This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

TERBARU : PAPA GOMO SI PENIPU SUDAH TERKANTOI DALAM ISU ZINA ADUN SELISING

Tuesday, December 28, 2010

Ini adalah Siri Empat Membongkar Fitnah Zina terhadap Adun Selising

Sekarang,Siri Keempat ini adalah sambungan kepada Siri Tiga.Secara bertanggungjawabnya,penulis akan membongkarkan helah dan penipuan Nadi Rakyat diketuai Azmy Awang Kelana Jaya,Papa Gomo,Pas Beruk dan lain-lain.

Sebenarnya,penulis sudah seperti mahu membiarkan puak-puak ini meroyan dalam facebook,namun kerana mereka siang dan malam asyik menghantar fitnah yang sama,maka penulis merasa terpanggil untuk mengkaji tulisan mereka dalam facebook dan blog mereka untuk memahami apa yang mereka cuba sampaikan dalam hal ini.Perlu diingatkan,penulis dari awal hingga sekarang tidak menyokong kalau benar-benar Adun Selising itu berzina,malah akan menentang beliau.Tapi biarlah dengan berbukti bukannya bersikap menipu seperti ini. Seawal pendedahan tersebut,penulis di bawah akaun Facebook Anak Rusa Nani secara terus-menerus menggesa Waris AMP (antara cybertroop terawal yang membangkit isu zina ini melalui Paper Warisnya). Penulis telah menggasak beliau terus-terusan untuk menyatakan tarikh dan masa zina itu berlaku,namun mereka semua mengelak untuk menjawab.

Oleh itu,dalam entri ini,marilah meneka siapa dia Saidi Hussin ini?

Saidi Hussin dikatakan sebagai Bekas Ketua Keselamatan Pas Pasir Puteh,Ketua Keselamatan Pondok-pondok Kelantan dan Bekas Ketua Keselamatan Nik Aziz.Persoalannya mana satu yang betul?Ketua Keselamatan Pas Kelantan atau Pasir Puteh atau Nik Aziz atau Pondok-pondok?Banyak benar jawatan yang ditulis oleh puak-puak pemfitnah sehingga kita sendiri tidak tahu mana satu yang benar dan mana yang satu yang tidak benar.

Dikhabarkan Si Saidi ini telah bertindak keluar Pas selepas dikatakan Nik Aziz telah cuba menyogok saksi utama kes ini sebanyak RM20 000.Oleh itu,apakah pekerjaan Si Saidi ini sekarang?Berikut apa yang penulis dapat daripada laporan Utusan Online sendiri.

Terjemahan:
Beliau yang kini PENGERUSI JAWATANKUASA
KEMAJUAN KAMPUNG PERSEKUTUAN (JKKP) tanpa mukim
bagaimanapun tidak menolak serangan.....ini.

Sumber berita:
Laporan asal
Rupa-rupanya,Si Saidi yang kononnya dinggap ikhlas membongkar kejadian zina ini kerana Allah adalah Pengerusi JKKP di Pasir Puteh atau dalam bahasa mudahnya Ketua Kampung Umno tanpa mukim di Pasir Puteh. Oleh itu,maka kini sudah tahu bahawa tindakan Si Saidi untuk apa.Mula-mula ketika isu ini baru didedahkan, ramai juga rakan-rakan penulis atas pagar percaya sepenuhnya dan ada yang percaya separuh-separuh.Namun begitu,setelah mereka mula menggelabah dengan penafian balas dan pertanyaan balas banyak pihak, sandiwara dilanggar dan ditetak telah menyebabkan orang yang percaya sudah tidak percaya,lagi-lagi setelah Si Saidi langsung tidak cedera dilanggar dengan kereta walaupun "keretanya" remuk teruk.

Persoalannya,apakah jawatan sebenar Saidi ketika dalam Pas?Ada seorang pencacai Umno kata Ketua Keselamatan Pondok-pondok,Utusan Malaysia pula kata bekas Ketua Keselamatan Pasir Puteh.Tapi,bila mari si Papa Gomo pula,katanya Si Saidi ini bekas pengawal peribadi Nik Aziz pula.Akhirnya,rupa-rupanya dia adalah seorang JKKKP rupanya.



KISAH SEDIH SETERUSNYA SAIDI HUSSIN

Semalam,satu keping lagi gambar sedih bertaraf Bersamamu dan Jejak Kasih mula dikeluarkan oleh puak-puak fitnah menunjukkan "rumah" sebenar Saidi Hussin yang daif dan usang.

Dalam hal ini,kita sendiri tidak tahu adakah benar atau tidak rumah tersebut benar-benar rumah Saidi atau tidak,tapi penduduk Kampung Sungai Gali Pasir Puteh boleh menjawab sama ada benar atau tidak rumah tersebut rumah Saidi atau tidak kerana gambar-gambar Saidi sebelum ini berlatarbelakangkan rumah batu yang besar.

MARI KITA NILAI BERSAMA:

Gambar-gambar Sebelum Ini:

Pertama Kali Saidi Hussin
diperkenalkan pada publik:
berlatarbelakangkan rumah banglo

Seterusnya,kali kedua diperkenalkan:
berlatarkan halaman rumah banglo setingkat
(standard rumah banglo Kelantan)

TIBA-TIBA....
SEMALAM
INILAH RUMAH SAIDI

usang
BENARKAH INI ISTERI SAIDI?
Bertubuh Besar Seperti orang Arab?
Atau Parpu Kari yang menyamar?
PERNAHKAH WANITA MALAYSIA MEMAKAI
JUBAH SEBEGINI?INI JUBAH FOREIGNER ARAB...
APA BELI DI BUKIT BINTANG KE?

Sedih sungguh hidup Si Saidi.Mana pergi elaun JKKP?Itu baru elaun JKKP,takkanlah engkau tiada kerja lain?Bukankah elaun JKKP naik lepas ini?Pergilah cat sedikit "rumah" engkau itu.

Kerajaan akan menaikkan hampir 100 peratus elaun bulanan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP, Tok Batin, pengerusi JKKK Orang Asli dan pengerusi kampung baru.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kadar elaun bulanan mereka dinaikkan kepada RM800 berbanding RM450 sekarang.


PAPAGOMO KANTOI MENIPU...APA KES?

Dari blog penipu Papa Gomo:

Papa Gomo dan Saidi
Kalau ikut latar masa dalam sebelum atau selepas Asar

Khamis lalu Gomo bersama sama Azmy Awang Kelana dan Pas Beruk hadir membuat liputan di Pasir Puteh Kelantan berhubung isu Adun Selising Saiful bahri yang di tangkap Khalwat bersama Isteri seorang Guru di Koch VIP 1 Kereta Api tanah melayu sebelum PRU12 yang lalu.

Sehari suntuk kami team Nadi Rakyat membuat temubual dan meninjau segala bentuk lokasi termasuklah rumah Ustaz Saidi sendiri yang terletak di Pasir Puteh Kelantan. Sampai sahaja di rumah beliau kami di jemput untuk menjamu minuman dan di sertakan dengan Biskut Tawar oleh Isteri Ustaz Saidi. ternayata kehidupan yang sederhana dan bukan mencari kekayaan semata mata.


Betul kau sehari suntuk di Pasir Puteh pada hari Khamis Gomo?Kalau ikut gambar di rumah Ustaz Saidi tersebut,Gomo and the gang ada di sana dalam lingkungan jam 3 hingga 5 kerana hari masih cerah. Tapi, ini yang penulis dapat daripada status facebook Si Penipu:


STATUS GOMO JAM 7.42 MALAM HARI KHAMIS:
Selamat Sampai di Pasir Puteh

Sekejap,sekejap...Kalau engkau tiba sekitar jam Tujuh Malam hari Khamis,siapa pula yang temuramah Si Saidi Jam Tiga hingga Lima tadi?Pelik ni,status facebook yang betul atau blog engkau yang menipu?Waktu juga penting untuk menentukan alibi.

Seterusnya,si penipu menulis:

Banyak isu yang kami bualkan termasuk lah juga dengan pengalaman beliau sewaktu bersama PAS yang mana waktu itu menjawat jawatan Ketua Keselamatan Pondok Pondok Kelantan dan Pengawal Peribadi Nik Ajis.

Perjuangan Beliau adalah Ikhlas dan bukan lah untuk mencari kekayaan semata mata. malah beliau juga berkata sewaktu dalam PAS lagi beliau di tawarkan bermacam macam imbuhan terutama nya dari tauke balak dan orang yang ingin bertemu dengan Nik Ajis.

Sempat juga kau kutuk Nik Aziz ya.Dasar pencacai Umno sungguh.

Sambungan Si Penipu lagi:

Untuk makluman semua, selesai kami menemubual ustaz Saidi kami bertiga bergerak ke Pasir Puteh bagi menjamu makan malam dan seterusnya bergerak menuju ke Kuala Lumpur. 

Okay,kalau ikut penipu ini,selepas mereka menemuramah Ustaz Saidi,mereka akan pulang ke Kuala Lumpur malam itu juga.Tapi,sila lihat status di facebook penipu ini seperti berikut:

Status Penipu Jam 10.43 malam (Khamis):
Baru lepas makan di P.Puteh.OTW ke
Kota Bharu.Check in bilik

Pelik wal ajaib.Dalam blog engkau kata lepas makan terus chow ke KL.Ini kenapa di facebook kata mahu ke Kota Bharu pula.Mana yang betul mana yang salah ni Penipu?

Okay,kemudiannya,mari kita baca sambungan penipuan si Gomo ini:

Dalam perjalanan kami itu jam kira kira 12 malam kami terima panggilan talifon yang menyatakan Ustaz Saidi telah di TETAK oleh 3 lelaki tidak di kenali di rumah Beliau yang mana kami kunjungi awal siangnya.


Kami yang waktu itu sedang dalam perjalanan pulang berhenti di tepi jalan dan dalam keadaan yang agak cemas serta memohon Allah Swt agar menyelamatkan Ustaz Saidi dari sebarang bencana. malah kami juga waktu itu merasakan apa yang berlaku ke atas Ustaz Saidi apabila di tetak merupakan kesalahan kami kerana kemungkinan ada yang telah mengekori Ustaz Saidi melihat temubual kami di rumahnya.

Selesai mendapat makluman susulan bahwa tidak ada kecederaan serius ke atas Ustaz Saidi maka kami meneruskan semula perjalanan ke Kuala Lumpur dan masa di dalam kenderaan kami itu juga kami semua tidak HENTI HENTI MEMAKI HAMUN PAS yang sememang nya Menggunakan Samseng dalam cubaan menutup mulut Saksi Ustaz Saidi ini.

Kah..kah..kah...dengan penyokong membuta tuli Umno bolehlah ditipu,tapi jangan cuba ditipu orang yang suka siasat menyiasat macam aku ini.Engkau kata dalam jam 12 malam (maknanya sudah beralih kepada hari Jumaat 24 Disember),satu panggilan telefon mengatakan Saidi telah ditetak.Tapi,engkau kata engkau telah on the way ke Kuala Lumpur dan hanya berhenti sekejap untuk menerima panggilan tersebut.Setelah tahu tiada kecederaan serius pada Saidi,engkau meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Itu yang engkau tulis dalam blog.Bagaimana pula status di facebook engkau?Mari kita lihat bersama-sama:

Status Jam 1.19 pagi (Jumaat):
Gomo sudah bergerak ke Balai Polis P.Puteh
dari KB (aik....tadi cakap sudah OTW ke KL) Mana
satu yang betul ni penipu?
Status Jam 2.41 Pagi (Jumaat):
OTW ke KB...Bukankah penipu ini
kata OTW ke KL?
Semakin hari,semakin terbongkar rahsia penipuan-penipuan mereka.Lihat,perancangan mereka sudah cukup baik tapi silapnya adalah perancangan Allah itu lebih baik.

Adakah dengan pendedahan percanggahan maklumat dari blog dan facebooknya sendiri Si Penipu Besar ini masih mahu berdolak dalik?

Lihatlah bagaimana dalam isu kereta Saidi dilanggar pun dia tidak berani untuk mengulas.Kerana apa?Jawapnya kerana terkantoilah....

Langsung tidak berani komen
No comment...

Sesungguhnya mereka merancang,dan Allah juga merancang
Dan Allah itu Sebaik-baik Yang Merancang.





















Read more...

27 DISEMBER 2010 DIISYHTIHAR HARI PESTA LANTIK MELANTIK

Monday, December 27, 2010

Wahai sekalian rakyat Malaysia.Bergembiralah anda sekaliannya dan bersyukurlah bahawa anda pernah hidup pada tanggal 27 Disember 2010.Hari ini Tok Lipur Sang Penglipurlara ingin mengisyhtiharkan hari yang baik bulan yang baik ini sebagai "Hari Lantik Melantik" di seluruh Malaysia.Tok ingin ingatkan cucu-cucu semua bahawa tarikh ini tarikh keramat buat politik negara.Tidak percaya?Langganlah akhbar-akhbar harian esok dan anak-anak akan dapat tahu bahawa semalam yakni hari ini adalah Hari Lantik Melantik.


BERITA SATU - PEMECAH BERITA 
Hari Lantik Melantik Pengerusi Umno Negeri-negeri


Adalah dimaklumkan bahawa pada tarikh ini,kepimpinan Parti Ketuanan telah melantik tuan-tuan yang baru bagi menerajui negeri masing-masing,di mana banyak muka baru naik,sebanyak yang terpaksa menggigit jari di seluruh negeri.Tok tak berhasrat untuk menulis nama tuan-tuan tersebut satu persatu kerana anak-anak boleh tekan di sini untuk ke Malaysiakini.Apapun,upacara lantik melantik ini sebenarnya memberi petunjuk yang jelas bahawa Umno sudah tidak sayangkan negeri Terengganu dan Kedah kerana mereka lebih merindui negeri Selangor yang merupakan lubuk emas mereka sebelum ini.


Caranya cukup mudah untuk memahami seni berpolitik.Tidak perlu seperti Khairy untuk ke Oxford ataupun ke Al-Azhar,cukup sekadar pandai membaca dan berfikir,maka kita sudah memboleh membaca kedudukan Tuan Umno Selangor,Tuan Umno Kuala Lumpur,Tuan Umno Terengganu dan Tuan Umno di Kedah. Anak-anak masih belum ngerti?


Dengan kekalnya Najib sebagai Tuan Umno Selangor,jelaslah bahawa mereka akan berkubu dan menyerang kerajaan Selangor habis-habisan ataupun kalau hendak bercakap Inggeris sedikit bunyinya conquer Selangor at all cost. Mengapa Selangor perlu dipertahankan Najib?Mereka tidak kisah tidak dapat Kedah atau hilang Terengganu,tetapi jangan terlepas Selangor lagi selepas ini.Hal ini kerana Selangor adalah lubuk duit.PBT Selangor kaya raya dan para kontraktor dan kroni sudah lama sesak nafas dengan berkuasanya Pakatan Rakyat di Selangor.Hatta,si jutawan air Rozali Ismail sendiri sanggup melabur juta-juta asalkan Pakatan tumbang dan tidak lagi bising-bising terhadap jumlah wang gajinya.


Jika anak-anak rajin kembali melihat ke belakang,keadaan Selangor sekarang akan menjadi sama seperti di Terengganu dalam tahun-tahun 2000.Ketika itu,Terengganu telah dirampas dengan apa cara sekalipun.Semua berkubu di Terengganu hingga kerajaan Pas jatuh terduduk.Jangan anak-anak tidak tahu bahawa ramai pengundi hantu di Terengganu diimport dari luar seperti Selangor sehingga pengundi Selangor masih sempat mengundi selepas tempoh mengundi dilanjutkan hingga jam tujuh malam.Malah,Tok tidak hairan jika Khalid Ibrahim tersungkur di Ijok ataupun Hassan Ali tewas di Gombak Setia,tapi Tok akan hairan jika Pakatan kekal di Selangor malah Tok akan tabik spring pada mereka.


Perlu diingatkan bahawa Najib sudah tidak kisah dengan kawasannya sendiri di Pekan kerana backup plan di Parlimennya sudah dibuat selepas dia menang tipis di Pekan pada tahun 1999 tapi kini,sebuah grand-design sedang dirangka di Selangor.Tok pun tidak tahu apa strateginya,cuma kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja tindakan seterusnya selepas ini.


Di Terengganu pula,Hari Lantik Melantik menyaksikan Menteri Besar Gedebe Ahmad Said menjadi Tuan Umno Terengganu manakala Yahya Khatib Mohamad diangkat menjadi Timbalan.Persoalannya,Umno sudah tidak sayangkan Terengganu kah dalam PRU 13?Perlantikan Ahmad secara tidak langsung akan menutup periuk nasi sepuluh budak hitam dan Si Deris Natang di Besut.Deris mungkin boleh minta dibawa ke Parlimen,tapi bagaimana pula nasib pengikut-pengikut setia seperti Rosol Wahid dan Din Adam?Nampaknya kedua-duanya bolehlah fikir apa hendak dibuat selepas ini,mungkin mengusahakan ladang getah yang sedang naik harganya. Empat Adun di Setiu mungkin boleh buat projek ladang strawberi Hadhari selepas ini.


Persoalannya lagi,adakah Mad Said Gedebe Kijal "juwweh" (ngam) dengan Yahya Khatib?Bukankah dahulu Mat Said pernah murka dan memecat Yahya setelah melanggar fatwa Mat Said supaya jawatan Ketua Bahagian tidak dicabar?Malah,Mat Said sudah hampir memecat Yahya kerana bertanding dan menang jawatan Ketua Bahagian Marang.Dengan tertolaknya kepimpinan proksi GBH (Geng Budak Hitam), maka satu bencana cas keting yang menjadi penyakit Umno Terengganu selama ini akan berulang.Itulah jadinya jika berjuang tanpa kiblat dan iman.Mereka hanya mampu bersatu ketika tewas,tetapi ketika menang semua lupa diri dan berhasad dengki.Maka,Tok meramalkan undi-undi protes di Terengganu akan bersimpang-siur selepas ini.Namun persoalannya,adakah kita mengambil peluang atau membiarkan sahaja kelemahan lawan kita?


Bagaimana pula dengan Kedah?Dengan naiknya Mad Basah sebagai pengerusi Umno Kedah,maka peluang untuk Pas kekal di sana adalah cerah.Namun, janganlah cuma sekadar mengambil peluang tanpa berusaha untuk menang.Siapa yang sokong Mad Basah di Kedah?Bukankah dia tidak disukai oleh akar umbi dan sudah ada Gerakan Anti Mad Bashah di Kedah?Malah,kepimpinan Umno kawasan Bakar Bata sendiri telah menentang Mad Basah melalui Gerakan 4B - Buang Basah Bakar Bata.Malah,ada penyokong Umno pernah bersumpah tidak akan mengundi Umno jika Mad Basah jadi Tuan di Kedah.Mad Basah bukanlah seorang yang berkepimpinan.Dulu dalam PRU 12 Mad Basah hampir kalah bila menang cuma dengan majoriti 358 undi.Silap hari jika Mad Basah ditolak oleh ahli sendiri,Bakar Bata akan membakar Mad Basah hidup-hidup.


Oleh itu,perlantikan Mat Basah dalam Hari Lantik Melantik ini menunjukkan bahawa Umno seperti tidak bersungguh untuk menang di Kedah.Ini bukan Tok yang kata,dulu-dulu orang Umno sendiri kutuk Mad Basah dalam blog dan facebook.Kalau anak tak percaya,pergilah google-google.


HARI LANTIK MELANTIK DUA
Chegubard Tolak Dilantik Setiausaha Agung PKR


Syabas Cikgu Bard atas prinsip anak yang jelas.Jangan menyalak macam Si India Padang Serai yang menyalak siang malam selepas orang lain dilantik Naib Presiden India dalam PKR.Habis dihentamnya kiri dan kanan.Jelas Si India ini sudah gila talak dan jawatan.


Mengenai Si India Salak Menyalak ini,Tok akan suruh Anak Rusa tulis lepas ini.Apapun,cerita Cikgu Bard yang tidak mahu terlibat dalam pesta lantik melantik adalah seperti berikut:


Badrul Hisham (berjaket hitam) berkata beliau memutuskan untuk tidak menerima jawatan tersebut atas dasar prinsip.

"Saya sayangkan parti ini, dan kerana sayanglah saya akan terus menegur. 

"Saya sayangkan negara ini, saya ingin pastikan keadilan menjadi sesempurna mungkin sebelum kita sampai ke Putrajaya," katanya dalam sidang media di Bukit Mertajam.



Tambahnya, beliau akan terus berkhidmat walaupun tanpa apa-apa jawatan dan turut menegaskan supaya tindakan diambil terhadap aduan yang timbul berhubung pemilihan tersebut.


Salut anak muda dari Tok yang sudah tua.




KISAH LANTIK MELANTIK TIGA
Si Khusrin Penangkap Syiah Dilantik SUK baru Selangor


Seperti yang diketahui,Umno akan cuba menduduki Selangor at all cost.Oleh itu,pesta lantik melantik Khusrin  Munawi pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah strategi Umno Apco untuk menduduki Selangor. Secara tanpa berselindung, Adun Kampung Tunku Lau Weng San berharap perlantikan Khusrin ini bukan bersifat sabotaj.Kah kah kah...ini memang sabotaj anak.Adakah anak-anak lupa siapa Khusrin semenjak menjadi Pengarah Jais?Habis dikacau bilaunya jabatan tersebut bagi menunjukkan kerajaan Selangor bertindak zalim dalam soal keagamaan terutama dalam isu penahanan Dr.Asri dan isu Teo Nie Ching masuk ke dalam masjid.Kenyataannya selama ini memberi kelebihan pada Umno dan kita tahu ke mana beliau condong.


Maka,jika si anak Munawi ini dilantik ke jawatan SUK yang paling dekat dengan Menteri Besar jangan haraplah dia bersifat profesional.Kita sendiri boleh lihat sendiri perangai SUK Perak dalam kes rampasan kuasa di Perak dari tangan Pakatan Rakyat.Dan adakah kita fikir si Khusrin ini akan bertindak profesional? Berdoalah dia tidak dilantik oleh Sultan Selangor kerana sikap keUmnoannya itu.


KISAH LANTIK MELANTIK EMPAT
Bekas Budak Sekolah Tok Lipur Jadi Pengerusi Felda


Alkisah Pesta Lantik Melantik hari ini juga dihangatkan dengan si pesalah politik wang,Isa Samad dilantik menjadi Pengerusi Felda yang baru bermula 1 Januari 2011.


Anak-anak,bagi Tok Lipur,isu perlantikan Isa ini perlu ditentang habis-habisan.Sudahlah Felda sudah hampir bangkrap.Dengan terlantiknya si anak Samad ini,silap-silap apa lagi yang tinggal dalam tabung Felda. Bapa atau Anak perlu memainkan isu ini menjelang PRK Tenang bagi menunjukkan siapa dia anak Samad ini. Sudahlah main rasuah,last-last hanya digantung tiga tahun.Adakah kuasa Lembaga Disiplin lebih tinggi daripada BPR dan SPRM?


Apapun,buat yang terlibat dalam pesta lantik melantik ini sama ada anak tolak ataupun terima, ingatlah rakyat dibawah dan selamat dilantik melantik.




Tok Lipur
Penglipurlara Tidak Dilantik.





Read more...

PAS TERENGGANU PERLU BERSTRATEGI UNTUK MENANG PRU 13

Terengganu Darul Iman bukan kubu UMNO mahupun Pas,tetapi kekuatan kedua-dua belah pihak sebenarnya berimbang,di mana Pas menguasai kawasan bandar manakala UMNO dilihat mengumpul kekuatannya di kawasan luar bandar.Persoalannya,jika benar kekuatan tersebut berimbang,mengapa UMNO masih menguasai Terengganu?Di sinilah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.

Kunci utama kemenangan oleh mana-mana pihak terletak kepada sokongan sejumlah besar pengundi atas pagar yang bersikap non-partisan.Untuk menang,sokongan atas pagar ini perlu ditarik dan semestinya untuk menarik itu, di sana perlu ada faktor-faktor penarik yang perlu digunakan selain mengelakkan seberapa banyak faktor penolak pengundi terhadap Pas.Sekadar untuk mengimbas kembali,berikut disenaraikan kedudukan kerusi Umno dan Pas semenjak Pilihanraya Umum 1959-2008:


Jika dilihat kepada kedudukan kerusi-kerusi Pas dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu tersebut,kerusi Pas Terengganu pada masa sekarang adalah hampir serupa dengan jumlah kerusi Pas pada tahun 1995, sepenggal sebelum Pas berjaya menguasai Terengganu.Persoalannya,adakah kejayaan Pas di Terengganu pada tahun 1999 itu bakal berulang ataupun Pas sekadar berpuas hati dengan kedudukan lapan buah kerusi ataupun mungkin Pas akan kembali hilang lebih banyak kerusi selepas ini?Semuanya memerlukan strategi.

Persoalannya,apakah strategi yang perlu dilakukan untuk menang?

Pertamanya,Pas Terengganu perlu menawarkan seorang calon Menteri Besar yang mampu diterima oleh rakyat.Sebolehnya,seorang pemimpin yang berkaliber dan dikenali oleh semua orang.Secara peribadinya, penulis merasakan bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang mungkin tidak perlu diangkat kembali sebagai Menteri Besar Terengganu.Katakanlah Pakatan Rakyat berjaya menguasai Parlimen dan membentuk kerajaan Persekutuan,tempat Presiden Pas itu mestilah di peringkat Persekutuan,bukan lagi di peringkat negeri.Oleh itu,strategi Pas yang pertama adalah mengangkat seorang calon Menteri Besar bagi menggantikan Datuk Ahmad bin Said yang kurang berkepimpinan dalam mentadbir negeri.

Malah,di pihak Umno Terengganu sendiri,terdapat usaha untuk mengangkat Nasir Ibrahim Fikri sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru selain nama Adun Seberang Takir,Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai calon di kerusi tersebut.Jika Umno dijangka memberi yang terbaik buat parti mereka dalam Pilihanraya Umum ke 13,bagaimana pula dengan Pas?Siapakah yang bakal diangkat menjadi calon Menteri Besar Terengganu daripada Pas?Di sini Pas Terengganu perlu bijak memilih beberapa nama pemimpin Pas Terengganu terutamanya mereka yang telahpun menjadi Adun dalam Dewan Negeri Terengganu. Secara peribadi,penulis melihat empat orang Adun Pas yang sesuai untuk diangkat menjadi Menteri Besar Pas Terengganu adalah Ustaz Harun bin Taib(Manir),Haji Abdul Wahid bin Endut(Wakaf Mempelam),Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi(Batu Buruk) dan Tengku Hassan bin Tengku Omar (Ladang).


Di sini,penulis merasakan bahawa calon terbaik bagi Pas negeri Terengganu bagi diangkat untuk menjadi Menteri Besar adalah Haji Abdul Wahid bin Endut,memandang kebolehan dan kepimpinan beliau yang baik sebagai Yang Dipertua Pas bagi kawasan Kuala Terengganu.Haji Abdul Wahid juga adalah seorang pemimpin yang dianggap sebagai giant-killer setelah berjaya merampas semula Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.Ketika itu,penulis sempat memerhatikan bahawa Abdul Wahid menjadi satu figur penting dalam arus gelombang rakyat Terengganu menolak Umno dalam PRK Kuala Terengganu.Oleh itu,jika beliau diangkat sebagai calon Menteri Besar,beliau mungkin boleh menjadi Nizar versi Terengganu memandangkan beliau sendiri dikenali sebagai pemimpin yang mudah mesra dan berjiwa rakyat.

Maka tidak hairanlah jika beliau berjaya kekal menjadi Adun dalam Dewan Undangan Negeri selama hampir lima penggal semenjak tahun 1990 di kawasan Dun Wakaf Mempelam.Selain itu,kepimpinan Abdul Wahid di Kuala Terengganu dianggap baik sehingga Pas mampu mempertahankan kerusi Pas di Kuala Terengganu dalam tahun 2004 dan merampas kembali Dun Ladang dan Parlimen Kuala Terengganu pada masa ini.

Selain Abdul Wahid,Pesuruhjaya Pas Terengganu Ustaz Harun Taib sebenarnya dilihat sebagai calon Menteri Besar di Terengganu memandangkan kekananannya dalam Pas negeri selain menjadi Ketua Dewan Ulama Pas Pusat dan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Terengganu.Ustaz Harun Taib,68 juga memiliki ijazah dalam politik Islam dan menyiapkan PhD dalam bidang politik antarabangsa.Ketika Pas memerintah Terengganu selama sepenggal pada tahun 1999,Ustaz Harun adalah exco kanan negeri yang bertanggungjawab memegang portfolio Pendidikan,Dakwah dan Pelaksanaan Syariah Negeri, antara orang yang bertanggungjawab dalam menggubal Enakmen Fasal IIIA Terengganu yang meletakkan Al-quran, Al-Sunnah,Ijmak dan Qias sebagai rujukan tertinggi negeri.Walaubagaimanapun,enakmen ini yang telah diwartakan dipinggirkan oleh kerajaan Umno Terengganu dengan mewujudkan pula konsep Islam Hadhari.
Justeru,jika Ustaz Datuk Harun bin Taib diangkat menjadi Menteri Besar,maka usaha melihat undang-undang Islam di Terengganu akan berlaku.

Selain Ustaz Harun,Syed Azman juga adalah calon yang sesuai untuk jawatan Menteri Besar Terengganu ataupun setidak-tidaknya seorang exco negeri memandangkan kebolehan beliau dalam bidang politik. Syed Azman mempunyai Ijazah Sains Politik daripada Amerika Syarikat dan seringkali mewakili Pas di peringkat antarabangsa.Walaubagaimanapun,belum diketahui sama ada beliau akan kekal di kerusi Dun ataupun dibawa semula untuk bertanding bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu memandangkan beliau adalah seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang layak untuk diangkat menjadi Menteri Luar dan setaraf dengannya.

Seterusnya,Adun Ladang Tengku Hassan Tengku Omar adalah bekas Pegawai Kewangan Negeri Terengganu dan kebolehannya itu mungkin boleh dimanfaatkan bagi mengisi portfolio ekonomi di negeri Terengganu.Sesungguhnya,Pas Terengganu mampu memberi yang terbaik kepada rakyat di negeri ini memandangkan ramai sekali pemimpin Pas mempunyai kelayakan akademik dalam bidang sains politik, ekonomi,pengajian Islam dan profesional yang lain.

Persoalannya,mengapa penulis membangkitkan soal nama mereka yang layak menjadi Menteri Besar? Penulis rasakan akan ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa Pas Terengganu terlalu bercita-cita tinggi dan belum menang sudah fikirkan jawatan.Bagi penulis,ini semua berkaitan dengan strategi.Penduduk Terengganu perlu didedahkan dengan kemampuan dan kelayakan akademik calon-calon Pas memandangkan selama ini terdapat usaha mewujudkan perspektif bahawa Pas itu tidak mampu mentadbir negeri dengan mengatakan bahawa pemimpin Pas lebih sesuai menjadi ustaz-ustaz di masjid dan pondok.

Perlu diingatkan ini semua adalah satu strategi.Jika Pas mengumumkan kelayakan calon-calon mereka, maka tidak mustahil Umno akan terikut-ikut rentak yang sama dan mengumumkan kelayakan calon mereka.Dan ketika itulah kita mungkin boleh tahu apakah kelayakan akademik Datuk Seri Ahmad bin Said Menteri Besar sekarang.Adakah beliau ini lulusan agama,ekonomi atau sains politik?Ini juga perlu diketahui untuk melihat siapakah yang lebih layak mentadbir negeri berdasarkan ilmu siasahnya.

Ng Chai Hin  2 dari kiri di
majlis penamaan calon Pas Galas
Strategi lain yang mungkin relevan dengan Pas pada masa kini adalah dengan meletakkan seorang calon bukan Islam mewakili Pas di Dun Bandar.Perlu diingatkan bahawa Dun Bandar adalah satu-satunya kerusi Barisan Nasional dalam Parlimen Kuala Terengganu.Oleh itu,Pas Terengganu perlu berstrategi dengan meletakkan calon non-muslim terutamanya calon berbangsa Cina di Dun Bandar sekaligus mampu menarik undi kaum tersebut di kawasan tersebut.Calon yang sesuai untuk mewakili Pas tersebut salah seorangnya adalah Ng Chai Hin yang pernah mewakili DAP di kerusi Dun Bandar pada tahun 1990.Ng yang merupakan seorang aktivis politik Cina di Terengganu adalah seorang yang dekat dengan kepimpinan Pas Negeri.

Strategi meletakkan Ng ataupun calon bukan Islam lain adalah strategi serampang dua mata - pertama menarik undi kaum Cina dan kedua merealisasikan impian Pas meletakkan calon non-muslim sebagai calon yang mewakili Pas.

SEMINAR PAS GANTI UMNO

Pada 24 Disember yang lalu,Pas Terengganu telah menganjurkan "Seminar Pas Ganti Umno" di Markaz Tarbiah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai.




Kehadiran beribu pemimpin dan penyokong Pas di seluruh Terengganu menunjukkan isyarat bahawa mereka telah bersedia dengan momentum merampas kembali Terengganu yang sudah dua penggal menguasai Terengganu.Rentetan daripada seminar ini,satu himpunan besar-besaran akan diadakan pada 15 Januari ini di Chukai Kemaman.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu,Ustaz Abu Bakar Chik meminta para bloggers menulis artikel-artikel mengenai Pas Ganti Umno untuk menguasai Terengganu.Penulis telah lama menulis pasal Terengganu dan memberi pelbagai saranan kepada penambahbaikan kepada Pas Terengganu.Malah hampir kesemua tulisan penulis mengenai Pas di negeri penulis ini disiarkan di Tranungkite.net. Penulis pasti ada antara pemimpin Pas sendiri membaca tulisan-tulisan tersebut,tetapi persoalannya adakah kita telah bertindak?

Di bawah ini penulis tampalkan kembali entri-entri penulis bagi negeri Terengganu untuk bacaan bersama:


Ada 12 artikel penulis mengenai Terengganu dan ini yang ke 13.Semoga ia mampu dimanfaatkan untuk Pas menggantikan Umno di Terengganu.



Read more...

SANDIWARA PUAK FITNAH:SAKSI KES ZINA ADUN SELISING DILANGGAR DAN DITETAK

Sunday, December 26, 2010

Isu dakwaan zina ke atas Adun Selising,Pasir Puteh Drs.Saipul Bahrin Mohamad nampaknya semakin panas. Selepas isu ini berlegar-legar dalam cakap-cakap di internet selama hampir lebih kurang sebulan, tuan empunya badan yang baru kembali daripada menunaikan haji di Makkah telah menafikan dakwaan dan seterusnya mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti untuk mendedahkannya.Apapun,kurang 24 jam selepas penafian Adun terbabit,pihak yang selama ini galak menabur peluru kosong telah mula bersandiwara bagi menguatkan hujah mereka,malah bagi mereka Adun Pas itu telah dianggap bersalah,tanpa ada mana-mana mahkamah menjatuhkan hukum.Begitulah seronoknya mereka membuat tuduhan demi tuduhan,kononnya mempunyai bukti-bukti yang kukuh,namun sehingga kini langsung tiada bukti yang jelas dan kukuh mampu diterima oleh akal yang waras mengenai dakwaan mereka.

Pertamanya,dakwaan tersebut cuma berlegar di dalam ruang Facebook dan jalur-jalur blog pro-Umno, langsung tiada laporan rasmi daripada akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Mereka seolah-olah tidak ghairah untuk mendedahkan isu ekslusif ini,berkemungkinan mereka sedar bahawa isu ini fitnah kosong semata-mata,dan mereka bimbang jika mereka melaporkannya,mereka bakal menghadapi satu lagi saman yang tidak mampu lagi mereka tanggung setelah mereka sendiri rugi besar tahun lalu.Untuk rekod,Utusan Malaysia cuma menyiarkan berita ini setelah berlakunya penafian terbuka Adun Selising terhadap fitnah tersebut.Boleh baca laporan Utusan Malaysia "Dakwaan Saya Berzina Fitnah Besar, Khianat" .

Apapun,laporan itu dianggap terkebelakang dalam isu ini yang telah mula disiasat oleh akhbar harian Sinar Harian yang menemuramah sendiri Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan,Nik Amar Nik Abdullah yang menafikan tuduhan Adun Pas berzina di bawah tajuk "Tiada Adun Khalwat".Menurut Nik Amar,secara peribadinya beliau tidak begitu mempercayai laporan blog yang dilihat banyak menyebarkan fitnah.Di sini penulis merasakan kenyataan Nik Amar itu tepat dan bijak serta tidak melatah.Hal ini kerana beliau sendiri tidak mengetahui pokok pangkal dakwaan tersebut,selain memberi peluang kepada tuan empunya diri yang masih berada di Tanah Suci ketika itu menjawab sendiri fitnah yang dilemparkan ke atas beliau.

Apapun,bukan itu yang menarik perhatian kita semua.Tetapi mengenai seorang yang bernama Saidi Hussin,yang kononnya "saksi utama" dalam kes zina Adun Selising tersebut.

SANDIWARA NADI RAKYAT DAN SAIDI HUSSIN

Kurang 24 jam selepas penafian Adun Selising tersebut,satu sandiwara yang maha hebat telah berlaku. Kononnya,terdapat sebuah kereta telah bertindak merempuh kereta saksi utama,Saidi Hussin yang menyebabkan dia pengsan dan tidak sedarkan diri.

Saidi Hussin dengan machonya
menunjukkan keretanya yang remuk
Sebelum kita memberi komen mengenai gambar di atas,di bawah penulis lampirkan status si pemfitnah Papa Gomo di facebooknya:

Gomo,Azmy dan Pas Beruk sampai di Pasir Putih malam ini bertujuan untuk menyampaikan berita PANAS kepada semua isu Adun Selising yang ZINA!

Nampak?Pada hari kejadian,si pemfitnah itu memang ada di Pasir Puteh bersama rakan-rakannya.

Okay,berbalik kepada gambar di atas,penulis ingin membawa kita semua kepada gambar kereta di atas.
Sila lihat tahap kerosakannya yang remuk teruk di bahagian pintu pemandu dan pintu belakang sebelah kanan.

cermin bahagian pemandu
pecah kesemuanya
remuk teruk
Ini mangsa kemalangan
yang terkena sepihan cermin
Gambar di sebelah adalah gambar satu mangsa kemalangan yang terkena sepihan kaca di muka dan menusuk ke dalam mata.Inilah logiknya seseorang yang benar-benar dilanggar dan terlibat dalam kemalangan.Persoalannya sekarang,apakah kecedaraan yang berlaku pada si Saidi ini?Lihat,langsung TIADA kecederaan di mukanya akibat serpihan cermin keretanya yang pecah walhal keretanya remuk teruk.Atau,adakah si Saidi ini memakai helmet di dalam kereta sehingga tiada langsung kecedaraan di mukanya seperti orang-orang yang benar-benar terlibat dalam kemalangan.

Seterusnya,lihat pula kadar keremukan kereta tersebut.Dianggarkan bahawa kereta tersebut dihentam kuat di bahagian pemandu yang mana,jika tidak kena pada tempatnya pemandu kereta tersebut mungkin akan cedera parah dan kalau nasib tidak baik,ajal boleh menjemput.Tapi Saidi?

Dia cuma pengsan tanpa apa-apa kecederaan.Wah,memang kebal juga si Saidi ini.Satu lagi,jika kita perasan mengenai peribadi Saidi ini,dia bersikap kekampungan.Perhatikan pula pada kereta Viva tersebut.Sebiji gaya sebuah kereta yang dipakai oleh orang yang berumur 20-an di mana kereta tersebut dimake-up dengan cantik sekali.Persoalannya,adakah benar Saidi ini benar-benar dilanggar?

Seterusnya,kalau benar kereta ini dilanggar,mengapa kereta tersebut boleh dibawa pulang ke rumahnya? Mengapa tidak dibawa ke bahagian forensik IPD Pasir Puteh kerana ini kes langgar lari?Ataupun sekurang-kurangnya ditunda terus ke bengkel berdekatan.Adakah anda tidak berasa pelik?

SANDIWARA KEDUA DI TENGAH MALAM

Perlu diingatkan,ketika sandiwara ini berlaku,para bloggers Umno tersebut berada di Pasir Puteh.

Selang beberapa jam selepas itu,ketika jam lebih kurang jam 11 malam,Saidi didakwa telah ditetak oleh tiga lelaki yang tidak dikenali dengan parang dan dia telah membuat laporan di balai polis.Ini adalah berdasarkan status Papa Gomo yang mengatakan dia bergegas ke balai polis untuk melawat Saidi yang telah ditetak.

Menurut Saidi,ketika itu dia baru pulang ke rumah menaiki motorsikal sebelum diserang oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenali.(Wah,petang tadi pengsan dilanggar,malam boleh keluar berjalan-jalan seperti tiada apa yang berlaku).Persolannya,adakah benar Saidi benar-benar ditetak?

ADAKAH BENAR SAIDI HUSSIN BENAR-BENAR DITETAK?


SESIAPA NAK TAHU CITA BETUL ATAU FITNAH CALL BALAI2 NI TANYA ADA TAK KES TETAK KONONNYA 09-7867355. Balai Polis Pasir Puteh, 09-7867222. Balai Polis Semerak, 09-6910322. Balai Polis Selising, 09-7891222 ...
AKU CALL OCPD JALIL BIN TALIB DIA GELAK BESAR DAN MARAH SIKIT CITA BOODH NI hahahaahahahahahah





Umno Makin Tenat MAKLUMAT TERBARU KERETA DLM GAMBAR TU MEREKA SEWA KAT BENGKEL BAIK PULIH KERETA2 KEMALANGAN UTK BERGAMBAR SAHAJA hahahaahahahahahahahah KANTOI MAKLUMAT PDRM

ANDA MAHU KEPASTIAN?ADAKAH BENAR ADA KES LANGGAR LARI DAN SAIDI HUSSIN YANG DITETAK?HUBUNGI SEGERA BALAI POLIS PASIR PUTEH UNTUK KEPASTIAN.

Read more...

MEMAHAMI MENGAPA UMNO MASIH GAGAL MENGUASAI KELANTAN HINGGA KINI

Saturday, December 25, 2010

Jika ditakdirkan Pilihanraya Umum ke 13 bakal diadakan pada tahun hadapan,maka kerajaan Pas Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah berjaya mentadbir Kelantan selama hampir 21 tahun bermula daripada tahun 1990.Sepanjang tempoh itulah juga Umno-Barisan Nasional kekal menjadi pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan,meskipun mereka pernah membuat kenyataan sinis bahawa kerajaan pimpinan Pas itu hanya mampu bertahan selama tiga bulan.

Persoalannya sekarang,apakah Umno di Kelantan itu ditolak sepenuhnya oleh rakyat Kelantan?Jika Ya,apakah faktornya?Itu sebenarnya adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan oleh kita semua asbab kegagalan Umno itu walaupun sudah hampir 21 tahun mencuba.Perlu diingatkan,tulisan ini bukan hanya semata-mata mahu mencari kelemahan Barisan Nasional supaya Pas nampak kuat,tetapi lebih daripada itu memahami seni politik yang berlaku di Kelantan.Oleh itu,sebelum kita memerhati kelemahan mereka,marilah kita melihat juga kekuatan mereka.

Pencapaian terbaik Umno Kelantan di bawah pentadbiran Pas adalah pada tahun 2004.Jika mereka berkubur tanpa nesan pada tahun 1990 setelah tewas di kesemua kerusi,pencapaian terbaik mereka pada tahun 2004 berjaya menidakkan majoriti dua pertiga Pas dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.Berikut disenaraikan kedudukan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan bermula daripada tahun 1990 hingga 2010:


TAHUN
UMNO-                    BARISAN NASIONAL
PAS-S46|PAS-BA|PAS-PR
1990
0
39
1995
7
36
1999
2
41
2004
22
23
2010
7
38


Umno Kelantan mempunyai wang yang banyak apabila wang ehsan petroleum disalurkan terus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan.Di sinilah kekuatan Umno di Kelantan,di mana mereka mampu menguasai dan memonopoli undi menggunakan wang.Hasilnya Pas tewas dalam Pilihanraya Kecil Dun Galas dan hampir tewas di Manek Urai tahun lalu.Ini semua adalah kesan permainan wang,di mana Umno dilihat mampu memperoleh undi dari kalangan penduduk luar bandar.Jika dilihat secara lebih dekat,terdapat tujuh buah kerusi Umno di Kelantan iaitu Dun Pengkalan Kubor,Kok Lanas,Bukit Bunga,Kuala Balah,Nenggiri,Paloh dan Galas.Daripada tujuh kerusi tersebut,hampir kesemua kerusi boleh dikategorikan sebagai kerusi luar bandar kecuali Pengkalan Kubor dan Kok Lanas yang boleh dianggap sebagai separa bandar.Kerusi Dun Galas misalnya,walaupun terdapat peti undi kawasan bandar namun peti undi luar bandar lebih dominan menjadikannya boleh dianggap sebagai kawasan luar bandar.

Jika trend ini berterusan,dijangka mereka bakal menguasai beberapa buah kerusi di Kelantan terutamanya kawasan luar daripada Delta Kelantan (kawasan padat penduduk).Kawasan yang berpeluang dimenangi oleh Umno adalah kerusi-kerusi Dun di Kuala Krai,Machang dan Pasir Puteh,selain berpeluang mengambil kerusi Air Lanas di Jeli yang berjaya dimenangi semula oleh Pas dalam pilihanraya umum yang lalu.Penulis meramalkan Pas masih mampu kekal di Kelantan,namun berkemungkinan berlaku pertambahan beberapa kerusi oleh Umno-Barisan Nasional.Walaubagaimanapun,jumlah kerusi tersebut mungkin akan tidak menyamai rekod terbaik mereka pada tahun 2004 di mana mereka berjaya memenangi 22 kerusi Dun.

Keyakinan ini berdasarkan satu asas.Tiada faktor penarik rakyat terhadap Barisan Nasional seperti tahun 2004,di mana ketika itu imej Pak Lah naik mendadak selepas turunnya Mahathir daripada kerusi Perdana Menteri Malaysia.Kini,faktor penarik rakyat  kepada Umno hanya tinggal wang,setelah imej Najib tidak sebaik Pak Lah selain faktor politik semasa yang tidak condong kepada Barisan Nasional.

Apapun,bukan peluang Barisan Nasional yang mahu kita perhatikan tetapi faktor mengapa Umno masih gagal menguasai Kelantan.Di sini penulis melihat kepada beberapa sebab yang relevan.

1.Pemimpin Umno Kelantan Tidak Mesra Rakyat
Perlu diingatkan bahawa masyarakat Kelantan adalah satu komuniti yang mementingkan semangat kekitaan dan persaudaraan dalam sesebuah kawasan.Oleh itu,maka tidak hairanlah apabila kriteria utama untuk menjadi wakil rakyat bukan hanya bersandar kepada kelayakan ikhtisas dan akademik tetapi lebih kepada aspek "senang kira,mudah bahasa" atau dalam erti kata lain mudah didekati dan seorang yang cakna.Justeru, kebanyakan wakil rakyat yang diangkat adalah seorang yang prihatin,boleh mengimamkan solat,memberi tazkirah dan yang lebih penting mudah dijumpai rakyat di kawasan mereka.Dan alhamdulillah,kriteria ini dimiliki oleh kebanyakan wakil rakyat Pas di Kelantan.

Pemimpin yang berjiwa rakyat:
bukan hanya pandai mengarah,tetapi turut sama
berpenat lelah

Mudah didekati dalam sesebuah komuniti
Persoalannya,adakah ini semua ada dalam kebanyakan kepimpinan Umno di Kelantan?Bagi penulis,jika adapun,tidaklah sebegitu ramai dan kebanyakan pembesar Umno Kelantan seperti Mustapa Mohamed, Awang Adek dan Annuar Musa lebih menjaga status elit mereka sebagai seorang pemimpin.Oleh sebab itulah mereka tidak mampu menang di Kelantan sehingga sekarang.

Tidak dinafikan bahawa Mustapa,Awang dan Annuar adalah seorang pemimpin yang hebat.Jika tidak, masakan mereka masih terpilih untuk menduduki jawatan menteri di peringkat pusat.Pun begitu,di Kelantan kriteria seorang yang berpelajaran tinggi dan educated bukanlah satu kemestian walaupun ianya penting untuk dipilih sebagai seorang wakil kepada rakyat.

pemimpin tanpa protokol 

Pemimpin Pas mudah dijumpai di warung-warung
(gambar Adun Selising dan MP Pasir Puteh)

2.Krisis dan Cah Keting Umno Kelantan
Umno Kelantan sebenarnya mempunyai agak ramai pemimpin yang berkebolehan.Mustapa boleh dianggap sebagai Singa di Barat,Annuar di Tengah,Awang Adek di Timur dan Ku Li di Hulu.Dengan gandingan Umno sebegitu,mereka masih gagal menguasai Kelantan kerana kelemahan dalaman mereka sendiri.Lihat sahaja Ku Li,mengapa orang sehebat beliau yang sudah hampir diangkat menjadi Perdana Menteri masih gagal diberi jawatan yang baik oleh Umno Kelantan?Ini juga sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.Apakah dosa Ku Li kerana menentang Umno di bawah Semangat 46 masih mampu diterima Umno Kelantan,tidak seperti Senatak Ezam yang mula mendapat tempat di Selangor?

Secara umumnya,rakyat Kelantan melihat Umno hanya sebagai sebuah parti yang tiada asas perjuangan dan kepimpinan mereka lebih kepada menguntungkan perut sendiri.Sebagai contoh yang mudah,pertembungan terbuka antara dua kumpulan dalam Umno Rantau Panjang cukup untuk dijadikan bukti kepada ke mana arah iman perjuangan Umno di Kelantan.

Dalam krisis Umno Rantau Panjang tersebut,berlaku dua mesyuarat Agong serentak di Lubok Jong oleh Abdullah Mat Yasin dan di Lati yang dibuat oleh bekas Ketua Bahagian tersebut,Mohd Zain Ismail yang telah digantung.Pertembungan itu sendiri menunjukkan betapa Umno sememangnya berkrisis di Kelantan.

3.KECELUPARAN MULUT PEMIMPIN UMNO
Pemimpin-pemimpin Umno baik di Kelantan mahupun di peringkat Pusat dilihat sentiasa melabelkan rakyat Kelantan sebagai miskin dan tidak terbela.Pun begitu,rakyat Kelantan yang hidup dan tinggal sendiri di Kelantan sedar adakah mereka itu miskin ataupun tidak.Jika hendak dikatakan rakyat Kelantan itu miskin, dakwaan tersebut dapat disangkal bermula daripada pintu masuk di Gua Musang hingga ke Kota Bharu di mana rumah-rumah banglo berselerakan di sepanjang jalan,membuktikan rakyat Kelantan mampu berdikari walaupun mereka sentiasa dilabel miskin dan sebagainya.

Dakwaan Umno mengatakan rakyat tidak terbela di bawah Pas juga tidak mampu diterima oleh rakyat kerana mereka sendiri mampu menilai konsep Membangun Bersama Islam yang telah dilaksanakan.Kalau perkara itu tidak mampu diterima,masakan Pas mampu kekal sehingga 20 tahun di Kelantan?

4.DISKRIMINASI DAN TEKANAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 
Diskriminasi pembangunan dan saluran peruntukan yang dinafikan oleh kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan juga adalah antara faktor utama mengapa rakyat Kelantan tidak menyokong Umno di Kelantan. Contohnya,kewujudan Jabatan Pembangunan Persekutuan dan JKKP di Kelantan seolah-olah menafikan peranan kerajaan negeri dalam membangunkan negeri Kelantan.

Terbaru,isu penafian terhadap hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan menambahkan lagi gelombang penolakan rakyat terhadap Umno di Kelantan.

Selain itu,janji-janji Pilihanraya yang gagal ditunaikan oleh Umno di Kelantan seperti membina Jambatan di Manek Urai menyebabkan penolakan terhadap Umno semakin jelas terutamanya oleh generasi muda di Kelantan,malah di seluruh negara.

Apapun,buat kepimpinan Umno Kelantan,perbaikilah dahulu kelemahan yang ada pada diri anda sebelum bercita-cita memerintah Kelantan.Apa khabar Galas?

Anak Rusa Nani,
Kuala Lumpur.
Pagi Krismas.




Read more...

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP