This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

HIKAYAT PEJUANG BANGSA III : Pengakhiran hidup si lompat-lompat

Thursday, September 9, 2010


BAHAGIAN AKHIR

Setelah beberapa bulan di Australia,aku kembali pulang ke kampungku.Isteri-isteriku sudah menangis.Mereka fikirkan aku diculik.Report polis dibuat.Aku juga terkejut.Bagi mengelakkan gosip terhadap diriku,aku menyatakan kedudukan yang sebenarnya.Biarlah aku rehat sebulan dua.Aku mahu jadi penulis tamu di beberapa buah majalah politik terkemuka,sekurang-kurangnya menjana pendapatan diriku.Kini aku menyesal keluar parti keris.Kalau dulu duit mencari aku,kini aku pula terpaksa mencari duit.Mujurlah anakku bekerja di Australia.Boleh juga aku menumpang hasil gajinya yang lumayan.Ah,aku bukan malas.Dulu masa lepas graduate aku cuba juga berniaga.Tapi aku dicantas-cantas oleh peniaga Arab.Mereka telah lama menguasai ekonomi.Bagiku,bangsaku hanyalah tuan sekadar nama di tanah air sendiri.Sedih rasa hatiku.Kesempatan masa yang panjang aku gunakan bagi membuat sedikit research untuk pHDku.Berkait tentang ketuanan Melayu yang unik.Di dunia ini tidaklah banyak bangsa yang menjadi tuan.Melayu salah satu yang masih jadi tuan.

*  *  *

Awal 2008.Aku mendengar khabar pilihanraya umum akan berlangsung awal tahun ini.Selewat-lewatnya sebelum Mei.Hal ini bagi mengelakkan pemimpin Parti Saksama Adil (PSA),Anwari Ali bertanding dalam pilihanraya.Dikhabarkan,Mr.Clean sangat takut akan sosok bernama Anwari ini.Beliau dianggap Menteri Perdana in waiting.Tambahan pula,rakyat marah dengan sikap Mr.Clean yang suka tidur dan dengar cakap jiran sebelah rumahnya.Jirannya merangkap Timbalan Ketua Pemuda PKM agak hebat.Khuzairi Jamal namanya,lulusan Harvard Universiti.Ah,mereka itu tidak penting.Yang penting,soal politik diriku.Aku harus bangkit.

Ya,aku ada cadangan.Aku akan bodek Tuan Guru Aziz.Berikan saja kerusi Emas Berpasir buatku.Haji Din Bangkok lebih sesuai mengajar pondok.Beliau pun taraf-taraf pondok.Biarlah aku saja bersilat di parlimen.Dengan muka yang tebal,aku pergi membodek Guru Aziz di Gunung Melaka.Aku pakai serban dan jubah.Aku baca ayat-ayat Quran malah aku jadi imam malam itu.Tuan Guru Aziz pasti fikir aku telah insaf dan mahu menyokong gerakan Islam.Akhirnya,aku bertanding sebagai calon Parti Islam Federal di kawasan Emas Berpasir.Kemenangan terhadap diriku semakin dekat.Aku akan melakukan comeback ke puncak kuasa!Ya,tunggu....

Barang ditakdirkan Allah,tsunami politik melanda Malay Land.Pakatan pembangkang,Pakatan Kuasa Rakyat berjaya mentadbir lima negeri dan aku sendiri telah berjaya menang besar di Pasir Mas.Wah,alangkah gembiranya hatiku!

*  *  *

Kini,sudah hampir dua tahun berlalu.Mr.Clean telah digantikan oleh Bik Mama,wanita pertama yang diangkat menjadi Menteri Perdana.Aku pun telah berubah.Kerana rinduku pada PKM tidak pernah surut.Rakan-rakanku masih di dalam sana.Tapi aku malu alah dengan Tuan Guru Aziz untuk berpaling tadah.Namun,akhirnya aku dicucuk oleh rakan-rakan lamaku.Mereka suruh aku hentam Pifa.Aku pun bertempiklah.Pifa boneka Parti Arab Majmuk(PAM).Malah aku sanggup tuduh Tuan Guru Aziz sebagai agen Arab bagi menjatuhkan ketuanan Melayu.Aku terpaksa.Maafkan aku,Tuan Guru.Demi kuasa,matlamat menghalalkan cara.

Bila aku bertempik,makin ramai bangun menyokongku.Itulah membuatkan aku makin bangga.Lalu aku dan teman-teman menubuhkan Perkuasa,badan mempertahan hak ketuanan Melayu.Aku seolah-olah dimakan sumpah ketuanan Melayu.Seolah-olah dirasuk semangat Hang  Tuah.Melayu,melayu,melayu menjadi  zikirku. Aku caci Ketua Menteri Negeri Pinang,Alfarizi Wal Guani.Dia orang Arab.Orang Arab cuba menghapuskan hak istimewa orang Melayu.Aku makin ringan mulut untuk mencaci maki.Habis orang tidak sehaluan denganku aku maki,aku keji,aku kutuk,aku hina.

Akhirnya,akibat terlalu banyak melakukan dosa mulut,Allah telah beri pengajaran berguna padaku.Satu pagi ketika aku bangun,aku tidak mampu lagi untuk bercakap.Aku cuba bertempik,tapi suara aku tidak keluar.Aku cuba bangun dari katil,tapi aku  tidak mampu.Rupa-rupanya aku telah lumpuh separuh badan.
Akhirnya,hingga kini aku hanya terbaring di rumah ditemani isteri tuaku.Rakan-rakan politik hanya memandang sepi.Aku menyesal.Aku terbayang wajah Tuan Guru Aziz dan lain-lain yang aku selalu hina.Sekiranya mereka semua membaca kisahku ini,ampunkanlah diriku.Semoga aku pulang menghadap Tuhan dengan hati yang tenang.

Sekian,
Haji Ibrahim bin Alias
Bekas Ahli Kawasan Emas Berpasir
Chih-Tu,
Malay Land.

NOTA PENGARANG: KISAH INI TIDAK KENA MENGENA DENGAN YANG TELAH HIDUP ATAU PUN YANG MENINGGAL DUNIA.CERITA INI BERLAKU PADA ZAMAN AKAN DATANG DI SPACESHIPS.....

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP