This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

TUNTUTAN SAMAN ROYALTI:ADAKAH SEJARAH TERENGGANU BERULANG?

Monday, August 30, 2010



Gelombang tahun 1999 mentakdirkan Pas di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memerintah Terengganu.Ya,aku masih ingat waktu itu.Aku masih di bangku sekolah.Gerakan reformasi menyaksikan sokongan hebat di Terengganu.UMNO terkejut.Mereka seolah dipukul oleh gelombang ombak reformasi sedangkan jarak Terengganu dan Kuala Lumpur beratus batu jauhnya!Terengganu negeri kaya.Hasil minyaknya sahaja mampu menjadikan negeri ini negeri paling maju (kalaulah kerajaan Terengganu berhasrat sebegitu).Ditambah dengan hasil hutan,balak dan perladangan,Terengganu adalah bumi emas di jantung Malaysia!Tapi rakyat Terengganu tidak pernah rasa semua itu.Duit yang banyak entah ke mana.Bila Pas memerintah,UMNO jadi risau.Mereka bimbang Pas akan memacu Terengganu dengan hebat dengan jumlah hasil yang banyak.

Akhirnya,satu-satunya cara menyekat pembangunan Terengganu adalah dengan melarikan wang royalti.Berjuta-juta disalurkan sebagai wang ehsan.Wang ehsanlah sebenarnya yang menjatuhkan Pas Terengganu.Ini realiti yang tak boleh ditolak.Aku masih ingat,UMNO memperkenal kelas eMas...untuk semua pelajar sekolah.Kami mendapat kelas tambahan percuma,malah turut dapat makan percuma!Kem-kem kecemerlangan anjuran pejabat pendidikan dan UMNO di mana-mana.Bantuan persekolahan anak-anak,bantuan RM300 dan belanja dapur ditabur UMNO seperti menabur bertih pada ayam.Maka,berduyunlah orang Terengganu mengambil hak yang telah dinafikan.Mereka berterima kasih pada UMNO.Walhal,itu hak kerajaan negeri!Orang Terengganu berterima kasih pada perompak yang memulangkan sedikit wang mereka!Kesiannya orang Terengganu.

Menjelang pilihanraya 2004,aku masih ingat.Gelombang biru diperkenal.Orang-orang kampung dan Felda yang dulunya ada yang menyokong Pas telah berpatah arah.Kesilapan mengundi Pas dicanang-canang.Pas tidak mampu mentadbir negeri.Sedangkan hasil telah dibawa lari.Bayangkan ya,sang perompak telah melarikan wang kita.Dan dengan wang tersebut mereka mengupah orang membunuh kita.Itu dua kali malang namanya! Dan pilihanraya 2004,Pas tumbang.Benar,penipuan undi wujud.Tapi swing sokongan atas pagarlah sebenarnya yang menjatukan kerajaan Pas Terengganu.Ini perlu diakui.

* * *

Cerita sama kini berulang di Kelantan.Menurut Datuk Husam,Kelantan wajar mendapat royalti.Namun,kerajaan Persekutuan menidakkannya.Mereka beri wang ehsan RM20 juta.Nah.Modus operandi mereka di Terengganu kini berulang.Aku percaya,orang Kota Bharu,Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian tidaklah mudah disogok wang ehsan ini.Tapi ingat....kerusi Pas di pedalaman kini terancam!Perhatikanlah Manek Urai,Dabong,Ayer Lanas,Nenggiri,Bukit Bunga dan lain-lain.Situasi UMNO menabur budi kini berulang.

Dan pagi tadi,kerajaan Kelantan bertindak menyaman Petronas....aduh,aku mula nampak nasib di Terengganu akan berulang di Kelantan.Sampai sekarang pun perbicaraan masih belum selesai di Terengganu.Dan kini,Kelantan pula yang memfailkan saman.Kalaulah warga Felda Kemahang menunggu masa 10 tahun untuk menang saman,agaknya berapa tahun yang diperlukan kerajaan Kelantan untuk menang?Dan lebih pada itu,entahkan menang entahkan tidak?

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP