ganda.

Itu cerita di Terengganu.Di Kelantan paling teruk.Bayangkan,beribu-ribu kenderaan terpaksa melalui jalan satu lorong yang panjang bermula dari Bentong hingga ke Kuala Krai.Malah,aku sendiri mempersoalkan taraf Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang.Adakah jalan satu lorong boleh dianggap sebagai lebuhraya?Bagi pemandu kenderaan yang rata-rata pulang menghala ke Kota Bharu,perjalanan yang mereka tempuhi sangatlah memenatkan,tersekat dalam kesesakan dan menguji tahap kesabaran yang tinggi.Aku tidak tahu kesesakan di Bandar Kota Bharu kerana aku beraya di Kuala Terengganu.Tetapi dari apa yang dibaca dalam akhbar,situasi serupa di Kuala Terengganu berlaku di Kota Bharu.Jalan sesak teruk.Pastinya orang ramai yang mahu beraya di rumah kenalan akan lebih lama beraya di dalam kereta.

Begitulah ceritanya tentang hari raya di kedua-dua buah bandaraya majoriti masyarakat Melayu-Islam di Malaysia.Kesesakan lalulintas akan sentiasa berlaku ketika sambutan hari raya.Perkara ini bukanlah baru berlaku tahun ini,tetapi sudah sekian lama.Persoalannya,apakah faktor utama kesesakan melampau ini?Jawapannya adalah kerana struktur jalan raya satu lorong yang masih menjadi jalan utama di kedua-dua buah negeri ini.Bayangkan,tatkala sudah hampir tiada jalan utama satu lorong di sebelah Pantai Barat,di sebelah Pantai Timur lain pula ceritanya.Bayangkanlah,di Terengganu,masih terdapat Jalan Persekutuan satu lorong,jalan utama yang menghubungkan bandar utama.Betapa jalan sesibuk di Kemaman kawasan perindustrian,jalan di Marang yang menghala ke Kuala Terengganu,jalan Sungai Tong menghala ke Besut masih lagi dalam keadaan satu lorong.Sedangkan,jalan-jalan ini adalah jalan utama yang dilalui beribu-ribu kenderaan sehari.Di pusat bandar Terengganu,nama sahaja yang gah sebagai bandaraya.Namun,jalan raya hanyalah setaraf jalanraya di Klang dan Kajang.Katanya dalam cadangan mahu bina flyover,mahu struktur Bulatan Batu Enam.Tapi sehingga kini,masih belum nampak papan tanda projek tersebut.Projek inilah sebenarnya yang berkepentingan awam,lebih "aula" dari Monsoon Cup dan lebih "afdhal" dari Masjid Kristal.
Baru-baru ini,projek LPT tertangguh lagi.Ada kontraktor yang lari.Katanya siap tahun ini.Akhirnya bila kontraktor cabut,hampir setahun projek tak jalan.Kini tahun 2012 pula yang akan dijanjikan.Dan,rakyat Terengganu akan terus menunggu dan menunggu.Raya tahun depan jammed lagi.Tahun sekali lagi pun sama.

Di Kelantan pula,bayangkan betapa hebatnya diskriminasi politik di sana.Insfrastuktur jalan diabai.Mungkin para Menteri hanya ke Kelantan menaiki pesawat khas maka tidak tahu betapa seksanya tahap jalanraya di Kelantan.Jalan di Gua Musang masih seperti ular kena palu.Masih serupa seperti jalan pramerdeka.Kerna itulah perjalanan ke Kelantan memakan masa yang lebih lama daripada ke Terengganu kerana struktur jalanrayanya.Khabarnya,dalam RMK10 akan dibina 7 buah lebuhraya.Namun,langsung tidak kedengaran projek lebuhraya menghubungkan Kelantan dan Kuala Lumpur.Inilah sebab utama rakyat Kelantan terus jauh dari UMNO.Kerana secara terang-terangan Kerajaan Persekutuan mendiskriminasi rakyat Kelantan.Mereka juga membayar cukai,tetapi kenapa jadi begitu?

Secara konklusinya,menjadi harapan rakyat pada kerajaan memerintah supaya tidak lagi meminggirkan negeri di pantai timur.UMNO seumpama meneruskan legasi British yang cuma menumpukan pembangunan insfrastruktur di Pantai Barat dan mendiskriminasi pantai Timur.Walhal,Terengganu dan kini Kelantan adalah penyumbang ekonomi utama negara.Bayangkan kalau negeri-negeri ini bukan wilayah Malaysia,kerajaan Malaysia tidak akan merasa sesen pun duit hasil minyak dari perut bumi Kelantan dan Terengganu.Barang diberi Allah agar kerajaan Persekutuan dapat ditukar supaya hak dan keutamaan rakyat di Terengganu dan Kelantan dikembalikan.Oleh itu,harapan masih di tangan Pakatan Rakyat.Kalau ditakdirkan PR juga gagal mengembalikan hak kepada Pantai Timur,akan menangislah Kijang dan Penyu selama-lamanya.

Selepas kesesakan,
Kuala Terengganu.

1 ulasan:

Tamingsari January 27, 2011 at 5:45:00 PM PST  

Undi PAS... dapat le Isle versi PAS... nak pembangunan kenalah undi parti yang benar-benar ikhlas nak perjuangannya...

Islam + Pembangunan = BN

Islam + kemunduran = PAS

Lu pilihlah sendiri!

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP