This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

Celakalah wahai si katak....

Tuesday, June 22, 2010


CERITA SATU
Aku kembali hampir 3 tahun ke belakang.Aku melihat ketika itu satu fenomena mungkin melanda negara,Pakatan Rakyat berjaya menidakkan majoriti 2/3 BN di parlimen....sesuatu yang tak dijangka termasuklah anwar Ibrahim sendiri....

Beliau jadi tamak.Beliau jadi tidak sabar.Lalu dianjurkan gagasan 16 September,apa yang dikatakan sebagai penghijrahan beramai2 ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak ke dalam PR.Negara jadi terkejut dan memerhati,cerita dicanang sana sini...hebat sungguh orang yang bernama Anwar ini memanipulasi isu....tapi beliau silap,kerana akhirnya perangkap sudah makan tuan....

CERITA DUA
Ia bergerak dalam satu "circumstance" yang sama.Awal 2009.Projek 16 September Anwar gagal.Aku sendiri tidak tahu,adakah beliau ini menipu atau lebih daripada itu,beliau sendiri yang tertipu!haha...itulah dalam kepala aku hingga sekarang....memang ada ahli parlimen BN yang pura2 kata mahu melompat,tapi sebenarnya hanyalah jerat untuk memalukan anwar.....inilah jadinya jika terlalu terburu-buru....

Cerita dua ini bialah aku buka dengan manusia yang bernama Nasarudin Hashim,Adun Bota.Beliau lompat masuk PKR.Bertepuk soraklah satu pakatan termasuklah aku...tapi rupa-rupanya kami tertipu....tup,tup 3 orang adun PR lompat parti....Adun Bota pun lompat sama....Ya,Malaysia telah dipengaruhi secara jelas oleh politik Machiavelli,matlamat menghalalkan cara...untuk berkuasa di Perak,semuanya dirasionalkan dan akhirnya BN membentuk kerajaan pintu belakang,apa yang diidam-idamkan PR di peringkat pusat!

Hee Yit Fong,Jamaluddin dan Othman Jailu akan terus dikenang sebagai katak...tidak kiralah apapun alasan anda meninggalkan parti!

CERITA 3

Bermula dengan Zahrain Hashim,Tan Tee Beng,Mohsin Fadzil,Zulkifli Nordin dan seterusnya Wee Choo Keong membentuk apa yang dinamakan konsesus bebas di parlimen yang kecewa dan meninggalkan PKR (baca melompat) terus mewarnai venue acara lompat parti mengalahkan atlet kebangsaan....dan jumlah katak-katak ini menjadi semakin ramai....seterusnya keshvinder singh,si adun Malim Nawar pula melompat parti....

EPILOG

Kisah Anwar,Rampasan kuasa Perak dan Konsesus Bebas yang aku ceritakan tadi mempunyai satu persamaan yang jelas....matlamat menghalalkan cara....

Cerita Satu,Anwar mempromosi budaya lompat bagi mencapai matlamatnya....walaupun lompat adalah umpama belot dan tidak amanah.....

Cerita Dua,rampasan kuasa di Perak menghalalkan lompat 3 ekor katak dan seekor katak kuasa dua (adun bota yang dua kali lompat)....

Cerita Tiga,lompat lagi dan lompatlah lagi......

Dan ingatlah wahai katak-katak,melompatlah....tapi anda juga perlu ingat,sepandai-pandai tupai melompat jatuh ke tanah juga...

dan aku rasa tupai lebih pandai melompat dari katak....
dan katak ini sebenarnya hanya menunggu masa untuk jatuh ke tanah dan digilis oleh tayar lori!

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP