This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

Piala Dunia 2010 : Siapa bakal bergelar juara?

Tuesday, June 22, 2010



Demam bola bermula.Semestinya inilah saat-saat yang dinantikan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Fenomena demam bola yang mungkin boleh dianggap pandemik bermusim (semacam H1N1) ini rupa-rupanya tidak seperti diharapkan. Saya memerhati kebanyakan perlawanan tumpuan,pasukan-pasukan pilihan seperti spain,germany,france,italy, portugal, netherlands,brazil dan lain-lain,namun kebanyakan keputusan adalah di luar jangka dan membosankan.

Seperti saya sendiri, penyokong setia germany sedari dulu.Apabila mereka membenam Australia 4-0,saya cukup yakin yang mereka mampu pergi jauh.mengulangi perlawanan di final 2002 yang lalu. sesungguhnya,perlawanan yang dipaparkan cukup mantap,namun terkejut pula kita selepas mereka dibenam pula oleh Serbia 1-0! Begitu juga dengan perlawanan lain,Spain yang diceritakan sangat hebat dititik oleh pasukan Swiss juga 1-0!Ditambah pula dengan kegagalan juara lalu, Itali untuk menyerlah setelah seri dalam 2 perlawanan umpama menyaksikan pasukan pilihan menggali kubur mereka sendiri di Afrika Selatan.

Walaubagaimanapun,Argentina,Netherlands dan Brazil menunjukkan aksi cemerlang dan menjadi pasukan-pasukan awal yang menempah tiket ke peringkat seterusnya.Dan kejohanan masih berlangsung.....nantikanlah siapa juara WC 2010....

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP