This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

SARANAN BUAT PAKATAN RAKYAT : MENANG FELDA MENANG MALAYSIA

Tuesday, August 31, 2010


Aku tinggal di Dungun,atau lebih pantas jika aku katakan tinggal di Paka.Sosioekonomi penduduknya pelbagai.Latar geografinya juga pelbagai.Penduduk Paka terdiri daripada para pekerja industri minyak dan gas di Kerteh(memandangkan jaraknya tak sampai 5km dari loji Petronas),ada nelayan,bekerja sendiri,sedikit kakitangan kerajaan dan selebihnya adalah peneroka Felda dan KETENGAH.Jika dilihat,sosioekonomi penduduk ini terpecah-pecah,dipecah juga oleh faktor geografi.Penduduk pinggir Pantai Paka,di Kuala Sungai Paka adalah majoriti masyarakat nelayan.Mereka ini kerjanya ke laut,hidup susah dan memerlukan bantuan.Di kawasan pekan Paka,penduduknya terdiri daripada golongan berpelajaran tinggi,para juruteknik dan jurutera Petronas (bukan penduduk asal Paka),kakitangan kerajaan dan mereka yang bekerja sendiri.Apabila masuk jauh sedikit ke kawasan pedalaman,bermula dari Santong hingga ke Rasau,majoriti penduduknya adalah peneroka Felda dan KETENGAH,sesuai dengan struktur tanah beralun untuk tanaman kelapa sawit dan getah.

Jika dilihat dari konteks Dun,Paka adalah sebuah Dun yang bermula dari peti undi Sura,Batu 5(kawasan Cina),Durian Mentangau,Tebing Tembah,Pinang Merah,Kampung Nyiur,Kuala Paka,Limbong,Santong sehinggalah ke kawasan Felda di Rasau.Dalam PRU 1999,kerusi ini dimenangi oleh calon Pas,Ust.Saiful Bahari Mamat.Namun,"Gelombang Biru" yang melanda Terengganu pada tahun 2004 telah menakdirkan Dun Paka jatuh ke tangan UMNO.Juga dalam PRU 2008,Adun BN Zakaria Abdullah masih berjaya mengekalkan Dun Paka walaupun dengan majoriti tipis.Persoalannya,mengapa Pas tidak mampu merampas kembali dun Paka?Adakah Pas tidak mampu diterima di Paka?Jawapannya,tidak.Bekas Adun Pas,Ustaz Saiful sangat diterima oleh penduduk Paka.Pas di kawasan Paka juga boleh dikatakan agak kuat.Ditambah pula ada perpecahan UMNO di Paka(di mana ada dua pejabat UMNO di Paka,satu UMNO promohdsaid,satu UMNO proidrisjusoh) menyebabkan UMNO tidaklah begitu kuat di bandar Paka.

Walaubagaimanapun,UMNO masih berjaya mengekalkan kerusi Dun Paka ini atas satu sebab yang kukuh.Mereka ada semacam satu "fixed deposit" pengundi setia bagi dun Paka.Mereka ini tidak lain adalah pengundi-pengundi Felda dan Ketengah.Ditambah sedikit sokongan tinggi masyarakat nelayandi Paka.UMNO cukup-cukup "membela" pengundi setia mereka ini.Malah,projek perumahan PPRT Taman Hadhari di Paka diduduki oleh majoriti penangkap ikan ini.Seumpama sebuah markaz besar dan perkampungan UMNO di Paka.Begitu juga di kawasan FELDA.Sokongan terhadap Pas adalah tidak begitu memberangsangkan.Orang-orang KETENGAH boleh dikatakan majoriti penyokong UMNO.Dan,tidak salah jika aku katakan faktor sebenar kekalahan Pas di Dun Paka adalah kerana peti undi Felda ini.

Jangan salahkan golongan Felda,jangan salahkan golongan nelayan yang susah.Kenapa mereka mengundi UMNO?Kerana mereka menerima "ugutan budi" daripada UMNO.Seperti yang aku ceritakan mengenai sosioekonomi sebentar tadi,faktor utama orang menyokong dan kekal bersama UMNO adalah kerana faktor ekonomi.Mereka ini golongan yang tidak begitu bernasib baik.Masyarakat penangkap ikan masih memerlukan bantuan diesel kerajaan.Mereka perlukan bantuan kewangan bagi menampung kehidupan.Begitu juga masyarakat FELDA.Mereka ini sudah sekian lama menerima budi UMNO.Bagi mereka,jika tidak UMNO yang menubuhkan Felda,mereka tidaklah semudah sekarang.Mereka masih terikat dengan UMNO.Malah ada di antara mereka yang tidak bergeran tanah.Seumpama menumpang di tanah kerajaan.Golongan petani dan pekebun begitu juga.Masih mengharap bantuan baja subsidi cap dacing.Dan semestinya,UMNO akan sentiasa mengekalkan mereka sebegini,hidup dalam keadaan bergantung ihsan UMNO.

Situasi yang aku ceritakan di tempat aku tidak ada bezanya di tempat lain di Malysia.UMNO kuat di Johor kerana Felda,di Pahang,Negeri Sembilan,Terengganu dan hatta di negeri Pakatan Rakyat sekalipun.PRK Hulu Selangor telah membuktikan sedemikian.UMNO masih mendominasi kawasan FELDA.Senang sekali aku katakan bahawa "FELDA WILAYAH UMNO".Jangan marah ya saudara.Dan persoalannya,adakah Pakatan Rakyat tidak boleh buat apa-apa?

Ya,sebenarnya boleh.Masuk kawasan FELDA dengan bersungguh.Nyatakan tawaran yang lebih berani kepada masyarakat peneroka(daripada terus mengatakan Felda bangkrap).Golongan peneroka mahukan jaminan soal tanah,soal hasil,bantuan baja,bantuan tanam semula,bayaran yang lebih baik,insfrstruktur dan jaminan masa depan anak-anak mereka.
Golongan peneroka akan bangkit sekiranya mentaliti mereka diubah.Dan aku melihat PR tidak ada satu jentera terancang untuk menembusi Felda.PR perlu memperkasa dan memperkemas Anak,NGO yang membela Felda.Dan sekiranya Felda berjaya ditawan,sebenarnya PR telah menawan Malaysia.Percayalah....

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP