This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

JPJ PERLU KUATKUASA LARANGAN LAMPU PUTIH - HID / XENON

Thursday, September 16, 2010




Laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara jelas menyebut bahawa penggunaan High intensity Discharged (HID) Headlamp iaitu lampu yang tidak menggunakan filament tetapi menggunakan Gas Xenon (iaitu lampu putih) secara aksesori (retrofit) adalah tidak dibenarkan. 

Mereka yang engkar boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu 'keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau mungkin mengakibatkan merbahaya pada orang di dalam kenderaan atau di atas jalanraya', kesalahan ini boleh didenda sehingga RM 2000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 6 bulan dibawah seskyen 119(1) APJ 1987.

Bagaimanapun, peraturan ini tidak dikuatkuasa secara agresif. Semakin banyak kenderaan yang memasang lampu putih ini walaupun ia membahayakan pengguna jalan raya yang lain.


High intensity Discharged (HID) Headlamp iaitu lampu yang tidak menggunakan filament tetapi menggunakan Gas Xenon.
Pemasangan lampu HID secara aksesori (Retrofit) adalah tidak dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM
Lampu HID yang dipasang secara aksesori (retrofit) dengan kuasa melebihi standard yang telah ditetapkan boleh menganggu penglihatan dan seterusnya memudaratkan pengguna jalan raya lain.
Pada 19 November 2007, JPJ telah mengemaskini C&U dan memasukkan peraturan kawalselia terhadap penggunaan lampu HID di dalam Kaedah 96 (2)(i) yang menyatakan "sekiranya lampu HID digunakan, pemasangan,spesifikasi dan sistem lampu tersebut hendaklah mematuhi peraturan UNECE 48, UNECE 98 dan UNECE 99"
Penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori (Retrofit)boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu 'keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau mungkin mengakibatkan merbahaya pada orang di dalam kenderaan atau di atas jalanraya', kesalahan ini boleh didenda sehingga RM 2000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 6 bulan dibawah seskyen 119(1) APJ 1987.
Pemeriksaan terhadap kenderaan yang mengubahsuai/memasang lampu HID secara aksesori (retrofit) dengan mengeluarkan notis larangan Penggunaan Kenderaan (PG1) di bawah Seksyen 59 APJ 1987 bagi kes-kes yang dikesan sehingga akhir bulan November 2008.
Saman mula dikeluarkan bermula bulan Disember 2008 terhadap kenderaan yang mengubahsuai/memasang lampu HID secara aksesori (retrofit).
Pemandu/pemilik akan diberi masa selama sepuluh hari (10) untuk memperbetulkan lampu tersebut kepada lampu asal

Sumber - website JPJ 



PERSOALANNYA,KENAPA PEMANDU HARI INI CENDERUNG MENGGUNAKAN HID?


1.Penggunaan sumber tenaga yang kurang.Sekiranya seseorang pemandu menukar kit lampu HID pada keretanya,kemungkinan besar lampu kereta tersebut tidak lagi perlu ditukar sepanjang hayat kereta tersebut.


2.Walaupun terlupa menutup lampu kereta selama berjam-jam,kereta masih berupaya untuk dihidupkan.


3.kadar penglihatan pemmanduan lebih jelas dan selamat.


4.Kehidupan perkhidmatan rata-rata dari lampu HID adalah 2000 jam, dibandingkan dengan antara 450 dan 1000 jam untuk lampu halogen.


Oleh itu,setiap pemandu di Malaysia perlulah menghentikan penggunaan lampu HID pada kenderaan.Hal ini kerana silau lampu yang terlampau tinggi membahayakan penglihatan dan pandangan pemandu lain sekaligus membawa kepada risiko kemalangan.Sebagai menyatakan sokongan kita pada pengharaman penggunaan lampu HID,marilah menyertai group ini di facebook iaitu


http://www.facebook.com/group.php?gid=118245771563076&v=wall&ref=ts


Setelah bahaya dikhabarkan, 
pada dinihari.





0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP