This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

KERAJAAN PAS TERENGGANU PERINTIS NEGARA BERKEBAJIKAN

Tuesday, September 28, 2010



SIRI RAKYAT TERENGGANU TIDAK LUPA


Pas memerintah Terengganu selama satu penggal,bermula dari tahun 1999 hingga 2004.Ketika itu,zaman internet baru bermula.Blog belum ada waktu itu.Terengganu di bawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi tidak begitu menonjol.Tidak banyak media alternatif yang wujud.Yang ada cumalah Harakah terbitan dua minggu sekali dan di internet Tranungkite sudah dianggap glamour dan terkehadapan.Media kerajaan pula rakus menyerang dan memburukkan kerajaan Pas Terengganu.Mereka cuba menggambarkan betapa kerajaan Terengganu ini lebih teruk dari kerajaan di Kelantan.Maka RTM sebagai alat propaganda terhebat setiap hari akan menyiarkan slot "Terengganu Dalam Gerhana" selepas Berita Jam 5 dan Berita Perdana.Ulangtayang gambar pelajar tadika kemas mengangkat kerusi diperbesar malah seumpama simbol kezaliman Pas Terengganu.Gambar rumah-rumah buruk tidak ketinggalan menjadi penghias slot ini setiap hari.


Begitulah gambaran ketika Pas memerintah di Terengganu,digambarkan jumud dan radikal.Punya sentimen politik yang melampau.Namun hakikatnya tidak begitu.Penulis adalah anak Terengganu dan membesar di zaman pemerintahan Pas Terengganu.Bagi penulis,keamanan dan ketenteraman hidup di Terengganu yang wujud dahulu sudah hilang kini.Mungkin penduduk luar Terengganu tidak terkesan akan pemerintahan Pas Terengganu dulu.Penulis tidak salahkan mereka tetapi lingkungan media ketika dulu.Malah,kalau hendak diukur kebajikan Pas Terengganu dengan kerajaan Pakatan Rakyat sekarang,Pas Terengganu lebih terkehadapan dalam mewujudkan negeri berkebajikan.Zaman Pas di Terengganu adalah "zaman emas" pembangunan sebenar di Terengganu.Ketika itu penulis masih bersekolah.


Walaupun royalti ditarik secara rasmi,hakikat bahawa duit masih sampai di bawah itu ada walaupun tidak banyak.UMNO yang cuba berlagak baik merampas royalti dan mewujudkan wang ehsan sedikit sebanyak sampai juga pada golongan sasar.Mungkin ramai ahli Pas tidak merasa bantuan RM300,bantuan anak sekolah dan bantuan beras dan susu tetapi bagi kami para pelajar,hasil rampasan itu dirasa sedikit.Ketika itulah wujudnya kelas eMas,satu bentuk tuisyen khusus murid seluruh Terengganu kerjasama Jabatan Pelajaran dan UMNO negeri.Penulis masih ingat,kelas itu sangat istimewa.Para pelajar mendapat makanan percuma rehat dan tengahari,mendapat modul khas dan juga alat tulis.Mungkin golongan dewasa tidak melihat ianya sesuatu yang besar,tetapi para pelajar cukup senang dengan bantuan tersebut.Itulah cara UMNO merampas semula Terengganu.Mereka ambil hati rakyat negeri tersebut dengan bantuan pendidikan sebegitu.Maka,tidak hairanlah apabila pelajar-pelajar Terengganu lebih cemerlang dalam peperiksaan.Melalui pengalaman di atas,penulis bukanlah berniat memuji muja kebaikan UMNO itu.Pada satu dasar,itu duit sebenar rakyat Terengganu.Ketika mereka perintah mereka tidak mahu beri,bila orang pegang mereka pula yang sibuk-sibuk tunjuk baik.


Itulah cerita lapan tahun lepas,ketika UMNO sedaya upaya merampas Terengganu.Malah slogan mereka "cukuplah sekali ning" menggambarkan betapa mereka bersungguh dalam gerak kerja mereka.Apapun,kelas eMas yang dikenang penulis kini sudah hampir tiada.Apabila mereka telah menang kembali,kelas itu pun sudah beransur tiada.Kalau dahulu makan dua kali sehari,kini sekali pun kadang-kadang tidak.Malah,seingat penulis ketika mengambil peperiksaan umum beberapa tahun lepas,kelas tambahan kerajaan negeri hampir tiada sama sekali.Yang ada,hanyalah atas inisiatif pihak sekolah.Zaman Pas walaupun ketika royalti ditarik,namun ketika itulah duit royalti boleh dirasa rakyat Terengganu.Habis sahaja mereka menang,wang ehsan entah ke mana dibelanjakan Idris Jusoh dan Patrick Badawi.Simbol muzium runtuh adalah peninggalan legasi Idris and the gang.


Entah mengapa,kalau indeks perkapita hendak dibuat ukuran,Terengganu bukanlah terbaik ketika itu.Malah kalau indeks FDI juga hendak dikira tidak nampaklah hebatnya kerajaan Terengganu.Namun apapun,ketika itu Terengganu penulis anggap sebagai antara negeri terselamat dan makmur di Malaysia.Mungkin indeks  GNH(Gross National Happiness) yang diamalkan di Bhutan pastinya merekodkan Terengganu di tempat teratas sesuai dengan slogan kerajaan ketika itu,"Negeri Aman Rakyat Beriman."Sesungguhnya,Terengganu telah cuba sedaya upaya mereka untuk mewujudkan sebuah negeri berkebajikan,lama sebelum polisi ini cuba diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat.


Antara polisi negeri berkebajikan yang paling penulis kenang adalah dasar pemilikan tanah di Terengganu ketika itu.Boleh dikatakan,ketika itu sesiapa sahaja yang layak memohon tanah samada untuk rumah dan pertanian akan diluluskan.Hal ini mengingatkan kembali penulis pada prinsip perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong bahawa "Tanah adalah Hak Allah."Pun begitu,dasar baik Pas Terengganu ini dicemburui oleh UMNO.Hasilnya,selepas mereka menawan kembali Terengganu banyak Geran Tanah Sementara (TOL) yang diluluskan pada zaman Pas tidak diperbaharui.Polisi kerajaan Terengganu berkaitan tanah ketika itu ialah:






Seterusnya,polisi negeri kebajikan Pas yang penulis tidak lupa adalah penghapusan cukai pintu.Bagi sesetengah pandangan,penghapusan cukai pintu ini adalah sesuatu yang tidak wajar pada PBT.Hal ini kerana kebanyakan PBT bergantung pada hasil cukai.Penulis tidak tahu bagaimana polisi ini dikeluarkan.Pada pandangan penulis,polisi ini mungkin dikeluarkan atas alasan royalti yang diterima negeri sudah cukup tinggi.(Pas Terengganu manalah tahu bahawa royalti ini ditarik).Apapun,penghapusan cukai tersebut sememangnya bertujuan untuk membantu penduduk.Amalan yang telah dilaksanakan di Terengganu ini pada dasarnya memberikan kita satu bukti,betapa kerajaan tidak akan bangkrap sekiranya membantu rakyat.Muflisnya kerajaan adalah apabila berlakunya sikap tidak ukur baju di badan sendiri.


Bagi penulis,kerajaan Terengganu adalah sebuah kerajaan yang berjaya membuktikan ketepatan janji manifesto mereka walaupun tidak seratus peratus.Berikut adalah senarai kejayaan negeri Terengganu di bawah negeri kebajikan Pas.






Berdasarkan kejayaan-kejayaan tersebut,ternyata kerajaan Pas Terengganu adalah antara pelopor kerajaan berkebajikan selain Kelantan.Namun,ini semua tidak diberitakan di RTM dan Utusan Malaysia.Rakyat Malaysia perlu sedar betapa segala kebaikan Pas selama ini telah disembunyikan jauh dari sejarah politik negara.Pada waktu ini,penulis berfikir,apa agaknya yang terjadi sekiranya royalti tidak ditarik di Terengganu.


Anak Terengganu di perantauan,
Universiti Pantai Dalam.

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP