This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

PENJARA PUDU : BENARKAH IA WARISAN NEGARA KITA?

Tuesday, June 22, 2010



Penjara Pudu cukup dikenali ramai,malah inilah kali pertama bagi kebanyakan orang untuk melihat suasana dalam penjara secara live!sekiranya kita berada di stesen monorel hang tuah,kita boleh melihat penjara pudu dari dalam.Bagi kebanyakan orang,ianya cuma sekadar bangunan berhantu yang memakan nyawa-nyawa orang yang terpilih....

Dan semalam,"upacara" memecah tembok penjara dilakukan demi memenuhi tuntutan urbanisasi negara...Kita mendengar dan melihat betapa NGO dan parti-parti politik bangun menentang hal ini....bagi mereka,penjara ini adalah monumen dan warisan negara yang perlu dikekalkan!Kawasan penjara ini cukup strategik,cukup-cukup strategik sebenarnya!Ianya berada di kawasan Bukit Bintang dan berdekatan pula dengan Stadium Merdeka dan Puduraya.Kehadiran penjara di tengah-tengah bandar adalah sesuatu yang unik dan setelah ditutup berpuluh tahun yang lalu,penjara ini sebenarnya telah dijadikan seumpama "muzium" penjara di Malaysia di mana pelawat boleh melihat sendiri kehidupan di dalam penjara dengan bayaran RM12!Itu apa yang saya baca di wikipedia...

Kawasan Penjara Pudu ini sememangnya sangat diidamkan dan melelehkan air liur para-para pelabur memandangkan tanahnya yang agak luas sehingga mampu membina sebuah lagi bukit bintang!Malah,seingat saya,kerajaan pernah mewar-warkan untuk mengguna pakai kawasan penjara Pudu tersebut....

Bagi kita rakyat Malaysia sebenarnya,penjara pudu ini adalah satu bangunan warisan,salah satu dari komponen bangunan Sultan Abdul Samad dan Bangunan KTM...oleh itu,marilah kita mengatakan tidak kepada proses melacurkan warisan negara dari dinodai pembangunan moden....biarlah penjara pudu dan roh-roh yang berada di situ bersemadi dengan aman....

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP