This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

SARANAN BUAT PAKATAN RAKYAT : MENANG FELDA MENANG MALAYSIA

Tuesday, August 31, 2010


Aku tinggal di Dungun,atau lebih pantas jika aku katakan tinggal di Paka.Sosioekonomi penduduknya pelbagai.Latar geografinya juga pelbagai.Penduduk Paka terdiri daripada para pekerja industri minyak dan gas di Kerteh(memandangkan jaraknya tak sampai 5km dari loji Petronas),ada nelayan,bekerja sendiri,sedikit kakitangan kerajaan dan selebihnya adalah peneroka Felda dan KETENGAH.Jika dilihat,sosioekonomi penduduk ini terpecah-pecah,dipecah juga oleh faktor geografi.Penduduk pinggir Pantai Paka,di Kuala Sungai Paka adalah majoriti masyarakat nelayan.Mereka ini kerjanya ke laut,hidup susah dan memerlukan bantuan.Di kawasan pekan Paka,penduduknya terdiri daripada golongan berpelajaran tinggi,para juruteknik dan jurutera Petronas (bukan penduduk asal Paka),kakitangan kerajaan dan mereka yang bekerja sendiri.Apabila masuk jauh sedikit ke kawasan pedalaman,bermula dari Santong hingga ke Rasau,majoriti penduduknya adalah peneroka Felda dan KETENGAH,sesuai dengan struktur tanah beralun untuk tanaman kelapa sawit dan getah.

Jika dilihat dari konteks Dun,Paka adalah sebuah Dun yang bermula dari peti undi Sura,Batu 5(kawasan Cina),Durian Mentangau,Tebing Tembah,Pinang Merah,Kampung Nyiur,Kuala Paka,Limbong,Santong sehinggalah ke kawasan Felda di Rasau.Dalam PRU 1999,kerusi ini dimenangi oleh calon Pas,Ust.Saiful Bahari Mamat.Namun,"Gelombang Biru" yang melanda Terengganu pada tahun 2004 telah menakdirkan Dun Paka jatuh ke tangan UMNO.Juga dalam PRU 2008,Adun BN Zakaria Abdullah masih berjaya mengekalkan Dun Paka walaupun dengan majoriti tipis.Persoalannya,mengapa Pas tidak mampu merampas kembali dun Paka?Adakah Pas tidak mampu diterima di Paka?Jawapannya,tidak.Bekas Adun Pas,Ustaz Saiful sangat diterima oleh penduduk Paka.Pas di kawasan Paka juga boleh dikatakan agak kuat.Ditambah pula ada perpecahan UMNO di Paka(di mana ada dua pejabat UMNO di Paka,satu UMNO promohdsaid,satu UMNO proidrisjusoh) menyebabkan UMNO tidaklah begitu kuat di bandar Paka.

Walaubagaimanapun,UMNO masih berjaya mengekalkan kerusi Dun Paka ini atas satu sebab yang kukuh.Mereka ada semacam satu "fixed deposit" pengundi setia bagi dun Paka.Mereka ini tidak lain adalah pengundi-pengundi Felda dan Ketengah.Ditambah sedikit sokongan tinggi masyarakat nelayandi Paka.UMNO cukup-cukup "membela" pengundi setia mereka ini.Malah,projek perumahan PPRT Taman Hadhari di Paka diduduki oleh majoriti penangkap ikan ini.Seumpama sebuah markaz besar dan perkampungan UMNO di Paka.Begitu juga di kawasan FELDA.Sokongan terhadap Pas adalah tidak begitu memberangsangkan.Orang-orang KETENGAH boleh dikatakan majoriti penyokong UMNO.Dan,tidak salah jika aku katakan faktor sebenar kekalahan Pas di Dun Paka adalah kerana peti undi Felda ini.

Jangan salahkan golongan Felda,jangan salahkan golongan nelayan yang susah.Kenapa mereka mengundi UMNO?Kerana mereka menerima "ugutan budi" daripada UMNO.Seperti yang aku ceritakan mengenai sosioekonomi sebentar tadi,faktor utama orang menyokong dan kekal bersama UMNO adalah kerana faktor ekonomi.Mereka ini golongan yang tidak begitu bernasib baik.Masyarakat penangkap ikan masih memerlukan bantuan diesel kerajaan.Mereka perlukan bantuan kewangan bagi menampung kehidupan.Begitu juga masyarakat FELDA.Mereka ini sudah sekian lama menerima budi UMNO.Bagi mereka,jika tidak UMNO yang menubuhkan Felda,mereka tidaklah semudah sekarang.Mereka masih terikat dengan UMNO.Malah ada di antara mereka yang tidak bergeran tanah.Seumpama menumpang di tanah kerajaan.Golongan petani dan pekebun begitu juga.Masih mengharap bantuan baja subsidi cap dacing.Dan semestinya,UMNO akan sentiasa mengekalkan mereka sebegini,hidup dalam keadaan bergantung ihsan UMNO.

Situasi yang aku ceritakan di tempat aku tidak ada bezanya di tempat lain di Malysia.UMNO kuat di Johor kerana Felda,di Pahang,Negeri Sembilan,Terengganu dan hatta di negeri Pakatan Rakyat sekalipun.PRK Hulu Selangor telah membuktikan sedemikian.UMNO masih mendominasi kawasan FELDA.Senang sekali aku katakan bahawa "FELDA WILAYAH UMNO".Jangan marah ya saudara.Dan persoalannya,adakah Pakatan Rakyat tidak boleh buat apa-apa?

Ya,sebenarnya boleh.Masuk kawasan FELDA dengan bersungguh.Nyatakan tawaran yang lebih berani kepada masyarakat peneroka(daripada terus mengatakan Felda bangkrap).Golongan peneroka mahukan jaminan soal tanah,soal hasil,bantuan baja,bantuan tanam semula,bayaran yang lebih baik,insfrstruktur dan jaminan masa depan anak-anak mereka.
Golongan peneroka akan bangkit sekiranya mentaliti mereka diubah.Dan aku melihat PR tidak ada satu jentera terancang untuk menembusi Felda.PR perlu memperkasa dan memperkemas Anak,NGO yang membela Felda.Dan sekiranya Felda berjaya ditawan,sebenarnya PR telah menawan Malaysia.Percayalah....

Read more...

TUNTUTAN SAMAN ROYALTI:ADAKAH SEJARAH TERENGGANU BERULANG?

Monday, August 30, 2010



Gelombang tahun 1999 mentakdirkan Pas di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memerintah Terengganu.Ya,aku masih ingat waktu itu.Aku masih di bangku sekolah.Gerakan reformasi menyaksikan sokongan hebat di Terengganu.UMNO terkejut.Mereka seolah dipukul oleh gelombang ombak reformasi sedangkan jarak Terengganu dan Kuala Lumpur beratus batu jauhnya!Terengganu negeri kaya.Hasil minyaknya sahaja mampu menjadikan negeri ini negeri paling maju (kalaulah kerajaan Terengganu berhasrat sebegitu).Ditambah dengan hasil hutan,balak dan perladangan,Terengganu adalah bumi emas di jantung Malaysia!Tapi rakyat Terengganu tidak pernah rasa semua itu.Duit yang banyak entah ke mana.Bila Pas memerintah,UMNO jadi risau.Mereka bimbang Pas akan memacu Terengganu dengan hebat dengan jumlah hasil yang banyak.

Akhirnya,satu-satunya cara menyekat pembangunan Terengganu adalah dengan melarikan wang royalti.Berjuta-juta disalurkan sebagai wang ehsan.Wang ehsanlah sebenarnya yang menjatuhkan Pas Terengganu.Ini realiti yang tak boleh ditolak.Aku masih ingat,UMNO memperkenal kelas eMas...untuk semua pelajar sekolah.Kami mendapat kelas tambahan percuma,malah turut dapat makan percuma!Kem-kem kecemerlangan anjuran pejabat pendidikan dan UMNO di mana-mana.Bantuan persekolahan anak-anak,bantuan RM300 dan belanja dapur ditabur UMNO seperti menabur bertih pada ayam.Maka,berduyunlah orang Terengganu mengambil hak yang telah dinafikan.Mereka berterima kasih pada UMNO.Walhal,itu hak kerajaan negeri!Orang Terengganu berterima kasih pada perompak yang memulangkan sedikit wang mereka!Kesiannya orang Terengganu.

Menjelang pilihanraya 2004,aku masih ingat.Gelombang biru diperkenal.Orang-orang kampung dan Felda yang dulunya ada yang menyokong Pas telah berpatah arah.Kesilapan mengundi Pas dicanang-canang.Pas tidak mampu mentadbir negeri.Sedangkan hasil telah dibawa lari.Bayangkan ya,sang perompak telah melarikan wang kita.Dan dengan wang tersebut mereka mengupah orang membunuh kita.Itu dua kali malang namanya! Dan pilihanraya 2004,Pas tumbang.Benar,penipuan undi wujud.Tapi swing sokongan atas pagarlah sebenarnya yang menjatukan kerajaan Pas Terengganu.Ini perlu diakui.

* * *

Cerita sama kini berulang di Kelantan.Menurut Datuk Husam,Kelantan wajar mendapat royalti.Namun,kerajaan Persekutuan menidakkannya.Mereka beri wang ehsan RM20 juta.Nah.Modus operandi mereka di Terengganu kini berulang.Aku percaya,orang Kota Bharu,Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian tidaklah mudah disogok wang ehsan ini.Tapi ingat....kerusi Pas di pedalaman kini terancam!Perhatikanlah Manek Urai,Dabong,Ayer Lanas,Nenggiri,Bukit Bunga dan lain-lain.Situasi UMNO menabur budi kini berulang.

Dan pagi tadi,kerajaan Kelantan bertindak menyaman Petronas....aduh,aku mula nampak nasib di Terengganu akan berulang di Kelantan.Sampai sekarang pun perbicaraan masih belum selesai di Terengganu.Dan kini,Kelantan pula yang memfailkan saman.Kalaulah warga Felda Kemahang menunggu masa 10 tahun untuk menang saman,agaknya berapa tahun yang diperlukan kerajaan Kelantan untuk menang?Dan lebih pada itu,entahkan menang entahkan tidak?

Read more...

BILA AYAM BERTELUR....SEKAMPUNG RIUH,TAHI BERTERABUR...

Sunday, August 29, 2010


Ramadhan 1431 Hijrah boleh dianggap antara Ramadhan yang tegang.Pokok pangkalnya adalah apabila Ahli Parlimen Serdang(DAP) dikatakan memberikan tazkirah di surau Al-Huda Kajang.Wah,pelik sungguh bunyinya!Adakah imam di surau itu kurang waras akalnya?Membenarkan orang bukan Islam memberi tazkirah?adakah sudah tiada ustaz atau ulama di Selangor?Kenapa tidak dijemput sahaja 40 orang ulama muda memberikan tazkirah?kan itu lebih pantas....

Kalaulah benar,Teo Nie Ching si amoi Cina itu mampu memberikan tazkirah,aku pun mahu mendengarnya.Itu sudah kira baik!Mungkin boleh setanding Ustazah Mashitah sahaja nanti gayanya.Wah,ini hebat.Baru beberapa tahun berkawan rapat dengan pemimpin Pas sudah bisa berceramah.Ini mengalahkan ustazah-ustazah lulusan Mesir!Cuba fikir ya saudara,apakah tajuk tazkirah yang diberikan pada hari itu?Bahaya judi atau keperluan mewujudkan khilafah islamiah?Nah,aku sendiri pun tidak tahu.Isu mulanya pun aku tidak tahu.Tahu-tahu sahaja,sudah heboh satu negeri mengenai amoi ini.Benarkah dia beri tazkirah?

* * *

Facebook adalah kedai kopi maya.Kadang-kadang,orang berdebat,kutuk mengutuk lagaknya lagi radikal dari kedai kopi.Aku meneliti cakap-cakap rakan facebookku yang proumno.Berapi-api sekali.Cina babi,balik Tongsan,Racist dan macam-macam lagi.Itu masih dikira biasa.Telingaku sudah biasa mendengar rhatib sebegini.Zikir perkauman itu telah lama berdendang.Tapi,bila masuk soal sentimen keagamaan,ini yang menjadi pening!Diapi-apikan orang ramai tentang si kafir pijak tempat sujud orang Islam,tidak tutup aurat di rumah Allah,kafir cuba mengotori rumah Allah dan kafir permain agama.Kata orang,gambar kadang-kala memberi seribu persepsi dan makna.Aku cuba perhatikan daripada gambar,di manakah bahagian yang dikatakan mempermainkan agama tersebut.

Dia cuma menyampaikan sumbangan kepada surau.Sebagai meraikan orang yang menyumbang,lalu ajk surau beri kebenaran kepada dia berucap.Aku tidak nampak salahnya!Kalau imam besar masjid negara yang mempertikai tindakan imam dan qariah surau,aku boleh terima.Tapi yang asyik bising ialah puak2 ketuanan Melayu,yang masjid dan surau entahkan pijak atau tidak.Bila orang dangkal cuba berfatwa,jadilah orang jahil bercakap tanpa ilmu.Ya,aku pun tak begitu reti dalam bab fekah sebegini,halalkah atau haramkah?Tapi aku diam sahaja,buat seperti resmi orang bodoh.Jangan jadi resmi bongkak,akhirnya jadi bodoh sombong.

Kalaulah puak2 islam umno ini menjadi komuniti islam eropah,aku rasa,sampai bilapun islam tak berkembang.Tapi puak islam di sana sangatlah terbuka.Mereka mengalukan kedatangan non-muslim ke masjid,malah ada yang memberi nashkah al-quran terjemahan untuk pemahaman;satu strategi dakwah,merapat ukhuwah,mencari redha Allah.Tapi Islam Umno(islam hadhari) hanyalah memberi susah,menjauhkan orang dari cahaya islah!

Apapun,ada bagusnya isu ini timbul.Pertama,kita boleh menyaksikan kedangkalan orang UMNO berfikir.dan lebih daripada itu,kita sendiri sebagai umat Islam boleh memahami soal fekah sebegini dengan lebih mendalam.

Read more...

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP